Pages

23 Disember 2009

Kerabu Sotong

Bewarna warni kan

Hari sabtu lepas aku buat kerabu sotong. Aku memang suka kerabu sotong ni. Tak silap aku dah 4 kali jugak la aku buat. Apapun memang sedap.Aku lebihkan air perahan limau nipis sebab aku suka masam-masam. Kat bawah ni aku sertakan resepinya..manalah tau kut kut ada orang nak cuba. Resepi asalnya aku ceduk dari resepi kak hanieliza.

KERABU SOTONG

Bahan-bahannya
500 gram sotong ...buangkan kulit dan hiris kasar
3 S/b Apple Cider Veniger atau air limau nipis/kasturi *aku guna limau nipis*
2 sudu teh kicap cair atau sos ikan *aku guna kicap cair*
1 sudu teh gula pasir

Bahan hiris/mayang
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
3 biji cili merah
5 ulas bawang merah
3 biji buah tomato
1 biji mangga muda

Cara membuatnya
1. Rebuskan sotong dengan sikit air. Toskan.
2. Gaulkan semua bahan dan hidangkan.

Haaa...senang je kan. Selamat mencuba.

11 ulasan:

  1. Yeyyyy..! inilah menu yg ku cari-cari.. bahannyer berderet, tapi caranya cuma 2 step...mesti try nihhh..

    BalasPadam
  2. tak pnh buat lg..leh la try nih! nmpak sedap je.. ^_^..thanks for sharing!

    BalasPadam
  3. k.jieda..mcm sedap je..nak tryla..tp tah tahun bile la nak buat ni..heheheh..

    BalasPadam
  4. Ko guna sos cair jenama apa, Jieda?

    BalasPadam
  5. Salam cinta

    sedap nya.....

    Nak cuba

    hi hi hi....

    BalasPadam
  6. AyaQ luoQ dah leleh timpa meja dah ni...bila nak pos xpress ke Bangi?

    BalasPadam
  7. wah siap berkerabu sutun bagai hah..a.de resepi lak tu...ewahhh sodap ni...aku pun follow ang gak...tapi ang polo blog aku yg mane....ang p blog aku yg mem besor tu...tu main blog...yg ade chat bok tu blog list aku chek oi..

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian komen kalian