Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

31 Disember 2010

Contest Teka Amount



Salam kepada semua yang menyinggah di blog ini. Sebelum ni baca blog kak ngah citer pasal duit nuffnang telah dicashoutkan pastu cikmin pula ajak teka amount nuffnang yang telah dicashoutkan juga. Aku dah berniat nak buat giveaway bulan ni tapi tak tau nak buat camner so, lepas tengok blog dorang berdua terus terlintas aku buat contest ni. Ini adalah contest kedua yang aku anjurkan selepas aku suruh buat perkataan dari huruf.


Pada 29hb Disember ni dengan rasminya genap setahun blog ini bersama nuffnang dan dengan ini aku nak menganjurkan Contest Teka Amount sepanjang setahun aku bersama nuffnang. Tarikh akhir aku cashout adalah pada 31 May 2010. Setiap contest mesti ada syarat-syaratnya kan...

1. Buat satu entry yang simple berkenaan contest ini dan nyatakan amount dalam entri korang serta linkkan ke blog ini.
2. Letak banner di atas di dalam entri dan di sidebar blog korang.
3. Masukkan URL blog ini ke dalam bloglist korang.
4. Dah siap semua, sila tinggalkan URL entry korang kat kotak komen di entri ini.

5. Tarikh tutup pada 31 Disember 2010 *kerana aku akan cashout dan pada tarikh itulah amount sebenar akan dipaparkan*

Kalau ada yang kurang faham caranya begini, berdasarkan pada gambarajah di atas aku dah cashout sebanyak 4 kali dan pada 31 Disember ni aku akan cashout buat kali yang kelima di mana aku sendiri tak tau berapa amount yang aku akan dapat. So, korang kena teka KESEMUA AMOUNT start dari cashout yang pertama hingga cashout yang kelima. Tambah lagi untuk clue amount kesemuanya setakat RM000.00.

Pengumuman akan dibuat selewat-lewatnya seminggu selepas tarikh ditutup.

*Selamat Meneka*
28 Disember 2010

Astro dah kena tax?


Salam.. tadi aku saja la ke laman web astro sebab aku nak tengok senarai peserta Raja Lawak musim kelima. Tetiba aku nampak Government Service Tax kat homepage Astro tu. Bila aku baca start 01 January 2011 ni semua stesen tv berbayar akan dikenakan tax 6%. Banyak gak tu. Hmmm.. walaupun aku kena tambah RM3++ sebulan tapi kalau dikumpul 12 bulan dah boleh bayar separuh bil astro.

Kalau korang nak baca lebih lanjut pasal tax astro ni korang kliklah di astro.com.my
25 Disember 2010

Kata Kunci


Salam semua.. wahhh.. dah lama gila tak update blog. Dah hampir seminggu lamanya. Disebabkan takde cerita menarik yang nak aku ceritakan di sini, aku cuma nak tunjukkan kata kekunci untuk blog ni yang aku perolehi dari analitik nuffnang. Nampaknya sinetron Bukan Diriku telah menjadi kata kekunci yang paling top. Best..best.. tak sia-sia aku buat entry sinetron Bukan Diriku ni.

Oh ye.. peminat sinetron dah tengok citer ni. Best kan.. sedih juga. Aku tak sabar nak tunggu ending cerita ni. Nak tau apa kesudahannya. Okay.. ni je entri aku untuk hari sabtu ni.
17 Disember 2010

Hadiah buat Pemenang Contest Teka Amount

Salam.. sebelum contest tu dimulakan, aku belum terpikir nak bagi hadiah apa kepada pemenang CONTEST TEKA AMOUNT tapi kini setelah aku register kat HEARTBEAT, aku nak hadiahkan sebuah mug kepada pemenang yang dapat meneka amount dengan tepat atau hampir tepat.




Harini dah 17hb, peserta CONTEST TEKA AMOUNT adalah seramai 25 orang. Kira okaylah tu, at least ada juga yang nak join contest aku ni. Terima kasih kepada semua. Kepada sesiapa yang nak join lagi penyertaan masih dibuka sehingga 31 Disember ini.
14 Disember 2010

Font Blog Telah Bertukar

Salam.. pada sape yang alert blog aku ni mesti dapat rasakan perubahan yang aku lakukan pada blog ni. Sebenarnya aku dah boring dengan font yang ada kat blog aku ni. Font sebelum ni cam skema je. Aku nak jenis yang ceria maklumlah aku ni kan ceria orangnya ha3. Sekarang ni nak tukar citarasa la pulak.

Sebelum ni aku search kat google cari tutorial penukaran font di entri tapi susah juga nak cari. Satu lagi aku tak berapa nak faham. Maklumlah aku ni bukannya terror sangat pasal coding-coding ni. Oleh itu, malam tadi aku menggodeh template aku ni sendiri dan akhirnya aku berjaya. Ohh.. seronok dan puas hati. Lepas ni dah boleh main tukar-tukar font. Ada yang nak tukar juga ke? Kalau ada aku boleh sharekan.