Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

14 Februari 2011

Kemenangan Giveaway di bulan Februari

Assalammualaikum.. selama ni aku tak pernah nak buat entry mengenai kemenangan aku sepanjang aku melibatkan diri dalam contest, giveaway dan juga lucky draw. Untuk kemenangan pertama di bulan Februari ni dimulakan dengan kemenangan dari blog Syok2u ni. Aku dapat meneka dengan tepat dan hadiah yang aku menangi ialah top up RM10.


Seterusnya kemenangan kedua di blog Keyna Chan. Aku memenangi tempat ke 3 dengan undian secara random dan tahniah juga buat Bambam dan Syera Haifa.


Yang ketiga pula kemenangan setelah aku menyertai GIVEAWAY TEPUNG DAN KEK dari blog Mama Mirza. Aku memenangi tempat kedua hasil cabutan bertuah dari si comel Harraz.



Alhamdulillah.. inilah rezeki aku. Harap-harap lepas ni rezeki masih menyebelahi aku. Amin....


Ehh..apa ni.Nak tau? Kenalah Klik ye.
10 Februari 2011

Template Baru

Assalammualaikum.. perasaan tak sekarang ni aku dah gunakan template baru dan masih lagi mengekalkan warna biru. Cuma sekarang ni kat post entry nampak agak berterabur dengan gambar-gambar yang tak sekata. Dah puas aku adjust nak bagi gambar-gambar tu berada di tengah-tengah tapi tak menjadi-jadi hu3. Ada sesiapa yang tau tak? Boleh tolong sikit.


Ehh..apa ni.Nak tau? Kenalah Klik ye.
07 Februari 2011

Senang Dan Menang With Puteri Katek


Saya tau giveaway ni dari blog http://ilovecontestblog.com

Salam.. jom ramai-ramai memeriahkan Senang Dan Menang With Puteri Katak. Kepada sesiapa yang nak join sila klik di SINI dan jangan lupa korang tau contest ni dari JIEDA ye. Tarikh tutup contest ni pada 14 Februari 2011.

Resepi yang nak share di sini ialah Kerabu Sotong.



Bahan-bahannya
500 gram sotong ...buangkan kulit dan hiris kasar
3 S/b Apple Cider Veniger atau air limau nipis/kasturi *aku guna limau nipis*
2 sudu teh kicap cair atau sos ikan *aku guna kicap cair*
1 sudu teh gula pasir

Bahan hiris/mayang
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
3 biji cili merah
5 ulas bawang merah
3 biji buah tomato
1 biji mangga muda

Cara membuatnya
1. Rebuskan sotong dengan sikit air. Toskan.
2. Gaulkan semua bahan dan hidangkan.

Haaa...senang je kan. Selamat mencuba.


Nak tag kepada sesiapa yang masuk ke blog ni

Ehh..apa ni.Nak tau? Kenalah Klik ye.

Hantu Kak Limah Balik Rumah


Salam.. lamanya tak ngadap blog. Maklumlah kat rumah dah takde line internet lagi hu3. Cuti raya cina 4 hari tu pun aku tak ke mana-mana. Hanya duduk rumah tengok tv, makan, tidur. Tengah tengok tv ada pulak promo Hantu Kak Limah Balik Rumah kat Astro First. Aku tengok 15 minit pertama pastu aku terus sms untuk melanggan. Tak rugi aku habiskan RM15 tu untuk 48jam. Cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah tu memang kelakar habislah. Anak-anak aku pun enjoy dan bergelak sakan dorang tengok walaupun berulang-ulang. Aku bagi 5 bintang untuk filem ni.

Jom kita tengok serba sikit sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Jom saksikan Hantu Kak Limah Balik Rumah di Astro First.



Ehh..apa ni.Nak tau? Kenalah Klik ye.
01 Februari 2011

Contest Nama Baby Saya


Contest yang aku nak join nampaknya menarik. Kepada sesiapa yang nak join sila klik di SINI dan tarikh tutup giveaway pada 01 Mac 2011.

Nama Anak-Anakku

1. Ahmad Irfan Fitri
Ahmad bermaksud Yang Terpuji
Irfan bermaksud Bijaksana
Fitri bermaksud Semulajadi

Nama ni diberi oleh aku kerana masa aku tengok nama-nama di dalam buku, aku berkenankan nama Irfan manakala Fitri diberi kerana aku bersalin masih di dalam bulan Syawal. Ahmad tu asalnya aku nak beri Muhammad tetapi disebabkan en suami namanya bermula dari Ahmad lalu aku menukarkan Muhammad ke Ahmad.

2. Nurdania Zulaikha
Nur bermaksud Cahaya
Dania bermaksud Hampir
Zulaikha adalah nama isteri kepada Nabi Allah Yusof

Nama ni pun aku yang pilih.

3. Nurlyana Balqis
Nur bermaksud Cahaya
Lyana bermaksud Kelembutan
Balqis adalah nama isteri kepada Nabi Allah Sulaiman

Haa.. yang ini en suami aku yang pilih. Dia berkenankan nama Lyana. Disebabkan nama anak yang kedua ada Nur maka aku pun tambah Nur dan nama Balqis tu pun aku yang tambah kerana aku nak letak nama isteri Nabi di penghujung nama anak perempuan aku. Nama ni dipilih kerana aku nakkan anak perempuan aku penuh dengan sifat kelembutan dan secantik Puteri Balqis.






Ehh..apa ni.Nak tau? Kenalah Klik ye.