Walaupun dah masuk hari ke 3 tapi aku masih lagi merasai kehilangan pelawak tanah air kita iaitu Allayarham Din Beramboi. Kat opis tadi sempatlah aku baca suratkhabar METRO AHAD. Selak page by page ternampak coretan Borak Pak Nil. Kita semua sedia maklum Pak Nil atau dikenali dengan Aznil Hj Nawawi adalah antara yang paling rapat dengan arwah. Sambung balik..tajuk coretan ''Ubat Saya Sudah Pergi''. Sedih aku baca coretan tu hingga menitis air mata. Aku copy dan paste sebahagian dalam Borak Paknil yang menyentuh hati. Manalah tau kalau ada antara korang yang belum baca.
''Din,pilih tempatlah untuk berlawak''
Sebagai abang, Paknil pernah juga menegur perangai Din yang suka melawak tidak bertempat. Pernah ketika Pak Nil mengendalikan segmen Merisik Khabar, Paknil tersentuh dengan cerita pemanggil sehingga menitiskan air mata.
Din yang ada di depan Pak Nil ketika itu ketawa melihat Pak Nil yang tersedu-sedu. Hangat juga hati ketika itu apabila Din cuba membuat lawak sedangkan kami berbual mengenai sesuatu yang menyayat hati.
Pak Nil tegur dia:''Din, ko boleh tak pilih masa dan tempat untuk berlawak?'' Jawapan Din benar-benar menginsafkan Paknil. Katanya ''Kalau menangis boleh selesaikan masalah orang itu, dia pun akan menangis sekali. Muka sedih dan menangis bukan boleh selesaikan masalah.
Din memang ingin jadi ubat kepada wajah sedih orang. Dia nak orang senyum gembira saja. Dia memang akan memanggil Paknil sebagai orang yang cengeng dan sebab itu dalam Raja Lawak ada ketika dia tegur Bob Lokman yang berair mata ketawa sama seperti buruknya Paknil menangis. Sekarang, dia pasti nampak betapa buruknya muka Paknil menangisi pemergiannya.
''Suka hantar SMS yang mengarut.
Paknil memang tidak suka ber'SMS' dengan Din sebab dia suka hantar SMS yang entah apa-apa. Pernah Paknil hantar SMS kepada Din tanya kenapa dia nak Alex Raja Lawak gantikan dia bila tidak ada di Era lagi? Din jawab: ''Sebab dia tak tau nak komen apa untuk Alex yang memang best!''
Baru-baru ini masa dia sakit, Paknil ada hantar SMS pada Din. Paknil cakap ''Din,cepatlah baik demam. Tak bestlah buat kerja sorang-sorang''.
Nak tau apa yang Din jawab pada Paknil? ''Bukan sakit tapi rasa nak mati. Semua dah rasa kebas. Tu tanda-tanda nak matilah''.
''Din, aku rindukan kau''
Mungkin ini tidak pernah Paknil ucapkan pada Din sebab memang tak pernah rindukan dia, tapi kini setelah Din tiada, baru Paknil seperti terdengar bunyi ketawanya, bunyi batuknya, bunyi dengkurnya ( kadangkala dia terlelap juga dalam konti... hehehe )
Paknil pun tak tau apa makna Riuh Pagi di Era lagi sebab Paknil tidak pasti sama ada akan adakah lagi riuh itu apabila Din sudah tiada. Paknil tidak akan mampu menjalani tugas di konti sebab di setiap sudut Paknil akan terbayang kehadiran Din Beramboi.
Din, kau pergi tanpa beri amaran. Habis senyum dan tawa aku kau bawa sekali. Kini aku masih mencari orang yang boleh kembalikan senyum dan ketawa itu. I MISS YOU MY BRO!
Wassalam..
Apa yang pastinya ramai peminat Allahyarham Din Beramboi akan terus merinduinya.....