Assalammualaikum... malam tadi aku menyaksikan episode pertana drama Sahara ni. Jalan ceritanya biasa je. Mungkin baru episode pertama kan.. tapi aku geram betul dengan watak Tina yang dilakonkan Tasha Shilla. Jahat dan gedik. Kalaulah perangai adik aku macam Tina, dah lama kena lempang he3. Drama bersiri sebanyak 25 episod diterbtkan buat pertama kali oleh Enuja Production. Skripnya ditulis oleh Syarifah Abu Salem dan arahan Jamal Khan.
Jom kita tengok sinopsis drama Sahara ni
Sahara (Nanu Baharuddin) menyayangi adik tunggalnya Tina (Tasha Shilla) seperti menatang minyak yang penuh. Tidak pernah sesekali memarahinya mahupun meninggikan suara, Sahara akan cuba sedaya upaya memenuhi segala kemahuan Tina asalkan adiknya bahagia. Tindakan Sahara yang terlalu memanjakan Tina sering ditegur ibu mereka, Rahimah (Fadillah Mansor).
Walaupun jarak usia mereka jauh, iaitu 18 tahun antara mereka, hubungan antara Sahara dan Tina amat rapat. Namun, kemunculan jejaka bernama Ashraf mengubah segala-galanya. Rahimah ingin menjodohkan Sahara dengan Ashraf (Amar Alfian) setelah Sahara menjanda sekian lama. Sahara kahwin lari dengan Rizal (Esma Danial) ketika berumur 17 tahun tanpa menghiraukan bantahan keluarga. Dek usia yang masih mentah, Sahara dan Rizal sering bergaduh dan akhirnya bercerai selepas lima bulan berkahwin.
Pada pertemuan kali pertama, Ashraf terpikat pada Sahara walaupun Ashraf lima tahun lebih muda daripadanya. Tina juga mempunyai perasaan terhadap Ashraf. Wujud cinta tiga segi kerana Sahara juga menyintai Ashraf. Namun demi kebahagiaan Tina, Sahara sanggup mengundur diri dan meminta Ashraf menerima cinta Tina. Ashraf membuat pengakuan bahawa dia tidak pernah menyintai Tina tetapi Sahara yang menjadi pilihannya. Tina menganggap Sahara sebagai penghalang cinta lalu terus memusuhi kakaknya. Tina memberontak. Dia bukan saja mengenakan Sahara di syarikat malah bersikap dingin di rumah.
Walaupun semakin tertekan dan kecewa dengan sikap Tina, Sahara mengalah. Keadaan menjadi bertambah rumit selepas bekas suami Sahara, Rizal pula kembali menagih cinta dari Sahara. Rizal juga mahu menjejaki anak mereka walaupun Sahara memberitahunya kandungan itu telah gugur. Rizal menculik Tina supaya Sahara menurut segala kemahuannya. Sahara bagai kehilangan akal.
Masih mampukah dia menyimpan satu rahsia yang akan mencetus konflik dalam hidupnya? Saksikan Sahara setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam di slot Samarinda di TV3.
Bila aku baca sinopsis ni aku agak Tina tu sebenarnya adalah anak kepada Sahara. Bagi sesiapa yang tengok drama ni malam tadi, perasan tak ada sesuatu yang tak kena dengan wajah Nanu. Bengkak semacam. Any comment?

4 patah-patah kata:
hmm saya perasan..maybe die makin berisi kot sbb x nmpak plak cam kesan botox..lagi 1 cube tgk bentuk bdn die..cam dah hilang shape jer
hah>??bengKAK?
haa tak tengok tk leh komen tv 3 kan nanti lah layan!!!
x silap tu ksan amik botox kn?
p/s: rasa2 tina tu mmg ank dia dlm citer ni :p
Catat Ulasan