Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
29 Julai 2011

Kekalahan Harimau Malaya | Sedih Sangat

Assalammualaikum.. Salam pagi jumaat diucapkan kepada semua. Hari ni rata-rata kebanyakan blog pasti bercerita mengenai kekalahan Harimau Malaya malam tadi. Aku pun sedih juga tapi pasrah je la. Bukan rezeki Malaysia nak ke pusingan seterusnya tapi yang buat aku geram dan sakit hati sangat tengok pemain Singapore sikit-sikit jatuh.. sikit-sikit jatuh. Aku rasa dorang ni patut jadi pelakon bukannya pemain bola sepak.

Apapun tahniah harus juga diberi kepada Safee Sali yang telah menjaringkan satu gol dan Khairul Fahmi Che Mat yang begitu bagus menjaga pintu gol dari dibolosi oleh Singapura
27 Julai 2011

Setelah lama diperam


Assalammualaikum..
Harini rasa happy sangat sebab baru kejap aku tengok earning nuffnang dah diupdate dan tanpa berfikir panjang lagi aku terus menekan butang cashout. Lama juga aku mengumpul semata-mata nak buat untuk raya yang akan datag ni. Alhamdulillah.. cuma satu je dah lama blog ni tak dapat BE hu3...

Mood: Happy
26 Julai 2011

3 Pemenang Fridge Magnet


Assalammualaikum..
Keputusan pemenang telahpun diumumkan semalam. Sori sangat-sangat sebab aku tertinggal nak umumkan pemenang fridge magnet tu. Entry tu sebenarnya auto publish tapi disebabkan aku bercuti, tu yang tak dapat nak update. Nak tau siapa yang bertuah mendapat fridge magnet tu boleh klik di SINI
25 Julai 2011

Keputusan Pemenang Giveaway FM

Assalammualaikum...
Seperti yang dijanjikan, harini aku ingin mengumumkan pemenang bagi pemenang GIVEAWAY FM. 3 pemenang yang bakal menerima fridge magnet thailand ialah

75
21
45


Tahniah buat 3 pemenang ini.


Dan.. disebabkan penyertaan agak menggalakkan aku ingin menambah 4 hadiah saguhati yang merupakan top up sebanyak RM5 seorang. Pemenang yang dipilih oleh random ialah


** sila cari number korang di sidebar ye :) **

Kepada 3 pemenang fridge magnet sila bagi nama penuh, alamat penghantaran di entri ini. Jangan risau, aku tak akan publishkan alamat.

Kepada 4 pemenang top up RM5, hanya bagi number handphone dan nyatakan samaada korang pakai maxis/digi/celcom juga di entri ini.
21 Julai 2011

Peserta Giveaway

Assalammualaikum..
GIVEAWAY FM pun telah berakhir semalam dengan jayanya. Terima kasih kepada 76 rakan yang sudi menyertai GIVEAWAY FM ni. Sila check penyertaan masing-masing di sidebar saya. Mana nama yang terlepas pandang sila inform di entri ini. Pemenang akan diumumkan pada hari Isnin nanti.

20 Julai 2011

Giveaway FM


Assalammualaikum..
Minggu lepas aku dapat beberapa keping fridge magnet yang dibawa pulang oleh kawan aku sempena lawatannya ke Thailand. So, ada balance 3 keping fridge magnet dan aku bercadang untuk dijadikan hadiah kepada bakal pemenang yang sudi join giveaway aku ni.

Syarat-syarat
1. Buat entry dan linkkan di entry ni
2. Letak banner di atas di sidebar blog masing-masing
3. Tajuk giveaway ''Giveaway FM''
4. Tarikh tutup pada 20 Julai 2011

Hadiah:
3 keping fridge magnet kepada 3 orang pemenang

Jom join beramai-ramai.

Banner telah dibuat oleh pnbee

19 Julai 2011

Need Some Extra Money



Nak duit lebih tak untuk baby cute anda. Hanya jawab 3 soalan dan menangi Hadiah Tunai dan PetPet Diapers. Kepada sesiapa yang terasa nak menang tu boleh klik di SINI.


15 Julai 2011

Daun Saderi (Ulam-Ulaman)

Assalammualaikum.. hari khamis lepas aku terbaca pasal daun-daun yang biasanya dicampurkan ke dalam masakan untuk membangkitkan aroma dan menambahkan lagi kelazatan masakan itu. Jadi aku rasa nak sharelah dengan pembaca sekalian tentang info, fungsi dan kandungan khasiat yang terdapat dalam daun-daun tersebut. Ada 4 jenis daun yang nak aku sharekan. Kita mulakan dengan daun yang pertama daun SADERI @ SUP


Daun saderi juga dikenali daun sup tergolong dalam kategori ulam-ulaman. Justeru, ia lebih sedap dimakan mentah dan sering dijadikan hiasan atau pelengkap hidangan. Rupa bentuk daun saderi seperti daun ketumbar atau hampir sama dengan daun pasli. Di Malaysia, daun sup berfungsi sebagai perangsang selera. Bau daun saderi tidak begitu kuat seperti daun ketumbar tetapi masih mampu membangkitkan aroma sajian apabila ditaburkan di atas makanan itu. Sesetengah berpendapat, daun ini mempunyai rasa yang hampir sama denga daun pasli.

Daun saderi Asia lebih halus, bewarna hijau gelap dan mempunyai rasa lebih kuat berbanding daun saderi dari Barat yang lebih tebal dan bewarna hijau terang dan selalunya dicampurkan ke dalam sup atau kuah sos bagi meningkatkan rasanya. Antara kelebihan daun ini ialah mengandungi kandungan protein yang banyak dan dikatakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Daun saderi juga dipercayai sebagai sumber makanan yang boleh meningkatkan ransangan seksual kerana emngandungi sebatian androstron iaitu sejenis hormon tanpa bau yang biasanya terhasil melalui peluh lelaki. Hormon ini dikatakan mampu membuat wanita terangsang.

Selain itu, saderi juga dapat mengubati keracunan yang berpunca dari jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracunan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia. Kandungan garam galian dalam saderi memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

pssstt... nantikan daun seterusnya


08 Julai 2011

Buy 1 Free 1 Double CheeseBurger


Assalammualaikum.. ada tak di sini penggemar Double Cheese Burger. Start dari 11-13 July McDonalds mengadakan offer Buy 1 Get 1. Aku dah print 4 keping coupon. Kalau korang nak print jom jalan-jalan ke SINI.

Jom kita pegi makan-makan.


Uji Pandu Inspira


Bestnya kalau dapat test drive Inspira ni. Jika ada antara korang yang nak test drive korang pegi ke SINI dan tengok info berkenaan test drive Inspira ni. Hmmm... sekarang Inspira telah menjadi kereta idamanku dan bilalah agaknya aku boleh memiliki Inspira ni.


07 Julai 2011

Sape Nak Menang RM1000


Jomlah kira berapa gelas teh tarik yang ada. Manalah tau untung-untung anda adalah pemenang yang bakal menerima wang tunai RM1,000. Senang je nak join contest ni. Klik SINI untuk mengetahui syarat-syaratnya.