Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
30 Jun 2009

Dapat Award Lagi...




Award ni aku dapat dari member CC. Thanks su....

Sebutkan siapa pemberi anugerah ini dan sertakan pautan pemberi anugerah ini

Award ni datangnya dari Nursuzry http://karyajemari.blogspot.com/

Beri anugerah ini kepada 5 orang sahabat

Aku nak beri award ni kepada kawan-kawan baru
1. Lina
2. Kak Intan
3. Lyana
4. Eita
5. Ainie

Yang lain tu akan menyusul kemudian
26 Jun 2009

Spaghetti

Inilah hasilnya sapghetti yang aku buat

Balik semalam teringin pulak nak makan spaghetti untuk hidangan makan malam. Aku singgah tesco beli daging cincang, tomato 3 biji dan sos segera. Aku tak beli tomato puree sebab aku nak test rasa sos segera tu. Bila tiba time nak masak, aku cuma letak tomato yang dipotong dadu, daging cincang, serbuk lada hitam sikit dan sos segera tu. Kacau-kacau sampai daging tu masak dan siap dihidang. Semasa nak hidang tabur la cheese sedikit. Aku tersalah letak cheese, sepatutnya letak cheese parmesan tapi aku terbeli mozarella. Korang bayangkan la apa yang jadi kat spaghetti aku hehehe...

Solat Istikharah

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.
Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”
Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran dalam membuat sesuatu pilihan.

Tengok Wayang

Dalam pada aku bercuti semalam, aku ajak cik abang aku tonton Transformer. Sampai je kat panggung tu kuss semangat...punya la panjang orang beratur. Tak pernah pun aku tengok situasi macam tu. Mungkin mereka juga hendak menonton filem yang sama dengan aku. Kebanyakannya yang datang bersama couple masing-masing dan ada juga bersama kawan-kawan. Yang berfamily pula tak ramai. Ye la...budak-budak masih ada di sekolah waktu tu.
Sampai kat kaunter, nasib baik tiket untuk panggung utama masih ada. Kebetulan lagi...barisan feberet aku masih ada juga. Best tengok citer tu, enjoy dengan jalan ceritanya dan juga aksi-aksi yang terpapar dalam filem tu. Lakonan Shia LaBeouf dan Megan Fox pun semakin bagus dari Transformer yang lepas.
Lepas habis tonton wayang, kitorang pergi makan kat PizzaHut. Tengah syok makan, dikejutkan pula dengan satu adegan staff kat pizzahut tu kena marah ngan customer. Aku memang kesian tengok budak tu kena marah, tak tau la apa puncanya tapi customer tu memang marah giler-giler. Yang peliknya takde pulak supervisor ke manager ke yang datang meleraikan pertengkaran tu. Masing-masing diam je. Nasib baik ada seseorang yang datang tarik tangan customer tu dan pergi dari situ.
19 Jun 2009

Dapat Award


1.Pastikan jantina anda seorang perempuan
Yaa...memang aku seorang perempuan

2.Copy badge sebagai award anda
Dah letak

3.Nyata 2 sebab kenapa anda bangga jadi perempuan
i) Sebab kita ni sebagai orang perempuan boleh melahirkan zuriat sebagai penyambung generasi kita
ii) Sebab syurga di bawah tapak kaki ibu dan ibu itu adalah seorang perempuan

4.Passkan award ni kepada girl friend anda
Aku nak passkan award ni pada
Dina
Suzry
Lela
Gee

Hmmm...cukup la 4 orang ni. Korang amik la award ni ye hehehe
18 Jun 2009

Buah Naga Isi Merah


Balik dari kerja semalam, aku singgah pasar malam yang berdekatan ngan rumah aku. Teringin pulak nak makan nasi kerabu. Setelah beli apa yang patut, sebelum nak balik singgah jap tempat jual buah. Aku tengok cantik pulak buah naga ni. Macam baru lepas dipetik. Orang tu jual 2 biji RM3. Aku beli 4 biji je seperti dalam gambar tu. Cukup la sorang makan sebiji.

Aku lupa pulak nak kuarkan dari dalam kereta balik semalam, so pagi tadi la baru aku kuarkan. Bila aku tunjuk je buah ni kat Balqis, dia lari kat ayah dia. Rupa-rupanya dia takut tengok buah tu. Ye la...bagi dia pelik kot buah tu. Dah la warna merah pastu berkelopak pulak. Tu belum tengok lagi isinya hehehe....

Ini sedikit info khasiat buah naga yang dapat aku paparkan kat sini

Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.

Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).

Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

Jawab Tag


1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.
Dah letak pun.

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.
** Kawan yang aku kenal dari forum CESB dan masih berhubung sehingga kini.
** Sporting.
** Pandai masak.
** Tak lokek ilmu.
** Dan yang terakhir..kalau berbual, aku rasa lebih banyak gelak dari bercakap hehehe......

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
** Sudah tentu la suka baca novel
** Suka berangan
** Serangga yang paling aku takut ialah lipas
** Suka pegi shopping time banyak duit
** Kalau jalan jauh dalam keta mesti ada snek ringan
** Suka dengar lagu rock tahun 80an dan 90an
** Suka citer aksi, hantu dan fantasi
** Akan merasa puas dan seronok jika buat sesuatu perkara pastu ada orang puji
** Sanggup pergi tempat yang agak jauh dari rumah semata-mata nak cari hanya 1 barang je
** Mudah kesiankan kat orang

Jenuh gak nak jawab soalan ni ye huhuhu

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka.
Hmmm...nanti-nanti la aku pikir sape yang aku nak bagi ye hehehe
17 Jun 2009

Hidden picture

Three Women


Can you see 10 faces in the tree


There's a face in here.Can you see it


Can you see the baby?


Berpinar gak mata ni nak cari objek yang bersembunyi di sebalik gambar. Adakalanya sekali lihat je dah nampak objek tu dan adakalanya lagi nak kena tenung betul-betul gambar tu, tengok keliling nak pastikan objek yang terselindung.

Haa..apalagi..korang pun tenung la juga hehehe

CSI


Malam tadi kul 10 aku tengok citer CSI:NY. Aku kagum betul la tengok cara penyiasatan yang dorang buat. Sekejap je boleh dapat pembunuhnya. Ye la...dah namanya citer jadi dalam masa sejam siarannya memang la kita akan tahu pembunuhnya tapi yang aku tak sangka ngan peralatan teknologi dorang yang canggih tu.

Kekadang aku terfikir, betul ke memang adanya teknologi yang sebegitu canggih. Kan bagus kalau kat negara kita ada peralatan camtu. Aku perhatikan ada juga kes bunuh yang tak dapat diselesaikan walaupun bukan semua. Pastu keluar paper si polan ni terlepas hukuman gantung kerana membunuh sebab takde bukti yang cukup.

Hmmm...yang pastinya aku tetap akan jadi peminat setia citer-citer CSI ni hehehe. Malam ni pulak nak tengok CSI:MIAMI pula.

16 Jun 2009

Binjai

Hirisan binjai dan sambal belacan

Inilah rupa buah binjainya

Khamis lepas semasa balik ke Melaka, kitorang ikut jalan biasa atau jalan kampung. Selalunya kiorang ikut highway. Sampai je di Ayer Hitam kitorang berhenti, aku bercadang nak mencari barang-barang kraftangan. Sedang aku berjalan-jalan ternampak pulak orang jual buah binjai ni. Apalagi aku beli la sebab aku memang suka buah ni terutamanya kalau buah ni dibuat jeruk. Sekilo harganya RM8. Aku beli 3 biji. Ngam-ngam timbangannya sekilo.

Sampai je kat kampung, kebetulan perut tengah lapar aku buat sambal belacan pastu letak binjai, goreng ikan dan makan dengan nasi panas. Fuhhh...memang sedap sehingga menambah-nambah nasi. Makin tembam la aku huhuhu...
15 Jun 2009

Bercerita Tentang Bahagia


Bila berkata tentang bahagia, sudah pasti setiap insan menyukai dan mengimpikannya. Kebahagiaan adalah merupakan sebuah perasaan yang sangat sukar diungkapkan. Dan ia bersifat sangat subjektif.

Bahagia sebenarnya lebih bersifat subjektif, sebuah perasaan yang lahir dari dalam lubuk hati, membawa sebuah pengertian yang sangat bermakna. Bahagia dicapai apabila seseorang itu merasa sebuah kepuasan, gembira, kecukupan, serta penuh kesyukuran dan keredhaan.

Kebahagian adalah milik semua. Bahagia tidak hanya dimiliki oleh mereka yang kaya raya dan berharta. Kerana boleh sahaja, orang yang kaya raya tidak bahagia kerana runsing dengan keselamatan hartanya yang bertimbun.

Tidak kurang juga dengan keadaan manusia yang sehari-harinya penuh dengan keletihan disebabkan sibuk mengejar harta dan kerjaya. Tiada lagi masa untuk duduk bersama keluarga, isteri mahu pun suami. Sehinggakan hubungan cinta menjadi hambar.

Bahagia juga belum tentu dapat dicapai dengan memiliki sebuah kediaman yang mewah dan indah. Kerana boleh sahaja, rumah besar itu hanya mejadi penjara baginya yang penuh dengan kesunyian tanpa hiburan. Ibarat seekor burung yang terkurung di dalam sangkar emas.

Di antara faktor-faktor lain yang mungkin menyumbang kepada kenikmatan hidup sekaligus faktor menuju bahagia adalah faktor kesihatan, kecukupan makanan, kasih sayang, serta suasana persekitaran. Namun, cukupkah hanya dengan ini sahaja?

Maka dengan itu, sebuah kebahagian belum tentu dapat dicapai hanya dengan beberbekalkan harta yang melimpah ruah, kerja yang lumayan hasilnya, kediaman yang mewah, serta rupa fizikal yang menawan semata-mata. Jadi, bagaimanakah hakikat bahagia yang menjadi idaman dan kejaran seluruh manusia yang hidup itu?

Jika kita kembali kepada agama, sebenarnya kebahagiaan itu hanya dapat diraih dan dinikmati oleh mereka yang sentiasa berpegang teguh dengan prinsip-prinsip agama bagi setiap urusan yang mereka lakukan untuk perjalanan hidup mereka. Apabila mereka meletakkan prinsip-prinsip agama sebagai keutamaan, di sini mereka telah meletakkan Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai keutamaan mereka. Mereka sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada mereka dan dengannya mereka bersikap qana’ah atau sentiasa merasa cukup serta berpuas hati (redha).




05 Jun 2009

Balik kampung...balik kampung....

Bila balik kampung je, mesti teringat kenangan waktu kecik-kecik dulu. Bestnya waktu itu. Hanya kegembiraan je yang difikirkan tapi paling aku suka bila tiba musim buah. Kat kampung aku tu ada sebatang pokok manggis yang memang lebat buahnya. Kitorang adik beradik apalagi...dengan bawa baldi dan abah aku jadi tukang petik buah manggis dari atas pokok manakala kitorang jadi tukang sambut buah manggis tu dari bawah. Kekadang bila buah tu terjatuh dalam sungai, adik lelaki aku amik kesempatan terjun ke dalam sungai. Seronoknya tika itu. Ada masanya lagi, kitorang akan pancing ikan kat sungai tu dan yang selalu kitorang dapat ikan putih. Lepas tu pula, tugas arwah nenek aku la yang kena goreng ikan tu.

Sekarang ni semuanya tinggal kenangan. Rumah kampung tu pun dah takde lagi. Sudah dirobohkan baru-baru ni. Maklum la rumah kayu, takde sape yang nak jaga. Anai-anai sakan la kenduri beramai-ramai.

So...petang ni aku nak balik kampung. Jumpa abah yang hampir 6 bulan aku tak jumpa.
Yeyy..yeyy..balik kampung........

Kisah Nabi Daud Dengan Ulat

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah!Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T maka Nabi Daud A.S pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaki pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.
03 Jun 2009

Senyumlah.....

Berikan la senyuman dengan seikhlasnya tanpa mengharapkan bantuan dari alat.