20 November 2014
08 November 2011
Tanda-Tanda Kecil Kiamat Telah Lengkap
30 September 2011
Kelebihan Surah Insyirah

Assalammualaikum.. info ni aku dapat dari fb dan aku nak kongsikan di sini untuk rujukan kita semua.
AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN... DENGAN MUDAH DAN TENANG
Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.
Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
Info kelebihan yang lain dari Surah Insyirah ni boleh rujuk di sini
23 Ogos 2010
Nabi Idris Naik Ke Langit

Nama sebenar Nabi Idris ialah 'Akhnukh'. Baginda dinamakan Idris kerana banyak membaca, mempelajari kitab Allah. Setiap hari Nabi dris menjahit qamis (baju kemeja) dan apabila memasukkan jarum, Baginda mengucapkan tasbih. Selepas baju itu siap, ia diserahkan kepada orang yang menempah tanpa meminta upah. Dalam keadaan itu, Nabi Idris masih mampu beribadah dengan amalan yang sukar digambarkan sehingga Malaikat Maut amat rindu berjumpanya.
Lalu Malaikat Maut bermohon kepada Allah menemui Nabi Idris. Selepas memberi salam, malaikat pun duduk. Nabi Idris mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka, datanglah malaikat dari syurga membawa makanan lalu Baginda menikmati makanan itu. Baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. ''Wahai tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama''. Tetapi malaikat itu menolaknya.
Nabi Idris melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris hairan melihat sikap malaikat itu. Kemudian baginda berkata: ''Wahai tuan, mahukah bersiar-siar bersama saya melihat keindahan alam sekitar?'' Malaikat Maut menjawab: ''Baiklah wahai Nabi Allah Idris''. Maka berjalanlah mereka melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris: ''Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya mengambil ini untuk dimakan?''
Nabi Idris pun menjawab: ''Subhanallah, mengapa malam tadi tuan enggan makan makanan halal, sedangkan tuan mahu memakan yang haram pula?'' Kemudian Nabi Idris dan Malaikat Maut meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa mereka bersiar-siar selama empat hari. Selama bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan Malaikat Maut. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat manusia biasa.
Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahu. Baginda bertanya: ''Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan sebenarnya?'' ''Saya adalah Malaikat Maut''. ''Tuankah yang bertugas mencabut nyawa semua makhluk?'' ''Benar ya Idris''. ''Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan akan mencabut nyawa makhluk?'' ''Wahai Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang saya cabut. Roh makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap makanan''. ''Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau mencabut nyawaku?'' ''Saya datang menziarahimu dan Allah mengizinkan niatku itu''.
''Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohon kepada Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah Allah selepas merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu''. Malaikat Maut menjawab: ''Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang melainkan izin Allah''. Lalu Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut, agr mencabut nyawa Idris. Maka tercabutlah nyawa Idris saat itu dan Baginda merasakan kematian.
Ketika melihat kematian Nabi Idris, Malaikat Maut menangis. Dengan rasa hiba dan sedih, dia bermohon Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan Allah kembali. Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan bertanya: ''Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan mauit itu?'' ''Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya''. ''Padahal kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan, ketika mencabut nyawa tuan belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan''.
''Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan iaitu saya teringin melihat neraka, supaya dapat beribadah kepada Allah lebih banyak selepas meyaksikan dahsyatnya api neraka itu''. ''Wahai Idris, saya tidak dapat ke neraka tanpa izin Allah''. Akhirnya Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke neraka. Di neraka itu, Nabi Idris melihat semua yang diciptakan Allah untuk meyeksa musuh-Nya seperti rantai panas, ular berbisa, kala, api yang membara, timah yang mendidih, pokok yang penuh berduri serta air panas mendidih.
Selepas itu, mereka pun pulang. Nabi Idris berkata: ''Wahai Malaikat Maut, saya berhajat agar tuan membawa saya ke syurga supaya dapat melihat apa-apa yang disediakan Allah bagi kekasih-Nya. Ini dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah. ''Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke syurga tanpa perintah dari Allah'', jawab Malaikat Maut. Lalu Allah memerintahkan Malaikat Maut membawa Nabi Idris ke syurga.
Mereka sampai di pintu syurga dan melihat pemandangan di dalamnya. Baginda melihat segala kenikmatan disediakan Allah untuk wali-Nya seperti buah-buahan, pokok yang indah dan sungai yang mengalir. Kemudian Nabi Idris berkata: ''Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya merasakan pahitnya maut dan saya melihat dahsyatnya api neraka. ''Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api neraka?''
Malaikat maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin. Nabi Idris masuk ke syurga dan meletak kasutnya di bawah salah satu pohon lalu keluar dari syurga. Apabila di luar, Nabi Idris berkata ''Wahai Malaikat Maut, aku meninggalkan kasutku di syurga''. Malaikat Maut pun berkata: ''Mauklah ke syurga dan abil kasut tuan''. Maka masuklah Nabi Idris, namun baginda tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya: ''Ya Idris, keluarlah!'' ''Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT berfirman bermaksud: Setiap yang berjiwa akan merasakan mati. (Surah Ali-Imran ayat 185).
''Sedangkan saya merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud: Dan tiada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi neraka itu. (Surah Maryam ayat 71). Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: ''Biarkanlah dia, kerana Aku menetapkan di azali, bahawa tempat tinggalnya di syurga''.
21 Ogos 2010
Jin Tentera Nabi Sulaiman

Dan, dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya daripada jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, ''hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak meyedari''. Maka Nabi Sulaiman tersenyum dan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya, ''Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada orang tuaku, kurniaka padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau readhai dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh''. (An-Naml: 16~19)
Menurut riwayat, pernah suatu hri Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut, ''Wahai semut! Berapa banyak engkau peroleh rezeki daripada Allah dalam waktu setahun?'' ''Sebesar biji gandum'', jawab semut. Kemudian, nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Genap setahun, Nabi Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, si semut mendapati hanya memakan sebahagian biji gandum itu. ''Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?'' tanya Nabi Sulaiman.
''Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah'', jawab si semut. ''Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadakupada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya. Walaupun Nabi Sulaiman dilimpahkan kekayaan, dia tetap manusia biasa.
Begitu juga cerita Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis, seorang wanita yang cantik dan mempunyai akal yang cerdas. Sebab itulah golongan jin berasa irihati dengannya. Mereka mengatakan Ratu Balqis mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta. Maka Nabi Sulaiman memerintahkan jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu baginda menyuruh membina sebuah mahligai yang dibuat daripada kaca. Bahagian bawah mahligai itu di sekeliling sungai dengan ikan manakala atasnya dibuat sebuah jambatan daripada kaca.
Ketika Ratu Balqis dan rombongannya tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: ''Apakah ini singgahsanamu?'' Ratu Balqis menjawab ''Mungkin!'' Ia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgahsananya. Daripada jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman bahawa dia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana. Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh tetamunya itu masuk ke istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke istana, dia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga dia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap.
Nabi Sulaiman melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aib pun seperti yang disampaikan golongan jin. Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: ''Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibemtuk daripada kaca''. Ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: ''Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti''.
Di dalam surah An-Naml ayat 44 bermaksud: ''Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam''. Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat. Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang buas sebagai buruhnya dan malaikat seagai utusannya.
Nabi Sulaiman mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya dibuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, panjang barisan itu tidak kurang daripada seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan. Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani itu terdapat 12,000 mihrab, pada setiap mihrab terdapat kerusi daripada emas dan perak, kemudian duduk di atas setiap kerusi itu seorang yang alim dari ulama Bani Israel.
Pada setiap hari dimasak kira-kira 1,000 unta, 4,000 lembu dan 40,000 kambing. Nabi Sulaiman mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk di atas tungku. Firman Allah yang bermaksud: ''Jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendakinya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku''. (Surah Saba' ayat 13)
Begitulah besarnya kelebihan Nabi Sulaiman. Namun, kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad yang beriman, di dalam syurga nanti lebih besar. Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi Muhammad di dalam syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Nabi Sulaiman.
Nabi Ibrahim Membina Kaabah

Allah memerintahkan Nabi Ibrahim membangunkan Baitul 'Atiq, iaitu masjid bagi manusia menyembah Allah. Ulama salaf mengatakan setiap tingkat langit terdapat sebuah rumah. Penduduk langit beribadah kepada Allah di rumah itu. Kerana itulah Allah memerintahkan Nabi Ibrahim membuat bangunan seperti itu di muka bumi. Inilah kisah pembangunan Kaabah oleh Nabi Ibrahim yang dibantu putera baginda, nabi Ismail.
Kisah bermula apabila nabi Ibrahim membawa isterinya Hajar, ke Makkah. Ketika itu, Hajar masih menyusukan Ismail. Nabi Ibrahim kemudian meletak Hajar dan Ismail di bawah pohon besar tetapi tiada sesiapa di situ termasuk sumber air. Nabi Ibrahim hanya meninggalkan kurma dan bejana berisi air. Ketika Nabi Ibrahim hendak pergi, Hajar mengikuti dari belakang dan bertanya, ''Wahai Ibrahim, ke mana engkau akan pergi? Apakah engkau akan meninggalkan kami di lembah ini yang tiada sesiapa dan makanan apa pun?''. Hajar mengucapkan berkali-kali, namun Nabi Ibrahim tidak menghiraukannya. Hajar bertanya lagi, ''Apakah Allah yang memerintahkan engkau berbuat ini?'' Nabi Ibrahim menjawab, ''Ya''. Hajar lalu berkata, ''Dia tidak akan membiarkan kami''. Hajar kemudiannya kembali.
Di daerah Tsaniah, ketika kelibatnya hilang dari pandangan keluarga, Nabi Ibrahim berdoa: ''Ya Allah, sesungguhnya aku menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. Ya Rabb Kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur''.
Ketika persediaan air mereka habis, Hajar pun mencari air untuk dia dan puteranya. Dia ke bukit Safa, mencari-cari adakah orang di sana, namun tiada sesiapa ditemui. Oleh kerana itu, di dalam ibadat haji terdapat ibadat namanya Saei, iaitu berlari-lari kecil dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali. Apabila sampai ke Marwah, Hajar mendengar suatu suara. Lalu dia berkata, ''Diamlah''. Dia mendengar suara itu lagi lalu mencarinya dan berkata, ''Aku mendengarmu, apakah engkau dapat memberikan bantuan?''.
Ternyata dia berada bersama malaikat di tempat di mana terdapat air zam-zam. Lalu, malaikat itu menggali tanah hingga akhirnya muncul air. Dia mendapatkan air itu dan mengisi ke dalam benjananya dan kembali ke Ismail dan menyusuinya. Malaikat berkata kepada Hajar, ''Janganlah engkau takut disia-siakan, kerana di sini akan dibina sebuah rumah oleh anak ini dan bapanya. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan keluarganya''.
Selepas beberapa waktu berlalu, serombongan suku Jurhum datang ke tempat itu dan tinggal di sekitar air zam-zam bersama Hajar dan Ismail. Ia atas izin Hajar. Sementara itu Nabi Ismail kian meningkat dewasa dan belajar bahasa Arab dari suku Jurhum. Baginda berkahwin dengan salah seorang wanita mereka. Diceritakan bahawa tidak lama kemudian, Hajar meninggal dunia. Nabi Ibrahim datang menjenguk Nabi Ismail dan isterinya.
Nabi Ibrahim bertanya kepada wanita itu ke mana Nabi Ismail. Isterinya menjawab, ''Dia mencari nafkah untuk kami''. abi Ibrahim bertanya keadaan mereka. Isteri nabi Ismail menjawab, ''kami hidup dalam kesempitan dan kemiskinan.'' Mendengar jawapan itu, sebelum pulang Nabi Ibrahim berpesan kepada wanita itu menyampaikan salam kepada Nabi Ismail dan berpesan agar Nabi Ismail mengganti pegangan pintunya.
Selepas Nabi Ismail pulang ke rumah, isterinya menceritakan peristiwa tadi dan menyampaikan pesanan Nabi Ibrahim kepada suaminya. Mendengarkan hal berkenaan, Nabi Ismail berkata kepada isterinya, ''Itu tadi adalah bapaku. Dia menyuruhku untuk menceraikanmu, maka kembalilah engkau kepada orang tuamu''. Nabi Ismail pun menceraikan isterinya sesuai dengan pesan Nabi Ibrahim dan kemudia berkahwin lagi dengan seorang wanita dari Bani Jurhum.
Selepas beberapa waktu, Nabi Ibrahim kembali mengunjungi Nabi Ismail. Namun, Nabi Ismail tiada di rumah. Nabi Ibrahim pun menemui isteri Nabi Ismail yang baru. Beliau bertanya di mana Nabi Ismail sekarang. Isterinya menjawab Nabi Ismail sedang mencari nafkah. Nabi Ibrahim juga bertanya keadaan mereka. Wanita itu menjawab mereka baik-baik saja sambil kemudian memuji Allah. Nabi Ibrahim bertanya makanan serta minuman mereka.
Wanita itu menjawab makanan mereka adalah daging, dan minuman adalah air. Maka Nabi Ibrahim mendoakan mereka, ''Ya Allah berkatilah mereka pada daging dan air''. Selepas itu Nabi Ibrahim pergi dari rumah Nabi Ismail. Namun, Baginda berpesan kepada wanita itu agar Nabi Ismail memperkukuh pegangan pintunya.
Ketika Nabi Ismail pulang, beliau bertanya kepada isterinya, ''Adakah tadi orang yang bertamu?'' Isterinya menjawab, ''Ada, seorang tua yang penampilannya baik''. Dia memuji Nabi Ibrahim. ''Dia bertanya kepada diriku, maka aku jelaskan keadaanmu kepadanya. Dia juga bertanya kehidupan kita, dan aku jawab kehidupan kita baik-baik saja''. Nabi Ismail kemudian bertanya, ''Adakah dia berpesan sesuatu kepadamu?'' Isterinya kembali menjawab, ''Ya, Dia menyampaikan salam kepadamu dan meyuruhku mengukuhkan lagi pegangan pintumu''.
Nabi Ismail berkata, ''Itu adalah ayahku dan engkau adalah pegangan pintu itu. Beliau menyuruhku untuk tetap berkahwin denganmu (menjagamu)''. Ketika Nabi Ismail meraut anak panah, Nabi Ibrahim pun datang. Nabi Ismail bangun menyambutnya dan mereka saling melepaskan rindu. Selanjutnya, Nabi Ibrahim berkata ''Wahai anakku, sesungguhnya Allah menyuruhku menjalankan perintah.'' Ismail menjawab, ''Lakukanlah apa yang diperintahkan Tuhanmu''. ''Apakah engkau akan membantuku?'', tanya Nabi Ibrahim.
''Aku pasti akan membantumu'', jawab Ismail. Nabi Ibrahim kemudian menunjuk ke tompokan tanah yang lebih tinggi dari yang sekitarnya. Baginda berkata, ''Sesungguhnya Allah menyuruhku membuat rumah di sini''. Pada saat itulah, Ismail mulai mengangkut batu sementara Nabi Ibrahim memasangnya untuk membina Baitullah. Selepas bangunan tinggi, Ismail membawakan sebuah batu untuk menjadi pijakan bagi Nabi Ibrahim. Batu inilah yang akhirnya disebut sebagai maqam (tempat berdiri) nabi Ibrahim.
Mereka bekerja dan berdoa ''Wahai Tuhan kami terimalah dari kami (amalan kami) sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui''. Sampai akhirnya Kaabah pun berdiri di bumi Allah.
20 Ogos 2010
Yunus Ditelan Ikan Nun (Paus)

Yunus bin Matta adalah seorang nabi yang diutuskan Allah untuk berdakwah di sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus datang ke Niwana semata-mata atas perintah Allah untuk berdakwah kepada penduduknya. Nabi Yunus mendapati penduduk Niwana menyekutukan Allah dengan menyembah berhala. Nabi Yunus mengajar mereka ilmu tauhid dan keimanan. Nabi Yunus memberi nasihat mereka kebodohan menyembah berhala sedangkan ia buatan manusia.
Nabi Yunus mengingatkan mereka menyembah Allah yang menciptakan manusia dan Allah saja wajib ditaati. Oleh kerana ajaran yang dibawa nabi Yunus itu baru, tidak ramai manusia mahu menerimanya. Mereka lebih suka menyembah berhala yang dilakukan sejak zaman nenek moyang. Walaupun nabi Yunus memberi nasihat, mereka tetap berkeras dengan berkata ''Ini adalah Tuhan kami (berhala),datuk nenek kami telah lama menyembah tuhan-tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami''.
Nabi Yunus berkata ''Aku hanya menyampai apa yang Allah menyuruh aku sampaikan kepada kamu, oleh itu beriman dan bertauhid menurut agama yang aku bawa sebagai amanat Allah''. Katanya lagi, ''Aku ini hanyalah pesuruh Allah supayamenyelamatkan kamu semua daripada lembah kesedatan dan lembah kegelapan serta menyiarkan kepada kamu agama yang suci bersih lagi murni dan membersihkan hati-hati kamu daripada khufur dan syirik, demi untuk kebaikan kamu di dunia dan akhirat''.
Walaupun nabi Yunus meminta supaya mereka kembali ke pangkal jalan, mereka tetap berdegil dan berkata ''walau apa sekalipun kamu katakan, kami tetap tidak akan berganjak daripada agama kami malah tidak takut ancaman yang kamu katakan dan jik mahu cubalah datangkan ancaman itu kepada kami, jika kamu memang orang yang benar''.
Selepas melihat mereka enggan menerima peringatan itu, Nabi Yunus meninggalkan Niwana dengan rasa marah. Nabi Yunus berdoa kepada Allah supaya mereka yang degil menerima hukuman. Sejak Nabi Yunus meninggalkan Niwana, mereka gelisah melihatkan perubahan di tempat tinggal masing-masing. Penduduk melihat Niwana mengalami kegelapan, binatang peliharaan tidak tenteram, angin yang kuat dan guruh yang menggegarkan. Akhirnya mereka menyesal dan keluar beramai-ramai dari kota itu ke bukit lalu meminta ampun dan rahmat Allah agar dijauhkan dari malapetaka.
Allah Maha Mengetahui akan hamba-Nya yang menyesal dan memohon ampun daripada-Nya, maka Dia menerima permintaan mereka, lalu Niwana yang gelap bertukar menjadi cerah, binatang ternakan tidak lagi dalam ketakutan dan mereka kembali tenang. Akhirnya mereka kembali dengan bersyukur kepada Allah. Nabi Yunus meninggalkan Niwana membawa diri tanpa tujuan.Baginda naik bukit turun bukit, naik gunung turun gunung dan akhirnya sampai di pantai. Kebetulan pada masa itu dia melihat sebuah kapal hendak belayar, maka dia pun menghampiri pemilik kapal itu untuk turut serta belayar.
Selepas diizinkan, Baginda menumpang kapal itu. Dalam perjalanan kepal berkenaan dilanda ribut taufan. Kapten memutuskan barang yang dibawa hendaklah dikurangkan termasuk penghuni kapal. Satu pengundian dibuat dan Nabi Yunus dipilih untuk buang ke laut. Disebabkan Nabi Yunus amat dihormati dan disanjung, mereka mengadakan pemilihan sekali lagi tetapi tetap memihak nabi Yunus. Kali ketiga mereka mengundi, akhirnya Nabi Yunis tau ia kehendak Allah. Nabi Yunus memikirkan kesalahnnya meninggalkan Niwana tanpa persetujuan Allah.
Ia berfikir keputusan undi itu untuk menebus dosanya. Nabi Yunus beristikharah, tanpa ragu-ragu Nabi Yunus terjun ke dalam laut yang bergelombang. Ketika Nabi Yunus berlawan dengan gelombang, Allah mengarahkan seeokor ikan Nun (paus) menelan nabi Yunus hidup-hidup. Ikan Nun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut. Ketika dalam perut ikan Nun, Nabi Yunus berdoa kepada Allah mengampukan dosanya. ''Tidak ada Tuhan yang benar disembah hanya Engkau Ya Allah, Maha Suci Engkau aku adalah orang yang membuat zalim atas diriku''.
Maka Allah perkenankan permintaannya dan melepaskan Baginda darpada kedukaan. Demikianlah Allah selamatkan orang yang beriman. Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: ''Nama tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama iyu akan diperkenankan doanya. Siapa yang meminta dengan nama itu, akan diberi apa yang diucapka Nabi Yunus dalam perut ikan Nun''. Firman Allah bermaksud ''Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari kiamat''.
Selepas beberapa lama dala perut ikan Nun, Allah melemparkan Nabi Yunus ke darat. Di tempat Nabi Yunus dilemparkan, Allah menghidupkan pokok labu yang dapat Baginda berteduh dan makan buahnya. Ketika dilemparkan keadaan Baginda amat letih. Selepas segar, Allah memerintahkannya kembali ke Niwana. Nabi Yunus terkejut kerana penduduk Niwana dahulunya ingkar dengan perintah Allah, kini hidup mati mereka hanya untuk Allah.
17 Ogos 2010
Kilat Musnahkan Kaum Tsamud
Harta benda dan keseronokan duniawi menyebabkan mereka lupa diri sehingga menjadikan batu sebagai tempat pemujaan. Batu yang disembah itu diberi nama seperti Wad, Jad, Syams, Manaf, Manat dan al-Lata. Akidah mereka terpesong, lalu Allah mengutuskan nabi Salleh untuk menunjukkan jalan kembali kepada kebenaran, iaitu mengakui Allah yang berhak disembah, bukan berhala yang tidak mempunyai sebarang kuasa. Kaum Tsamud yang hidup selesa menolak Nabi Salleh. Segala yang diucapkan Nabi Allah itu ditentang mereka, malah bagi mereka Salleh terkena ilmu sihir sehingga sanggup mengaku sebagai utusan Allah.
Suatu ketika, mereka bersemuka dengan Nabi Salleh untuk melihat bukti kenabiannya. Kalangan mereka mencabar nabi Salleh dengan berkata ''Jika kamu dapat mengadakan mukjizat, kamu memang benar nabi. Jika tidak, kamu bohong''.
Kerana dicabar, nabi Salleh segera berdoa kepada Allah supaya dikurniakan mukjizat. Allah makbulkan permintaan itu dan memerintahkan Nabi Salleh mengumpulkan kaumnya (Tsamud) di kaki gunung. Di kaki gunung nanti bakal muncul seekor unta betina luar biasa yang cantik, besar dan gemuk malah ia tidak pernah dilihat sebelum ini. Namun, unta itu tidak boleh diganggu sesiapa. Janji Allah ditunaikan dan orang beriman makin bertambah imannya, manakala orang kafir di kalangan kaum berkenaan yang penuh dengan perasaan dengki makin marah, lalu merancang membunuh unta terbabit.
Pemimpin mereka menjadikan wanita muda lagi cantik sebagai perangsang kepada mana-mana lelaki supaya melakukan kerja terkutuk itu. Seorang wanita cantik bernama Shaduq binti Mahya tampil dan dia mahu menyerahkan kehormatannya dengan sepuas-puasnya kepada lelaki bernama Masdak Ibn Hajar dengan syarat lelaki itu membunuh unta terbabit. Di samping itu, seorang perempuan tua derhaka juga menyatakan hasratnya, mahu menyerahkan kehormatan anak gadisnya kepada lelaki bernama Qudar Ibn Salif jika berjaya membunuh unta yang dilarang Allah itu.
Berikutan tawaran itu, kedua-dua lelaki terbabit menyahut cabaran membunuh unta berkenaan. Unta itu mati selepas ditusuk dengan pedang hingga terburai susunya. Masdak dan Qudar sungguh girang kerana membunuh unta itu lal menemui pemimpin mereka dan masing-masing menagih gadis cantik berkenaan yang dijanjikan sebagai ganjaran.
Tindakan membunuh unta itu jelas menunjukkan mereka melampaui batasan. Mereka sengaja mendustakan firman Allah, yang memberikan peringatan kepada sesiapa membunuh unta itu bakal menerima balasan. Mereka pula langsung tidak menyesal atas pembunuhan itu, malah mempersendakan Nabi Salleh. Lalu Nabi Salleh berkata: ''Kamu sebenarnya melakukan dosa. Sekarang kamu hanya boleh bergembira tiga hari atas kematian unta itu. Selepas tiga hari, yang dijanjikan Tuhan akan datang dan bukanlah ini janji palsu''.
Belum sampai tiga hari, mereka datang lagi kepada Nabi Salleh dengan menghamburkan kata-kata: ''Percepatkanlah datangnya seksa yang kamu janjikan itu''. Sehari sebelum genap tempoh dijanjikan Nabi Salleh itu, mereka mengadakan mesyuarat tergempar secara rahsia bagi membunuh Nabi Salleh pada malam itu juga, namun utusan Allah itu terselamat.
Masa yang dijanjikan sudah tiba. Belum sempat mereka berbuat apa-apa, petir dan kilat sambar menyambar. Berikutan petir itu terlalu kuat, bukan saja mereka, malah rumah dan bangunan yang didirikan mereka turut ranap. Peristiwa kaum Tsamud menerima seksaan itu digambarkan dalam surah al-Haqqah, antaranya berbunyi: ''Ada pun kaum Tsamud, maka mereka dibinasakan dengan luar biasa''.
23 Julai 2010
Islam Larang Ibu Bapa Laknat Anak

Sering kita mendengar dalam kehidupan seharian, seorang ibu sering memarahi anak mereka di atas kenakalan atau kesalahan yang dilakukan. Lantas mereka melaknat dan menyumpah anak mereka itu baik dengan kata kotor atau doa yang tidak baik sehingga menjadi kebiasaan. Ibu tidak pernah merasa bersalah atau berdosa atas perbuatannya. Sambil bersungut dan mengumpat, si ibu meninggalkan permata hatinya itu menangis.
Islam melarang ibu bapa melaknat anak mereka, bukan hanya itu kita pun dilarang menyumpah diri kita sendiri ketika marah. Sesungguhnya kita tidak mengetahui bila waktu yang kita ucapkan perkataan itu menjadi doa dan dikabulkan. Dari Jabir bin Abdullah, beliau menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ''Janganlah kalian menyumpah diri kalian, dan jangan pula menyumpah anak-anak kalian dan harta kalian, anda tidak mengetahui saat anda menyebut itu menjadi ( doa ) dan dikabulkan sehingga Allah akan mengabulkan sumpah itu.'' ( Hadis Riwayat Muslim ).
Hadis di atas menjelaskan bahawa ada waktu baik yang di dalamnyaakan dikabulkan doa. Demikian itu hadis berkenaan melarang kita untuk menyumpah diri, putera-puteri kita dan harta kekayaan kita supaya sumpah itu tidak bertetapan dengan waktu doa itu dikabulkan. Tetapi sayangnya sebagaimana yang dipaparkan di atas, ramai kaum ibu sebenarnya yang melaknat dan menyumpah anak mereka, tetapi beralasan mereka sebenarnya tidak bermaksud melakukan sedemikian. Sebagaimana kita ketahui, alasan itu tidak dapat diterima kerana larangannya jelas dan tegas.
Penulis mendapati pengalaman itu boleh dijadikan ibrah ( pelajaran ) bersama. Semoga Allah membimbing kita semua serta mengampuni segala dosa kita. Sebenarnya banyak tip yang boleh dipelajari oleh ibu agar mereka mampu boleh mengawal emosi ketika marah. Antaranya:
1. Ketika ibu marah, ingatlah bahawa Allah selalu mengawasi kita dan ingatlah bahawa anak tidaklah terus menjadi dewasa dan memahami kehendak kita. Kita dulunya anak yang nakal dan menyakitkan hati orang tua kita.
2. Tarik nafas dalam-dalam dan santai ( relaks )
3. Bila kedua-dua cara di atas belum boleh menguasai emosi segeralah beristighfar. Apabila ingin meninggikan suara maka lakukanlah sehingga anak mendengar suara kita.
4. Seseorang akan mudah marah akibat keletihan. Maka jangan memaksa diri dalam melakukan pekerjaan rumah sebaiknya tidurlah segera ketika anak tidur. Berbincanglah dengan suami berkenaan cara dan kaedah selain bacalah buku sebagai panduan.
5. Jangan lupa berdoalah kepada Allah agar hati ibu dalam genggamanNya. InsyaAllah, kita tidak akan membiasakan diri lagi menyumpah anak kita ketika marah.
Sebenarnya perkara ni bukan asing dalam kehidupan. Pernah juga ketika aku pergi ke pusat membeli belah, ada ibu yang memarahi dan mengherdik anaknya dengan kasar di hadapan orang ramai. Bagi aku perkara begitu tidak sepatutnya berlaku kerana boleh menjatuhkan airmuka si anak.
15 Januari 2010
Adakah yang akan mendoakan kita??
Seorang pengarah yang berjaya telah jatuh di bilik mandi dan akhirnya disahkan stroke. Sudah 7 malam dia dirawat di sebuah hospital dalam bilik ICU. Di saat orang lain sedang tidur lena diulit mimpi, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tidak berdaya.
Malaikat memulakan perbicaraan, ''jika dalam masa 24 jam ada 50 orang yang berdoa agar engkau sembuh, maka engkau akan hidup tetapi jika sebaliknya beerti engkau akan meninggal dunia.
''Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.''kata si pengarah ini dengan yakinnya. Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang lagi 1 jam seperti waktu yang telah ditetapkan.
Tepat lagi 1 jam hendak ke 24 jam, Malaikat kembali mengunjunginya. Dengan bangganya si pengarah bertanya, ''apakah esok pagi aku akan pulih? Pasti ramai yang telah mendoakan aku, jumlah pekerja aku lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah.
Dengan lembut Malaikat berkata, ''anakku... aku sudah mengelilingi mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini hanya baru 3 orang yang mendoakan engkau, sementara waktumu hanya tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil dalam masa terdekat ini ada lagi 47 orang berdoa untukmu''. Tanpa menunggu reaksi dari pengarah, Malaikat menunjukkan layar besar berupa TV, siapakah 3 orang itu yang berdoa. Di layar itu terlihat wajah duka dari si isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil yang berdoa dengan khusyuknya sambil menitiskan airmata.
Kata Malaikat, ''aku akan memberitahumu, kenapa Tuhanmu memberikan kesempatan kedua? Itu adalah doa dari isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu''. Pengarah itu melihat ketika di waktu Subuh, si isteri sedang berdoa ''Tuhan... aku tahu selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik, aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya dan kalaupun dia memberi sumbangan, itu hanya untuk menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar di hadapanMu. Tapi Tuhan... tolinglah pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri''. Setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya yang semakin deras mengalir di pipinya yang cengkung kerana kurang rehat.
Melihat peristiwa itu, tidak semena air mata mengalir di pipi pengarah itu. Timbul penyesalan di hatinya bahawa selama ini dia bukanlah suami yang baik dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini barulah dia menyedari betapa besar cinta isteri dan anak-anak kepadanya.
Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya tinggal 10 minit lagi, melihat waktu yang makin suntuk, menangislah pengarah ini kerana penyesalan yang amat sangat tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada 47 orang yang berdoa untuknya. Dengan sedihnya dia bertanya, apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman sekerjaku, tidak ada yang berdoa buatku? Jawab Malaikat, ''ada beberapa orang yang berdoa buatmu tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua
kerana selama ini kau mementingkan diri, sombong, menganiaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah yang tidak setimpal dengan kesalahannya. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak-anak dan isteri yang setia menjaganya sepanjang malam. Air matanya bertambah deras mengalir ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan isteri yang kelihatan lemah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu.
Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba Malaikat berkata, ''anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal kerana ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00. Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah 47 orang itu. Sambil tersenyum Malaikat menunjukkan satu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu. ''Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan''. ''Benar anakku, kau pernah memberi bantuan kepada mereka walaupu aku tahu tujuanmu saat itu hanyalah untuk mencari populariti saja dan menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.
''Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkenal terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar kamu di suratkhabar dan yakin bahawa orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa untuk engkau sembuh''.
Doa sangat besar kuasanya. Kita malas dan takde waktu dan merasakan beban kalau berdoa untuk orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama ataukeluarga, kita fikirkan itu hanyalah kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin di saat kita mengingatinya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia. Di saat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapat kekuatan baru dan boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain sebaliknya perbanyakkanlah berdoa buat orang lain.
Pahlawan yang sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya, tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan, 'Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami...!!!'
09 Disember 2009
Sembilan Petua Doa Dimakbul
1. Anas Bin Malik meriwayatkan bhw Rasulullah bersabda:" Doa antara Azan dan iqamat tidak akan ditolak.''
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: " Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga mlm yg terakhir, seraya berfirman: ''Sesiapa myg berdoa kpd-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yg meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.
3. Abu Hurairah meriwayatkan bhw Rasulullah bersabda: '' Tiga org yg tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yg adil, org yg berpuasa ketika dia berbuka dan org dianiaya.Allah mengankat doa-doa itu keawan dan pintu-pintu langit dibuka.''
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bhw Rasulullah bersabda: ''Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk.Waktu yg paling dekat antara hamba dgn Tuhan-Nya adalah ketika sujud,maka perbanyakkanlah doa ketike itu.''
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:'' jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia drpd Allah kerana sesunguhnya binatang itu melihat malaikat. '' Jika kamu mendengar keldai memekit, pohonl;ah pelindungan drpd Allah drpd godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."
6. Ubadah bin As-Shamit berkata bhw Nabi Muhammad s.a.w bersabda.'' Sesiapa yg bangun pd mlm hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan.'' Apibila beliau berwuduk [dan mengerjakan solat mlm], solatnya akan diterima Allah.''
7. Ata bin Abi Rabah berkata: '' Telah sampai padaku bhw Rasulullah bersabda:'' Sesiapa yg membaca surah Yasin pd permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.''
8. Hadis drpd Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:'' Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata:' Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'
9. Hadis drpd Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari jumaat.Lalu baginda bersbda:'' Pada hr Jumaat itu ada suatu saat.Bila mana seseorang Muslim dpt menepatinya dlm keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu drpd Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yg dipohonnya itu.''...
27 Ogos 2009
Malaikat berdoa untuk orang yang bersedekah di bulan Ramadan
Bahawa hadis Nabi menyebut:"Sesiapa yang memberi minum orang yang berpuasa maka ia akan diberi minum oleh Allah SWT daripada kolam-Nya di hari akhirat nanti yang mana minumannya tidak akan dahaga sehingga dia masuk syurga."
Hadis nabi menyebut bahawa: "Pagi-pagi lagi Malaikat berdoa kepada orang yang bersedekah supaya ditambahkan hartanya dan orang yang kedekut akan dibinasakan hartanya."
Bersedekah kepada fakir miskin akan mendapat empat kelebihan untuk mengukuhkan dunia ini. Empat perkara tersebut ialah keadilan pemerintah, ulama yang beramal, pemurahnya orang yang hartawan dan doa daripada orang fakir.
Sekurang-kurangnya bersedekah kepada fakir miskin boleh mengurang tahap jurang social, kebanyakan orang fakir ialah terdiri daripada orang yang berjiwa halus dan apabila bersedekah kepada orang fakir mereka akan berasa diri tidak dipinggirkan.
11 Ogos 2009
63 Petua Untuk Bahagia
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6.. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ¡gerak batin¢ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ¡menang-menang¢ .
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ¡pasangan¢.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ¡I love you¢ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
06 Ogos 2009
Kebahagiaan Seorang Suami
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."
Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..
Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.
Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "
Masyaallah… Alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie… Adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya….
05 Ogos 2009
Nisfu Syaaban
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
''Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)
04 Ogos 2009
Roh Dan Jasad
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh"
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" .
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku"".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu".
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya".
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain". Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan" .
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu".
Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir".
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah".
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu" Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1.Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2.Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3.Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4.Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6.Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
28 Julai 2009
Sahabat
Pada suatu hari, bapanya telah mnghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu "jawab ayahnya.
Pada hari pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata " kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal ".
Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga aalah seorang pendengar, berkongsi suka duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
moral: jaga la perlakuan dan tuturkata supaya kita tidak akan kehilangan sahabat yang disayangi.....
21 Julai 2009
Allah Mengampuni Dosa Orang Yang Berpuasa
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
Pengajaran Hadis:
i) Puasa mencakupi pembatasan seluruh anggota tubuh bahkan hati dan pikiran daripada melakukan segala macam dosa. Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal berpuasa.” Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya dengan perbuatan dosa.
ii) Sesungguhnya iman dan nafsu yang jahat tidak mungkin boleh bersama kerana mustahil orang yang kuat imannya disertai oleh nafsu yang liar. Begitu juga tidak akan berlaku orang yang bernafsu liar mendakwa imannya kuat. Maka bulan Ramadhan merupakan peluang bagi umat Islam menundukkan nafsunya kerana peningkatan iman tidak akan berlaku sekiranya nafsu gagal dijinakkan. Sedangkan seseorang itu hanya akan mencapai tahap jihad yang paling tinggi apabila terlebih dahulu berjaya mengekang dan menjinakkan nafsu dalam dirinya.
iii) ‘Dengan penuh keimanan’ sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas bermaksud yakin dengan janji-janji Allah S.W.T dan melaksanakan perintah-perintah Allah dengan penuh keikhlasan iaitu mencari keredhaan daripada Allah semata-mata, bukan berpuasa sekadar ikut-ikutan dengan tujuan untuk berbangga-bangga (riya’), mendapatkan pujian atau habuan dunia.
26 Jun 2009
Solat Istikharah
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”
15 Jun 2009
Bercerita Tentang Bahagia

Bahagia sebenarnya lebih bersifat subjektif, sebuah perasaan yang lahir dari dalam lubuk hati, membawa sebuah pengertian yang sangat bermakna. Bahagia dicapai apabila seseorang itu merasa sebuah kepuasan, gembira, kecukupan, serta penuh kesyukuran dan keredhaan.
Kebahagian adalah milik semua. Bahagia tidak hanya dimiliki oleh mereka yang kaya raya dan berharta. Kerana boleh sahaja, orang yang kaya raya tidak bahagia kerana runsing dengan keselamatan hartanya yang bertimbun.
Tidak kurang juga dengan keadaan manusia yang sehari-harinya penuh dengan keletihan disebabkan sibuk mengejar harta dan kerjaya. Tiada lagi masa untuk duduk bersama keluarga, isteri mahu pun suami. Sehinggakan hubungan cinta menjadi hambar.
Bahagia juga belum tentu dapat dicapai dengan memiliki sebuah kediaman yang mewah dan indah. Kerana boleh sahaja, rumah besar itu hanya mejadi penjara baginya yang penuh dengan kesunyian tanpa hiburan. Ibarat seekor burung yang terkurung di dalam sangkar emas.
Di antara faktor-faktor lain yang mungkin menyumbang kepada kenikmatan hidup sekaligus faktor menuju bahagia adalah faktor kesihatan, kecukupan makanan, kasih sayang, serta suasana persekitaran. Namun, cukupkah hanya dengan ini sahaja?
Maka dengan itu, sebuah kebahagian belum tentu dapat dicapai hanya dengan beberbekalkan harta yang melimpah ruah, kerja yang lumayan hasilnya, kediaman yang mewah, serta rupa fizikal yang menawan semata-mata. Jadi, bagaimanakah hakikat bahagia yang menjadi idaman dan kejaran seluruh manusia yang hidup itu?
Jika kita kembali kepada agama, sebenarnya kebahagiaan itu hanya dapat diraih dan dinikmati oleh mereka yang sentiasa berpegang teguh dengan prinsip-prinsip agama bagi setiap urusan yang mereka lakukan untuk perjalanan hidup mereka. Apabila mereka meletakkan prinsip-prinsip agama sebagai keutamaan, di sini mereka telah meletakkan Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai keutamaan mereka. Mereka sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada mereka dan dengannya mereka bersikap qana’ah atau sentiasa merasa cukup serta berpuas hati (redha).

