Pages

02 Oktober 2010

Bayi Tercekik Susu Lagi

Salam.. harini masa baca paper ternampak lagi pasal kes bayi meninggal akibat tercekik susu. Sejak kebelakangan ni agak banyak jugak kes seperti ni yang kita baca dari paper. epas anak pertama aku lahir lepas dah bagi susu memang sambil lewa je nak sendawakan anak terutamanya di tengah malam tapi arwah mak selalu bising dan selalu mengingatkan sendawakan anak lepas menyusu itu penting.

Aku masih ingat lagi malam sebelum arwah anak aku meninggal, lepas bagi susu lebih kurang pukul 9.15 aku dah sendawakan dan dah berbunyi pun, pastu main-main ngan arwah sampai pukul 11 malam. Kemudian arwah dengan aku tidur bersebelahan di atas katil. Bila sedar paginya arwah anak aku dah kaku. Bila hantar hospital dan doktor dah check, doktor sahkan anak aku meninggal bukan kerana tersedak susu. Ye la.. kalau doktor sahkan tersedak susu mesti sampai sekarang aku akan rasa menyesal dan bersalah kerana aku rasakan aku cuai. Tapi.. tu cerita lama dan aku nasihatkan kepada sesiapa yang ada anak kecil tu sendawakanlah lepas menyusu. Takut terjadi perkara yang tak diingini.

4 ulasan:

  1. dah macam trend sekarang plak..kat malaysia ni bile ada satu kes berlaku..maka kes tu akan berlarutan...dan bermusim

    BalasPadam
  2. al-fatihah untuk arwah anak & mak.
    Sedih cerita pasai anak-anak nih..
    Kuman "iphone 4" Entry

    BalasPadam
  3. mintak jauhlah kan kes-kes mcm ni kat family kita n also kwn2 :D

    BalasPadam
  4. Seorang jaga sampai 10 orang bayi. Ada yang lebih. Diaorg ni cuma memikirkan keuntungan je. Memang la banyak bayi, duit masuk pun banyak. tapi ingat-ingat la sikit. Tambah pekerja tu

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian komen kalian