Pages

04 Oktober 2010

Penipuan Kredit Kad


Hari khamis lepas, en suami dapat panggilan dari pihak bank menyatakan ada hutang kredit card yang tertunggak dan masih belum dijelaskan. Nilainya RM9,350.00. Pastu en suami call aku dan tanya, ''kita ada guna kredit card ke?'' Setahu aku, memang dah lama kitorang tak gunakan kredit card lagi. En suami beritahu dengan pihak bank yang kitorang tak guna kredit card dan en suami mintak info dari pihak bank tu. Pihak bank bagitau en suami apply GOLD CARD di Sibu, Sarawak dan transaction tu digunakan di Sentosa, Singapore.

See... pergi Sarawak pun kitorang tak pernah apatah lagi ke Singapore. En suami dah call Bank Negara bahagian pemalsuan kad kredit dan pihak Bank Negara bagitau dorang akan siasat. Kalau betul berlaku penipuan kitorang disuruh buat report police.

Sebelum ni aku hanya baca kat paper pasal penipuan camni. Tiba-tiba tak sangka boleh terjadi pada family aku sendiri. Hisshh... pening kepala camni.

18 ulasan:

  1. Berhati-hati kak.. zaman sekarang nie mcm2 cara org nak menipu!

    BalasPadam
  2. huhu..takutnya..mcm2 penipuan sekarang kan..yg x pakai pun depa leh ckp pakai...

    BalasPadam
  3. ligat je kepala otak diorang ni nak menipu....

    BalasPadam
  4. adui.. takutnye.. kena stopkan cc ni.. mmmm

    BalasPadam
  5. better guna debit card..lbh selamat

    BalasPadam
  6. Salam,
    Nanti buat report. InsyaAllah, boleh selesai. Walaupun penyangak tu cerdik, dunia dah makin canggih. Boleh tengok sape punya angkara kat mana2 tempat dia pi buat transaksi tu...cctv kan banyak.

    Banyak2 sabar ya...ujian datang selalunya x terduga

    BalasPadam
  7. aduh...
    panjang btl akal diorang nak menipu..

    BalasPadam
  8. alamak takutnya terjadi kes2 penipuan camni...menysakkan jantung

    BalasPadam
  9. mintak2lah kes ni setel cepat.

    biasanya kalau melibatkan kad kredit yg kita tak guna tapi tiba2 kata ada hutang...maybe ada kaitan dgn org dlm.
    sbb bank biasanya akan call kita kalau kita ada apply kad kredit, then bila nak guna baru kita aktifkan kad tu.

    **baru sembang pasal benda dgn hubby izan smlm.

    BalasPadam
  10. bahaya tuu.. kene hati2 nih..tp nasib baik sk xde kad kredit lagi :p

    BalasPadam
  11. byknya nilai tunggakan tu.. mybe ada org guna salinan IC ur hubby apply kad kredit ni kot..

    BalasPadam
  12. wo..bahaya..nanti jng lupa kisah selanjutnya..mana tau leh jadi panduan utk elak dr di perguna...durjana sungguh si penipu...

    BalasPadam
  13. mmg ade...smlm my fren kene scam gak..

    BalasPadam
  14. Bhaye ni. .kalo kes penipuan kena bayar tak?

    BalasPadam
  15. byknya jumlah 2.. gile lah. tp cmne leh name incik suami lak yg kene? cmne depe wat? dasat btol!

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian komen kalian