Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

30 April 2010

Tag Dari Hani Pula...

Salam semua..ini adalah entri terakhir aku untuk bulan April. Esok dah masuk 1 Mei..sekejapnya masa berlalu.

Tag kali ni datangnya dari Fadzihani. Thanks hani. Beserta dengan tag ni..hani sertakan sekali award. Isshhh...rasa cam artis pula hehehe...



Jom kita tengok apa soalan yang perlu aku jawab.

1. 3 nama samaran kamu..?
i) ayong - maklumlah kakak sulung
ii) jieda - nama samaran di alam maya je
iii) zida - ni nama di alam realiti

2. 5 tarikh penting dalam hidup anda.?
i) 01 January
ii) 12 March
iii) 31 August
iv) 16 October
v) 29 December

3. 5 perkara yg anda buat semalam..?
i) pergi keja macam biasa
ii) pegi bank
iii) makan
iv) bawa balqis pegi klinik
v) ngadap depan internet

4. 5 perkara yang buat anda gembira..?
i) ketika digelar isteri
ii) ketika dapat anak
iii) dapat beli rumah sendiri
iv) dapat kerja di tempat sekarang
v) ketika disurprise pada harijadi

5. 5 drama kegemaran anda..?
*drama yg tengah follow skang ni.*
i) asmaradana
ii) adamaya
iii) penunggu gunung raya
iv) aliff firdaus
v) bujang sepah lalitamplom

6. 5 hobi kamu..?
i) baca novel
ii) buat crosstitch
iii) menonton tv
iv) layan internet
v) masak sesuatu yg baru

7. 5 tempat percutian idaman anda..?
i) cameron highland (yg paling sgt nak pegi)
ii) pulau sibu
iii) pulau langkawi
iv) -
v) -

8. 5 sebab kamu jawab soalan ni..?
i) kerana telah dipilih untuk selesaikan tag ini
ii) takde idea untuk entry baru
iii) -
iv) -
v) -

9. lihat siapa lak yg nk kena TAG...ni...
*taknak tag sesiapapun sebab award ni aku yang punya hehehe....*
28 April 2010

Tag Dari Mimi

Salam pagi semua.. kali ni entry aku berkenaan tag yang diberi oleh mimi. Thanks mimi sudi meng'tag' saya. Itu bermakna mimi ingat kat saya hehehe... walaupun tag ini aku dah buat tapi demi menghormati mimi yang sudi tag aku, aku buat juga la. Kali ni gambar yang diselongkar dari folder 'FAMILY'.

1. Pergi kat foto file lp atau com anda, pilih gambar yang ke lapan..
2. Ambil gambar tersebut untuk dipost
3. Cerita sikit tentang gambar tersebut
4. Tag 8 orang

Gambar yang terpilih ialah.....



Di dalam gambar ini ialah arwah mak dan abah serta dua orang anak kesayangan aku Irfan dan Balqis. Gambar ni di ambil ketika kami sekeluarga berkelah ke Pengkalan Balak di Melaka pada tahun 2008. Masa ni ahli keluarga aku yang lain semua dah terjun ke laut. Irfan ni memang penakut nak main air laut lepas kejadian tsunami dulu sebab tu dalam gambar ni baju dia kering. Bila ditanya, dia akan kata dia takut tsunami hehehe... berbanding adiknya, sampai taknak keluar dari air laut.

Rasanya dah ramai yang pernah jawab tag ni. So, aku offer kepada sesiapa yang belum buat tag ni, silalah buat dengan rela hati. Tanpa paksaan hehehe....

26 April 2010

Kraft Singles

Malam semalam aku berkesempatan tengok rancangan Kraft Singles di tv9.Aku tak ingat apa tajuk rancangan tu tapi rancangan tu berkenaan pertandingan masak dengan menggunakan cheese Kraft Singles sebagai bahan utama. Pengacaranya pula ialah Syarifah Syahirah. Maklumlah tengok pun dah separuh jalan. Best juga tengok. Korang pernah tengok tak iklan Kraft Singles ni. Alaa.. yang si ibu buat roti bakar dilapisi cheese tu. Mengancam betul iklan tu kan. Buat orang terliur je.



Kesimpulannya, aku nak share dengan korang resepi-resepi yang terdapat di lawan web Kraft Singles ni. Nampak mudah disediakan dan yang penting mestilah berkhasiat. Pada yang suka makan cheese tu bolehlah korang klik KRAFT SINGLES ni. Pada yang tak minat cheese ni pun boleh gak masuk website ni, mana la tau nak sediakan untuk anak-anak ke, keluarga ke dan sape-sape je la yang korang nak. Lagipun resepi ni ada untuk breakfast, dinner, lunch dan snack. Korang pilih je yang mana suka.

Haa..satu lagi sekarang ni KRAFT SINGLES ada menawarkan contest. Nak tau lebih lanjut, silalah masuk ke laman web KRAFT SINGLES.

Sekian, terima kasih.

Earning untuk Iklan Poject Alpha

Salam pagi isnin kepada semua... pagi isnin ni macam biasa on komputer pastu mesti tengok earning nuffnang sepanjang minggu lepas. Korang yang ada nuffnang pun akan buat perkara yang sama kan... Bila aku tengok pagi ini agak memeranjatkan juga sebab earning untuk PROJECT ALPHA RM2.25. Itu adalah antara nilai tertinggi yang aku dapat buat masa ni. Biasanya earning cuma RM0.25, RM0.50 atau RM0.75. Paling tinggi pun pernah dapat RM1.50. So, rasa best jugak la dan yang pentingnya aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang klik iklan-iklan aku tu. Apapun.. korang memang best.


24 April 2010

Chempaka's Giveaway

Kali ni giveaway yang aku join datangnya dari Chempaqa Lavender Cottage. Giveaway ni aku dapat tau bila aku berblogwalking ke blog AZILAS. Nak tau lebih lanjut pasal giveaway ni, sila klik di SINI

Kategori ENGLISH LAVENDER


Kategori CEMPAKA-ANTIK

Inilah hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang dan pilihan aku adalah kategori CEMPAKA - ANTIK. Sesiapa yang nak join tu cepatlah join kerana tarikh tutup adalah pada 25hb April 2010.