Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
28 April 2011

Sazzy Falak Dah Bersalin


Assalammualaikum.. aku nak ucapkan tahniah buat Sazzy Falak dan Nash di atas kelahiran anak kembar sulung mereka pada 28th April 2011. Nama yang diberi Iman Lilly dan Tiara Rose. Cutenya nama baby dorang. Korang nak baca detail bolehlah korang baca di Gua.com.my


27 April 2011

Keyword Harini


Assalammualaikum.. nampak gayanya mesti bukan aku sorang yang rasa tak puas hati kerana sinetron Kemilau Cinta Karmila telah diubah siaran. Gambarajah di atas menunjukkan keyword yang telah digoogle. Bagi aku walaupun 13, banyaklah tu bagi blog picisan aku ni. Oppss..satu lagi, aku dapat mengekalkan 15 keyword yang dicari di blog aku ni.


26 April 2011

Kemilau Cinta Karmila Diubah Masa Siaran

Assalammualaikum.. setiap Isnin hingga Khamis pukul 11 malam je, aku mesti tengok sinetron Indon Kemilau Cinta Karmila. Dari episod 1 hingga episod 30 aku tak pernah ketinggalan tengok. Malam tadi, tengah tengok Seniman Bujang Lapok, aku klik button info di remote astro, saja nak tengok cerita apa yang best kat tv, bila sampai astro Prima je aku tengok bukan Kemilau Cinta Karmila tapi citer Encantadia (*tak silap aku*). Alamak... frustnya. Dahlah aku menunggu sambungan dari Jumaat lepas.

Jadinya kesimpulan kat sini, aku bengang betul dengan Astro ni. Sukahati dia je nak tukar masa siaran. Bila check balik, rupa-rupanya cerita Karmila tu diganti pukul 4 petang. Dah tentu aku kerja, memang confirm tak dapat tengok. Kang kalau aku complain kat Astro, nak ke dorang layan ye?
25 April 2011

Cinta Melody


Assalammualaikum.. 4hb Mei ni berakhirlah sinetron Kejora dan Bintang di Astro Ria dan pada 05hb Mei diganti pula sinetron Cinta Melody lakonan Chelsea Olivia dan Randy Pangalila. Tayangan sinetron Cinta Melody ni diadakan setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 6.30 petang.

Sinopsis Cinta Melody

Melody adalah gadis yang cantik dan cerdas. Dia bekerja sebagai supervisor di sebuah perusahaan mie instant/makanan ringan. Melody tinggal bersama nenek (Fatima), ibu (Nissa), tante (Hanny), dan dua sepupu (Agung dan Jelita). Hanny dan Nissa adalah dua menantu Fatima yang tinggal bersama, setelah anak-anak Fatima (Fajri dan Fajar) meninggal secara bersamaan karena kecelakaan. Saat kecelakaan itu, hanya mayat Fajri yang ditemukan sementara mayat Fajar tidak. Hal ini menyebabkan Nissa bersikeras kalau suaminya masih hidup. Nissa selalu marah kalau Fatima ingin membuatkan makam untuk Fajar. Nissa marah dengan dalih bahwa tidak masuk akal membuat makam tanpa ada jasad. Sementara itu Hanny sangat membenci Nissa karena ia merasa bahwa suaminya meninggal karena kelalaian Fajar membawa mobil. Hanny menganggap Nissa adalah janda pembunuh.


Suatu hari, Melody bertemu dengan Elang dan tidak sengaja menabraknya. Terjadilah pertengkaran diantara mereka. Elang sebenarnya anak pemilik perusahaan tempat Melody bekerja. Elang dididik orang tuanya (Anggika dan Bharata) untuk bisa mengatur perusahaan mereka, tetapi harus dari level bawah dulu. Dan Bharata menempatkan Elang sebagai asisten Melody. Betapa terkejutnya mereka berdua ketika menyadari mereka harus bekerja bersama. Pertengkaran dan perdebatan pun akhirnya selalu mewarnai pekerjaan mereka.

Saat tak sengaja bertemu dengan Bharata, Melody terpana karena wajah Bharata mirip sekali dengan Fajar, ayahnya, tapi Melody berusaha menepis semua itu. Padahal Bharata sebenarnya adalah Fajar, yang mengalami amnesia setelah ditolong Anggika dari kecelakaan bertahun-tahun yang lalu. Rahasia yang disimpan ini terusik saat tiba-tiba Bharata mempersoalkan tentang masa lalunya. Anggika cemas, apalagi saat dia selidiki, semua ucapan Bharata keluar setelah dia kenal dengan Melody. Anggika mencari tahu tentang Melody dan keluarganya. Anggika terkejut karena Melody adalah anak suaminya. Ia berusaha keras menjauhkan Bharata dari Melody. Bahkan saat Elang makin dekat dengan Melody, Anggika makin keras dan menjodohkan Elang dengan Ajeng. Ajeng yang memang mencintai Elang dan membenci Melody senang atas keputusan Anggika, tapi tidak dengan Elang.


Ancaman demi ancaman keluar dari Anggika agar Elang menjauhi Melody karena kalau tidak, Melody akan sengsara. Elang khawatir sehingga dia pun perlahan menjauhi Melody tapi tidak juga mendekati Ajeng. Elang malah tidak sengaja bertemu dengan Jelita, sepupu Melody. Jelita sendiri jadi menyukai Elang dan ia sering mencari kesempatan untuk jalan berdua.


Bagaimana kisah selanjutnya? Akankah cinta Melody pada Elang akan berakhir bahagia? Akankah Melody tahu kalau Bharata adalah ayah kandungnya? Saksikan semuanya dalam Cinta Melody di Indosiar!


22 April 2011

Setahun telah berlalu

Assalammualaikum... malam tadi sebelum tidur aku dengar lagu Selamat Tinggal yang dinyanyikan oleh DINA dan ZIZAN. Tiba-tiba ingatan aku melayang kisah setahun yang lepas. Kisah yang masih segar dalam ingatanku dan membuatkan hati aku begitu sayu. Nak tu kisah apa, jom baca di SINI



21 April 2011

Let's get Facebook's attention! Pledge to make Malaysia the Facebook Capital of the world!


Did you know that we, Malaysia as a nation, spend the most time on Facebook? We have the highest average friends on Facebook too! Join this movement to make Malaysia the Facebook Capital of the World. Pledge your support and you could win an invite to an exclusive LIVE FB PARTY hosted by DiGi!

Nak tahu selanjutnya tolonglah klik di SINI ye


psst..entri ni aku copy paste je.


15 April 2011

Pemenangnya ialah .....

Assalammualaikum.. dengan rasminya aku nak umumkan pemenang kepada Sape Nak Menang Top Up.

Tempat pertama jatuh kepada empunya diri yang bernombor 19


Tempat kedua pula dimenangi oleh empunya diri yang bernombor 27


Tahniah kepada dua pemenang ni dan hadiah yang dimenangi adalah RM10 topup. Sila tinggalkan no hp masing-masing di entry ini. Jangan risau, no hp anda tidak akan dipublish. Sila lihat no anda di SINI.

p/s: Kepada nanakimie juga, tinggalkan no hp di ruangan komen kerana menang early bird dan mendapat RM5 top up.

Perhatian Kepada Semua Peserta GA

Assalammualaikum... alhamdulillah dengan penyertaan Sape Nak Menang Top Up. Tersangatlah menggalakkan, aku tak sangka hingga saat entri ini ditulis penyertaan yang aku terima adalah 64 orang sedangkan aku langsung tak promotekan Sape Nak Menang Top Up dan masa yang aku anjurkan hanyalah 4 hari sahaja. Aku expect mungkin dalam 20 orang je yang join. Dengan ini aku umumkan penyertaan ditutup sehingga pukul 12 tengahari ni sahaja dan keputusan Sape Nak Menang Top Up akan diumumkan jam 2 petang ni. Terima kasih kat u all. Oh ye..sila check nama masing-masing. Mana yang hantar penyertaan 2 kali, aku hanya terima yang pertama sahaja ye.

Senarai peserta
1. Nanakimie
2. Fadzillah Kamaruddin
3. far_east
4. kak ngah
5. as ♥ Leenda
6. Izan Ishak
7. my shaizhar blog contest
8. Fazz Ibrahim
9. Fieda
10. Siti Nurshahidah Binti Ali
11. haiza aryani ilyas
12. Salmia
13. Nana
14. Cute Mum
15. RynaHakimi
16. cempaka kuning
17. jeeha
18. fadwa daud
19. hqfizulhqkim
20. mariah_smile
21. Joel Leslie
22. mama shifa
23. pzah
24. amy^_^
25. Nina Zee
26. Anamarza
27. budak awam
28. mizzwaniey
29. SyUhAdA
30. aNiM
31. dira
32. zaikulim
33. NOOR FATIN
34. Adyshariz
35. Mama Zharfan
36. ♥ CuteMummy ♥
37. Nida
38. Nadiah
39.cikpuanhady
40. *azni*
41. deqlis
42. Lin Azlina
43. ayuselalu
44. ~~@lyci@~~
45. azleen
46. Mama darwish
47. Nisa'Azman
48. qieranna
49. Cik Wani
50. syufaa
51. MaIzUrA
52. PUTERA2PUTERI
53. anaiha yusof
54. puanbee
55. imanmom
56. Zie
57. Nor Syafiqah
58. hezrina83
59. zuneta
60. sarah
61. QUEENPINK
62. amyeryn
63. segalanya kuterima...
64. Arab
65.mommie yuyu
66. puan nina
67. SoFiaHB







Sape nak Menang Topup


Assalammualaikum.. kan aku pernah cerita aku dah dapat duit Youthsay dalam entri sebelum ni. Dulu pun masa 1st time aku dapat duit nuffnang, aku berkongsi rezeki yang aku dapat dengan cara aku buat contest. Kali ni pun disebabkan duit Youthsays aku yang pertama, aku nak berkongsilah juga tetapi kepada yang bertuah. Kali ni aku nak menganjurkan giveaway lagi. Hadiah yang aku nak beri ialah topup RM10 seorang kepada 2 orang bertuah yang akan dicabut undinya dengan menggunakan khidmat random.org

Syarat-syarat cuma buat entri pasal giveaway ni di blog masing-masing. Step yang lain seperti biasa.

Aku akan tutup giveaway ni pada 15 April 2011. Gud luck buat semua

14 April 2011

Short holidays are fun, but a 7D/6N holiday is going to be awesome!


Ada sesiapa yang nak menang ke trip New Zealand selama 7 hari 6 malam. Kalau nak tau kena klik di SINI.



1st GiveAway by PinkUmmi


Assalammualaikum.. saya nak join giveaway dari PinkUmmi. Comelnya baby yang kedua ni. Tahniah ye Pink Ummi.

Jawapan dari soalan yang diberikan oleh Pink Ummi

Nama anak kedua: Nur Auni Najwa binti Mohd Fadeli
Tarikh dan masa dilahirkan: Pada 05hb April jam 1719 (5.19ptg)
Persamaan: Terlebih due date

Kepada sesiapa yang nak join, boleh klik di SINI dan jangan lupa letak 'JIEDA' sebagai referral. Terima kasih ye... tarikh tutup giveaway ni pada 30 June 2011.

Saya nak tag Lelord, Hana Kirana, Nabila, Fadzillah, Umiliza, Fadwa, Nurwanniey


11 April 2011

Jumlah Undian Yang diperolehi Pemenang ABPBH 2010

Assalammualaikum.. jom aku tunjukkan berapa sebenarnya undian yang diperolehi pemenang ABPBH 2010 yang lalu bermula tempat pertama hingga sepuluh.

Tempat pertama dengan 126,168 undian sudah tentu menjadi milik Shaheizy Sam. Tempat kedua ialah Shahir dengan 66,764 undian, aku ingat Zizan ditempat kedua tetapi Zizan di tempat ketiga dengan undian sebanyak 41,436. Tempat keempat pula Faizal Tahir dengan 12,732 undian. Tempat kelima milik Lisa Surihani mendapat sebanyak 10,592 undian manakala tempat keenam pula ialah Ana Raffali dengan 9,940 undian dan tempat ketujuh ialah Aznil Nawawi dengan 9,544 undian. Tempat kelapan, sembilan dan sepuluh ialah Syamsul Yusof, Fara Fauzana dan Aizat.

Yang tiga tempat ni aku tak tau berapa undian sebab tak dinyatakan. Sumber yang aku dapat ni setelah aku baca Berita Minggu.

08 April 2011

Maharaja Lawak


Assalammualaikum.. jam 10 malam ni di Astro Prima dan Astro Warna Maharaja Lawak minggu kedua akan berlangsung. Hisshhh... tak sabar nak tengok. Peserta yang menjadi pilihan aku mestilah tak lain dan tak bukan adalah Jozan dan Nabil. Minggu lepas je aku tengok ulangannya berkali-kali sampaikan en suami aku sound tak boring ke he3.. sorilah bang, i suka tengok lawak dorang.

Lepas Jozan buat persembahan minggu lepas, agak teruk juga dorang dikritik oleh Mamat Khalid sampaikan Mamat Khalid bagitau dorang buat lawak recycle. Kemudian baru kejap ni aku layan balik Konsert Lawak yang diadakan kat JB. Bila aku comparekan antara kedua baru aku perasan bab telefon tu yang sama. Jom tengok kedua-dua youtube di bawah ni

Konsert Lawak




Maharaja Lawak Minggu Pertama




Apapun.. malam ni wajib tengok Maharaja Lawak ni. Oh ye.. harini last ditayangkan kat Astro Prima, kalau nak tengok untuk minggu seterusnya kenalah melanggan Astro Warna. Nasib baik aku dah langgan awal-awal. Semoga semua peserta melakukan yang lebih best dari minggu lepas.


07 April 2011

Duit Youthsays Dah Ada Dalam Akaun

Assalammualaikum.. harini aku rasa seronok sebab duit dari Youthsays yang aku cashout lebih kurang 3 minggu yang lepas dah ada dalam akaun Maybank aku. Inilah first time aku cash out setelah hampir 2 tahun aku register. Asalnya aku ni tak berapa aktif sangat tapi sejak akhir-akhir ni aku rasa baik aku aktifkan balik. Ditambah pula dengan survey dan kempen yang agak banyak tu yang amountnya meningkat cepat. Terima kasihlah kepada kawan-kawan yang sudi klikkan kempen Youthsays aku tu. Amount yang aku cashout untuk permulaan ni hanyalah RM51. Aku nak tengok dulu samaada Youthsays ni adalah scam atau tidak dan sekarang terbukti Youthsays memang jujur

Pada sesiapa yang nak dapat duit lebih selain dari heartbeat dan ChurpChurp, apa kata korang join juga Youthsays ni. Nak register klik je di SINI. Register Youthsay ni percuma je.



05 April 2011

Gambar Pernikahan Ben Kasyafani dan Marshanda

Assalammualaikum... lambatnya aku baru tahu berita pernikahan antara Ben Kasyafani dan Marshanda ni. Aku tahu pun setelah aku baca Metro pagi tadi.

Setelah 3 tahun menyulam cinta akhirnya Ben Kasyafani dan Marshanda bernikah pada 02 April 2011 di Hotel Sofyan Betawi, Jakarta milik keluarga Marshanda. Jom kita tengok gambar-gambar sekitar pernikahan Ben Kasyafani dan Marshanda.







04 April 2011

Selamat Tinggal (Zizan feat Dina)

Assalammualaikum... semalam lepas Melodi aku baru berkesempatan tengok video klip lagu Selamat Tinggal Kawan nyanyian Zizan feat Dina. Video klip ni okay la juga. Lagipun dah lama cari. Touching betul klip video ni. Jom kita saksikan video klip ni. Best dengar Zizan rap.



Lirik Selamat Tinggal Kawan

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal