Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
25 Februari 2010

Peraduan Jawab Teka Teki

Peraduan yang dianjurkan oleh Zuliana ni lain sikit. Kita hanya perlu jawab teka-teki yang diberi dan beri slogan. Taknak citer panjang... kalau nak tau pergi ke Blog Zuliana.

Sebelum tu antara syarat-syarat untuk menyertai peraduan ini ialah:

1. Jadi follower blog Zuliana - DONE
2. Juz jwb 2 teka teki dan 1 slogan - DONE
3. Inform n tinggal link kt ruang komen blog ini - DONE


Teka- teki pertama:

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.APAKAH YANG AKAN TURUN DAHULU SELEPAS PEMANDU ITU BERHENTI??

Jawapannya: Sudah tentulah meter yang akan turun dahulu.

Teka-teki kedua:

Ada sorang lelaki, tengah sembahyang pastu ada sekor anjing
lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMBAHYANG
LELAKI TU???

Jawapannya: Sudah tentulah tak terbatal air sembahyang lelaki tu kerana anjing tu menjilat kakinya sendiri bukan kaki lelaki tu.

Slogan

Saya suka jawab teka teki ni kerana idea untuk jawapan teka teki ni datang secara spontan dan juga tidak memerlukan saya memerah otak untuk memikirkan jawapannya.


Keyword Minggu Ini


Salam pagi semua. Ini adalah percubaan pertama aku buat printscreen. Masa aku melawat blog kawan-kawan, aku selalu tertanya camne nak buat printscreen ni. Masa berblogwalking dua hari yang lepas ada satu blog tu buat tutorial pasal printscreen ni dan aku pun cuba. Berjaya juga hehehe... Maklum la... aku ni bukannya mahir sangat nak buat semua ni. Masa nak pasang iklan nuff dulu pun puas nak fahamkan camner nak letak. Cuma sekarang ni yang aku tak berapa pandai nak edit je. Ada sape-sape boleh ajarkan.

Okay...pagi ni aku saje tengok keyword kat nuff aku, apa yang aku perasan perkataan kacang pool yang paling banyak berbanding perkataan yang lain. Hmmm... popular gak kacang pool ni ye.
23 Februari 2010

Drama Dunia Batinku

Malam sabtu lepas aku tengok drama Dunia Batinku kat tv3 yang dilakonkan oleh Sheila Rusly, Fizz Fairuz, Shafiee Naswip dan Normah Damanhuri. Drama ni memaparkan kesungguhan, ketabahan dan pengorbanan seorang ibu menjaga 3 orang anak dan ibu mertuanya selepas kematian suami. Kesabarannya juga diuji dengan kedegilan anak sulungnya. Drama ni memang best sangat. Tak payah la aku taip panjang-panjang sinopsisnya.

Apapun aku kagum sangat dengan lakonan Sheila Rusly yang nyata berkesan sekali membawa wataknya sebagai Khadija dan begitu juga dengan lakonan Shafiee Naswip sebagai Zainal iaitu anak sulung kepada Khadija. Drama ni juga berjaya membuatkan airmata aku mengalir.

Oleh itu, ingatlah pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu yang dicurahkan kepada kita. Jangan sekali-kali kita kecewakan perasaan seorang ibu.

*ohhh..betapa rindunya aku dengan arwah mak*
18 Februari 2010

Cream muka

Seminggu yang lepas masa aku lepak dengan kawan-kawan kat pantry,ada sorang kawan aku tegur ''ehh..pipi ko ada bintik hitam la. Ko kena jaga ni, kalau tak lagi banyak bintik hitam tu nanti.'' Alamak.. aku jarang amik tau pasal kulit muka ni. Pakai moisturiser pun sekali sekala. Nak tepek bedak muka pun jauh sekali. Aku tak minat la semua ni. Pastu kawan aku pun bagi la penerangan sikit pasal bintik hitam tu.

Balik je dari kerja, lepas maghrib aku ajak en suami keluar cari cream muka. Sebelum ni aku pakai cream Olay dan kebetulan cream tu pun dah habis. Macam biasa tempat yang aku tuju adalah Jusco. Aku pun belek la cream yang ada kat sana. Dalam hati nak try produk lain selain dari Olay. Aku pun pergi kaunter Loreal dan kebetulan ada sales girlnya. Aku minta tolong advice jenis mana yang aku sesuai pakai dan selepas bersoal jawab dia sarankan aku gunakan yang ini


cuma pencuci muka je aku tak beli sebab aku nak habiskan pencuci muka yang ada. Sekarang ni aku dah rajin guna setiap pagi dan malam. Aku kena disiplinkan diri la nampaknya. Kalau tak sayang wooo muda-muda lagi muka dah ada kedut.

Dah seminggu jugak aku pakai perubahan yang nampak kulit muka aku makin halus. Bintik-bintik putih yang biasa ada kat hidung pun dah kurang. Nak tengok gambar kulit muka aku? Tak payah la.. malu nak tunjuk hehehe
17 Februari 2010

Jom..pekena cendol.

Cuaca tengah panas terik ni memang sedap dapat makan cendol di bawah pokok sambil makan cucur udang. Fuhhh.. sedap sungguh.

Cucur udang yang takde udang. Patut dipanggil cucur tepung je

Tak toleh kiri kanan budak nakal ni hirup cendol

Nyaman betul bila cendol ni masuk ke tekak

Gambar ni semua diambil lepas kitorang hantar adik aku balik semula ke PLKN di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Tempat ni aku tak tau la apa namanya tapi femes jugak kot sebab ramai betul orang yang berkunjung ke kedai ni.
12 Februari 2010

Caramel Cheesecake


Dari isnin lepas tekak ni teringin je nak makan Caramel Cheesecake ni. Ngidam ke? *tak la*. Malam rabu lepas aku ajak en suami cari caramel cheesecake ni kat Jusco Taman U. Sampai sana lebih kurang 8 lebih pastu terjumpa pula dengan anak sedara. Borak-borak kejap dan kemudiannya shopping sikit. Maklum la sementara ada sale ni cari la baju anak sikit. Gedebak gedebuk asyik bershopping jam dan menunjukkan pukul 10.05 malam.

Bila dah bayar semua aku bergegas pergi Secret Recipe. Masa nampak cheesecake tu dalam hati ni dah bergumbira sebab apa yang dihajati hampir tercapai tiba-tiba

Staff SR : kak..kak..

Aku dengar dia panggil aku tapi aku buat dono je sebab kat situ ada sorang customer tengah pilih kek tapi dia tetap panggil dan aku menoleh

Staff SR : kak..kitorang dah tutup cashier

Aku: Hah.. dah tak boleh beli ke?

Staff SR : Tak boleh la kak

Aku pun melangkah keluar dari Secret Recipe tu dengan perasaan hampa walaubagaimanapun aku akan tetap dapatkan Caramel Cheesecake tu
11 Februari 2010

A Village in Holland with no roads

Amboiii..tajuk n3 ni dalam bahasa omputih la hehehe...
Bestnya kalau tinggal kat tempat camni. Sungguh mendamaikan hmmm... *tengah berangan ni*




04 Februari 2010

Sukasuka Giveaway

Cantik kan kawan-kawan

Masa aku jalan-jalan baca blog, aku terjumpa satu blog yang menganjurkan giveaway dan tanpa berfikir panjang aku terus join. Hadiahnya pun menarik gak. Selama aku ada blog inilah kali pertama aku join.

Okay...taknak citer panjang-panjang. . Giveaway kali ni datang nya dari blog MANGOSTEENSKIN. Jika korang berminat nak join silalah pergi ke SINI. Pengumuman akan dibuat pada 8hb Feb ni. Cepat...tinggal lagi beberapa hari je untuk korang sertai.
03 Februari 2010

Ghost Whisperer


Ada tak sape-sape yang suka tengok drama bersiri Ghost Whisperer? Kalau suka sila angkat ibu jari hehehe.

Pada sape yang tengok mesti tau cerita ni berkisar apa kan. Malam tadi aku tengok drama ni kat 8 tv. Ghost Whisperer ni antara drama feberet aku selain Monk dan Tru Calling. Aku tengok dari season 1 lagi. Untuk yang tak tau cerita ni meh aku citer secara ringkasnya.

Ghost Whisperer ni mengisahkan Melinda lakonan Jennifer Love Hewitt yang mempunyai kelebihan dapat melihat roh orang yang telah meninggal dunia. Melinda ni akan menolong roh yang tak kesampaian hajat semasa hidup dan juga menolong roh tadi meneruskan perjalanan ke alam lain. Melinda ni dah berkahwin tapi belum mempunyai anak. Dia juga membuka kedai menjual barang-barang antik.

Kat tv8 kalau tak silap aku dah masuk musim keempat dan musim kali ni ada episod husband kepada Melinda telah mati akibat ditembak. Roh husband dia taknak pergi ke tempat yang sepatutnya malahan rohnya berlegar-legar kerana tak sanggup nak biarkan Melinda dalam kesedihan. Endingnya roh husband dia masuk ke dalam badan seorang lelaki yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Jadi dengan cara itu roh husbandnya dapatlah hidup bersama dengan Melinda.

Sekian...terima kasih hehehe
02 Februari 2010

Selamat Hari Jadi

02.02 adalah merupakan tarikh lahir pada seseorang yang pernah menjadi sahabat aku satu masa dulu. Nurhazira binti Ismail... Selamat harijadi aku ucapkan, semoga kau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa gembira di samping orang-orang yang tersayang.

Nurhazira ni merupakan sahabat aku sejak dari kitorang berumur 6 tahun. Maklum la.. tinggal di tempat yang sama, bersekolah dan bekerja pun di tempat yang sama. Masa mula-mula dia ambil kursus jururawat, kitorang masih lagi berhubung sehingga la dia dapat kerja sebagai seorang jururawat desa tiba-tiba je dia terus menjauhkan diri dari aku. Kebetulan pula keluarga dia dah tak tinggal di kawasan perumahan yang pernah kitorang tinggal. Aku pun tak tau atas sebab apa dia menjauhkan diri dari aku. Sampaikan dia kahwin pun aku tak dijemput. Sedih sangat... aku rasa masuk tahun ni dah 5 tahun aku tak mendengar khabar dari dia. Bila tanya kawan-kawan yang lain pun tak tau ke mana dia menghilang. Aku dapat tau dia masih lagi ada di area Johor tapi aku malas nak cari. Orang dah tak sudi nak kawan dengan aku huhuhu...

notajariruncing: nape la tibtiba aku teringat kat dia