Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
08 November 2011

Daging Landak di Malam Raya


Assalammualaikum.. lama betul aku meninggalkan blog ni. Dah suam-suam kuku jadinya di sini. Korang pernah makan daging landak tak? First time aku makan masa malam rayaAidiladha baru ni. Begini ceritanya.. aku sampai rumah ibu mertua lepas maghrib. Sampai je sana ibu mertuaku dan kakak iparku sedang syok makan. Aku yang kebetulan belum makan malam lagi, join sekaki. Aku amiklah hidangan rendang dalam pinggan yang tersedia atas meja. Rasanya lain macam je

Aku: Kak.. daging apa ni? *sambil belek2 tulang*
Akak iparku: Daging ayam kampung
Aku: Oooo...


Pastu datang pula abang ipar join makan sekali. Masa tu nasi dan rendang kat pinggan aku dah habis licin.

Abang ipar: Sedap tak daging landak tu?
Aku: Aaaaa ....


Akak ipar aku punya sakan gelak dia... tapi memang betul la, adik aku pernah bagitau daging landak sedap.

5 patah-patah kata:

dina berkata...

teringin wei nak mkn daging landak tu...sedap ke? jieda, kelapa dara ko baper rega?

Salina@IbuAqil berkata...

uishhhh sekali landak ler.. ;)

Lelord berkata...

huhuhu..xpenah lg rasa daging landak

KSWSK berkata...

xberani nak rs if tau tu daging landak

Jieda berkata...

dina ~ mestilah sedap. nanti kalau berkesempatan ko try la

Salina@IbuAqil ~ haah.. saya pun tak sangka dapat makan daging landak tu

Lela-Lelord ~ ni pun first time rasa

KSWSK ~ okay la..rasanya sedap tapi tak tau nak describe sedap tu camner he3