Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

21 Ogos 2010

Jin Tentera Nabi Sulaiman


Jin adalah sebahagian tentera nabi Sulaiman. Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan daripada Allah yang boleh memahami bahasa binatang. Dia boleh bicara dengan burung Hud Hud dan memahami bahasa semut. Dalam surah An-Naml, ayat 18 ~ 26 menceritakan keistimewaan nabi yang sangat kaya raya ini. Firman Allah yang bermaksud: ''Dan Sulaiman mewarisi Daud dan dia berkata, ''Hai manusia, kami diberi pengertian mengenai suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata''.

Dan, dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya daripada jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, ''hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak meyedari''. Maka Nabi Sulaiman tersenyum dan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya, ''Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada orang tuaku, kurniaka padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau readhai dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh''. (An-Naml: 16~19)

Menurut riwayat, pernah suatu hri Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut, ''Wahai semut! Berapa banyak engkau peroleh rezeki daripada Allah dalam waktu setahun?'' ''Sebesar biji gandum'', jawab semut. Kemudian, nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Genap setahun, Nabi Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, si semut mendapati hanya memakan sebahagian biji gandum itu. ''Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?'' tanya Nabi Sulaiman.

''Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah'', jawab si semut. ''Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadakupada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya. Walaupun Nabi Sulaiman dilimpahkan kekayaan, dia tetap manusia biasa.

Begitu juga cerita Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis, seorang wanita yang cantik dan mempunyai akal yang cerdas. Sebab itulah golongan jin berasa irihati dengannya. Mereka mengatakan Ratu Balqis mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta. Maka Nabi Sulaiman memerintahkan jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu baginda menyuruh membina sebuah mahligai yang dibuat daripada kaca. Bahagian bawah mahligai itu di sekeliling sungai dengan ikan manakala atasnya dibuat sebuah jambatan daripada kaca.

Ketika Ratu Balqis dan rombongannya tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: ''Apakah ini singgahsanamu?'' Ratu Balqis menjawab ''Mungkin!'' Ia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgahsananya. Daripada jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman bahawa dia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana. Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh tetamunya itu masuk ke istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke istana, dia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga dia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap.

Nabi Sulaiman melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aib pun seperti yang disampaikan golongan jin. Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: ''Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibemtuk daripada kaca''. Ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: ''Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti''.

Di dalam surah An-Naml ayat 44 bermaksud: ''Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam''. Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat. Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang buas sebagai buruhnya dan malaikat seagai utusannya.

Nabi Sulaiman mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya dibuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, panjang barisan itu tidak kurang daripada seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan. Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani itu terdapat 12,000 mihrab, pada setiap mihrab terdapat kerusi daripada emas dan perak, kemudian duduk di atas setiap kerusi itu seorang yang alim dari ulama Bani Israel.

Pada setiap hari dimasak kira-kira 1,000 unta, 4,000 lembu dan 40,000 kambing. Nabi Sulaiman mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk di atas tungku. Firman Allah yang bermaksud: ''Jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendakinya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku''. (Surah Saba' ayat 13)

Begitulah besarnya kelebihan Nabi Sulaiman. Namun, kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad yang beriman, di dalam syurga nanti lebih besar. Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi Muhammad di dalam syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Nabi Sulaiman.

6 patah-patah kata:

Mrs. Q! berkata...

cerita2 nabi mmg seronok di baca
bnyk pengajaran..
kie-yu suka :D

Belalang hijau Perisik berkata...

info yang menarik...
syabas!

zulkoa berkata...

best2...

Jieda berkata...

Kie-yu ~ akak akan post lebih banyak citer nabi ni

Jieda berkata...

belalang hijau ~ sama-sama kita berkongsi

Jieda berkata...

Cik Ubi ~ teruskan membaca he3