Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
30 September 2010

Birthday Lucky Draw By Naufal N Nureen


Salam.. bulan ni memang bulan giveaway la kerana kebanyakan entri aku semua pasal giveaway. Aku belum ada mood nak buat entri citer merapu aku. Kepada sesiapa yang nak join lucky draw ini, silalah membuat terjahan ke SINI

Kawan blogger yang aku nak tag untuk contest ini ialah

1. Kak Ngah
2. Izan Ishak

Imaan Dah Setahun Giveaway


Salam.. auntie nak ucapkan Selamat Ulangtahun Pertama buat Ruhil Imaan. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan juga menjadi anak yang solehah serta taat kepada ibu bapa, agama dan bangsa dan juga membawa keceriaan kepada keluarga.

Amiin Ya Allah.



Sesiapa yang nak join giveaway ni silalah ke SINI
29 September 2010

Comei Lotte Contest by Jaijina

Salam.. contest kali ni datangnya dari blog JAIJINA. Gambar yang aku pertaruhkan seperti di bawah.

Nama Anak: Nurlyana Balqis Bt. Ahmad Faizal
Umur: 3 tahun 9 bulan
Nama Ibu: Jieda

Balqis nampak comel dalam gambar ini kerana bukan senang aku nak suruh dia bergambar dengan memberikan pose yang menarik. So, bila dia buat aksi manja camni, cepat-cepat aku snap gambar.

3 kawan blogger yang aku nak tag ialah
1. Syamila
2. Mazlina
3. Nurie


Jika ada yang nak join tu bolehlah korang terjah ke SINI

Teka Jumlah Syiling 50 sen

Salam..kali ni nak join contest teka duit syiling. Setelah mengira duit syiling yang disuruh teka nilainya adalah RM98.

Kepada sesiapa yang nak meneka tu bolehlah terjah ke SINI

Baby Raya Baby Bergaya Contest

Salam..kali ni nak join contest dari blog Ibu_Batrisya. Hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang adalah penaja dari blog MUMMY RYAN, MAMA IQBAL dan MAISYZ COLLECTION.

Inilah gambar yang telah dipilih untuk dimasukkan ke dalam contest ini



Nama Anak: Nurlyana Balqis Binti Ahmad Faizal
Umur: 3 tahun 9 bulan
Tarikh Lahir Anak: 29 December 2006
Email: jieda_79@yahoo.com

Kepada sesiapa yang nak join tu silalah ke SINI.






21 September 2010

Mama_Balqis 2nd GiveAway



Salam.. giveaway ni datangnya dari blog Mama Balqis dan giveaway ni dianjurkan bersempena Sambutan Ulangtahun Kelahiran mama Balqis yang ke 26. Pesanan buat Mama Balqis ''Selamat Ulangtahun, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta sentiasa dalam keadaan sejahtera di samping orang-orang yang tersayang''

08 September 2010

Contest Meriahnya Call Masa Hari Raya

Ini adalah sticky post. Entry terbaru ada di bawah.

Salam semua, kali ni aku nak join contest yang dianjurkan oleh propito.com. Jika sesiapa yang nak join di bawah ini ada syarat-syaratnya dan klik di SINI.

Cara menyertai :
Korang hanya perlu membuat post mengenai kontest ini yang berlangsung selama 15 hari. Post yang korang buat mestilah bertajuk “ Contest Meriahnya Call Masa Hari Raya “.

Isi post :

1) Isi post adalah mengenai pengalaman manis/pahit korang masa hari raya sebelum ini. Para blogger suka bercerita kan, jadi ceritakan pengalaman anda.

2) Tuliskan sekali mengenai kontest ini.

3) Buat link www.propito.com


Inilah cerita aku:


Raya pada tahun 2008 merupakan tahun pertama aku adik beradik beraya tanpa seorang yang digelar mak. Arwah mak meninggalkan kitorang beberapa bulan sebelum tibanya Ramadhan. Jika sebelum ni biskut raya dan persiapan juadah pagi raya memang arwah mak yang akan buat. Aku ni hanya tolong sikit-sikit je. Maklumlah aku nikan anak perempuan mak yang pertama dan merangkap anak kesayangan he3.

Berbalik kepada cerita aku, raya tahun 2008 tu, aku balik kampung awal beberapa hari dengan niat nak tolong abah buat rendang, masak ketupat sekaligus menemankan abah agar dia tak rasa sunyi. Sehari sebelum raya pagi-pagi lagi abah dah keluar pergi pasar beli daun ketupat, ayam dan bahan-bahan buat rendang. Bila dah sampai rumah je abah terus buat kelongsong ketupat manakal aku dengan adik perempuan yang bongsu cuma tolong siapkan bahan-bahan untuk dibuat rendang.

Sebenarnya rendang tu bukan aku yang akan masak tapi abah kerana aku lebih suka makan hasil dari air tangan orang tuaku. Nasib baiklah abah aku ni pandai masak. Keadaan satu hari suntuk tu agak kelam kabut. Banyak kerja yang perlu dibuat. Aku ni pulak kalau kat rumah abah, aku jadi tak tau nak buat apa tapi kalau kat rumah mertua, pandai pula aku bawa diri. Last-lastnya kitorang siap masak semua lauk lebih kurang pukul 3 pagi. Penat memang penat tapi seronok. Bila tiba pagi raya, abah nak makan kuah kacang. Abah suruh aku buat. Bahan-bahan semua dah ada, nasib baik aku bawa buku resepi yang bertimbun kat rumah tu. Boleh juga buat rujukan. Itulah pertama kali aku buat kuah kacang, masa tengah masak tu timbul rasa menyesal sebab tak belajar dari arwah mak. Arwah mak aku kalau buat kuah kacang memang superb.

Bila tibanya raya pada tahun 2009, keadaan untuk juadah di pagi raya dah tak kelam kabut seperti tahun lepasnya. Abah aku dah pandai handle tapi sayangnya aku balik kampung jumpa abah pada hari raya ke dua. Yang bestnya, abah tetap suruh aku buat kuah kacang. Maknanya sedaplah kuah kacang aku tu he3.


Itulah kenangan yang tak mungkin aku lupakan. Dah nak raya ni perasaan rindu aku kat arwah mak makin kuat. Al-Fatihah.

p/s: dah baca kan? tinggalkanlah komen sekali.tq untuk semua.