Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
22 Disember 2011

Gemersik Kalbu Menggantikan Tentang Dhia


Assalmmualaikum.. ada tak sape-sape yang follow drama Tentang Dhia. Best kan.. geram betul tengok watak Liza Abdullah sebagai Ku Salmi mummy kepada Zikir lakonan AdyPutra. Tak sabar nak tunggu camner la endingnya nanti.

Okay.. lepas berakhirnya Tentang Dhia akan bersambung pula drama Gemersik Kalbu yang dilakonkan oleh Aqasha, Ayu Raudah, Fazreen Rafi, Anzalna, Dian P.Ramlee, Rahim Jalani dan Khatijah Tan. Drama Gemersik Kalbu ni diadaptasikan dari novel karya novelis terkenal Anis Ayuni.

Kepada penonton setia slot Akasia, jangan lupa mengikuti kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.


Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.


Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati?


Drama ini akan menggantikan Tentang Dhia bermula 02 Januari 2012 di slot Akasia jam 7.00 malam dari Isnin hingga Khamis di TV3.
03 Disember 2011

Tips Kecantikan dengan VCO Pure Oil Catalyst


Assalammualaikum.. di sini aku nak berkongsi sedikit tips kecantikan dengan semua pembaca yang membaca entry ini.

''Tips agar kulit berseri-seri di saat anda bangan tidur keesokan pagi:''

Cuci muka seperti biasa dan sapukan toner yang bersesuaian. Selepas toner kering, titiskan VCO Pure Oil pada tapak tangan, gosok-gosok dan sapu rata pada seluruh wajah termasuk bibir dan leher. Kemudian sapulah krim malam jika ada. InsyaAllah anda akan bangun dengan wajah yang lembut dan lembap.

Bagus untuk diamalkan setiap malam. Jangan lupa untuk mencuba.

Harga untuk VCO Pure Oil hanya RM39.90. Promosi untuk bulan ini hanya RM38 free postage. Berminat? boleh mesej saya di number 0127371376