Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
31 Mac 2010

Earning MY LOOK


Salam semua... harini aku nak tunjukkan earning yang aku dapat dari MY LOOK pada hari semalam. Kalaulah hari-hari begini bestnya. Hmm..berbaloi-baloi hehehe.. sape yang rasa nak join tu bolehlah KLIK DI SINI
30 Mac 2010

Cari duit dengan MY LOOK

Semasa aku blogwalking ke blog ARIED, aku ternampak entri berkenaan MY LOOK ni. Bila baca entry tu menarik jugak. Apa salahnya mencuba. Bukannya kena keluarkan modal pun. Samalah macam register nuffnang tak kena bayar satu sen pun. Jika sebelum ni korang gunakan google ke yahoo ke untuk search sesuatu sekarang bolehlah korang gunakan MY LOOK. Sambil search dapat juga duit. So, hari ni aku nak memanjangkanlah berkenaan MY LOOK ni. Pasal bab cari duit ni sape yang taknak kan.

''MyLook ni lebih kurang macam google, yahoo dan lain-lain lagi.. tetapi MyLook ni masih lagi baru dan setiap apa yang kita search(search macam biasa), kita akan dibayar sebanyak $0.22... Tetapi, dalam sehari, hanya dihadkan kepada hanya 5 carian(search) terawal sahaja yang akan dibayar... Yang seterusnya itu dikira macam free la kat diorang ni...

Jadi, kalau setiap hari kamu amik masa 1 minit untuk search sebanyak 5 kali(search lah apa-apa pun)... Kamu akan mendapat sebanyak $1.10 dalam 1 hari.. jadi, dalam sebulan, dpat jugak dalam $33 kan.. oklah tu dari tak dapat langsung.. ''

notajariruncing: AYAT '' '' aku copy dari blog ARIED. Thankslah kepada ARIED kerana sharekan info ni kepada semua.

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah korang KLIK DI SINI untuk register.


29 Mac 2010

Rahsia Pemakanan Ilmuwan Islam


MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf is 'shifa' iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat



KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap kiblat, membaca Bismillah dan salawat tiga kali diikuti doa penerang hati.


SUSU SEGAR

Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga metal dan fizikal.



TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.



HALIA

Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.



BUAH DELIMA

Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W ''Sesiapa yang makan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari''.
23 Mac 2010

Gara-Gara Nak Berjimat

Kelakar betul bila aku tengok gambar di bawah ni. Nak jimat pun agak-agak la tapi mungkin begitulah cara mak baby tu nak berjimat. Maklumlah pampers kan semuanya mahal-mahal. Agak-agak ada tak sape yang nak tiru cara camtu hehehe ....

22 Mac 2010

Ibu Sarat Mengandung Dihempap Kren

Aku rasa ramai kot yang dapat email ni. Aku pun tak tau bila kemalangan ni terjadi tapi itulah kekuasaan dari Allah yang aku nak tunjukkan di sini. Kemalangan ngeri yang melibatkan 5 buah kereta dan sebuah kren yang telah terbabas lalu merempuh kenderaan yang sedang melalui jalan ini dan kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat...
















Jika dilihat dari keadaan kereta tu mesti kita akan menganggap pemandu tu berdepan dengan kematian tapi kuasa Allah tiada sesiapa yang dapat menandinginya. Akhirnya ibu yang sedang mengandung tu dapat diselamatkan tanpa kecedaraan parah.
19 Mac 2010

Giveaway Contest Happy 1st B'day


Tadi masa aku berblogwalking, aku ternampak satu contest ni dan macam biasa aku join untuk support tuan punya blog. Tak kisahlah menang atau kalah tapi kalau menang tu dah kira cam satu bonus la. Contest datangnya dari CIK FA. Taknak citer panjang jom kita tengok syarat-syarat untuk menyertai contest ni.

1. Jadi follower blog cik fa
2. letak banner di atas pada entry dan sidebar. link kepada giveway contest b'day blog cik fa
3. buat entry tentang giveway contest b'day blog cik fa dalam blog anda
4. tinggalkan link entry anda pada comment di giveaway contest b'day blog cik fa untuk cik fa check

senang kan???so apa tunggu lagi..jom la join..tarikh tutup penyertaan 26 mac 2010 (jumaat- 1pm). cabutan bertuah akan dibuat pada hari esoknya 27 mac 2010. mari-mari join..hadiah menarik menanti anda..
18 Mac 2010

Beberapa saat sebelum menemui ajal

Petang-petang ni kita layan gambar je la ye.

Ketam tu sempat buat aksi akrobatik


Amboii..luasnya nganga


Gambar yang ni sape makan sape la ye


Ini dah kes kanibal


Tolong...tolong...

Traffik pulak

Salam semua.. disebabkan semalam aku dah post pasal buffered harini aku nak tunjuk korang traffik aku yang boleh membuatkan aku bangga pada diri sendiri.


Dari hari isnin lepas aku banyak menghabiskan masa dengan blogwalking *nasib baik kerja aku tak bertimbun* dan hasilnya traffik aku telah naik ke 200++. Maklumlah aku ni kan baru je berkecimpung dalam dunia blog. Dengan peningkatan camni telah menaikkan semangat untuk aku terus berblogging dan berblogwalking.

Sebenarnya aku nak ucapkan TERIMA KASIH kat korang semua kerana sudi juga masuk ke blog aku yang tak seberapa gah ni. Bak dalam katun wonderpets *apa yang penting... KERJASAMA*

Sekian..terima kasih.
16 Mac 2010

Aku dah dapat buffered

Sesiapa yang ada nuffnang kat blognya mestilah mengharapkan agar dapat buffered. Mula-mula dulu pun aku nak sangat ada buffer maklumlah sana sini blog menceritakan pasal buffered ni. Aku yang masih tak arif sangat pasal nuffnang ni pegilah mencari info-info berkenaan buffered kat blog otai yang memang arif dan bijaksana pasal hal ehwal nuffnang ni. Antara info yang aku dapat

1. Traffik mestilah 100++
Aku cuba mengekalkan traffik aku agar 100++ setiap hari. Traffik aku dari hari isnin hingga jumaat memang dalam lingkungan 100++ kecuali sabtu dan ahad je sebab kedua-dua hari tu aku tak dapat nak blogwalking. Maklumlah kat rumah takde tenet huhuhu...

*masih tak dapat buffered lagi. Takpe... aku tunggu dgn sabarnya.

2. Update Survey
Sebelum ni survey yang aku jawab kat nuffnang memang ala kadar je. Rupa-rupanya survey ala kadar aku tu la yang menyebabkan aku tak dapat buffered dan jalan penyelesaian yang aku ambil aku update balik survey aku. Bagi ayat baikkk punya. Cerita panjang lebar dalam survey tu dengan isi yang padat hehehe...

*seminggu lepas aku update survey barulah aku dapat buffered. Itupun satu je dan tak banyak amountnya. Tak kisahlah tu.

Itu antara pengalaman aku untuk dapat dapat buffered. Yang aku rasa penting survey tu memang kena buat betul-betul. Oppss..survey yang aku maksudkan, survey yang korang kena tulis dengan menggunakan ayat sendiri.


Klik untuk pembesaran. Amount tu malu nak tunjuk hehehe

Satu lagi... kalau korang perasan dalam bulan lepas susah betul iklan nak kuar kat mana-mana blog. Blog aku pun camtu gak. Tanpa berfikir panjang aku pun tulis surat cinta kat nuffnang. Saje tanya dengan lemah lembutnya kenapa iklan tak kuar-kuar sambil tu tanya sekali tip nak dapat buffer. Lepas je nuffnang balas surat cinta tu... haaa amik ko. Sekarang ni aku dah ada lima buffered. Alhamdulillah...
15 Mac 2010

Sis Itajeffs Giveaway

Makin seronok pulak join giveaway. Kali ni datangnya dari Kak Itajeff. Hadiah yang ditawarkan pun agak menarik jugak. Thanks Lyana kerana inform pasal giveaway ni di blognya.

Sape yang rasa nak join giveaway ni bolehlah masuk ke blog Kak Itajeff. Tarikh tutupnya pada 16hb March 2010 jam 12 tengahari.

Aina : '' Wedding Contest''



Sempena lagi beberapa hari je cik aina akan bertukar menjadi puan aina saya pun taknak melepaskan peluang untuk join contest yang dianjurkan oleh Cik Aina. So, hadiah yang saya cadangkan untuk diberi kepada cik aina pada hari perkahwinan beliau yang akan datang ialah


1. Frame ayat-ayat suci

Pic dari google

Disebabkan selepas berkahwin cik aina dan suaminya akan tinggal di rumah sendiri, maka sesuailah sekiranya dinding rumah cik aina dihiaskan dengan frame ayat-ayat suci selain dari frame gambar kawin. Mungkin cik aina boleh letakkan samaada si ruang tamu atau di bilik tidur.


2. Album gambar

Pic dari google

Album gambar inipun sesuai juga jika dihadiahkan kepada cik aina kerana cik aina bolehlah menyimpan gambar-gambar masa pergi honeymoon nanti untuk dibuat kenangan ataupun boleh juga menyimpan gambar anak-anak cik aina nanti.

Sekian..terima kasih.

notajariruncing: Dah bagi dua hadiah ni kena kira dua penyertaan ni hehehe .....
10 Mac 2010

Aktiviti Malam

Biasanya dalam ke tujuh-tujuh hari, hari Rabu la aktiviti malam aku agak bizi. Kalo nak kuar makan pun aku akan elakkan pergi pada hari Rabu. Nak tau kenapa? kerana pada malam Rabu aku habiskan masa aku dengan menonton tv. Korang tengok ye kat bawah ni start dari pukul 6.30ptg hingga 1.30pagi.

6.30 ~ 7.00 - sampai rumah terus tengok Na O Mei
7.00 ~ 8.00 - Tengok Biggest Loser *sambil tu mandi dan solat jap*
8.00 ~ 9.00 - Sambung tgk Berita Utama *bila kuar berita sukan gi solat lagi*
9.00 ~ 9.30 - Aduan Rakyat di TV3
9.30 ~ 10.30 - Terus tukar channel tgk Halimah Jongang di astro prima
10.30 ~ 11.30 - Masih di astro prima sambung tgk citer Bujang Sepah
11.30 ~ 12.30 - Sambung lagi citer indon Air Mata Cinta *masih di channel yang sama*
12.30 ~ 1.30 - Sambung lagi citer Dyesebel.
1.30 ~ 6.15 - Tido dengan lenanya.

Tengok?? Bizi tak? Sampaikan en suami dan anak bising-bising sebab aku konker tv
08 Mac 2010

Argghhh... Tensionnya

Hisshhh...aku rasa skang ni cam nak bertukar je jadi Incredible Hulk. Nape la sejak jumaat lepas line tenet kat sini lambatnya nak loading. Aku nak blogwalking lambat, nak buka itu lambat, nak buka ini lambat. Arrgghhh...memang tension betul.

Sekian untuk n3 aku harini

06 Mac 2010

@RENIM GIVEAWAY

JOM JOIN DAN JADIKAN SAYA UR REFERRER
= JIEDA =

1. JADI FOLLOWER @RENIM'S GIVEAWAY
- DONE -

2. LETAK BANNER DI ATAS NI DAN LINKKAN KE @RENIM'S GIVEAWAY NI
- DONE -

3. BUAT ENTRY TENTANG @RENIM'S GIVEAWAY DALAM BLOG ANDA
- DONE -

4. ADD @RENIM'S GIVEAWAY DALAM BLOG LIST ANDA
- DONE -

5. NYATAKAN REFERRER ANDA ... (ADA GIFT UNTUK REFERREL)
MY REFERRER : ANIN

6. SILA TINGGALKAN LINK ANDA PADA EMAIL SAYA ( chokkelat26@yahoo.com )
- DONE -

7. RAJIN-RAJINLAH KLIK NUFFNANG SAYA....
- OK -

TARIKH TUTUP ASALNYA PADA 09.03.2010 TAPI TELAH DILANJUTKAN KE 23.03.2010
JOM JOIN RAMAI-RAMAI UNTUK MEMERIAHKAN GIVEAWAY NI.
05 Mac 2010

Kes Dera Lagi

Tak habis-habis kes dera sekarang ni. Dah berlanjutan pulak. Kes dera kali ni melibatkan seorang kanak-kanak berusia 18 bulan didera oleh jirannya kerana si jiran tu cemburu dengan ibu bapa mangsa telah mempunyai anak sedangkan suspek belum ada anak walaupun telah lama berkahwin. Si jiran yang kejam tu pula tergamak mendera anak jirannya dengan memijak sehingga mati akibat kecederaan dalaman yang serius.

Bangang betul.. kalau jeles sangat cederakanlah diri sendiri. Ni tak... kesian budak kecil tu yang jadi mangsa. Kat mahkamah nanti pun takyah nak bicara lama sangat. Biar jatuh hukum terus.

Nak baca cerita penuh korang klik kat SINI
04 Mac 2010

Pink Muslimah Store 1st Giveaway


Giveaway lagi. Aku ni dah kemaruk lak join giveaway. Seronok pulak rasanya. Jom kita tengok. Giveaway ni datangnya dari Pink Muslimah Store. Hadiah yang ditawarkan adalah seperti di bawah ni


Seperti biasa mesti ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi terlebih dahulu

  1. Be a PINK MUSLIMAH STORE Follower . Reason : So that u will not miss any updates from me . - done -
  2. Put this giveaway banner together with baclink on your sidebar where i can detect it easily . - done -
  3. Make the SIMPLEST entry about this giveaway/freebies . - done -
  4. Don't forget to leave your entry' s link BELOW (in the comment box) . - done -
  5. Winner will be chosen via RANDOM.ORG .
Tarikh tutup giveaway ni pada 7th march ni. sape yang nak join tu cepat-cepatlah ye

Nabil ( Lu Fikirlah Sendiri ) Kena Saman


Seperti biasa pagi-pagi sampai opis mesti kena baca suratkhabar dulu. Di muka depan Harian Metro edisi Johor terpampang NABIL DISAMAN RM2 JUTA. Isshhh... apa kes ni. Aku pun selak page 5 untuk mengetahui berita selanjutnya.

Oooo..rupanya Nabil disaman oleh syarikat yang menerbitkan filem LU PIKIRLAH SENDIRI DE MOVIE gara-gara mengkritik filem itu. Aku pernah baca dalam paper sebelum ni Nabil tak puas hati lakonan dia dalam filem itu. Tidak seperti yang digambarkan. Kemudian aku baca pula kenyataan Nabil yang menyatakan Nabil tak takut pun disaman kerana filem itu bukan rugi pun malahan dia hanya meluahkan pendapatnya sahaja.

Hmm...ntahlah. Sekarang ni semua tak boleh silap sikit. Asyik nak saman je. Apapun harapnya dapatlah dorang ni settlekan secara aman.


Notajariruncing: Agaknya dapat tak Nabil merangkul lagi Anugerah Bintang Paling Popular
03 Mac 2010

Giveaway From New Zealand


Salam petang semua. Harini aku berminat lagi join giveaway. Giveaway kali ini datangnya dari Nida yang berada di bumi Albany. Beliau menganjurkan giveaway ni sempena ulang tahunnya. Hadiah yang ditawarkan pun agak menarik jugak. Marilah kita beramai-ramai memeriahkan giveaway ni. Oh ye.. sebelum tu ada syaratnya untuk menyertai giveaway ni.

Syarat-syaratnya:

1. Perlulah@wajib menjadi followers blog ini - done
2. Letakkan blog ini dalam blog list anda - done
3. Kalau rajin buatlah entry dalam blog anda tentang ''giveaway'' ini, KALAU TAK BUAT PUN TIDAK MENGAPA. - done
4. Perlulah@wajib meletakkan banner di atas di sidebar blog anda (di'link'kan ke blog ini). - done
5. Tinggalkan komen dalam entry ini yang menyatakan anda berminat untuk menyertainya. - done
6. Tiga cabutan bertuah akan dilakukan.
7. Tarikh tutup akan diberitahu kelak.

Haa.. senang je kan syarat-syaratnya. Jomlah join beramai-ramai.
02 Mac 2010

Budin Benci Kucing

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada sesiapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluat Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-harinya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Bermulalah rancangan jahat Budin. Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Cap Rambutan. Tanpa berlengah Budin terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya, lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati yang gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan rentak lagu Cari Jodoh nyanyian Wali Band.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah, si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lengan. Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semua jalan ditempuh, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang beberapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Budin: Ayang, Tompok ada kat rumah tak?
Tanya budin dengan penuh suspen dan berdebar-debar.

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa?
Tanya Gayah keheranan

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni.


Notajariruncing: Jangan buang kucing terlalu jauh hehehe
Imbang Penuh

Tag Dari Shafidamama

Sementara takde n3 terbaru yang aku nak post, baiklah aku jawab tag yang telah diberi oleh Shafidamama.

1) You have to print screen wallpaper that you are using right now - done


2) Tell us why you like the wallpaper
Wallpaper ni menjadi pilihan kesukaan aku kerana gambar di atas ialah kedua-dua permata hatiku. Hati aku merasa puas bila melihat senyuman mereka.

3) Tag 10 people
Ramainya... kawan-kawan yang aku nak tag ialah

1. Ziana
2. Yanadzul
3. Zures
4. Zati
5. Iznie
6. Afayufu
7. Suzry
8. Dina
9. Kak Azieazah
10.Mamalieyna

Kepada kawan-kawan yang aku tag ni kalau korang sporting, korang jawab la *satu paksaan ni*
01 Mac 2010

Teater Natrah

Sebenarnya aku teringin sangat nak tengok teater tapi paham-paham je la, jauh sangat nak pergi. Antara teater yang aku nak tengok sangat adalah teater Natrah dan akhirnya petang semalam tercapai impian nak tengok. Pukul 3 di TV1 ada menayangkan teater Natrah ni. Agaknya kalau tengok live mesti bestkan tapi okay la dapat jugak tengok. Teruja jugak la hehehe *jakun betul ko ni jieda oii*.

Natrah mengisahkan kehidupan gadis berasal dari Berlanda bernama Natrah dan dipelihara oleh Che Aminah. Begitupun, konflik terjadi apabila ibu bapa kandung Natrah yang beragama Kristian menuntut semula hak penjagaan. Malah mereka tidak bersetuju dengan perkahwinan Natrah yang baru berusia 13 tahun dengan Mansor Adabi. Kemudian berlakunya rusuhan berikutan pergolakan sentimen agama dan kemanusiaan.

Antara pelakon yang menjayakan teater Natrah ni Maya Karin (Natrah), Umie Aida (Che Aminah), Remy Ishak (Mansor Adabi), Sofea Jana (Natrah ketika tua).