Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
31 Ogos 2011

Produk Catalyst Secara Pakej | Lebih Jimat

Assalammualaikum..
Sekarang ni untuk sesiapa mendapatkan penjimatan dalam membeli produk Catalyst, saya ada menjualnya secara pakej. Lebih murah dan berbaloi. Boleh juga untuk sesiapa yang baru saja nak mencuba produk-produk keluaran Catalyst. Pakej ini sesuai untuk kegunaan sebulan.

PAKEJ 1
1 kotak VCO Softgel/Liquid
1 kotak Collagen
RM95 (Jimat RM4.80)

PAKEJ 2
1 kotak VCO Softgel/Liquid
2 kotak Collagen
RM150 (Jimat RM9.70)

PAKEJ 3
1 kotak VCO Softgel
1 kotak VCO Liquid
2 kotak Collagen
RM160 (terus menggunakan harga agent)

Postage Semenanjung Malaysia RM3
Postage Sabah/Sarawak RM6

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agent boleh tinggalkan komen di entri ini beserta no phone. Saya akan menghubungi anda semula dan untuk pertanyaan lain boleh PM saya di SINI

29 Ogos 2011

Selamat Hari Raya buat semua


Assalammualaikum.. di kesempatan ini saya nak ucapkan buat semua pembaca blog ni Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampun dan maaf dipinta jika selama ini ada salah silap, mana la tau ada yang terguris dengan apa yang dicoretkan di blog ini. Semoga kedatangan Syawal ini akan lebih memberi 1000 keberkatan buat kita semua. Amin .

Selamat Hari Raya buat semua


Assalammualaikum.. di kesempatan ini saya nak ucapkan buat semua pembaca blog ni Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampun dan maaf dipinta jika selama ini ada salah silap, mana la tau ada yang terguris dengan apa yang dicoretkan di blog ini. Semoga kedatangan Syawal ini akan lebih memberi 1000 keberkatan buat kita semua. Amin .

24 Ogos 2011

Sinopsis Filem Hantu Bonceng


Assalammualaikum.. bagi peminat-peminat Zizan Raja Lawak bolehlah saksikan lakonannya dalam filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham yang akan ditayangkan di pawagam pada 31 Ogos ini. Aku dah tengok making of Hantu Bonceng ni dan ceritanya kelakar. Aku rasa yang buat kelakar ni watak Zizan dalam cerita tu dan ditambah pula dengan memek muka Zizan. Irfan dah sibuk ajak pergi tengok wayang raya ni tapi kalau pergi wayang di hari raya ni memang tak pergilah, tunggulah rasanya nak amik pakej Astro First je. Oppss.. banyak pula membebel ye, meh tengok sinopsis cerita ni

Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.

Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran.

Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng




18 Ogos 2011

Cashout Kena Reject

Assalammualaikum.. berpandukan pada tajuk di atas sebenarnya ni cerita semalam. Aku dapat satu email dari pihak nuffnang yang bertajuk ''Cashout Rejected Due to Click Fraud''. First time aku kena camni. Antara isi dalam email tu

After a thorough check from our system, we are able to find sufficient evidence for click fraud activities. Among possible scenarios are;
- clicking on your own CPC ads repeatedly
- getting your visitors to click your CPC ads repeatedly

Nak kata klik iklan sendiri, memang aku ada klik iklan sendiri tapi bila ada iklan baru, masa tu la aku klik. Nak kata repeat banyak kali entahlah ye. Aku selalu gunakan pc yang memang ramai orang akan guna dan ada sesetengah kawan yang tau blog aku ni. Aku pun dah lama meninggalkan alam ko klik aku klik. Amount tu saja aku kumpul dari bulan 1 haritu dan duit tu aku nak gunakan untuk bagi duit raya kat budak-budak.

Semalam aku memang frust giler walaupun amount yang terkumpul tu hanya RM270, tapi aku anggap je la itu bukan rezeki aku dan alhamdulillah dalam kekecewaan Allah masih memberikan rezeki aku dari segi yang lain. So, pengajaran di sini, lepas ni aku kena berhati-hati kalau nak klik iklan sendiri.
17 Ogos 2011

Perkahwinan Nabil dan Zira


Assalammualaikum.. Nabil dan Zira akan disatukan sebagai suami isteri pada 30 September ini. Wahh.. tahniahlah buat Nabil Raja Lawak dan Zira. Semoga rumahtangga yang bakal dibina akan kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat. Yang bestnya Nabil dan Zira nak buat wedding dorang berkonsepkan kartun Wonderland.

“Saya tak sabar nak tunggu hari perkahwinan. Rasanya, sudah sampai masa untuk saya dirikan rumah tangga, lagi pun saya sudah berumur 28 tahun. Tambahan lagi, ada pihak seperti Festival Pengantin yang ingin merealisasikan impian saya. Memang bersyukur sangat,” kata Nabil dalam nada gembira.

Nabil turut menceritakan saat perkenalannya bersama gadis cantik ini yang pernah bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan swasta.

“Pertama kali saya berjumpa dia sekitar 6 tahun lepas melalui kawan baik sendiri. Pendek kata, kawan baik saya tu merupakan abang ipar kepada Zira. Masa tu, dia baru habis SPM, manakala saya masih bekerja sebagai despatch. Ketika itu, dalam hati saya terdetik, “eh cantik gak budak ni”. Masa tu, jumpa gitu-gitu je.

“Kemudian, kami kebetulan bertemu semula pada awal 2011 ketika menghadiri kenduri arwah. Kami bertegur sapa & borak-borak. Mungkin sudah jodoh, tau-tau nak kahwin dah,” jelas Nabil ketawa menceritakan saat perkenalannya bersama gadis impian.

“Saya suka dengan konsep Wonderland kerana suka tengok kartun. Pada saya, biarlah perkahwinan ini dibuat untuk orang yang datang rasa happy & ceria. Saya suka tengok suasana happy, tengok orang tersenyum & enjoy,” kata Nabil mengenai perkahwinan impiannya.

“Jujur kata, saya tak ke arah perkahwinan mewah. Biarlah perkahwinan saya diadakan dalam keadaan serdahana, asalkan orang ramai dapat mendoakan keberkatan perkahwinan kami. Niat saya tak nak membazir, atau nak gah depan orang ramai dengan pakaian bernilai jutaan ringgit.

“Kalau boleh, biarlah para jemputan datang ke majlis saya kerana nak raikan perkahwinan kami. Bukannya nak tengok baju, nak tengok kasut. Perkahwinan kami dirancang mengikut kemampuan saya, andai kata ada yang terlebih, itu datangnya daripada pertolongan ramai pihak seperti Festival Pengantin. Saya percaya, perkahwinan yang berpanjangan datangnya daripada keberkatan doa orang ramai,” jelas Nabil dengan nada rendah diri.

Info ni saya kreditkan buat OH BULAN

psstt... sama cantik sama padan Nabil dan Zira







Izzaty Hedry Nak Bagi Kad Raya ! Sapa Cepat Dia Dapat


Assalammualaikum.. bestnya kalau dapat kad raya. Boleh mengimbas kenangan dulu masa sekolah. Kali ni nak jugalah dapat kad raya dari Izzaty Hedry. Kepada sesiapa yang nak join juga boleh klik banner tu. Tarikh akhirnya pada 22 Ogos 2011 ni.


15 Ogos 2011

Contest Wonderwoman And Baby


Assalammualaikum..
Harini aku nak tolong promotekan contest dari blogger kenalan aku iaitu wonderwoman. Sekarang ni wonderwoman aka ziana sedang mengadakan contest WonderWoman and Baby. So, kepada yang suka sangat join contest ni bolehlah dapat info lanjut dari blog wonderwoman sendiri.

Jika korang dah siap buat entry jangan pula letak link korang kat entry aku ni ye. Aku cuma tolong promote je. Buat Wonderwoman, gud luck dengan contest ini.

Info lanjut di sini
http://wonderwomanituaku.blogspot.com/2011/08/contest-wonderwoman-baby.html

05 Ogos 2011

Roh Di Bulan Ramadhan

Assalammualaikum..
Di sini aku nak sharekan info yang sangat berguna dibuat renungan. Aku copy article ni dari facebook anak saudaraku.

''Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz. Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup. Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus i a semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam kebaikan.''

2 Kali Aku Terlepas Rezeki


Assalammualaikum..
Tiba-tiba mood sedih pulak. Yang buat aku sedih sebab aku dah terlepas 2 kali kemenangan giveaway yang aku join. Sekali pada bulan lepas ketika aku memenangi referral terbanyak di blog Pink Ummi dan yang kedua ni di blog Akiratoriza. Mula-mula nak claim tapi disebabkan cabutan baru telah dibuat maknanya aku anggap je la tiada rezeki. So.. korang yang rajin join giveaway atau contest tu rajin-rajinlah check blog yang dah umukan pemenang agar rezeki korang tak terlepas

Mula-mula Khairul Fahmi kini Ally Iskandar pula

Assalammualaikum..

Tengok tajuk je mesti ramai yang dapat agak apa cerita mereka berdua ni. Beberapa hari lalu di kebanyakan blog hebat betul cerita berkenaan Khairul Fahmi dan Elia memutuskan pertunangan mereka. Bila aku baca suratkhabar metro pagi ni pengacara Ally Iskandar dan Aishah pula memutuskan pertunangan mereka dengan alasan tiada keserasian.

Bagi aku, jika tiada keserasian tu memang patutlah pertunangan tu diputuskan. Bukannya bermakna aku sokong tindakan putus tunang ini tapi jika dah kahwin, baru sedar tiada keserasian dan akhirnya bercerai bukankah iu menzalimi pasangan masing-masing. Ini pendapat aku je. Semoga ada hikmah yang terjadi di sebalik kejadian yang berlaku. Info Ally Iskandar putus tunang korang boleh baca di Oh Bulan
03 Ogos 2011

Eksklusif: Golden Churn ada DNA babi

Assalammualaikum..
Info ni aku dapat masa aku tengok kat wall facebook member opis aku. So, kepada pembuat kek dan biskut berhati-hati daam pemilihan butter untuk membaking. Hisshh.. sekarang ni macam-macam. Kalau tahun lepas pasal minyak sapi ada DNA Babi, kali ni butter pula. Nak baca info lanjut? Cepat-cepat klik di SINI
02 Ogos 2011

Salam Ramadhan


Assalammualaikum.. setelah beberapa hari bercuti barulah hari ni berkesempatan nak tengok blog ni. Jadinya di kesempatan ini walaupun terlewat sehari, aku nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua followers dan juga kepada sesiapa yang sudi singgah di blog aku ini. Semoga Ramadhan pada tahun ini akan menjadi yang terbaik dari tahun sebelum-sebelumnya.