Pages

07 Oktober 2009

Lauk Semalam

Semalam aku terpaksa ambil Casual Leave kerana Balqis demam, dan betapa rajinnya aku semalam kerana aku masak daging asam pedas. Sebenarnya dah lama aku teringin nak makan daging asam pedas ni. Disebabkan dalam peti masih ada lagi balance daging yang aku beli masa hari raya haritu, tanpa berlengah terus aku masak. Jeng..jeng..jeng... ni la hasilnya. Yang paling best suami aku puji masakan aku. Bukan apa..suami selalu komplen, bila aku masak asam pedas tak kira la ikan ke ayam ke mesti dia akan cakap ''zida ni kalau masak 10 kali asam pedas rasanya mesti tak maintain''. Hisshh.....sedih tau. Mentang-mentanglah aku ni bukan pakar masak. Haaa.... kali ni baru la tak dengar rungutan dari mulutnya hehehee... kalau keluar jugak memang lain kali aku suruh dia masak. Biar aku pulak yang jadi tukang komplen.


Haaa...gambar bawah ni memang salah satu feberet aku. Kalau aku makan memang tak toleh kiri kanan la. Untuk pengetahuan korang, dalam gambar di bawah ni namanya CENCALUK yang diimport dari Melaka. Cencaluk ni aku cuma perahkan asam limau tapi kalau nak sedap tambah je cili padi kat cencaluk tu. Dalam gambar ni takde cili padi sebab dalam peti dah kehabisan stok tapi apapun bedal je la. Tetap sedapppp.....


Sape yang tak pernah cuba makan tu..cuba-cuba la. Gerenti puas hati.

7 ulasan:

  1. wei, lamanya tak makan cencaluk. kecur2 liur den... perah limay letak cilipadi, ada lak ikan bakar sebelah tu... licin nasi tiga pinggan beb... --->tgh seka airliur supaya tak menitik atas keyboard

    BalasPadam
  2. Nape lah..akak masih tak dapat nak try cencalok...penakut agaknya..ada bau tak??

    BalasPadam
  3. weh! makan asam pedas dgn cencaluk mmg sedap. ko ni mmg saje bagi aku kecurlah --> cubit pipi jieda

    BalasPadam
  4. Sama lak mcm kes MokYang.. 2 menu yg sering kene komplen dek laki di rumah adalah Asam Pedas dan Pulut Kuning..

    Tapi kalu daging ni MokYang suka masak Asam Pedas ala Melaka.. -- buh kerisik.. sedap wehhh...

    Uish lama tul tak makan Cencaluk tp hari-hari nampak CALUK.. hahaha..

    BalasPadam
  5. kak maiyah: meh datang sini

    dina: walaupun ko seka air liur ko tu,tetap menitik jugak kah kah kah

    BalasPadam
  6. kak watie: bau tu yang membangkitkan selera kak.

    Nursuzry: Oooo...ko makan rupanya cencaluk ni ye su.

    Kak Azieazah: Nanti lain kali nak wat asam pedas ni nak cuba letak kerisik la

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian komen kalian