Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

11 Januari 2011

Sinetron Kejora dan Bintang


Assalammualaikum.. ada tak yang perasan iklan citer baru indonesia dah keluar kat astro ria cuma belum lagi diberitahu cerita apa. Nampaknya fenomena Baim Wong ni memang dah melekat di hati penggemar sinetron. Jika TV3 menayangkan Sejuta Cinta Marshanda yang dilakonkan oleh Baim Wong, Astro Ria sekali lagi menampilkan Baim Wong dalam sinetron terbaru Kejora Dan Bintang selepas Bukan Diriku. Aku rasa bila sinetron yang dilakonkan oleh Baim Wong mesti ranking tinggi. Hmm.. sinetron ni rambut Baim Wong dah pendek.

Kejora dan Bintang kemungkinan akan ditayangkan pada 25 Januari ini. Sinetron Kejora dan Bintang dilakonkan oleh Baim Wong bersama Alyssa Soebandono ada sebanyak 75 episod. Jom kita tengok sinopsis sinetron ni

Kejora adalah gadis yang memiliki segalanya. Cantik, ceria, selalu optimis, dan kaya raya. Kejora belajar di Jepun. Pak Ryan ayahnya seorang pengusaha ternama di Jakarta. Ibunya sudah meninggal dan Kejora mempunyai seorang adik perempuan bernama Bintang, yang menderita autis tapi sangat mahir bermain piano. Pak Ryan berkahwin lagi dengan Hanifa seorang janda beranak satu bernama Janet.

Suatu hari, Kejora pulang ke Jakarta. Di lapangan terbang, begnya tertukar dengan beg Erlangga, cucu keluarga nenek Gautama yang sangat kaya raya namun sombong, manja, dan keras kepala. Kejora tak tahu bahawa sebenarnya Erlangga adalah kekasih Janet, saudara tirinya. Kejora harus berhadapan dengan sikap sombong dan angkuh Erlangga gara-gara beg itu. Dan sepertinya juga nasib mempermainkan mereka sehingga mereka saling membenci.

Pak Ryan sebenarnya sedang mengalami masalah besar. Syarikatnya di ambang kebangkrutan, tapi dia merahsiakan dari anak-anaknya. Kejora sebenarnya sudah mempunyai kekasih iaitu Joel yg matre, Joel punya adik bernama Fitri yang diam-diam mengagumi Kejora.

Suatu hari, ketika sedang mencari wang pinjaman, Pak Ryan telah dirompak. Di luar dugaan, sang perampok mati terbunuh dalam sebuah kebakaran dan dikira dirinya kerana membawa barang-barangnya. Pak Ryan kemudian sedar, kalau dia meninggal, keluarganya akan mendapatkan wang insurans yang cukup besar. Pak Ryan pun memutuskan untuk berpura-pura mati. Kejora tentu saja sangat terpukul dengan kematian ayahnya. Semeninggalnya Ryan, Kejora jadi sering bertegang dengan Hanifa, sampai kemuncaknya Hanifa mengusir Kejora dan Bintang dari rumah peninggalan ayahnya.

Kejora dan Bintang benar-benar menderita, ditambah lagi, begitu tahu Kejora terusir, Joel, kekasih Kejora malah meninggalkan Kejora begitu saja.

Kejora berusaha menata hidupnya bersama-sama dengan Bintang. Dia berjaya dapat kerja di sebuah café. Namun bencana tak selesai merudung Kejora. Saat Kejora sedang bekerja, Bintang malah menghilang. Kejora sangat sedih dan merasa bersalah. Dia tak tahu bahawa Bintang diculik Hanifa yang setengah mati berusaha menutup kenyataan bahawa keluarganya sudah jatuh miskin, sehingga dia menculik Bintang dan meletakkannya dikampung, supaya tidak keceplosan membocorkan rahsia kemiskinannya.

Kejora setengah mati berusaha mencari adiknya. Kegigihan dan perjuangan Kejora ini membuat Fitra jadi iba dan semakin jatuh cinta. Pencarian Kejora terhadap adiknya juga membawa perubahan dalam hubungan Kejora dan Erlangga. Dari saling benci, Erlangga malah jadi menaruh simpati pada Kejora. Bahkan kemudian jatuh cinta.

Nak tau macammana jalan ceritanya. Jangan lupa menontonnya di Astro Ria setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6.30 petang.

Para Pelakon

* Baim Wong sebagai Erlangga

* Alyssa Soebandono sebagai Kejora

* Amanda sebagai Bintang

* Lucky Perdana sebagai Fitra

* Eva Anindita sebagai Janet

* Cut Keke sebagai Hanifa

* Mieke Wijaya sebagai Nyonya Gautama

* Mathias Muchus sebagai Ryan

* Rio Reifan sebagai Joel

Sekarang ni ada lagi satu cerita terbaru Baim Wong berlakon dengan Alyssa Soebandono namanya Lagu Nirmala.

*sinopsis kredit to http://iphototv.blogspot.com*

9 patah-patah kata:

mamaarifakeemaisy berkata...

oooh jrg2 layan citer indon skrg,,time bujang bleh la..

ardinihumaira berkata...

cite seberang dengan cite korea best :D

najihah berkata...

tk tak boleh layan drama2 bersiri ni..sumpah melekat :D

anamizu berkata...

ni kalo mak cik ana tengok,konfem melekat nih..mak fanatic betol sinetron..hik3

latest entry : |SEGMEN AKU & DRAMA KOREA|

Anamarza berkata...

Jalan cerita dia sebijik cerita korea..tak ingat apa tajuk citer korea tu, tapi dah tayang kat KBS la...

teyn teyn berkata...

follow mama hot :)

Keyrill Eduardo Willeyhem berkata...

hurm.... dah x minat citer indon dah.... dulu waktu kecik2 dulu memang minat, skarang dah tahu perangai dorang, malas nak tngok! entahlah? tiba2 aje rasa benci ... :)

Cikmin berkata...

suka tengok baim bermabut pendik dalam sejuta cinta marshanda tu... :)

Witch a.k.a Okie berkata...

ceta ni diambil dr Brilliant Legacy, skg ditayangkan di channel 715, animex