Pages

20 November 2009

Hari Terakhir Cuti Sekolah

Hari ini 20/11/2009 merupakan hari terakhir persekolahan pada tahun ini. Waahhhh...sakan la budak-budak, maklum la cuti sebulan lebih. Malam tadi aku tengok report card Irfan. Alhamdulillah...okay la biarpun setakat lulus bukan dengan cemerlang. Sekolah rendah naik satu kelas tapi sekolah agama turun kelas. Aku rasa ni gara-gara dia tak pergi sekolah pada hari pertama peperiksaan sekolah agama sedang berlangsung.

Bila tengok je masa persekolahan sekolah agama untuk tahun depan start pukul 10.30pg hingga 12.00 tengahari. Maknanya sekolah agama tahun depan Irfan kena sesi pagi dan sekolah rendah kena sesi petang. Setau aku sekolah rendah tak pernah pulak ada sesi petang. Start tahun depan ianya bermula. Laaa...tak bestnya. Aku lebih suka kalau sekolah rendah di waktu pagi dan sekolah agama di waktu petang. Tapi...nak wat camner. Ikutkan je la.

Naik sekolah nanti Irfan dah darjah 3. Ishhh...cam tak caya la pulak. Pejam celik pejam celik dah besar jugak anak aku ni. Cepatnya masa berlalu. Lagi setahun Balqis pulak melangkah ke alam persekolahan.

6 ulasan:

  1. Uishhh anak darjah 3 dah rasa besar... cenggitu MokYang ni kira level Nenek ganyut ler ekk.. hahahaha...

    BalasPadam
  2. part nie yg best jadi cikgu...sebulan dok umah..macam2 benda leh uat

    BalasPadam
  3. kak azieazah..rasanya macam baru je budak tu ditimang-timang.

    BalasPadam
  4. alia..haah kan..gaji tetap jalan jugak hehehe

    BalasPadam
  5. Terasa lak macam kata2 Cik Azieazah tu tertepek kat dahi Akak....yg besar 20 tahun yg kecik sekali 11 tahun.....huhuu..padanlah...dah jadi Tok Mama pun kan!!!

    Wah bertambahlah kerja Akak nampaknya...sedari pagi sampai petang..menyiapkan makanan kat 3 Doraemon tu!!!

    Akak usaha cari sekolah yang sessi pagi jer....so senang anak2 ada kat umah sebelah petang!!!

    BalasPadam
  6. Uishhh Kak Watierman ni...

    saya bergurau jer.. (tapi bab tua tu memang tak gurau.. saya memang dah tua) :)

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian komen kalian