Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

15 Julai 2011

Daun Saderi (Ulam-Ulaman)

Assalammualaikum.. hari khamis lepas aku terbaca pasal daun-daun yang biasanya dicampurkan ke dalam masakan untuk membangkitkan aroma dan menambahkan lagi kelazatan masakan itu. Jadi aku rasa nak sharelah dengan pembaca sekalian tentang info, fungsi dan kandungan khasiat yang terdapat dalam daun-daun tersebut. Ada 4 jenis daun yang nak aku sharekan. Kita mulakan dengan daun yang pertama daun SADERI @ SUP


Daun saderi juga dikenali daun sup tergolong dalam kategori ulam-ulaman. Justeru, ia lebih sedap dimakan mentah dan sering dijadikan hiasan atau pelengkap hidangan. Rupa bentuk daun saderi seperti daun ketumbar atau hampir sama dengan daun pasli. Di Malaysia, daun sup berfungsi sebagai perangsang selera. Bau daun saderi tidak begitu kuat seperti daun ketumbar tetapi masih mampu membangkitkan aroma sajian apabila ditaburkan di atas makanan itu. Sesetengah berpendapat, daun ini mempunyai rasa yang hampir sama denga daun pasli.

Daun saderi Asia lebih halus, bewarna hijau gelap dan mempunyai rasa lebih kuat berbanding daun saderi dari Barat yang lebih tebal dan bewarna hijau terang dan selalunya dicampurkan ke dalam sup atau kuah sos bagi meningkatkan rasanya. Antara kelebihan daun ini ialah mengandungi kandungan protein yang banyak dan dikatakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Daun saderi juga dipercayai sebagai sumber makanan yang boleh meningkatkan ransangan seksual kerana emngandungi sebatian androstron iaitu sejenis hormon tanpa bau yang biasanya terhasil melalui peluh lelaki. Hormon ini dikatakan mampu membuat wanita terangsang.

Selain itu, saderi juga dapat mengubati keracunan yang berpunca dari jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracunan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia. Kandungan garam galian dalam saderi memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

pssstt... nantikan daun seterusnya


08 Julai 2011

Buy 1 Free 1 Double CheeseBurger


Assalammualaikum.. ada tak di sini penggemar Double Cheese Burger. Start dari 11-13 July McDonalds mengadakan offer Buy 1 Get 1. Aku dah print 4 keping coupon. Kalau korang nak print jom jalan-jalan ke SINI.

Jom kita pegi makan-makan.


Uji Pandu Inspira


Bestnya kalau dapat test drive Inspira ni. Jika ada antara korang yang nak test drive korang pegi ke SINI dan tengok info berkenaan test drive Inspira ni. Hmmm... sekarang Inspira telah menjadi kereta idamanku dan bilalah agaknya aku boleh memiliki Inspira ni.


07 Julai 2011

Sape Nak Menang RM1000


Jomlah kira berapa gelas teh tarik yang ada. Manalah tau untung-untung anda adalah pemenang yang bakal menerima wang tunai RM1,000. Senang je nak join contest ni. Klik SINI untuk mengetahui syarat-syaratnya.


30 Jun 2011

VCO Catalyst

Assalammualaikum.. harini saya nak bercerita mengenai VCO Catalyst ataupun Minyak Kelapa Dara keluaran Catalyst. Produk ni tengah hot market di pasaran online dan offline. Saya pun dah try produk ni dan apa yang saya rasa, badan rasa lebih segar dan bertenaga. Biasanya kalau kat opis ni masuk je petang badan dah rasa lemau tapi kini dah tak lagi. Itu yang pertama, kedua pula period pain saya dah berkurangan. Sebelum ni, saya memang tak suka bila nak datang bulan, hari pertama dan kedua perut ni memang rasa tak selesa, sakit sana sini. Alhamdulillah, lepas je makan VCO ni sakit tu dah berkurangan dan yang ketiga, ni best sikit. Biasanya saya makan 2 biji sekaligus di waktu pagi. Nanti bila tengahari, saya beli juga nasi dalam kuantiti yang sedikit. Saya rasa ada la dalam dua tiga suap je  makan, pastu dah rasa kenyang. Petang pula saya makan kuih 2 3 biji, bila tiba malam memang dah tak jamah nasi. Hanya  makan buah je. Begitulah rutin aku setiap hari.

1st saya makan ni sebenarnya bukanlah sebab nak kurus ke, nak kulit muka selicin tomato ke, tetapi untuk kesihatan dalaman. Bila dalaman dah cantik secara otomatiknya luaran pun akan ikut cantik gak. Betul tak. Maklumlah sekarang ni, penyakit senang berjangkit. Lebih baik kita mencegahnya terlebih dahulu. Sekarang alhamdulillah.. saya dah pun menjadi stokis untuk produk-produk CATALYST ni di tempat saya.

Kepada sesiapa yang nak dapatkan produk VCO CATALYST ni bolehlah u all inform saya dan sesiapa yang tinggal area Johor Bahru, Senai dan Kulai boleh hubungi saya dan saya akan passkan pada agent saya yang berhampiran. Silalah add FB saya di SINI. InsyaAllah segala pertanyaan dan kemusykilan anda akan dilayan sebaik-baiknya.


I ♥ CATALYST. 

Harga sebotol
RM39.90 (Semenanjung Malaysia)
RM43.90 (Sabah Sarawak)
**kos penghantaran adalah percuma ke seluruh negara**
**sesiapa yang ingin manambahkan pendapatan jomlah join dengan menjadi agent**