Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

10 Jun 2010

Benci Bilang Cinta


Salam semua..aku rasa ramai yang tau pasal citer ni yang sedang ditayangkan di astro Ria setiap hari Selasa hingga Jumaat bermula 6.30ptg. Sape suka sila angkat jari hehehe...

Ini adalah sinetron indonesia yang ketiga aku tengok full episode. Jika sebelum ni aku bermula dengan sinetron Intan kemudian Air Mata Cinta dan sekarang Benci Bilang Cinta. Asal aku tertengok sinetron ni adalah kerana lepasnya habis ADAMAYA yang best tu dan disambung pula dengan SYAH JIHAN tapi malangnya drama Syah Jihan takde tarikan la seperti mana aku tengok ADAMAYA. Pastu tukar channel nampak citer indon ni. Dalam hati aku dah merungut sebab asyik-asyik citer indon je tapi dalam masa yang sama aku tengok jugak. Bila concentrate..best jugak citer ni. Sejak episode ke 3 sampailah sekarang aku follow sinetron Benci Bilang Cinta. Sekarang ni pun aku dah habis tengok citer tu. Kat mana aku tengok? Mestilah tengok kat YOUTUBE. Walaupun tak berapa jelas gambarnya dan tak berapa faham sebab takde subtittle tapi aku layan je.

Antara tarikan yang terdapat dalam citer ni sebabnya pelakon utama lelaki dan pompuannya sesuai sangat. Suka tengok lakonan Baim Wong yang hensem dan Marshanda yang cantik. Khabarnya dorang berdua ni pernah bercinta satu masa dahulu tapi sebab takde jodoh akhirnya terputus di tengah jalan.

Okay..taknak citer panjang pasal citer ni nanti tak best pulak. Apapun di akhir sinetron ni adalah happy ending. Meh layan Benci Bilang Cinta Ep1 kat YOUTUBE ni. Kalau nak tengok lagi silalah ke YOUTUBE.

notajariruncing: pada sape yang minat ngan pelakon utama ni,ada lagi satu sinetron gandingan bersama yang tak kurang hebatnya akan aku tunjukkan di entri yang akan datang.Tungguuuu....





09 Jun 2010

Buffered Lagi

Salam semua... alhamdulillah, sekarang ni buffered aku dah makin bertambah. Ini adalah buffered kedua untuk iklan baru. Jika sebelum ini iklan Coffee Mate keseorangan kini iklan Maxis Blackberry telah menemaninya. Masa hari pertama untuk kedua-dua iklan ni aku agak terkejut kenapa iklan ni asyik muncul je. Seolah-olah telah dipaku kat blog aku. Aku agak mungkin buffered tapi tak terlalu mengharap. Bila keesokan harinya, aku tengok kat earning nuffnang rupanya betul iklan tu adalah buffered. Seronok sangat sebab dalam masa 5 bulan lebih aku mendaftar dengan nuffnang aku dah dapat 17 buffered termasuk tiga yang masih running ni. Satu pencapaian yang agak baik untuk diri aku sendiri.


Iklan tengah running


Korang janganlah gelak tengok amount tu ye. Malu ai.

Satu lagi..bintang dah penuh ni. Kalau ada sesape tau apa keistimewaan kalau bintang ni dah penuh silalah kongsi dengan aku ye.

07 Jun 2010

Wanita Sihir Telah Kembali


Salam kepada semua... takut tak ngan tajuk tu hehehe..pagi tadi masa belek-belek suratkhabar nampak pula filem baru yang akan ditayangkan kat pawagam. Filem kali ni yang menarik minat aku ialah Nanny McPhee 2. Nanny Mc Phee yang pertama dulu, aku tengok berulang kali tanpa jemu. Memang best. Lagipun aku memang suka citer yang ala-ala fantasi ni. Tarikh mula tayangannya pada 10hb June ni. Wahh.. wajib tengok ni hehehe... Nanny McPhee ni dilakonkan oleh Emma Thompson. Kalau korang nak tengok muka si Emma ni, korang google je. Pasti jumpa. Meh kita baca sinopsis yang serba ringkas ni.

''Kali ni watak Nanny, wanita penuh ilmu sihir dan kelebihan ajaib, kembali untuk membantu wanita muda, Mrs Isabel Green lakonan Maggie Gyllenhaal yang ingin mengusahakan sebuah ladang. Mrs Green yang mempunyai anak terpaksa hidup sendirian selepas suaminya berjuang di medan perang. Hasrat Nanny untuk membantu ibu muda itu bagaimanapun sedikit terbantut selepas melihat anaknya yang tidak sebulu dengan dua sepupu mereka dari bandar yang berlagak dan sering mendatangkan masalah.

Versi terbaru filem yang turut dibintangi pelakon hebat seperti Ralph Fiennes dan Ewan McGregor ini bakal menyaksikan aksi Nanny mengajar Mrs Green dengan lima lagi ilmu terbaru untuk berjaya melaksanakan ladangnya. '' *sumber dari metro ahad*

Kepada sesiapa yang suka filem ala-ala fantasi ni, mehlah kita gi wayang ramai-ramai.
04 Jun 2010

Hadiah dari R4T

Salam petang, hari selasa lepas parcel hadiah yang aku aku dapat kerana menjadi follower yang ke 100 di blog R4T telahpun sampai. Hadiah yang aku dapat ialah beg kecik yang comel. Terima kasih banyak-banyak R4T ye. Lepas ni buatlah giveaway. Boleh saya join hehehe.. Tengok je la gambar di bawah ni





pssttt nisa, nasib baik pilihan beg tu dah betul cuma kertas tu je yang salah, tapi takpe la... yang penting best sangat sebab dah dapat beg kecik tu.
03 Jun 2010

Giveaway Painting Da Rainbow


Salam.. entri permulaan aku di bulan Jun ni adalah join giveaway yang dianjurkan oleh Nini dari http://sparklemaneh.blogspot.com. Sape yang nak join tu meh klik di SINI kerana semua syarat-syarat penyertaan ada di sana. Tarikh tutup giveaway ni pada 30th June 2010.