Pages

08 September 2010

Contest Meriahnya Call Masa Hari Raya

Ini adalah sticky post. Entry terbaru ada di bawah.

Salam semua, kali ni aku nak join contest yang dianjurkan oleh propito.com. Jika sesiapa yang nak join di bawah ini ada syarat-syaratnya dan klik di SINI.

Cara menyertai :
Korang hanya perlu membuat post mengenai kontest ini yang berlangsung selama 15 hari. Post yang korang buat mestilah bertajuk “ Contest Meriahnya Call Masa Hari Raya “.

Isi post :

1) Isi post adalah mengenai pengalaman manis/pahit korang masa hari raya sebelum ini. Para blogger suka bercerita kan, jadi ceritakan pengalaman anda.

2) Tuliskan sekali mengenai kontest ini.

3) Buat link www.propito.com


Inilah cerita aku:


Raya pada tahun 2008 merupakan tahun pertama aku adik beradik beraya tanpa seorang yang digelar mak. Arwah mak meninggalkan kitorang beberapa bulan sebelum tibanya Ramadhan. Jika sebelum ni biskut raya dan persiapan juadah pagi raya memang arwah mak yang akan buat. Aku ni hanya tolong sikit-sikit je. Maklumlah aku nikan anak perempuan mak yang pertama dan merangkap anak kesayangan he3.

Berbalik kepada cerita aku, raya tahun 2008 tu, aku balik kampung awal beberapa hari dengan niat nak tolong abah buat rendang, masak ketupat sekaligus menemankan abah agar dia tak rasa sunyi. Sehari sebelum raya pagi-pagi lagi abah dah keluar pergi pasar beli daun ketupat, ayam dan bahan-bahan buat rendang. Bila dah sampai rumah je abah terus buat kelongsong ketupat manakal aku dengan adik perempuan yang bongsu cuma tolong siapkan bahan-bahan untuk dibuat rendang.

Sebenarnya rendang tu bukan aku yang akan masak tapi abah kerana aku lebih suka makan hasil dari air tangan orang tuaku. Nasib baiklah abah aku ni pandai masak. Keadaan satu hari suntuk tu agak kelam kabut. Banyak kerja yang perlu dibuat. Aku ni pulak kalau kat rumah abah, aku jadi tak tau nak buat apa tapi kalau kat rumah mertua, pandai pula aku bawa diri. Last-lastnya kitorang siap masak semua lauk lebih kurang pukul 3 pagi. Penat memang penat tapi seronok. Bila tiba pagi raya, abah nak makan kuah kacang. Abah suruh aku buat. Bahan-bahan semua dah ada, nasib baik aku bawa buku resepi yang bertimbun kat rumah tu. Boleh juga buat rujukan. Itulah pertama kali aku buat kuah kacang, masa tengah masak tu timbul rasa menyesal sebab tak belajar dari arwah mak. Arwah mak aku kalau buat kuah kacang memang superb.

Bila tibanya raya pada tahun 2009, keadaan untuk juadah di pagi raya dah tak kelam kabut seperti tahun lepasnya. Abah aku dah pandai handle tapi sayangnya aku balik kampung jumpa abah pada hari raya ke dua. Yang bestnya, abah tetap suruh aku buat kuah kacang. Maknanya sedaplah kuah kacang aku tu he3.


Itulah kenangan yang tak mungkin aku lupakan. Dah nak raya ni perasaan rindu aku kat arwah mak makin kuat. Al-Fatihah.

p/s: dah baca kan? tinggalkanlah komen sekali.tq untuk semua.

67 ulasan:

  1. bestnye abah kak jieda pndai msk... hehe ayh kite pndai mkn ho3

    BalasPadam
  2. arwah abh sy pon pandai masak jgak,,

    anyway..Al-fatihah untuk jieda,
    n goodluck for the contest

    BalasPadam
  3. molmolla ~ jangan la camtu,nanti saya pun tacing gak

    MissXYZ ~ ingat lagi plan arwah mak akak,nak suh abah akak buka kedai makan lepas pencen tapi sayang tak kesampaian

    BalasPadam
  4. kan..
    masa arwah mak ada.. kite tak ingt lgsg nk bljr masakan dia. sebab kite enjoy dgn air tgn mak...
    aku pun windu kt masakan arwah mak aku.. :(

    BalasPadam
  5. raya kali ni mesti jieda dah expert buat kuah kacang kan~~ izan nak resepi boleh?

    **samalah ngan izan..kalau tiba hari raya mesti terkenangkan arwah abah...
    al-fatihah to mak jieda~~

    BalasPadam
  6. huuuu smntare mak afiq masih ade ni,nk belaja mcm2 la dari de..xdapat nk bayangkan kalau mak da xde nnt..tapi ayah sis mmg sempoi,asek soh buat kuah kacang je..mesti sedap kan sis buat? :)

    BalasPadam
  7. sedihnye...tapi mmg best la ayah sis yg msk..=)..alfatihah utk mak sis ya..

    BalasPadam
  8. sop bersyukur sgt kerana masih ada mak dan ayah..
    Al fatihah buat bonda Jieda.. moga arwah berada dalam golongan yang beriman.. amin

    good luck dlm kontest ni yer.. :)

    BalasPadam
  9. hehe, jieda orang yang pertama join contest ni... cari lebih banyak komen, mane tau boleh menang ^__^
    selamat berpuasa

    BalasPadam
  10. al-fatihah buat arwah emak..
    mungkin hampir sama agaknya sbb tu abah minta suruh buatkan.
    slmt berjaya dgn kontest ini.

    BalasPadam
  11. menyentuh perasaan bila baca..semoga arwah ibu kamu ditempatkan dalam golongan orang beriman ... Amin ..kuah kacang? bukan senang nak buat tu..kalau ko dah pandai buat sampai daddy kamu suruh buat lagi tu..maknanya menjadi lah tu..apa kata share menu kuah kacang dalam entry baru pulak hihihihi...by the way..selamat berjaya dalam contest u ...

    BalasPadam
  12. salam bertandang..
    moga sihat selalu orang d sini..
    ermmm ada syahdu juga kisah ini
    moga arwah di tempatkan di kalangan
    mereka yang soleh

    BalasPadam
  13. marilah kita semua sedekahkan al-fatihah kepada arwah mak jeida...~amin~

    BalasPadam
  14. Kuah kacang buatan tgn mak mmg yg terbaik..semoga Allah tempatkan arwah mak kamu di antara insan2 yg di Redhainya...

    BalasPadam
  15. al fatihah utk mak jieda...sedey dgr citer tu...mak adah pun dah takde..masa raya memang rasa x best sgt..

    akak pandai wat kuah kacang..mesti best ni..nati raye, jemput la adah ye..:)

    BalasPadam
  16. salam kak..

    bila baca rasa sedih sesangat.. mcm sy plak yg berada kat tmpt akak..

    mmg masakan ibu kita sendiri yg terbaek dan marbeles.. sy pun nak kena belajar gak nih.. sementara mak masih ada.. huhuhu

    BalasPadam
  17. Al Fatihah pada arwah mak Jieda..
    nak dekat raya mesti terkenang semula...sbb biasanye mak2 la yang paling bz nak raya :)

    apepun..
    semoga ceria di pagi raya nanti...hehe
    nanti bolehla share resepi kuah kacang tu ;D

    BalasPadam
  18. leh la share resepi kuah kacang tu ek..

    Al- Fatihah buat mak Jieda..
    Saya lak rindu kt arwah atok.. arwah la yg selalu anyam ketupat bila raya..
    Sendiri nak anyam x pandai.. hehehe

    BalasPadam
  19. Salam,
    Alfatihah untuk arwah.
    Mmmmm dah pandailah ye buat kuah kacang. Biasanya kita akan belajar untuk hargai orang tersayang bila dah kehilangannya.

    Saya juga ada kenangan buat ketupat untuk sambutan raya. Pada satu tahun tu, kakak ipar tetiba bersalin pada hari buat ketupat tu. Masa tu, semua bahan2 nak buat ketupat dah sedia. mak pula kena jaga kakak ipar kat hospital. Kami dua beradiklah buat ketupat. Jadi memanglah jadi, tapi bentuknya dah herot macam-macam. nasib baik selama ni selalu tolong mak buat. Kalau tak, tak makan ketupatlah pada tahun tu. jadinya, sekarang ni bolehlah dengan bangganya istiharkan boleh buat ketupat kalau tetiba sahaja kena buat.

    Raya ni, bolehlah merasa rendang Jieda ya ;)

    BalasPadam
  20. huhu..syahdunye..pandai abah masak eh..eina lak ayah yg dh takde, skrg tinggl mak sorang2..

    pandai buat kuah kacang ye, sedap lah tu..eina pun tak reti, mak mertua pandai la sbb org johor kan..nk kena blajar nih! mak kedah, tak biasa jgk buat kuah2 kacang ni..

    good luck k!

    BalasPadam
  21. untung abah sis pandai masak.

    Al fatihah utk ibu sis

    BalasPadam
  22. raya ni memang terasa sangat bila ada yg tak lengkap kan..

    banyak2 bersabar ye kak.. :)
    raya
    raya
    raya

    hahha

    BalasPadam
  23. Adehhh xsanggup nak baca sebab akak pun tahun ni kali pertama raya tanpa mak....sedey sangat2...

    BalasPadam
  24. salam kak...hope akak menang tau! yeah.hehe

    BalasPadam
  25. Wah contest!! cam best je.. hehe :)

    BalasPadam
  26. ala..rindu nak anyam ketupat..huhuhu~
    asfz pandai anyam dahhh..

    t kak jiedan wat kuah kacang tok asfz juga yekk..
    nak rasa juga ^__^
    yuummm...yummm...

    BalasPadam
  27. al-fatihah utk arwah.....yg hidup pasti akan mati jua...ermm......selamat menjalani bulam ramadhan yg mulia....

    BalasPadam
  28. ejum ~ mesti rindu nak makan masakan arwah abah kan.

    thanks ejum.

    diana ~ boleh..apa salahnya

    BalasPadam
  29. Kak Ngah ~ betul tu..masa tu memang tak terpikir pun nak belajar masak.sebenarnya banyak lagi masakan yang belum sempat belajar

    BalasPadam
  30. Izan Ishak ~ expert tu taklah tapi bolehlah he3

    Al-Fatihah juga buat arwab abah izan

    BalasPadam
  31. kak...pandai nyer abah akak masak. heee. tapi aina lak dah xde abah, ade mak je =(. hurmmmm

    BalasPadam
  32. time raya sdey sangat mak ayah dah x da....

    BalasPadam
  33. Salam...

    Baca kisah ni teringat pada arwah abah....sedih...sedih....

    Gud luck.

    BalasPadam
  34. ketupat sgt best dicolek dengan kuah kacang.....nak raya....bestnyaa

    BalasPadam
  35. Sabar jieda...yang pergi tetap pergi..Semoga rohnya dicucuri rahmat..Sayu membaca entri jieda ni..

    BalasPadam
  36. owh...kontes rupenyer..huhu..al-Fatihah buat arwah mak jieda...
    ermm..kuah kacang aku mmg minat tau...mst kalau ada kuah kacang,nas amek banyak2....:)

    BalasPadam
  37. salam..
    al fatihah utk mak jieda..

    gud luck for da contest ^^

    BalasPadam
  38. salam nor...nk gak rase kuah kacang tu..bila nk blk raye sini lak... :-)

    sekejap je masa berlalu kan..rasa baru semalam je borak2 ngan arwah...

    ingat lagi kata2 terakhir masa blk raye dulu..arwah mak ada ckp ngn tok umi yg lepas ni dia dh tak blk kemaman dah..org sini lak yg nk kena ziarah kt melaka...rupa2nya mmg betul... al-fatihah...

    BalasPadam
  39. hehe....
    kuah kacang tue msty sedap kan???


    alfatihah utk arwah mak kak jieda...

    BalasPadam
  40. Al-fatihah buat mak jieda..
    semoga raya tahun ini akan lebih ceria..

    BalasPadam
  41. "semoga rohnya ditempakan bersama para solehah....."doa dari anak yang soleh.....

    bab kuah kacang....kak pon mewarisi buat kuah kacang dari mak mertua.....abah mertua suka makan....

    BalasPadam
  42. terharu sungguh... semoga arwah tenang di sane...amin..

    BalasPadam
  43. Al-fatihah tuk mak ye.. mmg sedeyyy, kene lak ble tibe ari raye..

    BalasPadam
  44. Wah, kuah kacang jieda mesti sedap, sbb itulah abah jieda minta jieda yg masak. Good luck utk contest tu dan Al- Fatihah buat arwah mak jieda. Semoga roh arwah sentiasa di berkati-Nya....Amin...

    BalasPadam
  45. yang tetap tak putus ialah doa daripada anak-anak yang soleh dan solehah.. teruskan berdoa untuk arwah bonda di barzakh

    BalasPadam
  46. Afiq ~ betul tu,sementara mak masih ada ni,belajar je apa2 yang afiq nak belajar.

    BalasPadam
  47. tiefazatie ~ terima kasih.kadang2 balik kampung pun memang abah akak yang masak he3

    BalasPadam
  48. sop ~ terima kasih sop.mudah-mudahan

    BalasPadam
  49. Propito ~ masih gigih mencari komen ni he3

    Lagenda ~ Amin...

    BalasPadam
  50. ozzy ~ agaknya kot he3

    uncle ~ InsyaAllah..nanti kalau ada kelapangan,saya buat entri kuah kacang tu

    BalasPadam
  51. afayufu ~ amin...

    SyidaGorjes ~ Amin..

    BalasPadam
  52. zulkbo ~ mudah-mudahan dan itulah yang diharapkan

    BalasPadam
  53. krole ~ thanks krole.Amin..

    Eye_nee ~ mudah-mudahan

    BalasPadam
  54. Mawaddah ~ oh..sama la kita ye.nanti jemput datang rumah raya ni he3

    BalasPadam
  55. ManjaIxora ~ belajar la apa yang nak dibelajar sementara mak masih ada.akak ni pun rasa menyesal sebab banyak lagi yang akak belum sempat belajar dari arwah mak

    BalasPadam
  56. GnieNaim ~ ohh..itu mesti terkenang sebab dulu suka kacau arwah mak di pagi raya.

    BalasPadam
  57. Ju~Luckymummy ~ Haa..ju kena belajar tu.sekurangnya kurang rasa rindu kat arwah atok

    BalasPadam
  58. nak balik kampung juga...ziarah kubur mak dan ayah....

    BalasPadam
  59. Salam..semakin nanyak jumlah tahun ....semakin kita akan rindu (ia mencucuk di kalbu) pada arwah...sesuatu yang kita tak akan dapat tanpa amalan kerana berpeganglah pada janji ALLAH bahawa ahli surga akan dipenuhi permintaannya....itulah satu cara...selalu kufikirkan itu...:(

    BalasPadam
  60. al-fatihah..semoga roh dicucuri rahmat dan moga kak jieda menang dlm contest ni:)

    BalasPadam
  61. adeh.. tiba-tiba teringat lontong arwah nenek aku :(

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian komen kalian