Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
28 Januari 2010

Dinner Malam Tadi

Dua hari lepas, jiran aku bagi 2 peket cendawan tiram. 1 paket lebih kurang 500gm. Mula-mulanya aku berangan nak buat nasi goreng cendawan. Siap print resepi lagi maklum la aku ni tak selalu ke dapur bila hari biasa.

Masuk dapur hiris bawang besar, tumbuk ciliapi ngan bawang putih, panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan ciliapi. Pastu bila tumisan dah garing masukkan pula sos tiram dan sedikit air. Kacau-kacau masukkan pula udang dan kacau lagi. Pastu masukkan pula cendawan tiram yang telah dibersihkan. Biarkan masak last sekali masukkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Bila kuah tu dah nampak berkilat dan pekat, tutup api. Siap sedia dihidang.

Jenggg..jenggg... inilah hasilnya. Walaupun baru pertama kali mencuba tapi rasanya sedap hehehe.


Kuahnya terlebih la


Ini pulak pinggan aku. Yang sejemput kaler pink tu
namanya cencaluk. My feberet. Wajib ada.



Malam tadi aku tak boleh tidur sedangkan en suami dengan anak-anak lena betul diulit mimpi. Sambil tu pulak mulut ni nak mengunyah je. Buka peti ais nampak pulak buah campur ni. Apalagi... letak ais batu berketul-ketul makan sambil tengok cerita DYESEBEL.






27 Januari 2010

Blogger We Care - Adik Ammar


Bila baca kisah adik Ammar yang menghidap penyakit jantung mendorong aku untuk letakkan ribbon blogger we care di blog ni. Inilah saja yang mampu aku tolong untuk meringankan beban adik Ammar ni. Yang sedih sangat umurnya baru berusia 2 tahun. Jika nak tau kisah adik Ammar ni bolehlah ke blog Pn Asmaniza : Ammar Oh Ammar

Marilah kita beramai-ramai letakkan ribbon blogger we care di blog masing-masing kerana setiap blog yang meletak ribbon ini akan menjana RM1 kepada adik Ammar.

Korang boleh juga ke website En Hydir untuk keterangan lanjut.

Exchange Link

Makin hari makin ramai kawan-kawan baru yang sudi menjengah ke blog aku yang tak seberapa ni samaada membaca n3 aku atau hanya klikkan iklan nuffnang. Ada tu pula dalam masa sehari tu berkali-kali orang yang sama datang ke blog ni. Apapun... terima kasih la kat korang semua dan sebagai membalas jasa aku nak buat satu list blog supaya senang sikit aku nak pergi ke blog korang pulak. Boleh aku upkan traffic, baca entry dan klikkan nuffnang korang.

Errr... ada yang sudi ke exchange link ngan aku ni. Kalau nak sila letakkan nama blog dan nama samaran korang kat ruangan komen. TQ
25 Januari 2010

Sambungan Entri Sebelum Ni

Aku nak sambung entri aku sebelum ni berkenaan penutup air kat rumah aku yang hilang.Pada mulanya aku ingat cuma penutup air aku je yang hilang rupa-rupanya ada juga rumah yang lain mengalami nasib yang sama seperti aku.

Kisahnya bermula dari rumah ustazah. Bila ustazah tu perasan penutup air dia hilang dia terus beritahu kat suaminya kerana sebelum tu ustazah tu dah ternampak ada 3 orang india berlegar-legar kat belakang rumah tapi dia tak syak apa-apa.Masa tu pula pukul 11 lebih. Pastu suami dia pun mencari la. Tup..tup.. suami ustazah tu jumpa penutup air lebih kurang 7 keping yang disorokkan di belakang rumah yang tidak bertuan. Tempat tu memang gelap pun. Apalagi.. suami ustazah tu simpankan *padan muka si pencuri tu* dan malam sabtu yang lepas, aku pergi rumah ustazah tu, mana la tau kot-kot penutup air aku ada dan kini lubang tu telahpun ditutup dan atas penutup tu aku letakkan plywood. Harap-harap jangan hilang lagi.

Aku rasakan tempat aku macam dah tak selamat je. Mana la tau takut lepas ni rumah orang pulak yang dorang masuk. Hissshhh.. aku rasa memang kena buat report polis ni.
19 Januari 2010

Kejadian pagi semalam

Pagi semalam semasa aku nak buang sampah, mata aku menghala ke arah pagar hijau berdawai kat belakang rumah. Sekali tu aku tengok pagar tu dah berlubang. Cepat-cepat aku panggil en suami suruh tengok. Bila kitorang tengok sekeliling rupa-rupanya penutup air dah takde. Penutup air tu pula diperbuat dari besi. Laa... dah kena curi. Masa mula-mula tengok pagar tu dah berlubang memang aku panik giler.

Sedang en suami sibuk mencari papan untuk dibuat penutup sementara, ada sorang jiran yang menegur. En suami citer la apa yang terjadi pastu jiran tu kata malam kejadian, lebih kurang pukul 11 lebih dia nampak ada dua orang india berjalan kaki lalu di belakang lorong rumah aku. Jiran aku tu perhatikan je tetapi tak nampak apa yang si india tu buat. Mungkin india tu perasan kot dia sedang diperhatikan.

Aku rasa india ni buat operasi mungkin dalam pukul 3 atau 4 pagi. Lagipun belakang rumah aku takde rumah orang melainkan bukit. Tu yang lagi senang dorang buat 'kerja'. Setakat pukul 11 lebih pada malam kejadian kitorang belum tidur dan kebetulan malam tu aku tidur pukul 2.30 pagi sebab melayan citer Laksamana DOREMI. Memang tak dengar apa-apa yang mencurigakan pun.

Apapun bersyukur juga la sebab tak masuk ke dalam rumah. Yelaa... takut jugak kan. Sebenarnya sebelum ni bila kitorang tidur, lampu dapur mesti terpasang tapi beberapa hari ni aku dah tak buka lagi. Konon-kononnya nak jimatkan elektik huhuhu...
15 Januari 2010

Blogwalking

Tadi masa aku jalan-jalan sambil cari makan errr...sambil baca blog, aku terjumpa sebuah blog ni. Dia ceritakan anak kesayangannya yang telah dijemput Ilahi akibat kemalangan jalanraya. Sedih aku baca sebab aku pun pernah mengalaminya walaupun berlainan situasi.

Apapun takziah diucapkan kepada ummiharris sekeluarga walaupun kejadian tu dah sebulan berlalu. Kalau korang nak baca inilah blognya Ummi Harris

Adakah yang akan mendoakan kita??

Untuk renungan dan berkongsi cerita.... mungkin ada kebenaran di sebalik cerita ini.

Seorang pengarah yang berjaya telah jatuh di bilik mandi dan akhirnya disahkan stroke. Sudah 7 malam dia dirawat di sebuah hospital dalam bilik ICU. Di saat orang lain sedang tidur lena diulit mimpi, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tidak berdaya.

Malaikat memulakan perbicaraan, ''jika dalam masa 24 jam ada 50 orang yang berdoa agar engkau sembuh, maka engkau akan hidup tetapi jika sebaliknya beerti engkau akan meninggal dunia.

''Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.''kata si pengarah ini dengan yakinnya. Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang lagi 1 jam seperti waktu yang telah ditetapkan.

Tepat lagi 1 jam hendak ke 24 jam, Malaikat kembali mengunjunginya. Dengan bangganya si pengarah bertanya, ''apakah esok pagi aku akan pulih? Pasti ramai yang telah mendoakan aku, jumlah pekerja aku lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah.

Dengan lembut Malaikat berkata, ''anakku... aku sudah mengelilingi mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini hanya baru 3 orang yang mendoakan engkau, sementara waktumu hanya tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil dalam masa terdekat ini ada lagi 47 orang berdoa untukmu''. Tanpa menunggu reaksi dari pengarah, Malaikat menunjukkan layar besar berupa TV, siapakah 3 orang itu yang berdoa. Di layar itu terlihat wajah duka dari si isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil yang berdoa dengan khusyuknya sambil menitiskan airmata.

Kata Malaikat, ''aku akan memberitahumu, kenapa Tuhanmu memberikan kesempatan kedua? Itu adalah doa dari isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu''. Pengarah itu melihat ketika di waktu Subuh, si isteri sedang berdoa ''Tuhan... aku tahu selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik, aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya dan kalaupun dia memberi sumbangan, itu hanya untuk menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar di hadapanMu. Tapi Tuhan... tolinglah pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri''. Setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya yang semakin deras mengalir di pipinya yang cengkung kerana kurang rehat.

Melihat peristiwa itu, tidak semena air mata mengalir di pipi pengarah itu. Timbul penyesalan di hatinya bahawa selama ini dia bukanlah suami yang baik dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini barulah dia menyedari betapa besar cinta isteri dan anak-anak kepadanya.

Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya tinggal 10 minit lagi, melihat waktu yang makin suntuk, menangislah pengarah ini kerana penyesalan yang amat sangat tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada 47 orang yang berdoa untuknya. Dengan sedihnya dia bertanya, apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman sekerjaku, tidak ada yang berdoa buatku? Jawab Malaikat, ''ada beberapa orang yang berdoa buatmu tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua
kerana selama ini kau mementingkan diri, sombong, menganiaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah yang tidak setimpal dengan kesalahannya. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak-anak dan isteri yang setia menjaganya sepanjang malam. Air matanya bertambah deras mengalir ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan isteri yang kelihatan lemah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu.

Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba Malaikat berkata, ''anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal kerana ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00. Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah 47 orang itu. Sambil tersenyum Malaikat menunjukkan satu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu. ''Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan''. ''Benar anakku, kau pernah memberi bantuan kepada mereka walaupu aku tahu tujuanmu saat itu hanyalah untuk mencari populariti saja dan menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.

''Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkenal terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar kamu di suratkhabar dan yakin bahawa orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa untuk engkau sembuh''.

Doa sangat besar kuasanya. Kita malas dan takde waktu dan merasakan beban kalau berdoa untuk orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama ataukeluarga, kita fikirkan itu hanyalah kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin di saat kita mengingatinya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia. Di saat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapat kekuatan baru dan boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain sebaliknya perbanyakkanlah berdoa buat orang lain.

Pahlawan yang sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya, tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan, 'Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami...!!!'
13 Januari 2010

Bila selebriti jadi kartun










Hahaha... memang lawak la gambar kartun dorang ni. Kreatif betul pelukis ni
12 Januari 2010

Makaroni Goreng

Malam minggu yang lepas tak tau nak makan apa. Nak makan kat luar rasa cam boring pulak. Last-last aku buat makaroni goreng. Lagipun ini percubaan pertama aku. Kirakan berjaya gak la aku buat walaupun ada bahan-bahan yang aku tak letak hehehe huhuhu.....

Kat sini aku letakkan resepinya untuk rujukan diri sendiri dan juga bagi sesiapa yang nak mencuba.



MACARONI GORENG

Bahan-bahannya

1 paket (500 gram) macaroni
12 ekor udang, dibersihkan
150 gram daging cincang
4 biji telur, digoreng pecah-pecah
1 ikat sawi, dipotong selebar 2 inci
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
¼ cawan bawang goreng
garam secukupnya
serbuk perasa, jika suka
gula secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar

15 tangkai cili kering, direndam dengan air panas
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 ½ sudu teh serbuk jintan halus

Cara membuatnya
1. Panaskan secukup air didalam periuk dan letakkan 1 sudu besar minyak masakan. Bila air telah mendidih masukkan macaroni dan rebus sehingga ia masak. Bila telah masak angkat dan toskan. Minyak masakan digunakan supaya bila macaroni ditoskan ia tidak melekat antara satu sama lain.

2. Panaskan secukup minyak didalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga ia naik bau. Masukkan kicap, sos tomato, garam, gula dan serbuk perasa.

3. Masukkan daging cincang dan bila daging telah bertukar warna. Masukkan pula udang. Masak sehingga udang bertukar warna.

4. Masukkan sawi dan telur yang telah disediakan tadi. Gaul rata.

5. Masukkan pula macaroni yang telah direbus. Gaul sehingga rempah dan macaroni rata.

6. Taburkan bawang goreng dan gaul sehingga ia sebati. Sedia untuk dihidang.
11 Januari 2010

AJL Malam tadi memang best!!

Malam tadi meriah betul rancangan di kebanyakan siaran tv. Sampai tak tau nak tengok mana. Yela.. di astro ada Raja Lawak (live) pastu tv3 ada Anugerah Juara Lagu (live jugak ni). Apapun..aku tetap pilih untuk tonton Juara Lagu. Setakat Raja Lawak malam karang mesti ada ulangan.

Hishhh... yang buat best tu adalah persembahan finalist malam tadi. Kira berbaloi la tengok AJL.
Tahniah aku ucapkan buat pemenang..

Vokal terbaik: Black
Persembahan terbaik: Aizat
Lagu tempat ke3: Bencinta (Faizal Tahir)
Lagu tempat ke2: Dan Sebenarnya (Yuna)
Juara Anugerah Lagu: Pergi (Aizat)
08 Januari 2010

Inai

Cantik memang cantik. Dah macam tattoo aku tengok hehehe...
Harini kita tengok gambar ye...



07 Januari 2010

Alhamdulillah...

Selepas beberapa jam abah di dalam bilik pembedahan tepat pukul 1.15 ptg abah dah keluar dari bilik pembedahan. Salah sorang adik lelaki aku tak sanggup nak jenguk abah sebab abah ngadu sakit. Kalau la aku ada kat situ.. aku rasa dah berjurai airmata yang keluar.

Saje nak bagitau ni....
Sebenarnya abah aku mengalami tulang pinggul yang terkeluar dari tempat asalnya. Lepas dah x ray semua, doktor sarankan abah aku buat fisioterapi agar tulang tu boleh kembali ke tempat asal. Beberapa bulan gak buat fisioterapi tetapi masih tiada perubahan. Akhirnya doktor buat pemeriksaan sekali lagi dan tiada pilihan lagi terpaksa juga dibedah.

Pembedahan itu adalah untuk membuang tulang yang dah tak berfungsi dengan menggantikan sejenis skru. Doktor bagi juga pilihan kalau tak buat pembedahan dikhuatiri tulang yang tak berfungsi tu akan berjangkit ke tulang yang lain. Bila dah sampai ke tulang belakang memang kemungkinan besar abah boleh lumpuh.

Akhirnya abah ambil keputusan, dia rela dibedah walaupun ada risikonya. Sebelum ni aku memang kesian tengok abah aku sebab dia tak boleh berdiri terlalu lama atau duduk terlalu lama. Kalau sakit tu datang dia hanya makan ubat tahan sakit je.

Sekarang ni abah pun dah selamat dibedah dan harap sangat lepas ni abah dah boleh buat apa-apa kerja yang dia suka.

P/S: Kemungkinan besar hujung minggu ni aku balik jenguk abah.

Semoga semuanya berjalan lancar

Pada ketika ini aku tengah dalam debaran. Nak buat kerja tak tentu arah, nak makan pun takde selera kerananya abah aku sedang berada di bilik pembedahan menjalani pembedahan berkaitan tulang pinggulnya. Ya Allah... biarlah pembedahan abah berjalan dengan lancarnya dan semoga abah lekas sembuh.

P/S: Berita terbaru akan diupdate selepas 1.00 tengahari
06 Januari 2010

Kena Tahan

Pagi tadi masa aku nak ke tempat kerja aku kena tahan dengan JPJ. Masa disuruh ke tepi tu sempat gak aku terpikir bila tarikh lesen mati ek. Bila dah ke tepi tu dengan selambanya orang JPJ tu mintak lesen. Lepas dia dah tengok (aku rasa tak sampai seminit pun) dia suruh aku teruskan perjalanan dan dia pulak dengan selamba pergi kat kawan-kawan dia. Aku baru je nak tanya ''laaa...semata-mata nak tengok lesen je ke?''. Poyo betul. Buat membazir masa aku je.
05 Januari 2010

Bermulanya persekolahan

Semalam adalah first day persekolahan untuk semua pelajar. Maka, berbaliklah kepada rutin asal setelah sebulan lebih bercuti. Bagi yang anaknya first time masuk sekolah memang excited. Maklumlah pengalaman pertama. Begitu juga dengan aku dulu. Masa Irfan mula-mula nak pergi sekolah, aku ni yang tak boleh tido malam. Macam aku pulak yang nak bersekolah hehehe... tapi sekarang ni dah tak heran.

Aku ingatkan pada tahun ni aku taknak la uruskan persekolahan dia maklum la Irfan dah darjah tiga, masih naik transport yang sama. Pada amatan aku dia dah boleh berdikari tetapi lastnya aku terpaksa gak pergi sekolah sebab nak tukar jadual masa sekolah agamanya. Bayangkan la..sekolah agama masuk pukul 10.30pg balik 12 tengahari. Masuk sekolah rendah pula start pukul 1.15ptg. Isshhhh...tak sempat. Mana nak tukar baju lagi.. nak makan tengahari lagi pastu masa sekolah agama tu kena bawak jugak beg sekolah rendah yang berat. Kesiannnn Irfan. Setelah settlekan semua Alhamdulillah... akhirnya dapat gak masuk pukul 9.00pg. Okay la tu...

Pagi ni pula aku hantar Irfan ke sekolah agama. Aku tak naikkan transport alasannya bolehlah aku berjimat sikit. Lagipun sekolah agama tu memang laluan aku nak pergi ke tempat kerja tetapi aku pula yang datang lambat ke opis huhuhu... nasib la bos aku masih cuti lagi.
01 Januari 2010

Irfan 8 tahun

Pada harini genaplah Ahmad Irfan Fitri bin Ahmad Faizal berumur 8 tahun. Perasannya macam baru lagi aku gomol-gomol budak ni. Semoga Irfan menjadi anak yang soleh dan disenangi oleh sesiapa.Aminn. Hmmm..aku ingat tahun ni nak hadiahkan dia basikal lagi. Okay tak?

Iefadesign 1st Giveaway Witg Pocoyo

Salam.. giveaway ni datangnya dari Iefadesign. Kepada sesiapa yang nak join, sila klik di SINI. Tarikh tutup giveaway ni pada 01.01.2011.


Gambar pocoyo di atas diambil dari en google.