Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
30 Mei 2011

Aikk..Minum Teh Pun Boleh Menang Kereta


Korang nak menang kereta tak? Kenalah klik banner tu


26 Mei 2011

Hanya Lukis Potato dan Menang Ipad


Nak tau detail, klik banner di atas.

**thanks pada yang dah klik, kalau nak aku klikkan bagitau ye**


25 Mei 2011

Jom Minum 100 PLUS

Nak tau lanjut sila klik banner di atas

**Tolong klik di bawah ni juga, dah klik bagitau, aku sokong kempen korang pulak**




Episod Terakhir Cinta Melody


Assalammualaikum.. sekarang ni setiap petang aku pasti tak ketinggalan tengok Cinta Melody ni. Addictnya aku pada cerita ni lebih kurang sama masa sinetron Benci Bilang Cinta ditayangkan dulu. Seperti biasa kalau kita tengok cerita apapun ending sesebuah cerita tu mesti kita nakkan happy ending. Kira berbaloi kita tengok setiap episode tetapi berlainan pulak dengan sinetron ni. Aku nak sangat tengok Elang (Randy Pangalila) dan Melody (Chelsea Olivia) bersatu walaupun banyak sangat rintangannya. Endingnya episode ke 36 memang menyedihkan. Aku baru tahu setelah aku tau dari blog Nuriz Space. Bagi peminat sinetron Cinta Melody ni kalau nak tau kesedihan endingnya, korang gi klik kat blog Nuriz Space ni.

Alahaii.. rasanya dah takde mood pulak nak terus tengok cerita ni hu3



23 Mei 2011

Kisah Dongeng | Stacy

Assalammualaikum.. minggu lepas aku selalu dengar lagu ni kat radio opis aku tapi serius aku tak tau sape penyanyi dan tajuk lagunya. Maklumlah aku dengar radio ni cuma kat opis je. Kat rumah memang jarang sangat. Lagipun kat rumah takde radio. Akhirnya aku dapat tau lagu ni rupa-rupanya nyanyian Stacy yang bertajuk Kisah Dongeng. Jom kita layannn....




Kisah Dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela


Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


20 Mei 2011

Berpaling Dari Jannahmu drama best

Assalammualaikum.. malam tadi ada tak sesiapa yang tengok drama Berpaling Dari Jannahmu di astro Prima. Drama lakonan hebat Fauziah Ahmad Daud dan Nasir Bilal Khan ni memang best. Tersentuh aku tengok drama ni terutama ketika Mira lakonan si kecil Mia Sara menyorok dalam rumah kerana takut dimarahi mamanya dan ketika dia dilanggar kereta. Dua perkara yang buat aku meleleh airmata part tu satu sebab aku ada anak sebaya dengan Mira dan kedua keluar pulak lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu nyanyian Uji Rashid.

Kalau korang nak tau jalan ceritanya korang baca je kat SINI. Aku tak reti nak bercerita sangat sebab sekejap-sekejap aku tengok Mantera Anjasmoro. Apapun 23hb ni ada ulangannya kat Astro Prima pukul 7 malam.



19 Mei 2011

Al Fatihah buat empunya blog Telordibasuh


Assalammualaikum.. tadi aku terbaca pasal pemergian empunya blog http://telordibasuh.blogspot.com . Memang serius aku terkejut sangat sebab masa aku rajin blogwalking satu masa dulu Allahyarham rajin juga menyinggah ke blog aku ni. Aku dapat info pun dari SINI. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.


11 Mei 2011

X- Men: First Class


Assalammualaikum.. jika tahun lepas aku sempat menyaksikan filem X Men Origine: Wolverine, untuk tahun ni aku taknak lepaskan peluang menonton X-Men: First Class di pawagam. Aku memang minat giler cerita ni. Aku follow movie ni dari yang pertama lagi. Tapi yang tak bestnya pelakon Hugh Jackman tak berlakon la kali ni. Taknak cerita panjang-panjang la jom baca sinopsisnya atau nak detail korang boleh pergi ke SINI. Movie ni akan ditayangkan di pawagam pada bulan June 2011

Sinopsis:

Set in the era before Professor Charles Xavier and Erik Lehnsherr became mortal enemies as Professor X and Magneto, respectively, director Matthew Vaughn's X-Men: First Class follows the two former allies as they lead a powerful team of mutants on a mission to save the planet from nuclear annihilation. Charles (James McAvoy) and Erik (Michael Fassbender) were just young men when it began to appear as if the world was careening toward destruction. And as the Doomsday Clock ticks faster toward midnight, the time comes to take action. In the process of saving humanity, however, Charles and Erik clash. In the years that followed, Professor X would lead the X-Men in the fight for good, as Magneto and the Brotherhood spread chaos and destruction throughout the land. Kevin Bacon, Caleb Landry Jones, Nicholas Hoult, January Jones, and Lucas Till star in a film directed by Matthew Vaughn and adapted from a story by Bryan Singer.


10 Mei 2011

ChurpChurp

Assalammualaikum.. sekarang ni aku dah berjinak-jinak dengan ChurpChurp selain dari Youthsays dan Ipanelonline. ChurpChurp ni sebenarnya dah lama aku register tapi malas aku nak jalankan. Sekarang ni je dah rajin tupun setelah tengok kat FB masing-masing update status dengan ChurpChurp ni. Di bawah ni adalah pendapatan aku selama 5 hari aku mengaktifkan ChurpChurp aku. Okay kan... he3. Opss.. ni bukan entry menunjuk ye, aku taulah mesti ramai lagi amountnya lebih kencang dari aku. Kalau yang belum ada akaun ChurpChurp tu mehlah register di SINI ye.


Oh ye.. tolong-tolonglah klik Churp-Churp di atas ye.


06 Mei 2011

Email Hampeh

*sila klik untuk lebih tumbesaran*

Assalammualaikum.. korang pernah tak dapat email camni. Kalau sebelum ni aku cuma dapat dari oversea je, kali ni si penghantar email ni dari Malaysia. Biasanya memang la aku tak layan email camni tapi setiap hari asyik masuk je dalam inbox aku. Camne ye nak hentikan dapat email camni?


05 Mei 2011

Tajuk Paper Harini

Assalammualaikum.. pagi tadi buka paper je nampak kisah ''Dibunuh Tunang Cemburu'' dan ''Isteri Dikelar Suami Ditikam''. Beberapa hari yang lepas pun ada kes bunuh. Hisshh.. nak katakan tiap-tiap hari la mesti ada kes ni. Kenapa la sekarang jadi camni ye, di mana sifat perikemanusiaan. Senangnya nak cabut nyawa orang sesukahati. Tak takut ke dengan hukuman dunia dan akhirat.

Ni pengalaman aku pada ahad 2 minggu lepas, aku nak ke shopping komplek baru di Kulai, tiba di Terminal Bas Kulai, nampak polis dan ada juga beberapa orang berkerumun di perhentian bas. Kebetulan traffic light di situ merah, sempat juga aku tengok apa yang berlaku. Polis sedang menggari seseorang, apa kesalahannya tak tau la pulak ye tapi aku nampak polis tu pegang beg plastik kuning.


04 Mei 2011

Siapa Nak Jagung??


Nak tengok apa yang ada?? Klik

Watch: What's happening!? Strange creatures walk the streets of KL


**ini adalah campaign dari YS**


03 Mei 2011

Rita Rudaini dah bersalin


Assalammualaikum.. kalau haritu aku buat entry pasal Sazzy Falak dah selamat bersalin anak kembarnya, kali ni nak tunjukkan Rita Rudaini pula yang dah selamat melahirkan anak yang kedua pada 29hb April lepas. Baby lelaki yang dilahirkan Rita dengan berat 2.75kg ini diberi nama Airit Rafqa Arjuna. Comelnya baby Rita ni. Cerita penuh bolehlah korang cari di OH BULAN