

Disebabkan semalam aku malas nak masak, aku singgah pasar malam lalu beli la makanan feberet aku iaitu nasi kerabu. Nasi kerabu yang aku beli tu cuma RM3 je. Isi kandungannya nasi yang bewarna biru, telur masin sebelah, ulam-ulaman, daging bakar dan yang membuat penambah selera adalah budu dan sambalnya. Hmmm...sedapnya. Airnya pula aku minum ice blended mocha yang aku blend sendiri hehehe. Okay la...untuk makan malam aku. Oppsss...lagi dua menu yang aku beli rojak petis dan tongkeng percik. Tapi sayangnya aku tak dapat nak upload gambar kat sini sebab gambarnya blur la huhuhu....
2 patah-patah kata:
huih... sedapnya nasi kerabu... lama tak makan, sejak meninggalkan kg pasir...hehhe.. pasar malam area umah aku ni takde lak org jual nasi kerabu... tongkeng percik tu feveret aku...
jieda @ dina
Baru-baru ni je baru aku nampak orang jual tongkeng percik.Sebelum ni tak pernah nampak.Pertama kali aku makan waktu aku balik rumah abah aku kat Melaka.
Catat Ulasan