Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
30 April 2010

Tag Dari Hani Pula...

Salam semua..ini adalah entri terakhir aku untuk bulan April. Esok dah masuk 1 Mei..sekejapnya masa berlalu.

Tag kali ni datangnya dari Fadzihani. Thanks hani. Beserta dengan tag ni..hani sertakan sekali award. Isshhh...rasa cam artis pula hehehe...



Jom kita tengok apa soalan yang perlu aku jawab.

1. 3 nama samaran kamu..?
i) ayong - maklumlah kakak sulung
ii) jieda - nama samaran di alam maya je
iii) zida - ni nama di alam realiti

2. 5 tarikh penting dalam hidup anda.?
i) 01 January
ii) 12 March
iii) 31 August
iv) 16 October
v) 29 December

3. 5 perkara yg anda buat semalam..?
i) pergi keja macam biasa
ii) pegi bank
iii) makan
iv) bawa balqis pegi klinik
v) ngadap depan internet

4. 5 perkara yang buat anda gembira..?
i) ketika digelar isteri
ii) ketika dapat anak
iii) dapat beli rumah sendiri
iv) dapat kerja di tempat sekarang
v) ketika disurprise pada harijadi

5. 5 drama kegemaran anda..?
*drama yg tengah follow skang ni.*
i) asmaradana
ii) adamaya
iii) penunggu gunung raya
iv) aliff firdaus
v) bujang sepah lalitamplom

6. 5 hobi kamu..?
i) baca novel
ii) buat crosstitch
iii) menonton tv
iv) layan internet
v) masak sesuatu yg baru

7. 5 tempat percutian idaman anda..?
i) cameron highland (yg paling sgt nak pegi)
ii) pulau sibu
iii) pulau langkawi
iv) -
v) -

8. 5 sebab kamu jawab soalan ni..?
i) kerana telah dipilih untuk selesaikan tag ini
ii) takde idea untuk entry baru
iii) -
iv) -
v) -

9. lihat siapa lak yg nk kena TAG...ni...
*taknak tag sesiapapun sebab award ni aku yang punya hehehe....*
28 April 2010

Tag Dari Mimi

Salam pagi semua.. kali ni entry aku berkenaan tag yang diberi oleh mimi. Thanks mimi sudi meng'tag' saya. Itu bermakna mimi ingat kat saya hehehe... walaupun tag ini aku dah buat tapi demi menghormati mimi yang sudi tag aku, aku buat juga la. Kali ni gambar yang diselongkar dari folder 'FAMILY'.

1. Pergi kat foto file lp atau com anda, pilih gambar yang ke lapan..
2. Ambil gambar tersebut untuk dipost
3. Cerita sikit tentang gambar tersebut
4. Tag 8 orang

Gambar yang terpilih ialah.....



Di dalam gambar ini ialah arwah mak dan abah serta dua orang anak kesayangan aku Irfan dan Balqis. Gambar ni di ambil ketika kami sekeluarga berkelah ke Pengkalan Balak di Melaka pada tahun 2008. Masa ni ahli keluarga aku yang lain semua dah terjun ke laut. Irfan ni memang penakut nak main air laut lepas kejadian tsunami dulu sebab tu dalam gambar ni baju dia kering. Bila ditanya, dia akan kata dia takut tsunami hehehe... berbanding adiknya, sampai taknak keluar dari air laut.

Rasanya dah ramai yang pernah jawab tag ni. So, aku offer kepada sesiapa yang belum buat tag ni, silalah buat dengan rela hati. Tanpa paksaan hehehe....

26 April 2010

Kraft Singles

Malam semalam aku berkesempatan tengok rancangan Kraft Singles di tv9.Aku tak ingat apa tajuk rancangan tu tapi rancangan tu berkenaan pertandingan masak dengan menggunakan cheese Kraft Singles sebagai bahan utama. Pengacaranya pula ialah Syarifah Syahirah. Maklumlah tengok pun dah separuh jalan. Best juga tengok. Korang pernah tengok tak iklan Kraft Singles ni. Alaa.. yang si ibu buat roti bakar dilapisi cheese tu. Mengancam betul iklan tu kan. Buat orang terliur je.



Kesimpulannya, aku nak share dengan korang resepi-resepi yang terdapat di lawan web Kraft Singles ni. Nampak mudah disediakan dan yang penting mestilah berkhasiat. Pada yang suka makan cheese tu bolehlah korang klik KRAFT SINGLES ni. Pada yang tak minat cheese ni pun boleh gak masuk website ni, mana la tau nak sediakan untuk anak-anak ke, keluarga ke dan sape-sape je la yang korang nak. Lagipun resepi ni ada untuk breakfast, dinner, lunch dan snack. Korang pilih je yang mana suka.

Haa..satu lagi sekarang ni KRAFT SINGLES ada menawarkan contest. Nak tau lebih lanjut, silalah masuk ke laman web KRAFT SINGLES.

Sekian, terima kasih.

Earning untuk Iklan Poject Alpha

Salam pagi isnin kepada semua... pagi isnin ni macam biasa on komputer pastu mesti tengok earning nuffnang sepanjang minggu lepas. Korang yang ada nuffnang pun akan buat perkara yang sama kan... Bila aku tengok pagi ini agak memeranjatkan juga sebab earning untuk PROJECT ALPHA RM2.25. Itu adalah antara nilai tertinggi yang aku dapat buat masa ni. Biasanya earning cuma RM0.25, RM0.50 atau RM0.75. Paling tinggi pun pernah dapat RM1.50. So, rasa best jugak la dan yang pentingnya aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang klik iklan-iklan aku tu. Apapun.. korang memang best.


24 April 2010

Chempaka's Giveaway

Kali ni giveaway yang aku join datangnya dari Chempaqa Lavender Cottage. Giveaway ni aku dapat tau bila aku berblogwalking ke blog AZILAS. Nak tau lebih lanjut pasal giveaway ni, sila klik di SINI

Kategori ENGLISH LAVENDER


Kategori CEMPAKA-ANTIK

Inilah hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang dan pilihan aku adalah kategori CEMPAKA - ANTIK. Sesiapa yang nak join tu cepatlah join kerana tarikh tutup adalah pada 25hb April 2010.
22 April 2010

Hit Nombor 9999 di blog Razis

Salam petang semua. Kali ni nak citer pasal hit counter pula. Nak hit kat blog aie aka darkbatman asyik tak dapat je huhuhu... dan akhirnya kemenangan aku berpihak kat blog Razis. Bestnya..hadiah yang dimenangi ialah RM10.

Inilah bukti yang menunjukkan no 9999 tu no bertuah aku

Award JAPANESE NAME

Salam..semalam aku join satu contest nama jepun di blog Azwan dan harini nama pemenang telah diketahui dan aku antara pemenang yang bertuah dan hadiah yang aku menangi ialah ......



 Cantik kan.

Nama aku dalam bahasa jepun ialah ZUKIKUTEKA. Hahaha..lawak la nama camtu. Kalau korang nak tengok nama-nama pemenang yang boleh membuatkan lidah korang terbelit-belit, boleh pergi ke SINI dan kalau korang nak test nama korang pulak rujukannya bolehlah ke SINI.

Terima kasih kepada Azwan di atas award yang comel ni.
21 April 2010

Tagged dari Farah

Alahai..aku telah di tag dan sekarang ni dengan besar hati aku nak jawab tag yang diberi oleh FARAH. Sape yang nak ngorat ke,nak kenal ke bolehlah pergi ke blog beliau.Hehehe..sori farah, gurau je. 

Setelah dibelek-belek, gambar yang terpilih adalah.....


Errkk..itik ni yang terpilih. Amboii..glamer la lepas ni ye itik. Takde apa pun yang menarik di sebalik gambar ni. Hanya seekor itik. Itik ni mengingatkan aku kepada kawan-kawan baik aku di sshhh... rahsia dan aku juga suka sangat makan rendang itik.

Calon-calon yang aku nak tag ialah:
1. Adah







8. Aie Darkman

Kepada calon-calon di atas, sudi-sudikanlah jawab tag yang diberi yer.

notajariruncing: mood untuk jawab tag dah kembali..sape nak tag aku silakan tapi jangan soalan yang susah ye

19 April 2010

Cerita Sedih Mengenai Kehilangan

Salam semua..

Hati aku masih sedih memikirkan kejadian pada malam isnin lepas. Masih terbayang-bayang di ingatan aku. Sebenarnya malam isnin tu aku terima panggilan dari anak sedara husband aku mengatakan adik aku terlibat dalam kemalangan jalanraya ketika pulang dari memancing. Terkedu aku dengar pastu aku suruh husband aku call adik aku bertanyakan keadaannya. Alhamdulillah adik aku hanya mengalami kecederaan kecil di siku tetapi kawannya yang memandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian. Innalillahhiwainailaihirajiun.

Kirakan malam tu juga aku sekeluarga bertolak ke Hospital Kota Tinggi. Sampai sana aku sempat tanya ngan adik aku wife arwah dah tau ke belum tapi adik aku bagitau dia tak sampai hati nak beritahu pada wife arwah bahawa arwah telah meninggal dunia. Dia cuma suruh datang ke hospital. Tak lama kemudian, wife arwah sampai dan terus jumpa adik aku dan bertanyakan keadaan suaminya tapi adik aku suruh pergi ke wad kecemasan. Bila sampai di wad kecemasan, aku nampak wife arwah meraung dan pengsan. Aku tak sampai hati nak tengok situasi begitu. Tak dapat dibayangkan kalau aku di tempat wife arwah. Air mata tak usah cakap la. Memang berjurai-jurai.

Kejadian tu berlaku lebih kurang pukul 9.30mlm. Punca kejadian apabila sebuah kereta Satria Neo yang dipandu seorang lelaki cuba memotong kereta yang dinaiki adik aku dan arwah tapi tak lepas lalu bergesel dengan kenderaan arwah menyebabkan kereta terbabas lalu merempuh tembok penghujung jambatan. Sebenarnya jalan tu memang tak boleh memotong kerana double line tapi si pemandu yang bodoh dan bangang tu potong jugak. Punca arwah meninggal kerana cedera dalaman yang teruk. Masa kat hospital tu pun si bodoh bangang tu pun ada juga tapi dia cuma terkehel bahu saja. Hisshh..geram je tengok dia.


Beginilah keadaan kereta yang dinaiki arwah dan adik aku selepas kemalangan. Aku pelik juga, Toyota Alphard boleh jadi seteruk ni. Kalau tengok dari keadaan kereta ini rasa paling tidak pun adik aku mesti cedera parah tapi kuasa Allah maha besar, adik aku selamat begitu juga dengan dua orang anak arwah yang ikut pergi memancing. Anak arwah pun cuma cedera ringan. Arwah ni ada 3 orang anak, dua lelaki sorang pompuan. Yang sulung umurnya 10 tahun, lagi sorang 7 tahun dan yg kecil sekali dalam lingkungan 3 tahun. Sedih kan, masih memerlukan belaian seorang ayah. Masa kat hospital ramai kawan-kawan adik aku dan arwah datang melawat. Terharu juga sebab dorang sanggup datang dari jauh. Semangat kawan dorang memang utuh. Aku rasa dalam 20 orang yang datang.


Kepada sesiapa yang baca entri ni, sedekahkanlah Al Fatihah kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah....
18 April 2010

Achik Spin Meninggal Dunia


Baru ni bila aku jln ke blog Dahlia, ada entry mengenai Achik Spin meninggal. Mulanya macam tak percaya tapi bila ke blog Aie aka Darkbatman pun ada entry yang sama. Innalillahhiwainailaihirajiun... arwah meninggal akibat kemalangan jalan raya. Baru-baru ni iklan di TV3 dalam rancangan Jangan Tidur Lagi untuk hari rabu yang akan datang menampilkan arwah bersama Siti Nordiana sebagai artis jemputan.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada arwah agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah...
17 April 2010

Ohh..Aku teringin

Aku teringin..apa yang tiba-tiba membuatkan aku teringin? Ooo..sebenarnya tadi masa aku tengah syok tengok tv, tiba-tiba aku terbayangkan buah kundang. Rasanya yang masam masam manis tu cukup membuatkan aku terliur. Hmm..sedapnya tapi sayang sekarang ni bukan musimnya lagi.

Buah kundang ni adalah antara buah feberet aku. Buah ni pula tak boleh makan terlalu banyak dalam satu masa nanti lidah tu akan rasa kebas tapi aku tak kira, aku bedal je. Kadang-kadang aku boleh habiskan 1 kilo utk aku sorang je. Aku masih ingat lagi masa aku mengandungkan anak yang kedua, aku makan buah tu macam aku makan nasi. Pagi petang siang malam.

Ehhh..korang tau tak buah kundang tu camne? Haa..sila lihat gambar di bawah ni.

Thanks to pakcik google

Nape ek buah ni dipanggil kundang. Masa aku kecil-kecil dulu, ada orang cakap kat aku buah ni dinamakan kundang kerana bijinya yang berwarna ungu. Ntah betul atau tidak tapi ada kemungkinan juga. Kalau yang muda pula sedap dibuat jeruk tapi tu la..skang ni susah nak jumpa.
16 April 2010

Blog Loading

Salam petang jumaat kepada semua pembaca setia hehehe..ada ke? Tadi masa berjalan-jalan ke blog BLUEDIANTHUS, aku berminat pula dengan entry terbarunya iaitu mengira masa loading blog. Aku pun cubalah loading blog, nak tau jugak berapa lama masa yang diambil.


Dalam bulatan tu masa loading blog aku. Maknanya cepat juga kan.

Dan kepada sesiapa yang nak lihat berapa lama blog korang diloading bolehlah korang pergi ke Numion.



Nanti bila keluar skrin ni korang cuma masukkan nama blog korang dan klik StartStopWatch. Tunggu sampai blog korang habis loading sepenuhnya. Itu je caranya. Nak tau lebih lanjut bolehlah korang singgah ke website BLUEDIANTHUS ni.

notajariruncing ~ nak type panjang-panjang pun, aku tengah mengantuk sangat ni zzzzzz......

14 April 2010

Cabutan Bertuah Dari Takde Perasaan


Salam kepada semua.. saya nak war warkan kepada semua bahawa blog TAKDE PERASAAN ni telah mengadakan cabutan bertuah. Sape yang nak join tu bolehlah ke SINI untuk maklumat lanjut.
11 April 2010

Sesiapun boleh memenangi Acer Aspire One

Amacam?? best tak hadiahnya

Ada tak sesiapa yang nakkan Acer Aspire One secara percuma? Sape yang taknak kan...semuanya mestilah nak. Haa..di sini saya nak menyebarkan, DENAIHATI dengan semangat HIDUP UNTUK MEMBERI telah menyediakan 2 BUAH LAPTOP untuk dimenangi.. haa...nak menang tak? oppss sebelum tu saya dapat tau Contest HIDUP UNTUK MEMBERI dari blog SHIDI SHAH. Jom ramai-ramai sertai contest ini.

Hanya tiga sahaja syarat yang dikenakan kepada blog yang berminat untuk menang Acer Aspire One :

1. Mendaftar untuk menjadi peserta dengan membuat entri bebas tentang contest dan tinggalkan komen penyertaan diruang komen, link penyertaan di CommentLuv dan jangan lupa masukkan ayat saya tahu contest Hidup Untuk Memberi dari blog : contoh saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi” dari blog http://jieda79.blogspot.com (tengah cari sponsor untuk hadiah entri terbaik)

2. Follow @ http://twitter.com/denaihati

3. Follow @ http://facebook.com/denaihati

Hadiah Acer Aspire One pertama akan dihadiahkan kepada blog yang menjadi TOP REFERRER TERTINGGI yang menghasilkan trafik ke blog denaihati sepanjang 2010 berdasarkan analisa Google Analytics. Cara untuk menjadi TOP REFERRER adalah bebas, mungkin dengan cara menampalkan banner denaihati di sidebar atau sering letakan link denaihati.com dalam setiap entri baru untuk menarik perhatian visitor blog ANDA melawat blog denaihati.com.

Hadiah Acer Aspire One kedua akan dihadiakan kepada PENGOMEN TERBANYAK sepanjang 2010. Bermula Mac PENGOMEN TERBANYAK akan mendapat ruang iklan percuma selama 1 bulan. Bulan Mac telah dikuasai oleh KULANZSALLEH.COM mungkin bulan seterusnya giliran anda pulak. (Komen yang dikira hanya yang melebihi 7 perkataan).

Kepada BLOG yang rajin mempromosi contest DENAIHATI akan mendapat hadiah RM20 untuk setiap referral. Lebih banyak referralnya maka lebih besar hadiahnya. Perhatian katogeri referral yang dimaksudkan di sini adalah apabila blog ANDA menjadi referral kepada contester baru.

Sebagai tanda terima kasih semua blog peserta contest akan disenaraikan di BLOGROLL untuk berkongsi status PR4 yang sedang disandang oleh blog ini. Denaihati dan Sponsor contest iaitu alansarproperties.com, www.xztly.com dan Anisha Online Mall akan umumkan hadiah untuk pemenang ke dua dan ke tiga untuk contest TOP REFERRER TERTINGGI dan PENGOMEN TERBANYAK dalam entri yang akan datang.

Tarikh Tutup

Pada jam 11.59 pm, 31/12/2010

Keputusan

Pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tamat contest.

Sponsor contest

1. Alansarproperties.com : Sedia menjual lot banglo/banglo sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

2. www.xztly.com : Organising or managing communications, campaigns and events.

3. Anisha Online Mall : Pemborong stokin wudhu Malaysia

(Kepada individu dan syarikat yang berminat untuk menjadi sponsor sila berhubung terus seperti tertera dibahagian pertanyaan)

Pertanyaan

Boleh bertanya terus melalui ruang komen, twitter @Denaihati, facebook @Denaihati atau tinggalkan pesan di contact. Jangan lupa untuk lawat blog ini untuk melihat update terbaru.


Klik di sini untuk JOIN contest ini dan jadikan JIEDA sebagai referral.

10 April 2010

Trick gambar

Tak tau nak buat entry apa harini. Layan gambar je la. Okayyyy... tengoklah trick-trick gambar ni. Nampak cam real kan





09 April 2010

Betul ke mayat ni?



Di KG Tarodja ( Indonesia ) terdapat satu ilmu yang luar biasa di mana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. Kejadian berlaku di sebuah daerah pendalaman Indonesia yang berbukit bukau. Jika ada kematian di Kg Tarodja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang dengan berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai di rumahnya. Kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kampung dari menguruskan mayat tersebut.

Ada juga orang buat macam ni ye. Tak menyeksa mayat ke namanya. Macam tak masuk dek akal pula. Berdasarkan pada muka 'mayat' tu memang mayat betul agaknya.
08 April 2010

Gambar hidupan laut yang cantik

Petang-petang ni jom kita layan gambar hidupan laut yang tak biasa kita nampak







07 April 2010

Apa dah jadi ni???

Salam pagi semua.. tadi lebih kurang pukul 11.35mlm, aku buka website nuffnang aku. Aku nak tengok kat unique tu berapa visitor yang masuk. Pastu..lepas tengok, aku perasan cam ada tak kena je. Aku tengok balik kat traffik di blog aku. Beza la... isshhh camner ni. Mana yang silap? Kenapa analytic aku kat nuffnang terhenti traffiknya setakat pukul 6 pagi. Rugilah kalau traffik aku dikira setakat pukul 6 pagi je huhuhu. Ada tak sesape yang mengalami seperti aku ni.



Cabutan Bertuah di Kedai Mudah

Kedaimudah telah mengadakan cabutan bertuah sempena pembukaan kedainya semula. Hadiah akan diberikan kepada 3 orang yang bertuah.

kepada sesiapa yang ingin menyertai LUCKY DRAW ini perlu mengikut syarat yang ditetapkan.

1. post di blog anda tentang LUCKY DRAW
2. follow blog kedaimudah.com

Setelah memenuhi syarat-syarat, tinggalkan comment di blog Kedaimudah.

KEPUTUSAN LUCKY DRAW AKAN DIUMUMKAN PADA 4/5/2010

HADIAH-HADIAH !!!!!

1st = Rm30 + BROOCH ( PILIHAN ANDA )
2nd = Rm20 + BROOCH ( PILIHAN KAMI )
3rd = rm10 + BROOCH ( PILIHAN KAMI )

Lagi Kes Dera: Bapa pukul anak kerana anak nak pakai tudung

Aku menggeliat sepuas-puasnya. nasib baik takde sape yang nampak cara aku menggeliat. Mahu jatuh saham aku huhuhu... tiba-tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke aku nak pakai tudung? Kenapa abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, abah aku ni jenis orang yang sibuk giler tapi belum sampai ke tahap gila. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah lama meninggal dunia. Sedih sangat-sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah-celah langsir. Jam pula telah menunjukkan 11 pagi dan perut telah mula terasa lapar lalu aku bangun mencapai tuala untuk membersihkan diri. Lepas mandi, aku membelek-belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku nak bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau abah aku taknak bagi aku pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain. Semuanya taknak pakai tudung! Tapi aku nak!!!

Setelah menyiapkan diri, aku turun ke bawah. Baru je nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah. Aku menjenguk melalui tingkap dan nampak abah yang baru pulang dari kerja. Aikkk.. nape pula abah balik awal ni??? Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak abah benarkan aku bertudung.

Setelah pintu dikuak, aku bersalam dengan abah dan tanpa berlengah, aku berkata ''abah, saya nak pakai tudung, nak jugak". Abah aku terus menjegilkan matanya sebesar-besarnya. Panggggg... abah telah melempang aku lantas aku terjelepuk di celah sofa. ''Aduhhh...sampai hati abah. Saya tau la ayah rasa malu kalau saya pakai tudung. Salah ke kalau saya nak tutup aurat? Kalau adik dan abang tak nak...'' belum sempat aku menghabiskan kata-kataku sekali lagi aku dilempang oleh abah.

''Kau jangan nak bagi aku malu. Kau jangan buat pasal. Kau nak pakai tudung nak buat apa?? Dah beratus kali aku cakap LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila kelas agama, kau ponteng. Nama kau abah letak ''Razali'' tup..tup lekat jadi ''ZAZA'' je. Memang  la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik kau lelaki, abang kau pun lelaki jugak!'' Abah terus menghamburkan kemarahannya.

Aku yang masih terjelepuk di celah sofa terus menangis tersedu-sedu. Dah la sakit kena lempang, tudung pun tetap tak dapat pakai juga.

SALAHKAH AKU? SALAHKAH AKUUUUU... 
Ohhh..TIDAKKKK


05 April 2010

Pemergian yang masih dirasai

Walaupun dah masuk hari ke 3 tapi aku masih lagi merasai kehilangan pelawak tanah air kita iaitu Allayarham Din Beramboi. Kat opis tadi sempatlah aku baca suratkhabar METRO AHAD. Selak page by page ternampak coretan Borak Pak Nil. Kita semua sedia maklum Pak Nil atau dikenali dengan Aznil Hj Nawawi adalah antara yang paling rapat dengan arwah. Sambung balik..tajuk coretan ''Ubat Saya Sudah Pergi''. Sedih aku baca coretan tu hingga menitis air mata. Aku copy dan paste sebahagian dalam Borak Paknil yang menyentuh hati. Manalah tau kalau ada antara korang yang belum baca.

''Din,pilih tempatlah untuk berlawak''

Sebagai abang, Paknil pernah juga menegur perangai Din yang suka melawak tidak bertempat. Pernah ketika Pak Nil mengendalikan segmen Merisik Khabar, Paknil tersentuh dengan cerita pemanggil sehingga menitiskan air mata.

Din yang ada di depan Pak Nil ketika itu ketawa melihat Pak Nil yang tersedu-sedu. Hangat juga hati ketika itu apabila Din cuba membuat lawak sedangkan kami berbual mengenai sesuatu yang menyayat hati.
Pak Nil tegur dia:''Din, ko boleh tak pilih masa dan tempat untuk berlawak?'' Jawapan Din benar-benar menginsafkan Paknil. Katanya ''Kalau menangis boleh selesaikan masalah orang itu, dia pun akan menangis sekali. Muka sedih dan menangis bukan boleh selesaikan masalah. 

Din memang ingin jadi ubat kepada wajah sedih orang. Dia nak orang senyum gembira saja. Dia memang akan memanggil Paknil sebagai orang yang cengeng dan sebab itu dalam Raja Lawak ada ketika dia tegur Bob Lokman yang berair mata ketawa sama seperti buruknya Paknil menangis. Sekarang, dia pasti nampak betapa buruknya muka Paknil menangisi pemergiannya.

''Suka hantar SMS yang mengarut.
Paknil memang tidak suka ber'SMS' dengan Din sebab dia suka hantar SMS yang entah apa-apa. Pernah Paknil hantar SMS kepada Din tanya kenapa dia nak Alex Raja Lawak gantikan dia bila tidak ada di Era lagi? Din jawab: ''Sebab dia tak tau nak komen apa untuk Alex yang memang best!''

Baru-baru ini masa dia sakit, Paknil ada hantar SMS pada Din. Paknil cakap ''Din,cepatlah baik demam. Tak bestlah buat kerja sorang-sorang''. 

Nak tau apa yang Din jawab pada Paknil? ''Bukan sakit tapi rasa nak mati. Semua dah rasa kebas. Tu tanda-tanda nak matilah''.

''Din, aku rindukan kau''
Mungkin ini tidak pernah Paknil ucapkan pada Din sebab memang tak pernah rindukan dia, tapi kini setelah Din tiada, baru Paknil seperti terdengar bunyi ketawanya, bunyi batuknya, bunyi dengkurnya ( kadangkala dia terlelap juga dalam konti... hehehe )

Paknil pun tak tau apa makna Riuh Pagi di Era lagi sebab Paknil tidak pasti sama ada akan adakah lagi riuh itu apabila Din sudah tiada. Paknil tidak akan mampu menjalani tugas di konti sebab di setiap sudut Paknil akan terbayang kehadiran Din Beramboi.

Din, kau pergi tanpa beri amaran. Habis senyum dan tawa aku kau bawa sekali. Kini aku masih mencari orang yang boleh kembalikan senyum dan ketawa itu. I MISS YOU MY BRO!
Wassalam..

Apa yang pastinya ramai peminat Allahyarham Din Beramboi akan terus merinduinya.....


04 April 2010

Satu lagi cara menambah pendapatan dengan PPC Malaysia


Salam semua..aku ada lagi satu website yang best untuk korang tambah duit korang yang dah banyak tu. Haa..mesti korang nak tau kan apa tu. Sistem ni hanya menggunakan PPC. Korang bacalah di bawah ni
At Malaysian Pay To Click, you get paid to click on ads and visit websites.
The process is easy! You simply click a link and view a website for 45 seconds to earn money. You can earn even more by referring friends. You'll get paid RM 0.03 @ 3 Sen for each website you personally view and RM 0.01 @ 1 Sen for each website your referrals view. Payment request can be made every day through your Maybank Account only and payment process will take 3 to 7 days time to work.The minimum payout is RM10.00. Malaysian PayPerClick is the only person to malaysia only. If the Malaysian PayPerClick finds there are members who have ip adress other than Malaysia, then membership will be revoked and click revenue will not be paid.

Earnings Example
You click 20 ads per day = RM 0.6
90 referrals click 20 ads per day = RM 18
Your daily earnings = RM 18.6
Your weekly earnings = RM 130.2
Your monthly earnings = RM558
Your total annual earnings = RM6696

Amacam?? Best tak tengok earning tu? Tengok je tak best. Kalau korang berminat, korang register la DI SINI. Apa yang paling best semesti ianya PERCUMA.

Kempen di YOUTHSAYS

Salam pagi semua..aku masih lagi nak bercerita mengenai kempen yang ada kat YOUTHSAYS. Sekarang ni aku baru dapat 4 kempen dari youthsays. Antaranya 







Disebabkan nuffnang sekarang pun dah tak boleh nak klik sembarangan, aku mencari alternatif lain untuk menambahkan duit yang sedia ada. 

Contohnya setiap satu kempen yang korang promote akan dapat RM0.20. Itupun korang kena pastikan link SUPPORT THIS CAMPAIGN diklik. Katakanlah korang ada 4 kempen bermakna dah ada RM0.80 kalau seorang klik keempat-empat kempen tu. Kalau satu hari korang dapat 20 orang yang klik RM0.80 X 20 orang = RM16. Itu sehari..kalau berhari-hari... korang kiralah sendiri.

Kempen tu pula akan habis bila dorang dah mencapai target. So, baiklah korang cepat-cepat. Opsss...sebelum tu korang kena ada akaun youthsays dulu kalau nak promote kempen. Sape yang takde boleh register DI SINI. Semuanya percuma sahaja.

notajariruncing... kliklah kempen yang ada kat sini.
02 April 2010

Youthsay pun boleh buat duit

Aku ni sebenarnya dah hampir 10 bulan join youthsay ni tapi sayangnya aku jarang jawab survey yang diberi. Kat situ je dah satu kerugian kerana setiap survey yang kita jawab akan ada amount tertentu yang diberi kepada kita dan survey tu biasanya terbuka kepada sesiapa yang terawal je. Maknanya sape cepat dia dapat. 

Sejak akhir-akhir ni aku perasan ada beberapa blogger yang mengajak klik support kempen dari youthsay. Aku pun klik je la kempen tu. So, harini setelah aku buka YOUTHSAY barulah aku tau rupa-rupanya bukan setakat jawab survey je kita akan dapat earning, bila kita promote sesuatu kempen, dari situ pun kita akan dibayar RM0.20 bagi sesiapa yang klik link kita kemudian  klik button SUPPORT THIS CAMPAIGN.


Sesiapa yang nak join YOUTHSAYS bolehlah KLIK DI SINI

Perginya sebutir bintang


Salam pagi semua... masa aku tengah bersiap-siap nak pergi kerja pagi tadi, en suami sms aku mengatakan DIN BERAMBOI telah meninggal dunia. Innalillah.. memang aku terkejut dan sedih sebab arwah tu seorang yang kelakar dan periang. Aku suka dengar lawak dia tak kiralah dalam rancangan apa pun. Selepas ni tiada lagi nak dengar drama sebabak di era, tiada lagi celoteh dia dalam rancangan spontan, tiada lagi kedengaran suara latar dalam rancangan America's Funniest Pet. Tapi itulah dah namanya ajal. Ajalnya sampai ketika persada seni tanahair masih memerlukan beliau. Salam takziah buat keluarga beliau dan semoga rohnya dicucuri rahmat.


Harini juga merupakan tahun ke empat permergiaan anakku sebab tu bila aku mendapat perkhabaran ni hati aku sayu sangat kerana jatuh pada tarikh yang sama.
01 April 2010

Pesanan..pesanan..

Rasanya kebanyakan Nuffnangers dah dapat email dari nuffnang berkenaan klik-klik ni. Tadi aku ada membuat n3 email yang diberi oleh nuffnang tu tapi aku terpaksa delete atas sebab-sebab keselamatan. Aku rasa ramai juga yang risau selepas membaca email tu kan.

Dan di sini aku cuma nak menyebarkan artikel yang aku ambil dari blog ARIED. Bolehlah korang KLIK DI SINI untuk mengetahui kisah selanjutnya dan rujukan untuk kita semua.

Sekian, terima kasih.