Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

29 November 2010

Kes Cikgu Shida

Salam.. aku baru perasan kehadiran video cikgu Shida dalam youtube. Itupun setelah aku baca dari blog Cikgu Dahlia. Nampaknya aku jauh ketinggalan. Aku pun dah tengok video-video miming cikgu Shida tu. Bagi pendapat aku, tak salah la kalau cikgu Shida nak buat miming dengan caranya yang tersendiri. Aku seronok tengok sebab video tu kelakar dan best tapi aku kesian gak kat cikgu Shida tu kerana ramai juga yang hentam dengan apa yang dibuatnya. Bagi aku dia bukannya buat gaya yang melampau ataupun gaya dengan aksi menggoda. So, masih boleh diterima. Mungkin dengan cara camtu dia menghiburkan dirinya sendiri. Apapun best la tengok video-video tu.

notajariruncing: aku paling suka tengok cikgu Syida miming lagu Berpacaran.
25 November 2010

Azri Mangsa Simbahan Asid


Salam.. malam tadi aku berkesempatan tengok Bersamamu di TV3, mengalir juga airmata ni bila melihat penderitaan Azri Abdullah yang menjadi mangsa simbahan asid oleh ibunya. Sanggup ibunya buat begitu kat anaknya.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia pergi ke rumah ibunya untuk mengambil salinan asal geran motor milik arwah bapanya kerana mahu memperbaharui cukai jalan kenderaan itu.

Katanya, sebaik tiba di rumah, dia mendapati pintu dan tingkap rumah berkunci, malah ibu dan adik-beradiknya tidak menyahut panggilannya.

“Mereka enggan buka pintu, jadi saya cuba intai melalui lubang dinding rumah dan dapati emak serta semua adik-beradik saya berada dalam rumah.

“Saya panggil mereka, tapi mereka buat tak tahu. Saya nampak seseorang pegang bekas kecil dan terus simbah melalui lubang tempat saya mengintai,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA, semalam.

Azri berkata, mata dan mukanya berasa panas dan sakit apabila terkena cecair itu, sebelum menjerit meminta bantuan ibu dan adik-beradiknya.

“Mereka tidak peduli, menyebabkan saya terpaksa mendapatkan bantuan daripada ibu saudara yang tinggal berdekatan. Saya tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya,” katanya.

Menurutnya, dia koma selepas kejadian dan dipindahkan ke tiga hospital dan terbaru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

“Hampir 11 bulan saya menanggung kesakitan ini. Saya sukar bernafas, harapan untuk kedua-dua mata pulih juga tipis. Lebih menyedihkan, sepanjang terlantar sakit, tidak sekalipun ibu atau adik-beradik datang bertanya khabar,” katanya dalam nada sebak. (sumber dari semuaberita.rakanweb.com)

Ini sumber berita yang aku dapat dari Utusan

KULIM 14 April - Seorang bekas pekerja kilang, Azri Abdullah, 41, dari Taman Tunku Putra di sini kini terpaksa menahan sakit akibat kecederaan di seluruh tubuh selepas menjadi mangsa disimbah asid sejak Disember lalu.

Azri yang masih bujang adakalanya menangis akibat tidak tahan menanggung kesakitan apabila kulitnya ditumbuhi ruam dan kepanasan.

Kesakitan yang dideritainya menyebabkan dia tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan kerana tidak mampu banyak bergerak selain mata kanannya menjadi kabur.

Lebih malang, dia yang kini disisihkan keluarga terpaksa bergantung harap kepada tiga rakan karib yang menyewa rumah untuk menjaganya.

Menurut Azri, kejadian malang tersebut berlaku sekitar Disember lalu selepas dia disimbah asid ketika terlibat dalam masalah perselisihan faham antara ahli keluarga.

"Kejadian ini berlaku di Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang. Selepas disimbah asid, seluruh anggota badan saya melecur dan muka menjadi kepanasan.

"Tidak lama selepas itu, keadaan lebih parah dan saya dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan terus menderita sehingga kini," katanya ketika ditemui pemberita selepas dikunjungi Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir di sini baru-baru ini.

Kata Azri, berikutan penderitaan yang ditanggungnya, dia terpaksa berhenti kerja kilang di Mak Mandin, Seberang Perai dan berpindah ke Kulim bersama rakan-rakannya.

"Kini saya tinggal bersama tiga rakan iaitu Md. Dori Osman, 34; Shahrel Mohd. Ali, 28, dan Shahrul Kamel Jamaluddin, 41. Segala keperluan makan-minum mereka yang uruskan," katanya.

Tambahnya, dia juga bersyukur kerana Md. Dori dan rakan-rakannya sanggup bergilir-gilir menghantarnya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setiap bulan untuk rawatan lanjut.

"Shahrel dan Shahrul Kamel bekerja di Kulim sementara Md. Dori masih mencari pekerjaan di Kulim. Mereka banyak menolong saya," katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata, pihaknya akan menubuhkan satu tabung khas untuk membantu membiayai rawatan bekas pekerja kilang tersebut.

Katanya, UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu juga sedang mendapatkan khidmat nasihat pakar perubatan dari sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur untuk membantu meringankan penderitaan yang dihadapi Azri itu.

"Kita amat bersimpati dengan nasib yang dialami Azri dan berharap dengan tertubuhnya tabung khas ini, sedikit sumbangan boleh dijana untuk membantu membiayai kos perubatan," katanya.

Tambah beliau, pihaknya turut berjaya mendapatkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim sebanyak RM300 sebulan mulai bulan ini untuk membantu Azri.

"Selain itu, kita akan berusaha mendapatkan sebuah kerusi roda untuk memudahkan Azri bergerak dan mempercepatkan permohonan duit pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam tempoh terdekat," jelasnya.

Orang ramai yang bersimpati dengan penderitaan yang dialami Azri boleh menghulurkan bantuan kepadanya menerusi akaun simpanan RHB Bank bernombor 10702800602905 atau menghubungi Shahrul Kamel di talian 012-5772130.

24 November 2010

Hoki Ke Final

Salam.. tengok pada tajuk mesti ramai yang sudah maklum bahawa pasukan hoki kita layak ke peringkat AKHIR di Sukan Asia, semalam balik je rumah aku join en suami tengok hoki. Fuhh.. memang best la permainan dorang. Bangga sangat sebab Malaysia telah mencipta sejarah melayakkan hoki ke peringkat akhir dengan mengalahkan India 4-3. Sejak raya Aidiladha yang lepas, channel yang aku selalu buka ialah Astro Arena. Sampaikan anak-anak aku bising tak dapat nak tengok kartun. Harap-harap sasaran Malaysia mencapai 9 pingat emas akan tercapai. Amin..
19 November 2010

Perfume

Salam.. sape yang tengah boring tu, jom layan citer di bawah ni

Ada sorang mamat tu masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan. Sampai tingkat satu, tetiba je masuk sorang awek cun lagi bergaya lalu menyembur perfume ke tubuhnya."Ini perfume mahal tau..jenama Beverly Hills, RM400 sebotol," katanya angkuh. Bengang giler mamat tu.

Sampai tingkat tiga, masuk lak sorang mak datin juga menyembur perfume ke tubuhnya. "Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol tau," kat mak datin tu lagi angkuh berbanding awek cun tadi. Lagi lar menyampah giler mamat tu.

Sampai je tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan mamat tu sedia lar nak keluar dari lif. "Proootttt!!! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan "gas aslinya" dalam lif tu.

"Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji jer..,"kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua pompuan kerek yang mula termuntah dalam lif.
18 November 2010

Award So Cantik

Salam.. harini aku dapat award dari rakan blogger ManjaIxora. Rasanya cam dah lama tak dapat award dan lepas ni kalau ada sesape yang bagi aku award aku akan buat dengan segera. Tak mau peram lama-lama. Oppsss... selain dapat award ni kenalah jawab soalan yang diberi oleh pemberi award.

Nickname untuk tuan empunya blog
Jieda

Ucapan utk yg memberi award
Terima kasih banyak-banyak kerana telah memilih saya sebagai salah seorang penerima award.

6 fav artist / singer / group
Laa... 6 je ke he3

1. Ziana Zain
2. Tiz Zakiah
3. Zizan
4. Nabil
5. Ukay's
6. Exist

Tag award pada 10 rakan blogger
Dengan bangganya saya ingin berkongsi award ni dengan

1. Kie yu
2. Izan Ishak
3. Salmia
4. Syamila
5. Ell
6. Caliph
7. Krole
8. Zulkbo
9. Gnesop
10. Che Armster

Sudilah kiranya korang yang telah tercalon ni amik award yang grand ni. Sekian, terima kasih.

No Bertuah 5,999


Salam.. mencuba nasib catch number dan akhirnya number 5,999 telah menjadi milik aku. Aku dapat catch number ni dari blog MIEN.

Menu sempena Aidiladha


Salam Aidiladha kepada semua. Apa menu korang sempena pagi aidiladha semalam? Aku buat soto je. Sebenarnya inilah kali pertama aku buat soto dan alhamdulillah soto aku menjadi dan yang paling best soto yang dibuat oleh aku ni mendapat pujian dari kedua-dua orang anak aku. Bangga jap. Tahun ni juga merupakan kali pertama aku beraya hanya duduk di rumah dengan suami dan anak-anak. Selalunya kalau tak beraya di rumah mertua, aku akan beraya ke rumah abah. Lagipun jiran sebelah menyebelah semuanya tak balik kampung.

Ingat lagi masa aku duduk di rumah lama,masa tu tinggal ngan family aku, bila tiba Aidiladha je, mesti ada acara tukar juadah dengan jiran-jiran. Masa tu memang best. Bayangkan, hantar juadah ke 10 buah rumah, pastu dapat 10 juadah yang berlainan. Memang banyak pilihan la nak makan. Itulah salah satu cara yang boleh mengeratkan silatrrahim sesama jiran tetangga. Tapi tu dulu, sekarang ni duduk di taman takde lagi acara begitu. Hanya makan sesama ahli keluarga je.
16 November 2010

Mama Rifqy Giveaway


Salam.. 2ng giveaway yang dijoin pada hari ini dari Mama Rifqy. ''SAYA NAK BANTAL ITU'' dan nak ucapkan Selamat Menyambut Anniversary Yang Ke2 pada 06 Disember ini. Semoga dipanjangkan jodoh dan sentiasa dalam keadaan yang ceria di samping kehadiran anak-anak yang soleh dan solehah.

Kepada sesiapa yang nak join tu bolehlah gatalkan jari jemari yang runcing tu klik di SINI. Tarikh tutup giveaway ni pada 01.12.2010.

1st GA Bahagiaku Di Sini a.k.a fieza79


Salam.. aku nak join giveaway lagi ni. Aku suka join giveaway yang senang-senang je. Sebab tu bila ada giveaway yang senang, tanpa berlengah aku join. Kali ni giveaway yang aku join dari fieza79. Sape yang terasa nak join tu cam biasa kliklah di SINI tanpa segan dan silu ye. Giveaway ni bermula dari 15 November hinggalah ke 14 Disember 2010. Di samping tu aku nak tag kawan blogger yang sporting

1. Syamila
2. Kie yu

Cukuplah dua orang ni. Auntie mila ngan kie yu, wajib buat ye, dengan paksaan ni he3.
12 November 2010

Apa Dah Jadi Ni??


Salam.. nak tanya sikit la kat korang yang baca entri ni. Aku dah tak nampak ads nuffnang kat blog aku ni. Bila aku blogwalking kat blog orang lain pun, aku tak nampak kat mana ads nuffnang ni. Adakah sekarang ads tu tengah problem ataupun pc/server aku yang problem ataupun adakah dah kena block huhuhu...
10 November 2010

Dylla Craft Creative Giveaway


Salam.. masa blogwalking tadi nampak giveaway dari blog Dylla. Dalam blog Dylla ni banyak kraftangan yang dihasilkan. Semuanya nampak cantik-cantik belaka. Jemputlah ke blog Dylla. Mana la tau kot-kot ada yang berkenan. Sesiapa yang nak join giveaway tu silalah ke SINI.

Berita Pembunuhan

Salam.. pagi ni buka je suratkhabar nampak dua cerita yang menyayat hati. Aku rasa semua dah sedia maklum. Dalam berita malam tadi pun dah keluar cerita ni. 1) Anak membunuh emak. Si anak tu dikatakan mendapat bisikan kononnya mangsa sudah lama meninggal dunia dan yang hidup sekarang adalah saka yang menyerupai ibunya. Oleh itu, si anak membunuh ibunya kerana ingin menghapuskan saka terbabit. Si anak juga mempertahankan tindakannya betul mengikut kefahamannya berdasarkan beberapa buku mengenai menentang makhluk halus yang dibacanya. Bagaimanapun si anak tu sebenarnya dipercayai telah menuntut ilmu yang salah apabila dia belajar tanpa guru di samping tidak merujuk kepada yang pakar dalam bab berkenaan.

2) Menantu menikam bapa mertua hingga maut. Ini gara-gara rm500 yang diminta oleh anak mangsa. Lagipun sebelum ni hubungan menantu dan mertua tidak berapa baik. Selalu sangat bertengkar. Hisshh.. apa nak jadi di zaman sekarang. Membunuh tu macam dah jadi perkara yang biasa pulak. Sedih bila baca kisah camni. Innalillah kepada mangsa dan takziah buat keluarga mangsa.
09 November 2010

Gambar Kreatif

Salam pagi semua.. aku suka tengok gambar-gambar yang kreatif seperti gambar-gambar di bawah ni. Jom kita cucikan mata dengan melihat gambar-gambar kreatif di bawah ni








08 November 2010

Dapur Idaman Traffik Terbanyak


Salam semua.. pagi ni seperti biasa aku akan tengok akaun nuffnang sebelum tengok yang lain, part yang best tengok ialah keyword. Tak sangkanya, dapur idaman telah mengungguli carta. Walaupun angka tu hanya 15, bagi aku banyak la tu untuk blog aku yang tak glamer ni. Bila search kat google blog aku dalam tajuk Dapur Idaman berada di mukasurat pertama. Agaknya hujung tahun ni ramai yang nak buat dapur baru kot. Maklumlah bonus kan nak masuk tak lama lagi he3.
04 November 2010

No Bertuah di Blog Naufal N Nureen


Salam.. masuk je blog Naufal N Nureen ni ternampak misi menhit no 13333. Dan syukur no bertuah itu kepunyaan aku. Bukti telah aku tepekkan di sini seperti permintaan tuan blog.

30 Lagu Berentap Di Separuh Akhir Juara Lagu 25

Salam.. ada sesiapa yang suka tengok Juara Lagu. Okay, untuk juara lagu ke 25, sebanyak 30 lagu yang akan tercalon untuk separuh akhir dan dari 30 lagu dijangka 10 hingga 14 lagu akan dipilih bertanding ke final. Kesemua lagu ini akan berentap untuk tiga episod pada saingan separuh akhir bermula 8 November ini jam 10 malam.

Pada 8 November ni akan menyaksikan 12 lagu bertanding iaitu

Gerak Hati (Azlan & The Typewriter)
Inikah Cinta (Akim)
Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir AF8)
Mencari Konklusi (Hujan)
Cinta (Mohd)
Noktah Cint (Hafiz)
Hujan Bunga Di Kuala Lumpur (Ana Raffali)
Bersamamu (Joe Flizzow)
Cinta Sempurna (Yuna)
Oh Juwita (Nubhan)
Sejujur Hatimu (Adibah Noor)
Hanyut (Faizal Tahir)

Minggu kedua pula pada 15 November menyaksikan saingan lagu

Tika Masanya (duet Hujan dan Mirwana)
Manifestasi Cinta (duet Fiq dan Mirwana)
Kau Harus Ada (Hujan)
Drama King (Meet Uncle Hussain)
Menggegar Dunia (Adam dan Stacy)
Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
Jahat (Stacy)
Susun Silang Kata (Aizat)
Cinta Kosmik (Fabulous Cats)
Ku Ada Kamu (Adira)
Sofea Jane (Black)
Adrenalin (Faizal Tahir)

Manakala baki 6 lagu akan dipertandingkan di minggu ketiga pada 22 November. 6 lagu itu ialah

Realiti Dewi (Alyah)
Pelita (API)
Berlari (Tomok)
Extravaganza (Bunkface)
Nadiku (Sabhi Sadhi)
Selamat Malam (Faizal Tahir)

Hmm... lagu-lagu yang dipertandingkan tak kurang hebatnya. Agak-agak siapa ye yang terpilih ke peringkat akhir. Kepada sesiapa peminat Juara Lagu, jangan lepaskan menontonnya pada 8 November ini.



Cemburu Kehadiran Adik

Salam.. kali ni nak share info pasal anak-anak. Ini berkenaan dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kita. Masa Irfan baru dapat adik, aku selalu habiskan masa dengan adik barunya sampaikan dia pernah cakap ''Mama ni dah tak sayangkan Irfan lagi ke, asyik dengan adik je''. Oppss.. rupa-rupanya dia terasa. Lepas tu barulah aku sedar kesilapan aku dan aku cuba untuk bersikap adil. Dan skang ni dah okay, kalau dua-dua buat salah, dua-dua kena marah, so, salah seorang takkan terasa.

Pernahkah anda perhatikan sifat anak pertama yang berubah selepas kelahiran anak kedua? Kebiasaan sifat anak pertama itu akan berubah menjadi lebih agresif sedikit daripada biasa, lebih sensitif dan mudah merajuk. Kadangkala perkara yang sedikit saja boleh menyebabkan dia menangis. Justeru, bagaimana mendidik anak sulung untuk menerima kehadiran orang baru iaitu adik dalam hidupnya? Berikut antara perkara yang boleh dilakukan ibu bapa:


1. Menukar sifat cemburu kepada sayang
Biasanya anak sulung akan menunjukkan rasa cemburu dengan keadaan emosi yang kurang stabil, memukul adik tanpa sebab atau mencubit apabila ibu 'lepa' daripada pandangan ibu atau bapa. Anda boleh mencuba kaedah ini iaitu dengan memegang tangan anak sulung, kemudian sama-sama menyentuh dengan lembut bahagian kaki dan tangan sekerap mungkin. Cerita pada si abang atau kakak bagaimana suatu ketika dulu, si abang pun diperlakukan dengan perbuatan yang sama. Sambil menyusukan si kecil, ibu perlu memperbanyakkan mengusap kepala dan menyentuh sekerap yang boleh tubuh si abang supaya ia merasakan dirinya masih disayangi.

2. Panggilan membentuk sifat
Ajar si abang atau kakak supaya memanggil adiknya dengan panggilan 'adik' atau seumpamanya dan bukan dengan panggilan nama saja. Perkataan ini mampu membina sifat tanggungjawab si abang atau kakak terhadap adiknya.

3. Pimpin tangan adik
Ketika anak sudah boleh berjalan sendiri, latih si abang atau kakak untuk memimpin tangan adiknya. Pegang tangan abang dan dekatkan kepada tangan adik ketika berjalan. Kaedah ini dapat menimbulkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang abang atau kakak pada adiknya. Sifat sebagai pembela, mempunyai peranan dan rasa tanggungjawab mula terbentuk, iaitu lebih awal dari kebiasaan. Keadaan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan ibu bapa mengendalikan ragam anak-anak.

4. Perkongsian
Kebiasaan ibu bapa membeli sesuatu khusus untuk seorang anak. Contohnya, jika beli kereta mainan untuk dua orang anak, dibelikan dua iaitu seorang satu. Jika beli air kotak, juga dibelikan dua kotak. Cuba tukar kaedah biasa ini kepada bentuk perkongsian. Ajar mereka berkongsi. Jika beli kereta mainan, pastikan berlainan supaya dapat berkongsi. Begitu juga minuman, beli satu kemudian berkongsi. Kalau boleh bukan setakat kongsi tetapi abang yang suapkan adik.

5. Bersikap adil
Jangan pukul abang atau kakak jika dia berkasar dengan adiknya. Dia akan menyimpan sifat dendam sekiranya kita memarahi atau memukul sebaliknya latih, pujuk dan didik. Peluk sambil memberi nasihat kepadanya sebagai suatu kaedah mendidik. Ramai ibu bapa berpendapat bahawa anak sulung perlulah mengalah. Anak sulung juga perlu memahami masalah dan memahami keperluan si adik, malah adakalanya perlu memikul kesilapan adik. Adakah ini wajar? Keadaan ini tidak adil kepada anak sulung, malah menyebabkan jiwanya memberontak dan tertekan. Seterusnya ia akan menjejaskan misi ibu bapa untuk menjadikan anak sulung sebagai pembela yang bertanggungjawab dengan ikhlas.


*sumber harian metro*

03 November 2010

Lucky Draw Anak Ayah


Salam.. giveaway ni datangnya dari blod adyshariz. Kepada sesiapa yang nak join, sila klik di SINI. Tarikh tutupnya pada 12.11.2010

Ujibakat Raja Lawak 5

Salam.. pada 23.10 yang lepas aku sekeluarga pergi tengok ujibakat Raja Lawak 5 yang diadakan di Plaza Kotaraya Johor Bahru. Ini kali pertama aku lihat ujibakat dijalankan. Tujuan ke sana ingatkan dapatlah jumpa Zizan dan Johan. Lagipun aku dan Irfan suka dengan lawak selamba mereka berdua. Aku sampai kat Plaza Kotaraya lebih kurang pukul 5.30ptg. Masa tu nampaklah peserta yang sedang beraksi kat atas pentas. Kemudian hos ujibakat keluar, ala... agak frust kerana bukan Zizan dan Johan tapi bekas peserta Raja Lawak 1 dan 2. Aku cam muka tapi tak taulah namanya.

Jurinya pula Sathia dan David Teo. Aku memang respect la kat David Teo. Ada satu masa ketika itu masa rehat, takde sape pun yang pergi kat David Teo, pastu ada satu group budak lelaki tengah borak-borak, tiba-tiba David Teo pergi kat dorang. Aku perhatikan je, pastu nampak David Teo bercerita dengan group budak lelaki tu seolah-olah dorang dah kenal lama. Ketawa-ketawa, mungkin tengah turunkan ilmu kot he3. Sampaikan aku terdengar ada orang kata ''bestlah David Teo ni, cakap ngan kitorang macam dah kenal lama''. Kirakan David Teo ni peramah orangnya.


Rata-rata peserta yang menghadiri ujibakat tu, biasa je lawak dorang. Tak nampak sangat yang betul-betul ummphh.. tapi hari sabtu tu ada 2 orang yang dapat ke saringan di Kuala Lumpur. Kitorang balik sebaik habis ujibakat tu, aku sempat tanya dengan hos, mana Zizan dan Johan. Dorang cakap Zizan ada kat FFM23, Johan ada tapi sekejap je. Takpe la.. tahun depan kalau buat kat Johor lagi, confirm aku nak pergi.


Bukit Timbalan Johor Bahru
*gambar diambil dari car park tingkat lima Plaza Kotaraya*

Jurinya, Sathia dan David Teo

Peserta sedang mempamerkan bakat mereka


Hos Ujibakat Raja Lawak5


Irfan dan Balqis bergambar dengan hos (aisey..sorilah, aku tak ingat nama dorang)

Giveaway Lucky Draw


Salam.. next giveaway yang aku join, kali ni dari blog Lily & Auz Homemade Chocolate. Cantiknya coklat-coklat yang dibuat oleh Lily & Auz Homemade. Kepada sesiapa yang nak join sila klik di SINI.

Ibuayahdamia Vacation With Kids Giveaway


Salam.. giveaway ni diadakan sempena birthday ibu Damia. Selamat menyambut hari lahir. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia di samping insan-insan yang tersayang.

Kepada sesiapa yang nak join sila klik di SINI. Joinlah cepat kerana tarikh tutupnya pada 07.11.2010.

Follower Bertuah Giveaway


Salam..masih lagi dalam mood giveaway ye. Kali ni giveaway dari blog Aainaa. Kepada sesiapa yang nak join sila klik di SINI. Giveaway bermula dari 01.11.2010 dan berakhir pada 21.11.2010.

3 kawan blogger yang saya nak tag

1. Salmia
2. Syamila
3. Izancute

2nd Giveaway By Celoteh MJ


Salam.. giveaway ni dari blog MJ. Kepada sesiapa yang nak join sila klik di SINI. Tarikh tutupnya pada 26.11.2010
02 November 2010

It's our very first anniversary GA


Salam.. giveaway seterusnya datang dari blog Magic Of Me. Kepada sesiapa yang nak join giveaway ni sila klik di SINI. Tarikh tutupnya pada 23.11.2010

Are U That Lucky One Giveaway


Salam.. giveaway ni datangnya dari blog ILHAMNY.COM. Kepada sesiapa yang nak join, sila klik di SINI. Moga ada lucky untuk saya. Tarikh tutupnya pada raya haji ni.

Tolong Top Up Kan Untuk Sayer


Salam.. giveaway masih berterusan. Giveaway ni datangnya dari blog Qieranna. Kepada sesiapa yang nak join sila klik di SINI. Tarikh tutup pada 30.11.2010

Giveaway Sape Nak Baju


Salam.. giveaway ketiga yang aku join di bulan November dari blog Cik Jue. Seorang pemenang akan dipilih untuk memenangi baju. Sesiapa yang nak join sila klik di SINI. Tarikh tutupnya pada 30.11.2010

Cik Warnida Giveaway


Next giveaway yang aku join datangnya dari blog warnida. Kepada sesiapa yang nak join sila klik di SINI. Tarikh tutup pada 01.12.2010. 3 blogger yang aku nak tag ialah

1. Syamila
2. Kak Ngah
3. Kie Yu

Syilasyira 1st Giveaway


Salam.. tetap nak join giveaway lagi. Giveaway pertama di bulan November yang aku join datangnya dari With All My Heart. Sesiapa yang nak join sila klik di SINI. Tarikh tutupnya pada 30 November 2010.