Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

31 Mac 2011

SAHARA di slot Samarinda TV3


Assalammualaikum... malam tadi aku menyaksikan episode pertana drama Sahara ni. Jalan ceritanya biasa je. Mungkin baru episode pertama kan.. tapi aku geram betul dengan watak Tina yang dilakonkan Tasha Shilla. Jahat dan gedik. Kalaulah perangai adik aku macam Tina, dah lama kena lempang he3. Drama bersiri sebanyak 25 episod diterbtkan buat pertama kali oleh Enuja Production. Skripnya ditulis oleh Syarifah Abu Salem dan arahan Jamal Khan.

Jom kita tengok sinopsis drama Sahara ni
Sahara (Nanu Baharuddin) menyayangi adik tunggalnya Tina (Tasha Shilla) seperti menatang minyak yang penuh. Tidak pernah sesekali memarahinya mahupun meninggikan suara, Sahara akan cuba sedaya upaya memenuhi segala kemahuan Tina asalkan adiknya bahagia. Tindakan Sahara yang terlalu memanjakan Tina sering ditegur ibu mereka, Rahimah (Fadillah Mansor).

Walaupun jarak usia mereka jauh, iaitu 18 tahun antara mereka, hubungan antara Sahara dan Tina amat rapat. Namun, kemunculan jejaka bernama Ashraf mengubah segala-galanya. Rahimah ingin menjodohkan Sahara dengan Ashraf (Amar Alfian) setelah Sahara menjanda sekian lama. Sahara kahwin lari dengan Rizal (Esma Danial) ketika berumur 17 tahun tanpa menghiraukan bantahan keluarga. Dek usia yang masih mentah, Sahara dan Rizal sering bergaduh dan akhirnya bercerai selepas lima bulan berkahwin.

Pada pertemuan kali pertama, Ashraf terpikat pada Sahara walaupun Ashraf lima tahun lebih muda daripadanya. Tina juga mempunyai perasaan terhadap Ashraf. Wujud cinta tiga segi kerana Sahara juga menyintai Ashraf. Namun demi kebahagiaan Tina, Sahara sanggup mengundur diri dan meminta Ashraf menerima cinta Tina. Ashraf membuat pengakuan bahawa dia tidak pernah menyintai Tina tetapi Sahara yang menjadi pilihannya. Tina menganggap Sahara sebagai penghalang cinta lalu terus memusuhi kakaknya. Tina memberontak. Dia bukan saja mengenakan Sahara di syarikat malah bersikap dingin di rumah.

Walaupun semakin tertekan dan kecewa dengan sikap Tina, Sahara mengalah. Keadaan menjadi bertambah rumit selepas bekas suami Sahara, Rizal pula kembali menagih cinta dari Sahara. Rizal juga mahu menjejaki anak mereka walaupun Sahara memberitahunya kandungan itu telah gugur. Rizal menculik Tina supaya Sahara menurut segala kemahuannya. Sahara bagai kehilangan akal.

Masih mampukah dia menyimpan satu rahsia yang akan mencetus konflik dalam hidupnya? Saksikan Sahara setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam di slot Samarinda di TV3.

Bila aku baca sinopsis ni aku agak Tina tu sebenarnya adalah anak kepada Sahara. Bagi sesiapa yang tengok drama ni malam tadi, perasan tak ada sesuatu yang tak kena dengan wajah Nanu. Bengkak semacam. Any comment?


30 Mac 2011

Hadiah Kemenangan Captured Angka

Assalammualaikum.. hisshh... lama betul aku tak update blog ni. Seperti biasa banyak cerita yang nak dicoretkan di sini tapi bila kemalasan melanda, satu apa pun tak jadi. Nak update ni pun sebab mood tengah gumbira, maklumlah tengah aku duduk kebosanan kat opis ni, tiba-tiba aku dapat satu bungkusan. Rupa-rupanya hadiah dari amiey lee kerana kemenangan aku mengcapture angka bertuah.

Comel kan hadiah yang aku dapat ni. Aku rasa cam nak letak kat opis je. Taknak bawa balik ke rumah, kalau bawa balik memang confirm akan menjadi hak persendirian Balqis. Oh ye.. gambar di bawah sekali tu adalah sekeping kad yang disertakan dengan hadiah. Cantik gambar halia tu. Kepada amiey lee... thanks sangat hadiah yang best ni.



Hadiah dari mama syafi pun aku dah selamat terima tapi tak dapat nak tepek untuk kenangan di sini. Asyik terlupa je. Terima kasih juga buat mama syafi. Buku yang diberikan sungguh berguna.



23 Mac 2011

Rahsia Misteri Yang Terbongkar


Minggu lepas Dxsonique, seorang ahli Says telah membuat keputusan untuk berjalan di sekitar kawasan KL setelah membaca tentang rahsia sulit yang menakutkan dalam laman blog Says. Ingin tahu apakah yang Dxsonique menemui? Bacalah seterusnya di SINI

20 Mac 2011

Kata 15.03.2011 tiba-tiba 15.03.2012


Assalammualaikum.. nak cerita pasal facebook pula. Jika sebelum ni kecoh bahawa laman web sosial facebook ditutup pada 15 March 2011, kini berita terbaru facebook akan ditutup pada 15 March 2012 pula. Aisey.. kejap 2011 kejap 2012, nanti kang bila tiba 2012 dikata tutup pada 2013 pula. Mula-mula dulu masa diberitahu tutup 15 March 2011 percaya la juga tapi kini rasanya dah tak percaya. Apapun.. tunggu dan lihat je la.

Info penuh boleh dapat di SINI


18 Mac 2011

Menang Captured Number

Assalammualaikum.. nampaknya rezeki aku bulan ni alhamdulillah. Bermula dari hari Rabu aku menang captured number dari blog amieylee, Khamis pula menang captured juga tapi dari blog mamasyafi dan tadi aku menang teka teki dari blog Dini. Semua detail aku dah emailkan, tinggal tunggu hadiah je.




Kemenangan captured angka 86000 di blog mama syafi





Hantu Durian Part 3

gambar kredit dari google

Assalammualaikum... entri ni adalah yang ketiga aku nak bercerita pasal hantu durian. Kalau korang nak baca entri hantu durian yang pertama dan kedua korang gilah klik di SINI dan di SINUN. Ceritanya bermula pada rabu rabu lepas sebelum balik kitorang kat opis ni ada la makan durian ramai-ramai dan aku dapatlah bawa balik durian beberapa ulas. Sampai rumah je, si hantu durian a.k.a Balqis terus makan durian yang aku bawa balik tu. Aku rasa dia makan paling banyak.

Semalamnya pula, en suami ambil aku di tempat kerja. Dalam kereta Balqis dah bagitau nak makan goreng pisang dan durian. Aku buat tak tau je. Pastu aku singgah makan. Aku teringin nak makan lamb chop. Dalam kedai makan tu pun Balqis cakap lagi, kali ni aku cakap ngan dia esok-esok kita cari durian. Aku ingatkan dah habis cerita durian ni. Kat rumah tengah aku layan Mantera Anjasmoro dia masih lagi cerita pasal durian. Aku memang dah malas nak keluar. Buat tak tau lagi.

Lebih kurang pukul 10.15 mlm, Balqis bergaduh dengan abangnya. Pastu aku dengar tangisan Balqis lain sangat bunyinya, aku pergi kat dia tanya nak makan durian ke, dia mengangguk. Lepas habis Mantera tu aku terus ajak en suami pegi cari durian. Kat taman aku memanglah takde jual, last-last cari kat tepi jalan yang menghala ke arah rumah ibu mertuaku. Nasib baiklah ada jual cuma buahnya tak banyak. Aku beli 3 biji dengan harga RM6 sekilo. Barulah hati Balqis puas dapat makan durian malam tu dan dia tidur lena hingga ke pagi.

Kadang-kadang bila terjadi situasi berkenaan makan, bila anak-anak aku teringin nak makan sesuatu, aku usahakan juga mencari. Kalau tak jumpa ke atau dah habis ke aku akan cakap elok-elok. Tak sampai hati kerana bila aku fikirkan balik situasi begini pernah terjadi kat aku masa kecil dulu. Bila kitorang adik beradik nak makan apa-apa, abah dan arwah mak aku tetap akan penuhi permintaan kitorang. Cakaplah nak makan apapun.. semuanya terhidang depan mata. Kalau sekarang ni pun aku balik kampung, bila aku teringin nak makan sesuatu jenis masakan dari air tangan abah aku, abah pasti akan sediakan.


17 Mac 2011

Sila Captured 88888


Assalammualaikum... kali ni aku nak offer kepada sesiapa yang dapat captured angka 88888, sila emailkan bukti captured, nama dan alamat ke jieda79@yahoo.com. Aku nak bagi hadiah. Masa bermula dari sekarang.

15 Mac 2011

Senarai Pemenang ♥ Mari Membaca Giveaway ♥

Assalammualaikum.. sekarang diumumkan keputusan untuk pemenang ♥ Mari Membaca Giveaway ♥ yang dilakukan secara cabutan bertuah. Malas nak tunggu lama-lama. Aku cabut ni pun kat opis je sebab tu kat belakang gambar bersepah barang-barang aku. Sebenarnya aku excited nak tau pemenang tu yang tak nyempat-nyempat he3


Semua nama peserta telah dimasukkan ke dalam bekas. Setelah dipilih 3 pemenang yang akan menerima buku mengikut kategori yang dipilih ialah



3 orang kategori follower bertuah memenangi setiap seorang buku seperti di atas.

1. Mama Kembar 3
2. Umiliza989
3. Huda




Dan.. jeng..jeng... aku dengan murah hatinya menambah lagi 10 orang pemenang dengan setiap seorang memenangi sekeping bookmark yang ditempah khas. Mereka yang bertuah ialah

1. Adyshariz
2. Nurwanniey
3. Fawwaznuha
4. eda_ej
5. axelida
6. my shaizhar blog contest
7. Kehelan
8. Ummu Muhammad
9. Bionic Women
10. Izzatul Iman

Kepada semua pemenang dipersila emailkan nama, alamat dan no telefon ke jieda79@yahoo.com untuk penghantaran hadiah. Masa yang diberikan sehingga Jumaat jam 2 petang. Jika selepas jam 2 petang ada yang tidak menghantar detail maka undian akan dicabut sekali lagi. Keputusan adalah muktamad.

Kepada yang tak berjaya tu janganlah sedih-sedih ye. Mungkin rezeki anda di giveaway yang lain. Terima kasih kepada semua.

p/s: nama yang bertanda merah telah menghantar detail.


♥ Mari Membaca Giveaway ♥ ditutup

Assalammualaikum... ♥ Mari Membaca Giveaway ♥ akan ditutup pada jam 12 tengahari. Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai giveaway ni. Keputusan akan diumumkan pada 17hb March 2011. Sekian terima kasih.


♥ Mari Membaca Giveaway ♥

Ini adalah entry melekat. Entry baru sila scroll ke bawah.



Asssalammualaikun. Sekarang masanya aku nak buat giveaway pula. Jom tengok syarat-syaratnya:

1. Anda kena register kat SINI dulu (Website Adik Bijak).
2. Buat satu entry yang simple berkenaan giveaway ni.
3. Letak banner di atas di dalam entry dan juga di sidebar berserta link blog ini.
4. Dah siap semua, sila tinggalkan link entri anda, id follower (jika follow), kategori buku yang dipilih dan nama yang digunakan ketika anda register di Adik Bijak di bahagian komen di entri ini.
5. Giveaway bermula dari 11.02.2011 dan berakhir pada 15.03.2011. Pemenang akan diumumkan pada 17.03.2011 melalui cabutan bertuah.
6. Tiada paksaan untuk follow blog ni tapi jika anda follow ada 3 hadiah disediakan buat follower bertuah.

3 pemenang bertuah akan memenangi sebuah buku setiap seorang.

Kategori Buku

1. Motivasi Diri
2. Panduan Ibubapa
3. Rumahtangga
4. Panduan Muslim


Ehh..apa ni.Nak tau? Kenalah Klik ye.
14 Mac 2011

Anu Dalam Botol


Assalammualaikum.. tak lama lagi filem Anu Dalam Botol karya Raja Azmi dan pengarahnya Khir Rahman akan ditayangkan di pawagam. Filem Anu Dalam Botol mengisahkan percintaan lelaki gay, bisex dan penukaran jantina. Cerita ini diilhamkan berdasar kisah sebenar seorang pemuda yang masih hidup. 'Anunya' masih tersimpan dalam botol di rumahnya. Matlamat filem ini supaya dijadikan pengajaran kepada masyarakat terutama kesan buruk apabila manusia sanggup menukar jantina demi mengejar cinta yang mustahil.

Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus pasangan bercinta sejenis. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup mengubah identitinyakepada Ruby dengan membuat pembedahan menukar jantina. Bukan calang-calang pengorbanan dilakukan Ruby namun perhitungan Ruby salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seperti seorang wanita sekali gus menyingkirkan Ruby daripada hidupnya.

Keadaan bertambah sulit apabila hormon lelaki dalam tubuh Ruby kembali menyerlah dan dia ingin menjadi lelaki semula. Malah Ruby jatuh cinta dengan seorang gadis baik budi. Namun Rudy sedar jasadnya bukan lagi seperti seorang lelaki tulen kerana alat sulutnya tiada lagi dan hidup bertuhankan nafsu.

*info dari harian metro*

Satu masa dulu aku pernah baca kat dalam buku Mastika berkenaan pasal lelaki membuat pembedahan menukar jantina. Rata-rata yang menukar jantina semuanya kerana sayangkan pasangannya yang sama jenis. Ada satu kisah dalam buku tu dia buang 'anunya' ke dalam longkang. Apalah... kot ye pun tanamlah kerana itupun salah satu dari anggota badan. Hisshh.. apalah nak jadi. Seperti kisah benar ni dalam filem ni, Allah datangkan naluri lelaki ketika dirinya hanyut tapi masa tu dah terlambat.


11 Mac 2011

Jepun Dilanda Gempa Bumi

Assalammualaikum... petang-petang ni barulah aku tau rupa-rupanya di Jepun telah dilanda gempa bumi. Sejauh mana teruknya aku pun tak pasti tapi dengar-dengar keadaannya teruk juga. Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.

Korang boleh baca kisah selanjutnya samaada di SINI atau di SINI.


Rezeki di hari Jumaat

Assalammualaikum... seperti biasa aku telah diinform oleh Fadzillah mengenai kemenangan yang berpihak pada aku di blog Dunia Novel. Kegembiraan berganda kerana aku memenangi hadiah utama bersama Pearl Jade. Inilah rezeki di hari Jumaat. Aku nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan blogger yang menang juga. Ini adalah kemenangan ketiga di bulan Februari. Alhamdulillah.. masih ada rezeki untuk aku memenangi giveaway yang aku join. Thanks ye Adhan.



10 Mac 2011

Nak Tau Ke Nak Surprise

Assalammualaikum.. kurang dari seminggu je Giveaway Mari Membaca akan berakhir. Pada sesiapa yang sudi nak join tu cepat-cepatlah join ye. Berbalik kepada tajuk entry ni sebenarnya aku nak update hadiah-hadiah yang bakal dimenangi oleh sesiapa yang bertuah kerana ada pernambahan hadiah. Baik tak aku he3... Korang nak tau ke atau biarkan surprise je. Kalau lebih dari 10 orang yang nak tau aku akan inform apa hadiah yang akan dimenangi tapi kalau korang nak surprise, aku okay je. Aku akan surprisekan sehingga nama pemenang diumumkan.


09 Mac 2011

Sign-Up & Win RM200 worth of cash or shopping vouchers!


Assalammualaikum... korang nak menang RM200 cash atau voucher shopping tak? Kepada sesiapa yang berminat dan nak tau selanjutnya sila REGISTER DI SINI.

07 Mac 2011

Pengacara Anugerah Bintang Popular 2010

Assalammualaikum.. semalam masa tengok Melodi, ada diumumkan pengacara untuk Anugerah Bintang Popular 2010 yang akan diadakan pada 03 April 2011. Mereka ialah Zizan Raja Lawak, Syarifah Shahiera dan Raja Azura. Aku rasa memang gamat la malam tu nanti kerana adanya Zizan Raja Lawak. Nampak gayanya makin murah rezeki Zizan. Semoga anugerah Bintang Paling Popular akan berpihak pada Zizan.


04 Mac 2011

2 Kemenangan Sekaligus

Assalammualaikum.. hari Jumaat ni merupakan hari yang agak gembira buat aku. Mana tak gembiranya, tadi masa aku blogwalking tengok result giveaway tak sangka aku antara pemenang bertuah di blog ♥♥ ceritera lisa ♥♥. Hadiah yang aku menangi ialah top up sebanyak RM10. Terima kasih buat lisa. Kemenangan ni dikongsi juga bersama 3 peserta bertuah yang lain. Mereka ialah Aliff Haikal, Shera Haifa dan Ironmax. Tahniah kepada semua.


Kemenangan kedua pada harini pula ialah dari blog ******UMIEZUL******. Aku mendapat tempat ketiga. Aku tau kemenangan ni pun setelah diberitahu oleh Fadzillah Kamaruddin. Thanks ye Fadzillah sebab inform kat aku dan juga buat UMIE selaku penganjur giveaway. Aku berkongsi kemenangan bersama ayuselalu dan qieranna. Tahniah buat semua.




02 Mac 2011

Khas Buat Sepatu Hijau

Assalammualaikum.. bulan December tahun lepas aku ada anjurkan satu Contest Teka Amount dan rezeki berpihak kepada SEPATU HIJAU dan dia telah memenangi satu mug yang aku beli dari Heartbeat. Semalam, aku terima satu email dari Heartbeat yang menyatakan mug tu dah dihantar pada 18 Januari lepas tapi dorang tak dapat serahkan kerana alamat yang diberi tak dapat dikesan. Aku tak taula samaada alamat tu yang salah atau dorang tak jumpa rumahnya.

Adehh... cammana aku nak buat ni. Taknaklah aku ni dikatakan tak menepati janji, dah buat contest tapi tak hantar hadiahnya. Buat SEPATU HIJAU kalau terbaca entry aku ni, silalah berhubung balik dengan aku. Sekarang ni pun kalau aku pegi blog dia, dia dah delete. Aku call, orang lain yang jawab dan hantar email pun takde balasan. Kalau kat mug tu takde gambar dia, memang aku dah bagi kat orang lain. Mungkin bukan rezeki dia.


01 Mac 2011

Last chance to win Macbook Air, iPad, iPhone or Sony PS3


Assalammualaikum.. jika ada sesiapa yang nak menang Macbook Air, iPad, iPhone atau Sony PS3, korang klik je banner tu kerana segala keterangan lanjut ada pada banner tu. Terima kasih banyak-banyak kepada sesiapa yang sudi klik banner tu. Ini adalah kempen dari youthsays.