Pages

16 Jun 2010

Cara menghapuskan lipas


Salam semua.. nak tanya ni, sape benci lipas? Eeee... samalah, aku pun tak suka + benci + geli dengan lipas ni. Kerana ketakutan aku terhadap lipas sampaikan anak-anak aku pun ikut takut juga. Mana taknya.. bila lipas tu lalu je aku akan terjerit-jerit macam orang kena histeria *hehehe..aku tipu je, takle sampai terjerit camtu* Kalau en suami ada kat rumah memang dialah yang aku suruh bunuh lipas tu.

Tadi aku baca email yang diberi oleh rakan sekerja berkenaan membunuh lipas secara profesional tanpa perlu memukul dengan penyapu lidi atau menekup lipas guna kertas suratkhabar. Cara ni simple sangat-sangat.

''Sediakan botol yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak je lipas, terus spray ke arah lipas tu. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala hingga kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas lipas. ''

Satu lagi cara dengan memerangkap lipas.

''Sediakan botol kaca seperti botol jam atau botol madu. Letakkan sedikit serbuk kopi atau serbuk koko ke dalam botol tersebut. Letakkan berhampiran dengan dinding atau tempat lalu lalang lipas. Biasanya lipas boleh memanjat botol tetapi tidak boleh keluar. Bila lipas dah terperangkap, spraylah dengan menggunakan air sabun itu''.

Satu lagi info yang nak dikongsikan ialah lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak akan pecah kerana ia kuat. Ia akan bertaburan di mana-mana tempat jika memukul lipas menggunakan penyapu atau suratkhabar. Jika buat cara begitu hendaklah dibersihkan tempat lipas tu dipukul dengan menggunakan air dan sabun sebersih-bersihnya.


notajariruncing: aku suka tengok katun oggy and the cockroaches

39 ulasan:

  1. kak nor..sama la dengan saya.saya pun geli lipas dan akan telompat2 bila lipas kuar.pakai daun pandan pun tak mo lipas tu lari.satu lagi kalu lipas dah terbalik biarkan, sebab lama2 die akan mati sendiri..

    BalasPadam
  2. akak..ekek..rindu la..ellis try kol akak x dpt pon..sorry..ellis dh lame x walking..just update blog je..intenet poblem + keje bnyk

    BalasPadam
  3. terima kasih mamajieda..
    petua dari surirumah buat surarumah

    BalasPadam
  4. Terima kasih kerana share info ni. Nanti mama cuba experiment ye...

    BalasPadam
  5. eeeiiii.. thirah mmg geli giler dengan lipas. sampai sebelum tido spray ridsect kat pintu dan tingkap supaya lipas tak masuk masa tido huhuuu..

    gila trauma dengan lipas~

    BalasPadam
  6. bgus ni wife aku mmg takut ngn lipas..

    BalasPadam
  7. petua yg best....leh wat..tp nak kejar lipas tu satu hal plak..hehe..^_^

    BalasPadam
  8. uh..sya mmg geli lipas! bukan kta nak spray dgn air nak pukol pon belom tentu lagii...geeeeliiii... haha

    BalasPadam
  9. erghhh..!
    menci lipas cgt.cgt.cgt..

    BalasPadam
  10. ohohohoho mimie paling phobia ini benda.. huhuhuh

    BalasPadam
  11. Dhada menci sgt2 ngn lipas, menggelikan . Kalau nmpk lipas, confirm jerit panggil bunda :D

    BalasPadam
  12. sy pon x skew lipas...geli2...thanx for this gret tips...x pnah denga lg cara ni...hehe...

    oggy n coachroaches memang besh...ehehe...

    BalasPadam
  13. erk~
    nak tggu yg bab 7 punye plak
    ade tak agak2?
    hee ;)

    BalasPadam
  14. habeslah segala lipas lepas ni
    sudah ada petua dr kak jieda
    thanks yea ;)

    BalasPadam
  15. thank for the info..saya mmg geli dgn lipas..selalunya kt rumah mmg ada stand by penyembur racun utk lipas..hehe.

    BalasPadam
  16. nasib kat umah ni tak de lipas...
    tak suka..
    benci lipas22 ni sbb penah kene kencing...huhu..bau tak bleh blaaaah btol..

    BalasPadam
  17. errrr...cara nk hapus tikus ada?

    BalasPadam
  18. sangat sangat sangat SANGAT berterimakasih dengan tips ni!!

    BalasPadam
  19. erk jieda..gne sabun mandi je ker..?guna dynamo, sunlite bulih tak..? :D

    oggy tu kartun 18 sg laa jieda..jahat sgt :)

    BalasPadam
  20. izahdaut ~ ooo..ye ke? kat rumah kalau lipas tu terbalik pun mesti akan pukul dengan penyapu lidi


    zeqzeq ~ sama-sama.lepas ni boleh la try ye

    BalasPadam
  21. ellis ~ akak ingatkan ellis merajuk ngan akak.dah lama kita tak borak-borak kan huhuhu...


    Ikemal ~ rasanya ramai orang yang geli lipas

    BalasPadam
  22. MamaFami ~ tak sangka mamafami sudi ke blog saya.saya selalu masuk ke blog mami sebagai silent reader je hehehe


    Thirah Rahim ~ lamanya thirah menghilangkan diri

    BalasPadam
  23. Ryuji ~ biasa la tu.orang pompuan memang agak geli ngan lipas ni hehehe


    PUPUT ~ takyah susah2 kejar.nanti dah jadi cam main kejar2 pula hehehe..bila nampak je lipas tu terus spray

    BalasPadam
  24. shasha ~ hehehe..saya paling takut kalau lipas tu terbang


    hans ~ sama la kita.bau lipas tu dah la busuk

    BalasPadam
  25. cikCEPET ~ mesti ada kenangan ngan lipas ni ye hehehe


    miMie Azimask ~ nape pula? ada kenangan ye

    BalasPadam
  26. Dhada ~ kalau akak nampak panggil en suami hehehe...


    shee ~ sama la.saya pun 1st time dengar cara begini


    Kie-yu ~ walaupun akak kongsikan info ni tapi rasa kesian pula nak bunuh lipas dengan cara camtu hehehe

    BalasPadam
  27. nieda ~ lepas ni boleh gunakan cara camni.takyah beli racun serangga lagi.salah satu untuk berjimat hehehe


    Rama2Ungu ~ akak pernah dnegar kalau kita kena kencing lipas kat mata masa tido,mata kita boleh bengkak.kirakan bahaya juga lipas ni kan

    BalasPadam
  28. wahhh info bagus niii ,hikss saya cukup alergik dgn lipas nih

    BalasPadam
  29. Suhaila ~ erkk..nanti saya carikan info tu ye


    mirachantek ~ sama2.apa yg boleh dikongsikan sama2 lah kita kongsikan


    Nashays ~ dalam tu kata suh guna sabun mandi.mungkin boleh kot asalkan sabun hehehe

    BalasPadam
  30. hani kejar ngan shieldtox..ha3..

    BalasPadam
  31. nti senang2 ksi tip bunuh tikus pulak ya kak...hahahaha.

    BalasPadam
  32. tgk cite joe's apartment, geli gila dgn lipas2 dia ! huhuhu

    BalasPadam
  33. Anyss ~ lepas ni boleh dicuba petua ini

    BalasPadam
  34. sis shuhada ~ same la..tapi kesian kat kucing tu selalu kena buli dengan si lipas hehehe..

    BalasPadam
  35. hani ~ kalau guna shieltox bukan setakat lipas,nyamuk ngan kumbang kecik yg masuk rumah pun mati


    rutikeben ~ betul tu hehehe

    BalasPadam
  36. Ibnu Rashid ~ boleh..bisa di atur hehehe


    hudhud ~ memang kan,kalau lipas tu banyak lagilah meremang bulu roma

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian komen kalian