Pages

13 Mei 2010

Masalah Mulut Berbau


Salam semua.. masalah mulut berbau. Pernah tak korang ada kawan ke atau sesiapa yang mulutnya berbau. Masa aku kerja kat tempat lama, ada sorang staff ni mulutnya memang berbau. Tak tahan tu kalau dekat dengannya tapi aku kesian bila tengok dia sorang-sorang je, tak ramai yang nak dekat dengan dia. Dalam masa yang sama takde sesiapa pun yang volunteer menegur termasuklah aku hehehe. Serba-salah... nanti kang kalau tegur takut dia kecik hati. Kawan-kawan yang lain suruh aku tegur tapi bila aku ready nak tegur, dia pula berhenti kerana dapat sambung pelajaran.

Jom kita baca info berkenaan mulut berbau atau halitosis.

Masalah mulut atau nafas berbau sememangnya memalukan. Namun ia pasti lebih memalukan jika mereka yang mengalami tidak menyedarinya atau membiarkan tanpa sebarang tindakan. Ini kerana masalah yang juga dikenali halitosis ini bukan setakat membabitkan individu tetapi juga boleh menyebabkan seseorang itu dijauhi. Apakah puncanya masalah ini?

Faktor utama adalah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa yang tidak dibersihkan pula akan mereput dan akhirnya menyebabkan nafas berbau. Justeru, memastikan mulut sentiasa bersih adalah tanggungjawab kita sepanjang masa. Mulut tidak hanya membantu fungsi mengunyah makanan, tetapi pada masa sama menjadi rumah kepada jutaan jenis bakteria. Perlu diingat, punca mulut berbau tidak sama bagi setiap orang. Pemeriksaan dengan doktor gigi akan memastikan punca sebenar masalah anda.

INFO: Tanda-tanda mulut anda berbau

*Anda sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak di dalam mulut
*Rakan atau orang sekeliling menutup mulut atau mengalihkan pandangan apabila anda bercakap.
* Ada rakan yang menegur atau menghulurkan gula-gula kepada anda.
* Ada kesan atau calitan berwarna kuning atau putih pada lidah anda.

Ada beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Kerap kali menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan perbuatan flos gigi setiap hari juga membantu menghilangkan bau mulut.

Langkah lain boleh diambil bagi mengurangkan masalah mulut:

1) Minum banyak air
Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Dalam kepercayaan perubatan Cina, mulut berbau disebabkan kepanasan yang berlebih dalam perut. Air, sup atau buah-buahan seperti timun membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya menambah masalah.

2) Penggunaan Herba
Selain mengunyah gula-gula getah, amalan mengunyah herba seperti pudina, rosemary dan selasih dapat membantu mengurangkan bau mulut.

3) Berhenti merokok
Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.



22 ulasan:

  1. mulut berbau mmg memalukan..
    especially laki yg isap rokok..
    mmg mulut mudah sgt berbau..
    dlu sy isap rokok..
    mmg x lari dari masalah mulut berbau..
    sejak benti, asik nk kunyah aje..
    tp efek mulut berbau dah kurang..
    kdg2 chew gum..
    mulut berbau wangi..
    =)

    *bangun dr tido pn kdg2 mulut berbau.. haha*

    BalasPadam
  2. kadang2 dah bg hint tu pun tak sdr diri kak..huhu..mmg sesak nafas jdnya

    BalasPadam
  3. aduka ~ dulu my husband pun isap rokok.sangat tak suka kalau dia dekat ngan saya.sebab bau mulut dari hisap rokok tu la.

    *bangun tido tu biasa la hehehe*

    BalasPadam
  4. Nur Hawa ~ tu yang susah.kita ni serba salah jadinya

    BalasPadam
  5. kekadang tersedar mulut senirik da bebau sebab da tengah ari panas gile + tak minum air langsung...tengah jenjalan xkan nak gosok gigi kan.. mineral water n chewing gum la jd pembantu..heheh..

    lagi satu kalu gi kem ke lupe bawak bros gigi atau jatuh masuk sungai..menangis la jawabnye..kena la kumur mulut senirik n gosok gigi guna jari..heheh..nak mandi kena tunggu sume orang siap mandi or blom mandi agi..takot kantoi gosok gigi guna jari...hahahah

    BalasPadam
  6. ContactLens Kelabu ~ info juga ni bila dah terdesak

    BalasPadam
  7. hrumm..if tk minum seharian pun leh buat mulut berbau...

    so..dlm beg..and dlm drawer ada jer stock mentos..huhu.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    ALAHAI VIVA BIRU

    BalasPadam
  8. hurm.. ezad p0n ade mmbr yg mulut mak aii.. bau.. nauzubillah... ntah la. die xisap okok p0n... ezad salu x tahan.. bile bual ngan die... bile nak tegur tak0t kecik ati lak... so biar je la.. die dengan bau2nye...

    BalasPadam
  9. nabilah_2908 ~ betul tu.mentos kan berangin,boleh juga kurangkan bau mulut ye

    BalasPadam
  10. Ezad ~ member2 lain tak pernah tegur ke? yang seksanya kita sebab nak mengadap dia hehehe

    BalasPadam
  11. thanks for sharing kak jieda

    nice info

    BalasPadam
  12. kadang2 bukan mulut je yang berbau
    ...siksa

    BalasPadam
  13. haish...
    fenin klu jumpa org mulut berbau ni...

    lain la klu betol2 ade penyakit tak pe gak...

    ni mmg saje biar je berbau....
    ayoyo =)

    BalasPadam
  14. kalo diam je kan, mst mulut jd berbau.
    huhu

    BalasPadam
  15. tq info..

    banyak mengumpat pun boleh meyebabkan bau mulut..

    ada betul kah?hehe

    BalasPadam
  16. tehr ~ ni mesti pasal badan pun berbau ye

    BalasPadam
  17. MissXYZ ~ betul tu,jita pun tak selesa nak berbual

    BalasPadam
  18. Ery ~ sebab tu kena minum air,biar mulut tu lembap

    BalasPadam
  19. TUKANG KATA ~ itu berbau lain hehehe

    BalasPadam
  20. yuni pernah berpengalaman dengan mulut org berbau nie..bila cakap berhadapan dgn nie rasa cam nak termuntah dgn bau mulut dia tu...baik punya tahan bila habis ckp je terus cpt2 amek udara segar..hehe

    BalasPadam
  21. tapi kalau rockers mulut berbau takpa... baru steady rock... hehhehhe....

    http://cicaktonjeng.blogspot.com/

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian komen kalian