Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

10 Ogos 2010

Salam Ramadhan Untuk Semua


Salam pagi. Tinggal lagi beberapa jam je seluruh umat Islam akan menyambut ketibaan Ramadhan. Para-para ibu mesti ada yang tengah fikir nak masak apa untuk sahur ni. Biasanya untuk sahur hari pertama ni mesti nak masak lauk yang best untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. Aku pun tengah pikir nak masak apa untuk sahur ni.

Bercerita pasal sahur ni, aku ada pengalaman yang nak aku ceritakan sikit. Kejadian ni berlaku kalau tak silap aku 6 tahun yang lepas. Masa tu sahur hari pertama. Aku bangun seawal 4.30 pagi. Konon-kononnya nak masa lauk yang ringkas je. Dah siap bahan-bahannya, tiba masa untuk menumis. Bila aku onkan gas tu, api tak nyala. Rupa-rupanya gas habis. Dahlah kat rumah aku takde gas spare. Nak beli gas manalah ada kedai yang buka pukul 4.30 pagi. Nak makan kat luar memang tak sempat. Lastnya aku pegi rumah abah aku. Masa tu aku tinggal berdekatan ngan family aku. Selang beberapa rumah je. Dah sampai rumah abah aku, kebetulan pula arwah mak masak memang ngam-ngam je untuk dorang dan akhirnya atas permintaan aku arwah mak gorengkan telur dadar sebagai makanan tambahan. Bersahurlah kitorang ramai-ramai. Miss sangat suasana tu huhuhu...

Lepas kejadian tu aku pastikan tiba kali Ramadhan aku akan pastikan gas kat rumah berisi penuh. Takut kejadian tu berulang lagi hehehe...

SO, DI KESEMPATAN INI SAYA UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGER.

8 patah-patah kata:

Eye_nee berkata...

Selamat Berpuasa..Semoga Amalan Kita kali ini Diberkati Nya...

MiaSaidin berkata...

Selamat menyambut Ramadhan :)

qistynacorner berkata...

alamak cmnae lau jd benda yg sama kt kite... hukhuk... nk kena jage2 ni :)

NIA berkata...

selamat menyambut ramadhan juga sis:)

ManjaIxora berkata...

salam kak jieda..

selamat menyambut ramadhan gak.. semoga kita semua mendapat keberkatanNya.. Amin..

hohoho

anyss berkata...

Salam,
Selamat sambut Ramadhan, moga gunung yang kita kumpul tahun ni lebih tinggi dari gunung tahun lepas ;)

cikmin berkata...

salam jieda...nasib dapat jugak makan.. :)

selamat berpuasa jugak buat jieda dan keluarga...salah silap harap maafkan walaupun tak raya lagi.. :)

Syida berkata...

semoga ibadah kita diterima olehNya