Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
03 November 2010

Ujibakat Raja Lawak 5

Salam.. pada 23.10 yang lepas aku sekeluarga pergi tengok ujibakat Raja Lawak 5 yang diadakan di Plaza Kotaraya Johor Bahru. Ini kali pertama aku lihat ujibakat dijalankan. Tujuan ke sana ingatkan dapatlah jumpa Zizan dan Johan. Lagipun aku dan Irfan suka dengan lawak selamba mereka berdua. Aku sampai kat Plaza Kotaraya lebih kurang pukul 5.30ptg. Masa tu nampaklah peserta yang sedang beraksi kat atas pentas. Kemudian hos ujibakat keluar, ala... agak frust kerana bukan Zizan dan Johan tapi bekas peserta Raja Lawak 1 dan 2. Aku cam muka tapi tak taulah namanya.

Jurinya pula Sathia dan David Teo. Aku memang respect la kat David Teo. Ada satu masa ketika itu masa rehat, takde sape pun yang pergi kat David Teo, pastu ada satu group budak lelaki tengah borak-borak, tiba-tiba David Teo pergi kat dorang. Aku perhatikan je, pastu nampak David Teo bercerita dengan group budak lelaki tu seolah-olah dorang dah kenal lama. Ketawa-ketawa, mungkin tengah turunkan ilmu kot he3. Sampaikan aku terdengar ada orang kata ''bestlah David Teo ni, cakap ngan kitorang macam dah kenal lama''. Kirakan David Teo ni peramah orangnya.


Rata-rata peserta yang menghadiri ujibakat tu, biasa je lawak dorang. Tak nampak sangat yang betul-betul ummphh.. tapi hari sabtu tu ada 2 orang yang dapat ke saringan di Kuala Lumpur. Kitorang balik sebaik habis ujibakat tu, aku sempat tanya dengan hos, mana Zizan dan Johan. Dorang cakap Zizan ada kat FFM23, Johan ada tapi sekejap je. Takpe la.. tahun depan kalau buat kat Johor lagi, confirm aku nak pergi.


Bukit Timbalan Johor Bahru
*gambar diambil dari car park tingkat lima Plaza Kotaraya*

Jurinya, Sathia dan David Teo

Peserta sedang mempamerkan bakat mereka


Hos Ujibakat Raja Lawak5


Irfan dan Balqis bergambar dengan hos (aisey..sorilah, aku tak ingat nama dorang)

9 patah-patah kata:

Kie-yu berkata...

kie-yu nak pegi tp mse tu tgh kt putrajaya tgk adk konvo
nk tgk johan dgn zizan gak sbenanye
bukan dorang ehhhh
tak ralat sgt la tak pegi
hehe

Watierman, rmanbkr berkata...

Hee..rajin jugak Adik Akak layan program ni!! Tak dapek nak nolong bab nama host tu...Akak pun blurrr!

Jieda berkata...

Kie-yu ~ tu la..akak agak ralat juga.sebab memang nak tengok dorang berdua especiallynya zizan la.Tak pe la,takde rezeki hu3.

Jieda berkata...

Kak Watie ~ saje kak layan program camni.best juga tengok he3

ManjaIxora berkata...

uiks.. ramai ker dtg uji bakat tu kak?.. mesti dpt sambutan menggalakkan kan.. hohoho

Jieda berkata...

ManjaIxora ~ ramai juga rasanya.hari sabtu je dah 100++.

ardinihumaira berkata...

bestnya kalau dapat tengok... diorang lawak2.. hehe

Jieda berkata...

ardinihumaira ~ memang best.suka tgk lawak

coders for hire berkata...

I like this post.. Impressed me a lot.. thnaks..