Sinopsis Durja Ningsun
Kisahnya bermula kepada Aria (Erin Malik) yang menanggung derita kerana diganggu makhluk halus sejak berusia 14 tahun. Aria sering dirasuk dan bermimpi tentang silam dunia Ningsun. Akhirnya, Aria sembuh selepas dirawat secara tradisional oleh datuknya, Haji Syaaban (Abu Bakar Juah). Kini, Aria sudah bersedia untuk melanjutkan pelajaran di jurusan kejuruwatan profesional. Rakan baiknya, Aliff (Aeril Zafrel) juga belajar bidang seni grafik di kolej yang berdekatan.
Bermulalah hidup Aria di asrama sementara kolej yang diubahsuaikan daripada bangunan kolonial lama. Di sana, Aria berkenalan dengan Myra, Nurlida, Suhana dan juga seniornya Yasmin yang tidak berapa menyukainya.
Aria mula merasakan ada sesuatu yang memerhati dan mengekorinya. Gangguan awal mula berlaku namun Aria masih berjaya menguatkan semangatnya dan hanya menceritakan segalanya kepada Aliff kerana mahu berahsia daripada ibu bapanya.
Ibu Aria, Azlin (Siti Sharizah Saifuddin @ Eja) mula bimbang tentang Aria dan mengadu kepada suaminya, Kamal (Eizlan Yusuf). Kamal menyuruhnya lebih melakukan amalan agama daripada masih percaya tentang adanya gangguan hantu.
Yasmin mahu menguji Aria lalu dia merancangkan satu upacara mistik yang selalu diadakan oleh pelajar senior walaupun dibantah oleh warden mereka, Ustazah Tahirah (Aida Aris).
Upacara mistik umpama animisme dilakukan di sebuah bilik terbiar dan akhirnya mengundang padah apabila Ningsun hadir dan merasuk ke badan Aria. Sejak itu, Aria sering diganggu oleh Ningsun dan dia mahu mengetahui apakah rahsia di sebalik gangguan yang terus menghantui hidupnya sekian lama? Sedikit demi sedikit, kebenaran berjaya dibongkarkan.. Namun, apakah Aria dapat mententeramkan roh Ningsun yang sudah mula melakukan pembunuhan?
Kalau nak tau sejauh mana keseramannya jangan lupa tonton drama ni setiap hari Khamis jam 9.30 malam.
kredit to budiey.com
tak tengok plak malam tadi..best tak? tq sinopsis ni..at least tahu sikit jalan cerita...hehe
BalasPadamuishhh...x berani tgk citer seram...sbb leh terkenang-kenang nanti...
BalasPadamdah lama x tgk drama..
BalasPadamasyik2 citer karton..huhuhu
hahaah takut gak ceta ni...ee geram sbb terkejut...:P
BalasPadamdah tgk mlm td..tp separuh ja..seram gila..huhu..nsb bek bln posa..ekeke..
BalasPadamAwak.. sapa pelakon yang pegang watak Yasmeen tu? Saya x tengok la~ Pelakon lain cam bez2
BalasPadamtengok gak ari tuh... emm.. tak paham mule2.. slmat ade synopsis ini :>
BalasPadamagak berdebar tgk cerita ni. takut sebab sound effect..hehe
BalasPadam