Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
31 Disember 2010

Contest Teka Amount



Salam kepada semua yang menyinggah di blog ini. Sebelum ni baca blog kak ngah citer pasal duit nuffnang telah dicashoutkan pastu cikmin pula ajak teka amount nuffnang yang telah dicashoutkan juga. Aku dah berniat nak buat giveaway bulan ni tapi tak tau nak buat camner so, lepas tengok blog dorang berdua terus terlintas aku buat contest ni. Ini adalah contest kedua yang aku anjurkan selepas aku suruh buat perkataan dari huruf.


Pada 29hb Disember ni dengan rasminya genap setahun blog ini bersama nuffnang dan dengan ini aku nak menganjurkan Contest Teka Amount sepanjang setahun aku bersama nuffnang. Tarikh akhir aku cashout adalah pada 31 May 2010. Setiap contest mesti ada syarat-syaratnya kan...

1. Buat satu entry yang simple berkenaan contest ini dan nyatakan amount dalam entri korang serta linkkan ke blog ini.
2. Letak banner di atas di dalam entri dan di sidebar blog korang.
3. Masukkan URL blog ini ke dalam bloglist korang.
4. Dah siap semua, sila tinggalkan URL entry korang kat kotak komen di entri ini.

5. Tarikh tutup pada 31 Disember 2010 *kerana aku akan cashout dan pada tarikh itulah amount sebenar akan dipaparkan*

Kalau ada yang kurang faham caranya begini, berdasarkan pada gambarajah di atas aku dah cashout sebanyak 4 kali dan pada 31 Disember ni aku akan cashout buat kali yang kelima di mana aku sendiri tak tau berapa amount yang aku akan dapat. So, korang kena teka KESEMUA AMOUNT start dari cashout yang pertama hingga cashout yang kelima. Tambah lagi untuk clue amount kesemuanya setakat RM000.00.

Pengumuman akan dibuat selewat-lewatnya seminggu selepas tarikh ditutup.

*Selamat Meneka*
28 Disember 2010

Astro dah kena tax?


Salam.. tadi aku saja la ke laman web astro sebab aku nak tengok senarai peserta Raja Lawak musim kelima. Tetiba aku nampak Government Service Tax kat homepage Astro tu. Bila aku baca start 01 January 2011 ni semua stesen tv berbayar akan dikenakan tax 6%. Banyak gak tu. Hmmm.. walaupun aku kena tambah RM3++ sebulan tapi kalau dikumpul 12 bulan dah boleh bayar separuh bil astro.

Kalau korang nak baca lebih lanjut pasal tax astro ni korang kliklah di astro.com.my
25 Disember 2010

Kata Kunci


Salam semua.. wahhh.. dah lama gila tak update blog. Dah hampir seminggu lamanya. Disebabkan takde cerita menarik yang nak aku ceritakan di sini, aku cuma nak tunjukkan kata kekunci untuk blog ni yang aku perolehi dari analitik nuffnang. Nampaknya sinetron Bukan Diriku telah menjadi kata kekunci yang paling top. Best..best.. tak sia-sia aku buat entry sinetron Bukan Diriku ni.

Oh ye.. peminat sinetron dah tengok citer ni. Best kan.. sedih juga. Aku tak sabar nak tunggu ending cerita ni. Nak tau apa kesudahannya. Okay.. ni je entri aku untuk hari sabtu ni.
17 Disember 2010

Hadiah buat Pemenang Contest Teka Amount

Salam.. sebelum contest tu dimulakan, aku belum terpikir nak bagi hadiah apa kepada pemenang CONTEST TEKA AMOUNT tapi kini setelah aku register kat HEARTBEAT, aku nak hadiahkan sebuah mug kepada pemenang yang dapat meneka amount dengan tepat atau hampir tepat.




Harini dah 17hb, peserta CONTEST TEKA AMOUNT adalah seramai 25 orang. Kira okaylah tu, at least ada juga yang nak join contest aku ni. Terima kasih kepada semua. Kepada sesiapa yang nak join lagi penyertaan masih dibuka sehingga 31 Disember ini.
14 Disember 2010

Font Blog Telah Bertukar

Salam.. pada sape yang alert blog aku ni mesti dapat rasakan perubahan yang aku lakukan pada blog ni. Sebenarnya aku dah boring dengan font yang ada kat blog aku ni. Font sebelum ni cam skema je. Aku nak jenis yang ceria maklumlah aku ni kan ceria orangnya ha3. Sekarang ni nak tukar citarasa la pulak.

Sebelum ni aku search kat google cari tutorial penukaran font di entri tapi susah juga nak cari. Satu lagi aku tak berapa nak faham. Maklumlah aku ni bukannya terror sangat pasal coding-coding ni. Oleh itu, malam tadi aku menggodeh template aku ni sendiri dan akhirnya aku berjaya. Ohh.. seronok dan puas hati. Lepas ni dah boleh main tukar-tukar font. Ada yang nak tukar juga ke? Kalau ada aku boleh sharekan.
12 Disember 2010

Earning Dari Heartbeat

Salam.. masih lagi entry pasal HEARTBEAT. Kali ni nak tunjuk earning yang aku dapat setelah aku sign up petang semalam. Walaupun tak banyak tapi okaylah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Betul tak?



Gambarajah di bawah menunjukkan camner heartbeat ni boleh tambah duit poket. Selain tu jika beli online korang akan dapat diskaun. Barang-barang yang dijual di website Heartbeat pun best-best juga.


Kepada sesiapa yang nak mendaftar tu korang klik di SINI. Pendaftarannya percuma je. Oh ye.. total untuk cashout adalah RM50.00.
11 Disember 2010

Buat Duit Dengan HeartBeat

Salam.. kepada sesiapa yang nak dapatkan duit melalui blog sekarang ni dah ada satu cara lagi yang dikenali sebagai HEARTBEAT.MY. Aku dapat tau pasal ni pun setelah aku jalan-jalan ke blog Lynn Azlina. Sape yang belum register tu cepat-cepatlah register kerana ianya percuma sahaja.

1. Mula-mula korang klik di SINI untuk ke website Heartbeat.

2. Pastu korang klik 'LET US START'



3. Bila dah klik di situ, korang klik di CREATE ACCOUNT.


4. Lepas dah klik, korang akan dibawa ke page seterusnya. Kemudian isikanlah form itu. Dah siap isi, klik continue.


5. Bila dah siap semua, nanti klik seperti dalam bulatan tu, kemudian isi form. Bila dah settle dapatkan kod untuk korang letakkan dalam blog


Jangan risau pasal status nuffnang tu. Status tu tidak akan berubah sebab Heartbeat bukannya iklan seperti nuffnang. Aku teringin nak beli mug yang terdapat dalam laman web HEARTBEAT. Sesiapa yang nak join klik aje di SINI. Jangan lepaskan peluang ini. Selain boleh beli barang melalui online dapat juga tambah duit jajan.
10 Disember 2010

Sinetron Bukan Diriku


Salam.. Sinetron Cinta Kirana yang dilakonkan oleh Nia Ramadhani dan Randy Pangalila akan tamat pada 20 Disember ini. Ini pun setelah aku lihat kat Astro View yang aku terima setiap bulan. Cinta Kirana ni akan digantikan dengan sinetron baru 'Bukan Diriku'. Kepada peminat Baim Wong mesti suka sinetron baru ni. Antara pelakon utama dalam sinetron baru ni ialah Baim Wong (Ryo), Ririn Dwi Aryanti (Ayla) dan Bertrand Antolin (Ariel).

Sinopsis Sinetron Bukan Diriku setelah aku gunakan google translate.

Ryo dn Ayla, adalah sepasang kekasih yang bekerja di sebuah syarikat advertising. Ryoseorang workaholic, dia sangat susah menunjukkan perasaannya, bahkan pada Ayla sekalipun. Kerana sifatnya inilah, Ayla, tidak pernah tahu, bagaimana perasaan Ryo yang sebenarnya. Ayla selalu mengira, Ryo tidakbegitu mencintai dia. Semenjak mereka menjadi pasangan, Ryo belum pernah mengucapkan kata-kata cinta pada Ayla. Ryo bahkan kerap kali, melupakan janjinya dengan Ayla.

Kesal dengan sikap Ryo, Ayla memutuskan Ryo. Namun Ryo sangat mencintai Ayla. Ia berusaha berbaikan dengan Ayla.

Di hari ulang tahun Ayla, Ryo menyiapkan kado untuk Ayla. Aylasebenarnya tak mau datang, namun Marina, teman satu kantor Ayla, memberitahu bahawa Ryo menyiapkan hadiah istimewa untuknya. Ryomenyiapkan cincin yang ia beli bersama Marina. Ayla kaget dan langsungpergi ke tempat Ryo menunggunya.

Saat Ayla akan menyeberang, sebuah kereta muncul dan hampir menabrakAyla. Ryo berlari mendorong Ayla. Ayla selamat, tapi Ryo kehilangannyawanya.

Tapi cerita tidak berakhir begitu saja. Ryo masih sangat mencintaiAyla dan tidak mahu meninggalkannya. Ryo akhirnya masuk ke dalam badan Ariel, orang yang sudah melanggarnya. Ariel orang yang sangat ambisius, dan rela melakukan apa saja untuk kepentingannya. Ariel ternyata anak pemilik syarikat tempat Ryo bekerja.

Ryo yang sudah berada dalan tubuh badan Ariel berusaha mendekati Ayla, tapi Ayla terus menolak kehadirannya kerana Ayla sangat membenci Ariel.

Masalahpun semakin banyak menghadang Ryo. Kehidupan Ariel yang dikenali "jahat" membuat kesulitan demi kesulitan mendatangi Ryo. Kematian seorang lelaki bernama Anton, yang usahanya dihancurkan oleh Ariel dan hubungan gelapnya dengan Marina adalah beberapa masalah kecil yang melakukan Ryo bingung.

Ryo juga harus menghadapi kenyataan, kalau Ariel sudah meninggalkan seorang tunangan, Livi, anak pemilik syarikat pusat yang membawahiperusahaan milik orang tua Ariel. Saat mereka sedang memilih bajupengantin, Ryo memutuskan pertunangannya dengan Livi. Livi malu, iamengakhiri hidupnya. Hal ini, membuat ayah Livi, dendam pada Ryo, danberusaha untuk menghancurkan hidup Ryo.

Ryo tidak boleh mengatakan pada Ayla, kalau dia adalah Ryo, kerana, apabila itu berlaku, Ryo akan kembali meninggalkan dunia ini, dansampai bila-bila masa, dia tidak akan dapat menyatakan rasa cintanya padaAyla. Menjadi Ariel, adalah pilihan terbaik, kerana Ryo boleh terus berada disisi Ayla, namun disisi lain, Ryo juga tidak boleh menerima kenyataan, kalau Ayla akan melupakan Ryo yang sebenarnya.

Bagaimana kelanjutan cerita ini? Apakah Ryo yang sudah menjadi Ariel, boleh merebut hati Ayla? Bagaimana dengan semua masalah Ariel yang harus diselesaikan oleh Ryo. Apakah, Ryo akan memberitahu Ayla, siapa sebenarnya dia?

Jangan lupa saksikan SINETRON BUKAN DIRIKU setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Ria pukul 6.30 petang bermula pada 21 Disember 2010.


Opening Sinetron Bukan Diriku

07 Disember 2010

Giveaway Akhir Tahun by ArdiniHumaira


Salam.. dini telah menganjurkan GIVEAWAY AKHIR TAHUN. Seramai 30 orang akan dipilih sebagai yang bertuah Nak join sila klik di SINI. Tarikh tutup giveaway ni pada 29 Disember 2010.
06 Disember 2010

Traffik Hasil Blog Larian

Sila klik gambar untuk tumbesaran

Salam.. tengahari tadi aku telah menjoinkan diri dengan BlogLarian dan di atas ni hasil traffik dari BlogLarian sehingga pukul 4.30 ptg tadi yang aku amik dari referrer di website nuffnang. Hmm.. okay juga kan. So, kepada sesiapa yang belum join tu cepat-cepatlah join.

BlogLarian Menyumbang Traffik


Salam.. tadi masa berjalan-jalan dari satu blog ke satu blog nampak beberapa blogger buat entry pasa l BlogLarian ni. Setelah menggodeh-godeh nampaknya macam okay dan aku pun nak mencuba juga la. Nampak gayanya lepas ni dah boleh berlari-lari la pulak ye.

Saya suka berblogwalking kerana saya dapat mempromotekan blog saya dan juga dapat berkenalan dengan blogger-blogger yang lain serta boleh memperolehi maklumat yang saya tak tahu. Di samping itu boleh meningkatkan traffik.

Aku nak tag
1. Izan Ishak
2. Kak Ngah
3. Syamila
4. Salmia
5. Mazlina

Bagi sesiapa yang nak join sila klik di BLOGLARIAN.
04 Disember 2010

Kenaikan harga

Salam.. start harini dah bermulanya kenaikan harga baru bagi minyak, gas dan gula. Hmm.. agak frust bila dapat tau pasal kenaikan ini. Aku pergi kerja setiap hari menggunakan kereta yang diisi dengan petrol. Masak di rumah menggunakan gas dan buat air setiap hari sekali gunakan gula. Aku rasa terbebanlah dengan kenaikan ni. Aku menulis kerana aku bukannya orang yang bergaji besar. Tu yang agak terasa.

Jika sebelum ni isi minyak setiap minggu RM30 lepas ni nak kena tambah sekurang-kurangnya RM5. RM5 dikali 4 =RM20. Banyak tau RM20 tu. Itu belum dicapur dengan barangan yang lain. Memang semuanya melambung tinggilah. Ingat lagi, jika 2 tahun lepas belanja beli barang basah dan masak sendiri untuk sehari aku boleh peruntukkan RM15 tapi skang ni RM20 pun belum tentu cukup. Kesimpulannya.. terima je la kenaikan ni.
01 Disember 2010

Chocolate Giveaway


Salam.. rajin betul mama naufal n nureen buat giveaway. Apapun, cam biasa, mesti menjoinkan diri. Kepada sesiapa yang nak join giveaway ni sila klik di SINI dan tarikh tutup giveaway ni pada 25 Disember 2010.