Pages

17 Ogos 2009

Flight Plan VS Kingkong 2


Jumaat lepas bila baca kat suratkhabar rancangan Mega Movie di tv3 kul 10 mlm citer Flight Plan. Aku sanggup tak ke mana-mana malam tu sebab nak tonton citer flight plan ni la. Sekali tu bila aku tengok je rupa-rupanya citer King Kong 2. Memang hampeh betul la dan aku berharap minggu ni ada la citer Flight Plan tu.

Entri aku kali ni aku nak citer la sikit pasal Flight Plan ni. Dilakonkan oleh Jodie Foster sebagai Kyle Pratt

Citer ini mengisahkan seorang wanita yang baru kematian suaminya mencari anaknya yang hilang dalam kapal terbang. Dalam kelam-kabut dia mencari anaknya, pramugari mendapati tiada daftar masuk budak tersebut dalam senarai penumpang. Mereka merasakan wanita itu mengalami depression akibat kematian suaminya. Lebih malang, anaknya disahkan telah meninggal dunia bersama bapanya tempoh hari. Puas wanita ni mencari anaknya namun idak berjumpa. Semua penumpang menyalahkan dan tidak mempercayai wanita itu. Ending citer tu rupa-rupanya anak wanita tu memang diculik oleh pengganas yang nak merampas kapalterbang tu. Lepas tu yang paling best, bila penjahat mati, wanita tu berjalan ke arah penumpang sambil mendukung anaknya.

Aku rekomen, memang tak rugi la tengok filem ni.

8 ulasan:

  1. aku rasa dah tengok citer ni... dah terlalu banyak aku tengok filem sampai tak ingat tajuk...hahaha

    BalasPadam
  2. rehat kang aku g cari dvd dia heeeeeee

    BalasPadam
  3. dina ---> kalau betul ko dah tengok best kan
    citer tu

    su ---> Cari sampai jumpa ye hehehe

    BalasPadam
  4. dah tengok citer setem taklakonan afdlin shauki tu.org ramai kate besh..teringin nak nengok nih..hehe

    BalasPadam
  5. err..sepatutnya ayat di atas tuh dlm bentuk soalan..heheee...dah tengok citer setem tak? <-nih br betul..hehe

    BalasPadam
  6. HaSue --->hehehe...belum tengok lagi tapi memang ramai yang kata filem setem tu best

    BalasPadam
  7. Filem SETEM tu akan kuar September nanti...

    BalasPadam
  8. jieda ---> ye ke kak zie.Bukan citer Papadom ke yang kuar bulan September?Aisey..salah info kot hehehe

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian komen kalian