Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
28 Oktober 2010

Contest Cuba Teka Berat Qaisara


Salam.. next giveaway adalah meneka berat Qaisara yang dianjurkan oleh Ain aka Ibu Qaisara. Saya teka berat Qaisara pada bulan depan ialah 15.2 kilogram. Kepada sesiapa yang nak join, sila klik di SINI. Tarikh tutup pada 21 November 2010.
27 Oktober 2010

Berakhirnya Riwayat Sotong Paul


Salam semua, setelah hidup di dunia ini selama 2 tahun, akhirnya sotong kurita yang terkenal dengan nama Paul ni telah mati di rumahnya semalam di Oberhausen. Paul yang lahir di England, menjadi tajuk utama berita di seluruh dunia selepas ia meramalkan dengan tepat nasib Jerman dalam tujuh perlawanan, sebelum kuasa psikiknya diuji lagi pada pusingan akhir.

Selepas kekalahan Jerman kepada Belanda dalam perlawanan separuh akhir, Paul meramalkan Sepanyol akan mengalahkan Belanda dalam perlawanan akhir. Tilikannya itu mendorong sebuah agensi berita melaporkan sotonfberkenaan menyebabkan permintaan bagi bon Kerajaan Sepanyol melonjak naik. Ramalan Paul didapati tepat lagi apabila Sepanyol menang perlawanan akhir ke atas Belanda dengan jaringan satu gol.

Kakitangan Pusat Kehidupan Laut Oberhausen di Jerman Barat berkata dalam satu kenyataan, mereka 'amat sedih' apabila mendapat tahu mengenai kematian Paul ketika ke pejabat semalam. ''Nampaknya dia mati dengan aman pada waktu malam, atas sebab semulajadi dan saya lega apabila mengenang kehidupannya yang baik'', kata pengurus pusat berkenaan, Stefan Porwoll.

''Paul akan disimpan dalam bekas simpanan sejuk sehingga pusat itu memutuskan bagaimana mengenangi kehidupan luar biasa haiwan itu'', kata Porwoll. ''Kami mungkin menyediakan tempat bersemadi kekal untuk Paul dan membangunkan sebuah makam khas,''.

*sumber dari berita harian*

1st Lucky Draw By Atie Aizam


Salam.. nak join lucky draw dari atieaizam. Hope ada tuah. Kepada sesiapa yang nak join sila klik di SINI

Nak tag
Syamila

Contest Saya Nak Teka Berat Baby Mama Liyana


Salam.. kali ni saya nak join contest dari blog liyana. Liyana menganjurkan contest meneka berat baby yang bakal dilahirkan tak lama lagi. Saya doakan agar liyana dapat melahirkan babynya dengan mudah. Aminn.. sape yang nak join sila klik di SINI.
26 Oktober 2010

Kegiatan maksiat atas bumbung berakhir tragedi

Salam petang semua, disebabkan petang-petang begini aku tengah takde kerja yang nak dibuat dan ditambah pula dengan mata yang ngantuk aku pun saje la tengok website kosmo, nak baca cerita apa yang best. Pastu aku baca ''Kegiatan maksiat atas bumbung berakhir tragedi''. Subhanallah... semoga Allah mengampunkan allahyarhammah.

PETALING JAYA – Seorang gadis sunti berusia 12 tahun yang menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat enam Blok E dekat Apartmen Lestari di Damansara Damai di sini kelmarin dikatakan selalu berada di situ untuk melakukan perbuatan sumbang.

Perkara tersebut didedahkan oleh penduduk di situ yang sebelum ini sering melihat mangsa bersama beberapa remaja lelaki naik ke bumbung bangunan itu.

Menurut mereka, remaja perempuan berkenaan bukan penduduk di situ. Selain itu, dia juga sering dilihat terhendap-hendap setiap kali hendak ke bumbung bangunan tersebut.

Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, penduduk kemudian bersepakat untuk memasang perangkap bagi mengetahui aktiviti mereka.

“Alangkah terkejutnya kami apabila melihat mangsa sedang berasmara dengan tiga remaja lelaki di situ.

“Kami kemudian menyergah mereka menyebabkan mereka terkejut dan cuba melarikan diri. Ketika itulah mangsa cuba turun dengan memanjat dinding tetapi dia gagal lalu terjatuh ke tanah,” ceritanya ketika ditemui semalam.

*sumber dari kosmo*



1st ME & MY FAMILY Lucky Draw


Salam.. aku nak join giveaway ni kerana aku telah ditag oleh my auntie Syamila. Moga-moga ada tuah. Amin.. Giveaway ni datangnya dari blog Dina.
Kali ni nak tag

Izan Ishak
Kniedaz

Cik Anita Songeh Giveaway


Salam.. giveaway seterusnya yang aku nak join datangnya dari cik Anita. Semoga ada tuah untuk aku. Aminn.. Sesiapa yang nak join klik di SINI dan tarikh tutupnya pada 30.10.2010

Saya nak tag

Salmia
Gniesyazni

21 Oktober 2010

Giveaway Kecantikan #2


Salam.. kali ni join giveaway dari blog Dini. Hadiah yang ditawarkan merupakan 1 kotak masker. Hope ada tuah lagi untuk aku. Nak join, klik di sini. Kena cepat sebab giveaway ni hanya 3 hari saje. Berakhir pada 23 Oktober 2010 jam 10 malam.
16 Oktober 2010

Cheesy 6 Ekstrem


Gilakan keju? Ya.. memang giler keju.
Padat kaw-kaw dengan 6 keju! Cubalah satu! Skang juga nak pergi cuba.

Okaylah kawan-kawan, sekarang ni pizza hut telah mengeluarkan satu lagi pizza yang terbaru dengan 6 jenis keju. Nama-nama keju tu adalah Cheddar (Rasa lembut yang klasik), Mozzarella (Halus dan berkrim), Parmesan (Berperisa dan menyelerakan), Provolone (Menyeluruh kelazatannya dan masam-masam sedap), Monterey Jack (Dengan rasa kacang yang memikat selera), Romano (Rasa yang membangkitkan selera). Kepada sesiapa yang sukakan keju ni jangan lepaskan peluang untuk menikmatinya. Haa.. apalagi, dapatkan cepat sebab aku rasa pizza ni masanya terhad kot.

Kalau tengok pada gambar tu memang membangkitkan selera. Hmmm... disebabkan harini besday aku, nak celebrate la kat pizza hut. Ada sape2 yang nak join???... Alamak... korang lambat la he3.
15 Oktober 2010

Kek Batik Yang Tak Rupa Batik


Salam semua.. aku memang minat la sangat-sangat ngan kek ni. Tengok tu lapisan kek aku, rasanya coklat lebih tebal dari biskut. Sebenarnya masa ni, aku beli biskut marie dalam peket. Aku dah bagi kat anak-anak aku sorang 2 keping. Pastu aku pun ke depan jap. Bila aku ke dapur semula, biskutnya dah tak banyak. Rupa-rupanya si kuat makan a.k.a Balqis dah ngap hu3. Nak taknak aku guna je la biskut yang ada. Kek ni walaupun cara pembuatannya mudah tapi aku memang jarang sangat buat. Sebab.. biasalah. Nak buat kena ada mood. Kalau mood MALAS datang, semua tak menjadi he3.

Bahan-bahannya *ini bagi yang baru nak belajar, yang dah tau tu, korang terus beli barang pastu buat sendiri ye*

Mentega 250gm
Susu Pekat 3/4 tin (tin yang biasa)
Milo 1 peket kecil
Serbuk koko 2 sudu besar
Biskut marie (korang agak2 la dengan adunan, jangan terlebih atau terkurang)

Cara buatnya
Mula2 cairkan marjerin di atas api yang kecil
Kemudian masukkan milo, susu pekat dan serbuk koko, kacau sampai semuanya bersatu padu
Pastu tutup api dan masukkan biskut marie.
Biskut marie ni terpulang samada nak susun selapis demi selapis atau hancurkan dan masukkan ke dalam adunan. Ikut pada kreativiti korang.
Kemudian biarkan dulu, bila dah suam-suam kuku, bolehlah simpan di dalam peti besi oppss..peti ais.
Dah habis, amik pisau, potong kemudian makan.
Nyumm..nyumm..

Selamat mencuba ye...



14 Oktober 2010

Proton Inspira dibuka untuk jualan


Salam petang.. sekarang ni proton telah mengeluarkan kenderaan baru yang diberi nama Inspira. Ni mesti diambil dari perkataan inspirasi. Agaknya la he3. Hmm..aku tengok gambar nampaknya kereta ni cantik juga. Rasa cam sekarang juga nak beli.

Shah Alam: Proton Holdings Bhd hari ini memperkenalkan model baru gantian Waja yang dikenali sebagai Proton Inspira pada anggaran harga jualan RM79,888 bagi model kelas bawah dan tidak melebihi RM95,000 bagi model peringkat tinggi.

Tempahan model Inspira yang ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter boleh dibuat mulai hari ini di semua pusat jualan Proton di seluruh Malaysia.

*sumber dari beritaharian online*

Ni kalau balik kerja aku lalu depan kedai Proton confirm ramai orang

Sungguh.. Aku terharu

Salam semua.. pagi ni aku tengok ulasan yang tertera di dashboard. Aku dapat satu mesej dari seorang kakak yang aku kenal masa aku baru berjinak-jinak dengan dunia blog. Kalau dulu setiap hari pasti aku akan menyinggah melihat entry2 beliau pasal makanan. Suka sangat tengok gambar-gambar makanan yang ada salam entry beliau. Tapi sekarang dah agak kurang aku ke blog kakak tu. Sesungguhnya mesej yang aku dapat memang buat aku betul-betul terharu kerana aku tak sangka kak Watie masih lagi ingat dengan tarikh kelahiranku yang akan menjelma beberapa hari je lagi. Terima kasih kak di atas ucapan itu.

1st Year Giveaway Qistina


Salam pagi.. he3, korang jangan boring ye masuk blog aku ni kerana sekarang ni aku tengah kemaruk join contest. Maklumlah baru-baru ni aku dah menang dua giveaway yang aku join. Ahamdulillah... rezeki buat aku. Kepada sesiapa yang nak join giveaway ni silalah korang klik di SINI.

Kami 1st Giveaway


Salam pagi kepada kawan-kawan ku di sana. Masih dalam mood giveaway ni. Belum ada idea nak buat entry baru yang merapu. Kali ni aku nak join giveaway dari blog YantiMat Isa. Seorang ibu beranak 5. Bestnya kalau aku ada ramai anak seperti Yanti. Confirm meriah rumah dengan ragam anak-anak. Oppss.. dah lain pula ceritanya. Kepada sesiapa yang nak join tu sila klik di SINI. Masih sempat lagi nak join kerana tarikh tutupnya pada 30.10.2010.
13 Oktober 2010

Give Away Nazz@Purple


Salam.. kali ni nak join giveaway dari Nazz. Hadiah yang bakal dimenangi adalah felt keychain. Aku pun dah lama teringin nakkan felt keychain. Harap-harap ada tuah buat aku. Amin.. Kepada sesiapa yang nak join tu sila klik di SINI. Tarikh tutupnya pada 12 Nov 2010. Banyak lagi masa kalau korang nak join.

Giveaway Saya Nak Beg Itu


Salam..macam biasa, masih lagi entry pasal giveaway. Kali ni join dari blog mamazakwan. Harapnya ada tuah untuk saya. Kepada sesiapa yang nak join bolehlah ke SINI

Tarikh tutup giveaway pada 03.11.2010.

Lucky Draw Saya Nak Coklat

'Create


Salam.. disebabkan saya nak coklat, oleh itu saya nak menjoinkan lucky draw yang dianjurkan oleh hannyskyleto . Kepada sesiapa yang nak join sila klik di SINI

2 Orang blogger yang saya nak tag ialah
Mazlina
Syamila

Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZIL.COM


Salam.. hadiah foot detox ni akan diberikan kepada 50 blogger wanita. Aku pun nak mencuba nasib, mana la tau kot-kot ada tuah kan. Kepada sesiapa yang nak join bolehlah ke blog HazmanFadzil.com
11 Oktober 2010

Debaran di Hati

Salam semua.. semalam 10.10.10 aku menghadiri majlis perkahwinan anak sedara en suami. Hmm..agak meriah dengan warna temanya putih merah. Tu satu cerita.. cerita yang kedua berkenaan kemalangan jalanraya yang mengorbankan 12 nyawa. Itupun aku baru tau pagi tadi ketika aku baca metro. Kesian juga bila baca kerana ada yang katanya mayat bergelimpangan tanpa kepala, tanpa tangan. Takziah buat keluarga mangsa dan harapnya ahli keluarga mangsa terima dengan redha.

Sebenarnya bila aku baca pasal kemalangan yang membabitkan bas ekspress dari Melaka, hati aku dah berdebar sebab aku ada seorang adik yang tinggal di Kuala Lumpur. Kebetulan dia bercuti kat rumah abah aku di Melaka dan dia ada beritau kat aku dia nak balik KL petang Ahad (semalam). So, pagi ni bila aku call dia, telefonnya tak berangkat dan aku telefon adik aku seorang lagi. Dia bagitau adik aku tak jadi balik KL petang semalam. Alhamdulillah.... lega hati aku. Aku takut jika adik aku balik petang semalam dan naik bas itu.
09 Oktober 2010

Mom&a Journey Called Life 1st Giveaway

Salam.. nak mencuba nasib join giveaway dari blog Anne. Tarikh tutup pada 11hb October 2010. Masih sempat lagi jika ada yang nak join. Klik di SINI

05 Oktober 2010

Sararisa 2nd Anniversary Giveaway


Salam..giveaway ni datangnya dari Sararisa. Kepada sesiapa yang nak join sila klik di SINI. Tarikh tutup pada 17hb Oktober jam 5 petang.
04 Oktober 2010

Penipuan Kredit Kad


Hari khamis lepas, en suami dapat panggilan dari pihak bank menyatakan ada hutang kredit card yang tertunggak dan masih belum dijelaskan. Nilainya RM9,350.00. Pastu en suami call aku dan tanya, ''kita ada guna kredit card ke?'' Setahu aku, memang dah lama kitorang tak gunakan kredit card lagi. En suami beritahu dengan pihak bank yang kitorang tak guna kredit card dan en suami mintak info dari pihak bank tu. Pihak bank bagitau en suami apply GOLD CARD di Sibu, Sarawak dan transaction tu digunakan di Sentosa, Singapore.

See... pergi Sarawak pun kitorang tak pernah apatah lagi ke Singapore. En suami dah call Bank Negara bahagian pemalsuan kad kredit dan pihak Bank Negara bagitau dorang akan siasat. Kalau betul berlaku penipuan kitorang disuruh buat report police.

Sebelum ni aku hanya baca kat paper pasal penipuan camni. Tiba-tiba tak sangka boleh terjadi pada family aku sendiri. Hisshh... pening kepala camni.
02 Oktober 2010

Bayi Tercekik Susu Lagi

Salam.. harini masa baca paper ternampak lagi pasal kes bayi meninggal akibat tercekik susu. Sejak kebelakangan ni agak banyak jugak kes seperti ni yang kita baca dari paper. epas anak pertama aku lahir lepas dah bagi susu memang sambil lewa je nak sendawakan anak terutamanya di tengah malam tapi arwah mak selalu bising dan selalu mengingatkan sendawakan anak lepas menyusu itu penting.

Aku masih ingat lagi malam sebelum arwah anak aku meninggal, lepas bagi susu lebih kurang pukul 9.15 aku dah sendawakan dan dah berbunyi pun, pastu main-main ngan arwah sampai pukul 11 malam. Kemudian arwah dengan aku tidur bersebelahan di atas katil. Bila sedar paginya arwah anak aku dah kaku. Bila hantar hospital dan doktor dah check, doktor sahkan anak aku meninggal bukan kerana tersedak susu. Ye la.. kalau doktor sahkan tersedak susu mesti sampai sekarang aku akan rasa menyesal dan bersalah kerana aku rasakan aku cuai. Tapi.. tu cerita lama dan aku nasihatkan kepada sesiapa yang ada anak kecil tu sendawakanlah lepas menyusu. Takut terjadi perkara yang tak diingini.
01 Oktober 2010

Teknik Foto Seperti Model Mainan

Salam.. sedang aku belek-belek email dari inbox, aku dapat satu email dari seorang kawan. Agak terpegun aku tengok gambar seperti di bawah. Gambar ni gambar yang real tapi cara pengambilan gambar ni seolah-olah kita tengok model mainan. Kamera sekarang semakin canggih ye.