Pages

03 November 2010

Ujibakat Raja Lawak 5

Salam.. pada 23.10 yang lepas aku sekeluarga pergi tengok ujibakat Raja Lawak 5 yang diadakan di Plaza Kotaraya Johor Bahru. Ini kali pertama aku lihat ujibakat dijalankan. Tujuan ke sana ingatkan dapatlah jumpa Zizan dan Johan. Lagipun aku dan Irfan suka dengan lawak selamba mereka berdua. Aku sampai kat Plaza Kotaraya lebih kurang pukul 5.30ptg. Masa tu nampaklah peserta yang sedang beraksi kat atas pentas. Kemudian hos ujibakat keluar, ala... agak frust kerana bukan Zizan dan Johan tapi bekas peserta Raja Lawak 1 dan 2. Aku cam muka tapi tak taulah namanya.

Jurinya pula Sathia dan David Teo. Aku memang respect la kat David Teo. Ada satu masa ketika itu masa rehat, takde sape pun yang pergi kat David Teo, pastu ada satu group budak lelaki tengah borak-borak, tiba-tiba David Teo pergi kat dorang. Aku perhatikan je, pastu nampak David Teo bercerita dengan group budak lelaki tu seolah-olah dorang dah kenal lama. Ketawa-ketawa, mungkin tengah turunkan ilmu kot he3. Sampaikan aku terdengar ada orang kata ''bestlah David Teo ni, cakap ngan kitorang macam dah kenal lama''. Kirakan David Teo ni peramah orangnya.


Rata-rata peserta yang menghadiri ujibakat tu, biasa je lawak dorang. Tak nampak sangat yang betul-betul ummphh.. tapi hari sabtu tu ada 2 orang yang dapat ke saringan di Kuala Lumpur. Kitorang balik sebaik habis ujibakat tu, aku sempat tanya dengan hos, mana Zizan dan Johan. Dorang cakap Zizan ada kat FFM23, Johan ada tapi sekejap je. Takpe la.. tahun depan kalau buat kat Johor lagi, confirm aku nak pergi.


Bukit Timbalan Johor Bahru
*gambar diambil dari car park tingkat lima Plaza Kotaraya*

Jurinya, Sathia dan David Teo

Peserta sedang mempamerkan bakat mereka


Hos Ujibakat Raja Lawak5


Irfan dan Balqis bergambar dengan hos (aisey..sorilah, aku tak ingat nama dorang)

9 ulasan:

  1. kie-yu nak pegi tp mse tu tgh kt putrajaya tgk adk konvo
    nk tgk johan dgn zizan gak sbenanye
    bukan dorang ehhhh
    tak ralat sgt la tak pegi
    hehe

    BalasPadam
  2. Hee..rajin jugak Adik Akak layan program ni!! Tak dapek nak nolong bab nama host tu...Akak pun blurrr!

    BalasPadam
  3. Kie-yu ~ tu la..akak agak ralat juga.sebab memang nak tengok dorang berdua especiallynya zizan la.Tak pe la,takde rezeki hu3.

    BalasPadam
  4. Kak Watie ~ saje kak layan program camni.best juga tengok he3

    BalasPadam
  5. uiks.. ramai ker dtg uji bakat tu kak?.. mesti dpt sambutan menggalakkan kan.. hohoho

    BalasPadam
  6. ManjaIxora ~ ramai juga rasanya.hari sabtu je dah 100++.

    BalasPadam
  7. bestnya kalau dapat tengok... diorang lawak2.. hehe

    BalasPadam
  8. ardinihumaira ~ memang best.suka tgk lawak

    BalasPadam
  9. I like this post.. Impressed me a lot.. thnaks..

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian komen kalian