Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

01 Oktober 2009

Citer Raya Tahun Ni

Malam raya haritu, aku balik rumah MIL. Sepatutnya turn aku beraya kat kampung bersama ngan abah dan adik-adik tapi disebabkan malam raya tu rumah MIL aku hanya dia sorang je yang ada, aku bertukar fikiran..biar la malam raya tu aku sekeluarga temankan dia. Sempat la jugak aku masak ayam gulai jawa. Naib baik la jadi. Itupun aku refer kat majalah SAJI hehehe... Aku ni bukannya reti masak pun. Setakat masak air..aku memang terror.

Aku suka kalau pagi raya kat rumah MIL aku sebab tetamu tak akan putus datang. Maklum la, suami aku keluarganya besar. Masa ni la dapat jumpa anak sedara, ipar duai. Kekadang tu sedara mara yang aku tak kenal pun datang berkunjung. Pendek kata memang meriah la pagi raya kitorang.

Dah selesai beraya rumah sanak sedara, aku cadang nak balik melaka malam raya pertama tu tapi tak jadi sebab suami aku kepenatan. Maklum la pergi mana-mana dia yang drive. So, pagi raya kedua baru bertolak balik melaka. Sampai melaka pula... turn beraya rumah sedara mara belah aku pulak. Malam tu pulak memang aku tak sangka, member sekerja aku dari KL datang beraya ke rumah. Hisshhh...malu. Maklum la last aku jumpa tahun 2004 masa aku kena gi training kat KL.

Raya ke empat aku bertolak balik Kemaman Terengganu. Rumah tok umi. Suami aku tak pergi sebab raya keempat tu dia dah start kerja. Sampai Kemaman, ingatkan nak tido semalam je, kemudian lagi semalam nak tido kat rumah pak ngah aku di Kuantan pula tapi dihalang oleh tok umi aku. Maknanya 2 malam la aku tido kat kemaman. Tak kisah la tu. Bukan selalu pun dapat jumpa. Hilang rindu.

Aku balik Johor raya ke 7. Lepas ni sambung beraya rumah jiran dan kawan-kawan kat sini pula.
Raya tahun ni yang buat aku rasa best sangat sebab aku dapat jumpa kawan-kawan sekolah yang dah hampir 13 tahun tak jumpa. Mana taknya masing-masing lepas sekolah bawa haluan sendiri. Tahun ni ada kesempatan berjumpa. Bila dah jumpa tu...masing-masing citer pasal kenangan silam.

4 patah-patah kata:

Sifu Mirza berkata...

salam aidilfitri buat jieda & famili..

besar imbuhan buat awak yang membahagiakan mertua yang keseorangan..

insya allah...

:-)

azieazah berkata...

Memang seronok bila dapat jumpa kengkawan skulah.. tak pasal2 jadi budak2 balik... waaaaa...

Jieda berkata...

jieda ~ sifu mirza

nak membahagiakan arwah mak dah tak dapat lagi,jadinya pada mak mertua la emnumpang kasih.

Jieda berkata...

jieda ~ azieazah

memang seronok sangat.Skang ni pun tengah mengumpul kawan-kawan lama.Ingatkan nanti nak buat reunion.