Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
23 Julai 2010

Islam Larang Ibu Bapa Laknat Anak


Salam semua... aku nak kongsikan sedikit dengan apa yang aku baca dari Harian Metro pada harini. Aku cuma copy paste artikel ni agar dapat dijadikan panduan kepada diri aku sendiri dan semua pembaca di blog aku ni.

Sering kita mendengar dalam kehidupan seharian, seorang ibu sering memarahi anak mereka di atas kenakalan atau kesalahan yang dilakukan. Lantas mereka melaknat dan menyumpah anak mereka itu baik dengan kata kotor atau doa yang tidak baik sehingga menjadi kebiasaan. Ibu tidak pernah merasa bersalah atau berdosa atas perbuatannya. Sambil bersungut dan mengumpat, si ibu meninggalkan permata hatinya itu menangis.

Islam melarang ibu bapa melaknat anak mereka, bukan hanya itu kita pun dilarang menyumpah diri kita sendiri ketika marah. Sesungguhnya kita tidak mengetahui bila waktu yang kita ucapkan perkataan itu menjadi doa dan dikabulkan. Dari Jabir bin Abdullah, beliau menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ''Janganlah kalian menyumpah diri kalian, dan jangan pula menyumpah anak-anak kalian dan harta kalian, anda tidak mengetahui saat anda menyebut itu menjadi ( doa ) dan dikabulkan sehingga Allah akan mengabulkan sumpah itu.'' ( Hadis Riwayat Muslim ).

Hadis di atas menjelaskan bahawa ada waktu baik yang di dalamnyaakan dikabulkan doa. Demikian itu hadis berkenaan melarang kita untuk menyumpah diri, putera-puteri kita dan harta kekayaan kita supaya sumpah itu tidak bertetapan dengan waktu doa itu dikabulkan. Tetapi sayangnya sebagaimana yang dipaparkan di atas, ramai kaum ibu sebenarnya yang melaknat dan menyumpah anak mereka, tetapi beralasan mereka sebenarnya tidak bermaksud melakukan sedemikian. Sebagaimana kita ketahui, alasan itu tidak dapat diterima kerana larangannya jelas dan tegas.

Penulis mendapati pengalaman itu boleh dijadikan ibrah ( pelajaran ) bersama. Semoga Allah membimbing kita semua serta mengampuni segala dosa kita. Sebenarnya banyak tip yang boleh dipelajari oleh ibu agar mereka mampu boleh mengawal emosi ketika marah. Antaranya:

1. Ketika ibu marah, ingatlah bahawa Allah selalu mengawasi kita dan ingatlah bahawa anak tidaklah terus menjadi dewasa dan memahami kehendak kita. Kita dulunya anak yang nakal dan menyakitkan hati orang tua kita.

2. Tarik nafas dalam-dalam dan santai ( relaks )


3. Bila kedua-dua cara di atas belum boleh menguasai emosi segeralah beristighfar. Apabila ingin meninggikan suara maka lakukanlah sehingga anak mendengar suara kita.


4. Seseorang akan mudah marah akibat keletihan. Maka jangan memaksa diri dalam melakukan pekerjaan rumah sebaiknya tidurlah segera ketika anak tidur. Berbincanglah dengan suami berkenaan cara dan kaedah selain bacalah buku sebagai panduan.


5. Jangan lupa berdoalah kepada Allah agar hati ibu dalam genggamanNya. InsyaAllah, kita tidak akan membiasakan diri lagi menyumpah anak kita ketika marah.

Sebenarnya perkara ni bukan asing dalam kehidupan. Pernah juga ketika aku pergi ke pusat membeli belah, ada ibu yang memarahi dan mengherdik anaknya dengan kasar di hadapan orang ramai. Bagi aku perkara begitu tidak sepatutnya berlaku kerana boleh menjatuhkan airmuka si anak.
22 Julai 2010

Contest Berapa Ekor Anak Saya



Salam.. kali ni join contest teka meneka pula. Saya nak teka kucing ni akan melahirkan 4 ekor anak kucing yang comel-comel. Kepada sesiapa yang nak join boleh klik di SINI.

Saya nak tag 5 orang kawan blogger

1.Kak Ngah
2. Sakura
3. Syidagorjes
4. Tiefazatie
5. Kniedaz


19 Julai 2010

Kejadian Minggu Lepas

Salam semua... kejadian yang aku nak ceritakan berlaku pada malam jumaat yang lepas. Asalnya Irfan berdiri di depan pintu bilik utama. Aku pun tak perasan apa yang Irfan sedang buat kemudian Balqis nak masuk ke bilik kedua (bilik utama ngan bila ke 2 mengadap). Tiba-tiba aku dengar Balqis menangis. Pada mulanya aku tak kisah sangat sebab Irfan ni memang suka menyakat Balqis. Kemudian Balqis datang ke aku sambil tangannya memegang dahi. Kat celah-celah jari tu aku nampak darah. Apalagi... aku tengok dahinya dan aku kesat darah kat dahi tu gunakan tangan aku dan aku nampak luka yang agak panjang. Cepat-cepat aku panggil en suami ,sambil tu aku dah nak menangis kerana aku fikir masa tu memang confirm dahinya kena jahit. Irfan pula muka dah cuak kerana Balqis tersadung kakinya.

En suami la yang membersihkan darah di dahi Balqis. Aku memang tak berani nak tengok dan pegang. Ketika tu aku memang kelam kabut tapi en suami suruh aku bertenang. Kemudian aku siapkan diri dan pakaikan baju yang bersih kat Balqis sebab kitorang nak bawa dia pergi hospital. Ketika aku pakaikan baju kat Balqis, dia dah tak menangis lagi dan darah kat dahi tu pun dah tak mengalir. Mungkin sebab en suami letak minyak gamat.

Sampai je kat hospital Balqis terus dibawa masuk ke wad kecemasan oleh en suami manakala aku dan Irfan hanya tunggu kat luar. Aku tak sanggup nak tengok kalau dahi Balqis kena jahit. Semangat aku ketika itu tak kuat. Dalam pada aku menunggu tu, sempat juga en suami call aku. Dapatlah aku dengar suara Balqis. Aku terbayangkan mesti dia tengah menangis rupa-rupanya punyalah ceria dia kat dalam bilik tu. Sibuk bercerita itu dan ini kat aku.

Kira-kira satu jam kemudian aku nampak en suami keluar dari wad kecemasan sambil memimpin Balqis. Balqis nampak je aku terus senyum. Nasib baik dahinya tak kena jahit kerana lukanya tak dalam. Doktor hanya gunakan gam untuk lekatkan luka tu. Keesokan harinya aku emergency leave kerana kata doktor jangan sampai luka tu terbuka kerana kalau terbuka memang takde pilihan lain melainkan kena jahit tapi kalau dah jenis agresif mana la nak duduk diam. Kat rumah asyik melompat, memanjat ke sana sini. Pening aku nak control.

Sebenarnya sehari sebelum kejadian tu berlaku aku dan en suami bercerita pasal kejadian yang pernah menimpa Irfan sehinggakan dahinya kena jahit akibat jatuh motor. Pada masa tu Irfan berumur lebih kurang 2 tahun. Pada waktu itupun en suami yang temankan Irfan kat dalam bilik kecemasan ketika dahinya sedang dijahit. Aku yang menunggu kat luar cuma mengalirkan airmata sampaikan ada sorang makcik tu tegur kenapa aku menangis.


Gambar diambil sebelum pergi ke hospital


Luka yang telah digam. Alhamdulillah sekarang ni lukanya dah hampir kering

Contest Jom Ke Terengganu

Salam... kali ni giliran kak ngah pula tag saya contest Jom Ke Terengganu.


Saya suka ke Terengganu kerana saya telah melihat sendiri bagaimana batik dan songket dihasilkan. Di samping itu juga makanan yang terdapat di Terengganu seperti keropok lekor, satar dan nasi kerabu telah memikat selera saya untuk ke Terengganu sekali lagi.


Pemenang bertuah akan memenangi RM50 serta cenderahati dari Terengganu. Biarpun hanya 3 orang yang boleh ditag tapi saya nak tag 5 orang. Oh ya.. jangan lupa letakkan saya ( JIEDA ) sebagai referrer.


Untuk keterangan lanjut sila klik di SINI

Cabaran Baru Wawwi

Salam semua.. tadi masa aku check email, aku nampak email dari wawwi mengenai cabaran terbaru. Jom kita tengok apakah cabarannya itu.....

CABARAN 2

Cabaran 2 akan mulai berlangsung pada Ogos ini.
Sementara menanti bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, bagi blogwalker yang mencapai top blogwalker yang mempunyai mata ganjaran (points) tertinggi dengan minimum 100,000 mata ganjaran akan memperoleh:-

  • RM100.00 tunai terus ke Akaun Bank anda.
  • Juga akan menerima 1 slot banner 125×125 di sidebar blog ini
  • 50 000 mata untuk Anchor Ad di widget (ia terletak di sebelah atas sekali pada senarai blogger).

3 top blogwalker yang layak & terpilih pula akan menerima:

  • 1 slot banner 125×125 masing-masing di sidebar blog ini dan
  • juga 30 000, 20 000, dan 10 000 mata masing-masing.

Jadi blogwalkinglah pada list anda dan juga pada list downline blogwalker (bertanda REF) untuk mengumpul mata ganjaran sebanyak yang boleh

Cabaran ini sehingga 31 Julai 2010 sebelum jam 11.59 PM.

Bagi blogwalker yang sudah mendaftar tetapi tidak memasang widget di blog, anda digalakkan untuk memasang semula. Rugi besar tu.. Joinlah contest ada untung dapat duit free..

CABARAN 3

HADIAH UTAMA:-

  • BlackBerry 9700 untuk dibawa pulang kepada top blogwalker bertuah.
  • 3 Bulan Iklan banner bersaiz 125×125, 468×60 di blog dan widget
  • 1 Juta mata untuk iklan Anchor Ad

Cabaran 3 ini berlangsung sehingga 31 Disember 2010 sebelum jam 11.59 waktu Malaysia dengan minimum mata ganjaran diperlukan ialah 5 juta mata. Insyaallah mesti ada yang boleh capai punya sebab sangat mudah untuk mendapat mata melalui widget ini. Sesiapa sahaja klik dan blogwalking anda dapat mata ganjaran.. Jemput-jemputlah sanak saudara semua untuk blogwalking pada widget blogroll anda asalkan talian internet adalah berasingan.. hehehe :D

Mulakan aktiviti jejak menjejak anda melalui Widget Wawwi Matrix BlogWalking ini dan teruskan berjuang mendapatkan sebanyak mungkin downline blogwalker. Hal ini kerana semakin ramai downline blogwalker anda, lebih cepat dan mudah untuk anda mengumpul jumlah mata.

Seperti biasa, bagi blogger-blogger yang berminat untuk menghebahkan contest ini semudah copy paste ke artikel blog anda, dan kemudian sila tinggalkan jejak artikel anda di komentar. Anda bakal menerima:-

  • 1 lebar dan 1 kedalaman list widget anda.
  • 5000 mata ganjaran

Tempoh diperlukan untuk mengkreditkan mungkin sehingga 7 hari bekerja dan jika blogger sebelum ini masih belum mendapat jumlah kredit, ia mungkin kerana saya dan team GengBlogWalking terlepas pandang. Ia akan dirujuk semula selepas ini.

Oh ya, ada yang bertanya beberapa persoalan. Macam-mana untuk mendapat duit melalui widget ini?
Jawapannya: Apabila widget ini telah selesai sepenuhnya dibangunkan dan telah wujudnya sistem untuk blogger sesama blogger boleh beriklan di widget ini secara automatik. Jual beli mata ganjaran akan berlaku dan di sini anda semua boleh buat duit. Apa pun mata ganjaran memain peranan utama. No points, No money


Untuk keterangan lanjut sila klik di SINI
15 Julai 2010

Lucky Draw Ramadhan

SAYA SUKA MAKAN BUAH KURMA


Salam semua... kali ni aku nak join lucky draw yang mana hadiah untuk pemenang adalah buah kurma. Tengok buah kurma kat gambar tu pun nampak menyelerakan. Sesiapa yang nak join bolehlah klik di SINI. Join cepat kerana tarikh tutupnya pada 31 July 2010.
14 Julai 2010

Aku keliru

Salam pagi semua... setelah kesibukan melanda, barulah harini nak update entri yang tertunggak. Harini nak citer pasal iklan dari Nuffnang. Korang perasan di side bar aku tu ada iklan KL DRAGON. Aku dapat iklan ni pada petang khamis lepas. Masa mula-mula dapat tu, dan nampak iklan tu sentiasa ada kat blog, aku dah happy sebab pada firasat aku iklan tu mungkin buffered dan pada keesokan harinya bila aku buka akaun nuffnang, aku hampa. Takde pun tertera iklan tu kat buffered earning. Aku memang confuse sebab setau aku bila kita dapat iklan buffered, iklan tu akan ada je biarpun kita refresh beberapa kali.




Aku nak tanya ni, pernah tak sesiapa yang mengalami seperti yang aku alami.
13 Julai 2010

Lucky Draw RASP

Nexy giveaway


Salam.. kepada sesiapa yang berminat nak join giveaway ni boleh klik di SINI.

tarikh tutup 28 Julai 2010, 12 tengahmalam. Nama pemenang lucky draw akan disiarkan pada 30 Julai 2010. Cabutan nama-nama pemenang yang bertuah akan dilakukan oleh SH. 3 pemenang akan dipilih...Keputusan adalah muktamad!
12 Julai 2010

Hantu durian kembali


Salam semua... kepada sesiapa peminat tempoyak sila kecurkan diri anda he3. Aku dapat tempoyak ni dari kawan opis. Memang setiap tahun pasti aku dan kawan-kawan yang lain akan dapat tempoyak ni. Tempoyak ni pula dibuat dari durian yang bagus. Bukan durian yang tersimpan lama atau hampir nak busuk. Aku dah planning nak masak lemak cili api ikan kembung pastu letak tempoyak sikit pada sabtu yang lepas. Nyum..nyum.. mesti sedap.

Hari jumaat malam tu, aku kat dalam bilik. Tiba-tiba hidung aku terbau tempoyak. Seingat aku tempoyak tu aku dah simpan dalam peti sejuk. Bila aku pergi ke ruang tamu aku nampak Balqis a.ka. hantu durian sedang syok makan tempoyak tu. Anak.. anak... cara dia makan tempoyak tu sama seperti dia makan aiskrim. Nasib baik aku sempat selamatkan tempoyak tu habis dimakan oleh Balqis. Bila aku marah, selamba je dia sengih kat aku.

So, project lemak cili api aku tu akan bersambung pada sabtu ni he3
10 Julai 2010

Tag Happy

Salam semua..harini aku dengan rajinnya nak buat tag yang telah di berikan oleh .::Wani::. kat aku.


1) Adakah anda rasa happy sekarang?
Ohh ye... hari-hari saya rasa happy walaupun happy dalam keterpaksaan

2) Kenapa anda rasa happy?
Sebab saya suka menghappykan diri

3) Apakah yang membuatkan anda happy?
Bila ada orang yang happykan saya

4) Pernah anda menerima tag?
Ermmm.... mestilah pernah

5) Nyatakan warna yang anda suka
Saya sukakan kesemua warna kerana bagi saya kesemua warna tu cantik

6) Beritahu 9 orang yang anda tag
http://kisahqasihnadira.blogspot.com
http://loveasfzlily.blogspot.com
http://salmiahehehe.blogspot.com
http://gnola25.blogspot.com
http://zamieda-lifeline.blogspot.com
http://einawlas.blogspot.com
http://manjaixora.blogspot.com
http://syu-zana.blogspot.com
http://akuanakcikbob.blogspot.com

Kepada yang telah ditag... sila jawab tag masing-masing he3

Contest Lucky Draw by Shasha


Salam semua... aku dah lama perasan giveaway ni dari sesetengah blog yang aku lawati dan harini terbuka hati pulak aku nak join. Mana la tau rezeki untuk memenangi giveaway ni berpihak pada aku he3. Okay... giveaway ni datangnya dari shashabee. Tarikh tutupnya pada 31hb July 2010. Semua syarat telah aku tepati dan giveaway ni juga memerlukan aku tag kepada 2 orang rakan blogger dan rakan blogger aku yang terpilih ialah

1. Mamalieyna

2. Kie Yu


notajariruncing: kepada sesiapa yang tak ditag, kalau nak join pun boleh. Sila klik di SINI
09 Julai 2010

Cekku Telah Tiba

Salam di pagi Jumaat. Pagi ni aku nak tunjukkan cek ke 2 yang aku dapat dari pihak nuffnang. Terima kasih banyak-banyak nuffnang. Nak bagi tips sikit kalau korang nak cashoutkan earning korang.

Untuk cashkan earning bila tiba masanya adalah seelok-eloknya dicashkan pada hujung bulan. Melalui pengalaman aku, ketika aku cashkan eraning yang pertama aku cashkan pada 2 March. Aku dapat cek selepas menunggu 2 bulan lebih. Sepatutnya aku kena cashkan pada hujung bulan March tu tapi excited punya pasal, maklumlah pertama kali, akhirnya lama aku menunggu kedatangan cek tu. Di bawah ni ayat yang aku copy dari website nuffnang
  • Nuffnang akan membayar ahli blogger Glitterati dalam tempoh 30 hari selepas akhir bulan tarikh permohonan (60 hari bari ahli biasa). Dalam masa itu, cek bayaran anda akan dihantar ke bank kami untuk diproses dan seterusnya dihantar ke alamat berdaftar anda. Tempoh masa pemprosesan dan penghantaran cek tidak akan melebihi 3 minggu.
  • Bagi memendekkan masa menunggu, anda digalakkan untuk membuat permohonan pengeluaran pendapatan pada akhir bulan.

Kemudian, untuk kali kedua ni aku cashkan pada 31 May dan pada 5 Julai lepas aku dah dapat ceknya. Lebih kurang 1 bulan 4 hari je. Bukan tak boleh nak cash pada awal bulan tapi lama la korang kena tunggu.



08 Julai 2010

Perjelas Aksi Bogel


Salam.. pagi tadi aku baca suratkhabar Harian Metro. Selak sehelai demi sehelai nampak pulak tajuk ''ZUL PERJELAS AKSI BOGEL DALAM MANTRA''. Gambar yang terpampang kat suratkhabar tu pun ada yang diblurkan. Mungkin betul kot pelakon tu berbogel. Aku pun baca sebab nak tau jugak. Adakah hanya gimik je. Antara petikan yang aku ambil dari suratkhabar tu.

''Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Zul berkata, dia sanggup berbogel dalam filem itu kerana mengikut kehendak skrip Mantra semata-mata. ''Babak Muzir berbogel itu sejadar memenuhi tuntutan perjalanan 'ritual' yakni lelaki yang mengamalkan ilmu hitam. Selepas mengamalkan ilmu hitam, Muzir terlepas dari penjara apabila ayat suci Al-Quran 'terpadam' dari dinding bilik penjaranya. Babak Muzir berbogel itu memang berlaku dalam kalangan pengamal ilmu hitam di luar sana. ''Pada mulanya, saya pakai seluar sendat tapi apabila babak menakutkan itu hendak dimulakan saya terus tanggalkan seluar itu. Ketika itu hanya saya dan jurukamera saja berada di situ. Selepas babak itu selesai, seorang kru produksi datang dan memberikan tuala untuk menutup badan saya'', katanya.''

Tak sangka pulak dalam filem tu ada aksi begini. Berani juga pelakon ni buat aksi bogel tu ye. Dah macam filem Hollywood. Apa pandangan korang pula?




MamakuQIS Big Giveaway


Next Giveaway dianjurkan dari blog mamakuQIS. Sila klik di sini untuk keterangan lanjut
06 Julai 2010

Luahan Hati Binatang

Salam semua.. dua tiga hari memang aku agak bizi sampaikan jarang dapat blogwalking. Bila tak blogwalking makanya traffik pun akan turun. Sedih..maklumlah blog ni bukannya blog femes tapi takpe la. Sekali sekala apa salahnya kan he3.

Meh kita layan luahan hati dari binatang-binatang ni. Aku pun tak tau sape la yang rajin sangat interbiu binatang-binatang ni.




Sedap-sedap jer korang kata bodoh cam lembu ye ?? ingat aku sekor je ke yang bodoh tak sekolah? Tu banyak jer binatang lain tak pergi sekolah apasal tak kata bodoh cam kambing ke ayam ke...




Ikut suka aku la nak makan anak aku, aku lapar!!! Yang dorang kecoh-kecoh HARUAN MAKAN ANAK nie apahal? kutuk-kutuk aku pun harga aku berapa dah sekila, mahal kan.. kan.. kan..




Elehhhh... apa hal jadikan aku perbandingan lak nie..? MULUT BISING MACAM MURAI TERCABUT EKOR.. tu pompuan-pompuan tu lagi la.. mulut dorang lagi bising kalau membebel




Kenapa lak babitkan nama aku nie? Apasal macam KERA KENA BELACAN? Aku bukannya peminat tegar sambal belacan pun, tak glamer langsung la! Letak la MACAM KERA KENA MANIS GULA ke.. manis sikit!




Aku tak mandi pun tetap ada harga. Eleh.. kata aku tak mandi.. ayam, arnab, lembu tu pun bukannya mandi pun, apasal aku jer yang jadi perbandingan, ini tidak ADIL


05 Julai 2010

Jom Join Giveaway Rusia & Mesir


Salam semua... giveaway ni datang dari http://kamiterritory.blogspot.com. Untuk keterangan lanjut bolehlah klik di SINI. Meh kita join ramai-ramai dan tarikh tutupnya pada 31 Julai 2010.
02 Julai 2010

Mata Siapa Yang Tak Pernah Menangis


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang ebrumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk ''Jalan-jalan Syurga'' dan beberapa risalah Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata ''Ayah! saya sudah bersedia''. Ayahnya terkejut dan berkata ''Bersedia untuk apa?''. ''Ayah.. bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah''.

''Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat''

''Ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun''

Ayahnya menambah ''Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini''

Dengan merintih anaknya merayu ''Benarkan saya pergi ayah?''. Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya ''Pergilah nak dan berhati-hatilah, Allah bersama-sama kamu!''

''Terima kasih ayah'' Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah ''Jalan-jalan Syurga'' ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. ''Nak, apa yang boleh makcik bantu?''

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. ''Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah''. Anak itu senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

''Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu'' dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ''Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu''

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. ''Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini'' Air mata mula bergenang di kelopak matanya.

''Pada Jumaat lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi juka tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi''

'' Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu''

''Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat''. ''Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik'' ''Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar''

''Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap mukasurat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya letakkan semula di tempat asal kerana saya tidak lagi memerlukannya''

''Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu iaitu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini harini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka.

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini iaitu anugerah yang sekarang berada dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.



notajariruncing ~ bila aku membaca citer ini buat pertama kali rasa sebak je dada ni


01 Julai 2010

Link @ Exchange Link

Salam semua, sekarang ni aku nampak bila blogwalking ramai yang pasang widget Mister Linky ni. So, sekarang ni aku dah pun pasang widget ni di side bar. Kepada sesiapa yang nak letakkan nama blog korang, dipersilakan. Aku rasa lebih mudah untuk aku terjah blog korang dengan menggunakan widget ini.