Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

02 Julai 2009

Kisah Si Pencari Kayu

Sekadar menghilangkan kebosanan di petang hari

Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal di pinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata

Suatu hari, ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai. Si pencari kayu berasa sedih kerana satu satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu.

Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari pari dan bertanya pada si pencari kayu, "Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?". Si pencari kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku.

Pari pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas. "Adakah ini kapak milik tuan hamba?", tanya pari pari. "Bukan... . ", jawab si pencari kayu ringkas.

Pari pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak. "Yang ini tuan hamba punya?" tanya pari pari lagi. "Bukan yang ini", jawab si pencari kayu. Sekali lagi pari pari turun kedalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa. "Err. . mungkin yang ini?", duga pari pari. "Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini", jawab sipencari kayu jujur. Akhirnya pari pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu. "Ya, inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi".

Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu, maka pari pari memberi kesemua ke empat empat kapak kepada si penc! ari kayu. Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali.

Selang beberapa tahun, si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan.. Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam sungai tidak timbul timbul.

Maka meratap menangis si pencari kayu atas kehilangan isteri tercinta.Pari- pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa si pencari kayu. Dengan nada sedih beliau berkata, "Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul timbul. . .

" Dengan segera pari pari turun ke dalam sungai kembali bersama samanya Siti Nurhaliza. "Ini isteri tuan hamba?", tanya pari pari menduga.

"Yes. . yes", jawab si pencari kayu. Pari pari begitu marah, "Penipu, pembohonggg. . . . ,nah terima laa. . .",

Belum sempat pari pari habis menyumpah, si pencari kayu berkata, "Maafkan hamba! Bukan niat hamba berbuat demikian. Ini hanya salah faham.

Jikalau hamba berkata "TIDAK", tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu Waheeda.

Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata "YA", tentu tuan hamba akan memberi ke empat empat mereka. Mana hamba larat, hamba ni hanya si pencari kayu sahaja...

Tuan Punya Kereta Yang Hampeh

Pagi tadi aku keluar lambat untuk gi kerja. Ni semua kerana melayan kerenah Balqis yang nak tengok kartun feberet dia dan taknak pegi nursery. Bila semua urusan dah selesai, aku drive pada kelajuan yang luarbiasa sikit maklum la dah terlewat. Aku ikut lane kanan. Masa aku lalu depan stesen minyak ada sebuah kereta volvo terus keluar dari simpang dan terus masuk lane aku. Nasib baik aku sempat brek. Apa la salahnya dia bersabar sikit lagipun belakang aku tu memang takde kereta lain pun. Kebetulan pulak hon kereta aku tak berbunyi. Kalau tak memang aku hadiahkan bunyi hon yang panjang la kat orang yang hampeh tu.

Menu Malam Tadi

Disebabkan semalam aku malas nak masak, aku singgah pasar malam lalu beli la makanan feberet aku iaitu nasi kerabu. Nasi kerabu yang aku beli tu cuma RM3 je. Isi kandungannya nasi yang bewarna biru, telur masin sebelah, ulam-ulaman, daging bakar dan yang membuat penambah selera adalah budu dan sambalnya. Hmmm...sedapnya. Airnya pula aku minum ice blended mocha yang aku blend sendiri hehehe. Okay la...untuk makan malam aku. Oppsss...lagi dua menu yang aku beli rojak petis dan tongkeng percik. Tapi sayangnya aku tak dapat nak upload gambar kat sini sebab gambarnya blur la huhuhu....
01 Julai 2009

Sanggup ke?

Nape la muka katak ni garang sangat

Nampak sekali imbas cam katak panggang je

Seandainya korang gi jalan-jalan dan ternampak ada orang jual beg camni...sanggup tak korang beli dan galas kat bahu hehehe

The Biggest Loser









































The biggest Loser ni adalah salah satu rancangan realiti yang aku suka dan jarang miss tengok setiap petang kat tv Hallmark channel 702 dari kul 7mlm sampai 8mlm. Dorang ni tak payah susah-susah nak makan pil kurus ke, nak telan ubat periuk ke, hanya dengan senaman dan penjagaan pemakanan je. Rancangan ni ada tempohnya untuk ke final. Di final nanti baru la tau sape yang akan jadi THE BIGGEST LOSER. Kalau tak silap aku dalam masa 3 atau 4 bulan dorang kena bersungguh-sungguh dalam menurunkan berat badan. Hisshhh...kagum betul la. Agaknya kalau aku betul-betul buat cam dorang buat mungkin aku pun boleh jadi macam dorang. Yang pentingnya kena kuatkan semangat je hehehe

Gambar yang aku dapat ni, dari rancangan The Biggest Loser tapi aku tak ingatla season berapa. Takpe la...tak penting pun. Yang best tengok semangat dorang dalam menurunkan berat badan.