Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
25 November 2010

Azri Mangsa Simbahan Asid


Salam.. malam tadi aku berkesempatan tengok Bersamamu di TV3, mengalir juga airmata ni bila melihat penderitaan Azri Abdullah yang menjadi mangsa simbahan asid oleh ibunya. Sanggup ibunya buat begitu kat anaknya.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia pergi ke rumah ibunya untuk mengambil salinan asal geran motor milik arwah bapanya kerana mahu memperbaharui cukai jalan kenderaan itu.

Katanya, sebaik tiba di rumah, dia mendapati pintu dan tingkap rumah berkunci, malah ibu dan adik-beradiknya tidak menyahut panggilannya.

“Mereka enggan buka pintu, jadi saya cuba intai melalui lubang dinding rumah dan dapati emak serta semua adik-beradik saya berada dalam rumah.

“Saya panggil mereka, tapi mereka buat tak tahu. Saya nampak seseorang pegang bekas kecil dan terus simbah melalui lubang tempat saya mengintai,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA, semalam.

Azri berkata, mata dan mukanya berasa panas dan sakit apabila terkena cecair itu, sebelum menjerit meminta bantuan ibu dan adik-beradiknya.

“Mereka tidak peduli, menyebabkan saya terpaksa mendapatkan bantuan daripada ibu saudara yang tinggal berdekatan. Saya tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya,” katanya.

Menurutnya, dia koma selepas kejadian dan dipindahkan ke tiga hospital dan terbaru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

“Hampir 11 bulan saya menanggung kesakitan ini. Saya sukar bernafas, harapan untuk kedua-dua mata pulih juga tipis. Lebih menyedihkan, sepanjang terlantar sakit, tidak sekalipun ibu atau adik-beradik datang bertanya khabar,” katanya dalam nada sebak. (sumber dari semuaberita.rakanweb.com)

Ini sumber berita yang aku dapat dari Utusan

KULIM 14 April - Seorang bekas pekerja kilang, Azri Abdullah, 41, dari Taman Tunku Putra di sini kini terpaksa menahan sakit akibat kecederaan di seluruh tubuh selepas menjadi mangsa disimbah asid sejak Disember lalu.

Azri yang masih bujang adakalanya menangis akibat tidak tahan menanggung kesakitan apabila kulitnya ditumbuhi ruam dan kepanasan.

Kesakitan yang dideritainya menyebabkan dia tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan kerana tidak mampu banyak bergerak selain mata kanannya menjadi kabur.

Lebih malang, dia yang kini disisihkan keluarga terpaksa bergantung harap kepada tiga rakan karib yang menyewa rumah untuk menjaganya.

Menurut Azri, kejadian malang tersebut berlaku sekitar Disember lalu selepas dia disimbah asid ketika terlibat dalam masalah perselisihan faham antara ahli keluarga.

"Kejadian ini berlaku di Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang. Selepas disimbah asid, seluruh anggota badan saya melecur dan muka menjadi kepanasan.

"Tidak lama selepas itu, keadaan lebih parah dan saya dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan terus menderita sehingga kini," katanya ketika ditemui pemberita selepas dikunjungi Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir di sini baru-baru ini.

Kata Azri, berikutan penderitaan yang ditanggungnya, dia terpaksa berhenti kerja kilang di Mak Mandin, Seberang Perai dan berpindah ke Kulim bersama rakan-rakannya.

"Kini saya tinggal bersama tiga rakan iaitu Md. Dori Osman, 34; Shahrel Mohd. Ali, 28, dan Shahrul Kamel Jamaluddin, 41. Segala keperluan makan-minum mereka yang uruskan," katanya.

Tambahnya, dia juga bersyukur kerana Md. Dori dan rakan-rakannya sanggup bergilir-gilir menghantarnya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setiap bulan untuk rawatan lanjut.

"Shahrel dan Shahrul Kamel bekerja di Kulim sementara Md. Dori masih mencari pekerjaan di Kulim. Mereka banyak menolong saya," katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata, pihaknya akan menubuhkan satu tabung khas untuk membantu membiayai rawatan bekas pekerja kilang tersebut.

Katanya, UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu juga sedang mendapatkan khidmat nasihat pakar perubatan dari sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur untuk membantu meringankan penderitaan yang dihadapi Azri itu.

"Kita amat bersimpati dengan nasib yang dialami Azri dan berharap dengan tertubuhnya tabung khas ini, sedikit sumbangan boleh dijana untuk membantu membiayai kos perubatan," katanya.

Tambah beliau, pihaknya turut berjaya mendapatkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim sebanyak RM300 sebulan mulai bulan ini untuk membantu Azri.

"Selain itu, kita akan berusaha mendapatkan sebuah kerusi roda untuk memudahkan Azri bergerak dan mempercepatkan permohonan duit pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam tempoh terdekat," jelasnya.

Orang ramai yang bersimpati dengan penderitaan yang dialami Azri boleh menghulurkan bantuan kepadanya menerusi akaun simpanan RHB Bank bernombor 10702800602905 atau menghubungi Shahrul Kamel di talian 012-5772130.

18 patah-patah kata:

a n a s t a s y e a berkata...

kesian ..

mahira oya berkata...

ini yg x best ni..sian die..

Jieda berkata...

anastasyea ~ kalau tengok bersamamu lagi kesian,tak sampai hati nak tengok

Jieda berkata...

mahira oya ~ betul..memang kesian

Along25 berkata...

Ada juga ibu yang sanggup buat mcm tu kannn... sampai hati sungguh..

Nazz@Purple berkata...

sgt bersimpati..tp cerita ni buat kite terfikir..ape yg membuatkan keluarganya tergamak melakukan sedemikian rupa..ape pun tu la sebahagian dr ujian Allah..andai dia tabah pasti besar ganjarannya..

sakuraputih berkata...

muallaf ke dia ni..agaknya halangan fmly kot

ardinihumaira berkata...

sampai hati :'(

anyss berkata...

Salam,
Kita tak tahu apa sebenarnya berlaku, mungkin salah faham, mungkin juga berebut harta (biasa berlaku dalam mana2 keluargapun).
apapun puncanya, kita memang patut bantu dia. Kisah lama dia tu...biar dia yang selesaikan. Kita perlu tunaikan tanggungjawab membantu dia. Kalau sorang bagi seringgit pun, dah banyak terkumpul tu. Ni kira kecacatan kekal...sepanjang hayat dia akan menderita. kalau dia sabar...bayangkan berapa banyak yang Allah akan kurniakan kepadanya nanti...


Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Dua

ASSOYFINGER67 berkata...

harap ada t/balas dari polis...

qieranna berkata...

sian nyer...

Mas berkata...

mas pun menangis masa lihat bersamamu ari tu....
memang berat dugaan yang azri terima..moga azri mendapat kuat menghadapinya...
mas langsung tak faham tentang family azri...memang tak berhati perut, sejahat mana pun seseorang manusia tu,tak sepatutnya mereka menyimbah asid yang menyebabkan seseorang menderita seumur hidup..moga Allah memberi hidayah kpd family azri...
azri bertuah sangat dapat kawan2 yg sanggup membantu...moga azri dan kwn2nya diberkati Allah sentiasa..

Sofia Aimd berkata...

ala, nape camni ni.. :( takde masalah yg bole setel elok2 ea~

atie aizam berkata...

semoga saudara azri cepat sembuh.. kejam nye ibu itu :(

zora berkata...

sian gle org 2...:'(

Hashira Yusoff berkata...

aduhh..smpai mcm tu skali. bkn org lain ank sndri plak tu gi naya mcm tu. ape msa branak tu tak ase sakit ke.. =___="

bungakuning . berkata...

kesian . tapi mesti ada apa apa konflik sehingga tergamak keluarganya buat macam tuh .

suzie rahman berkata...

suzie pon der tgk..kesian tgk azri.dr seorg yg sempurna jadi cacat. knp lah ibu dan adik2 nya x berhati perut.per2 mslh kn bleh settle baik2.suzie harap azri tabah menjalani hidup dia x putus asa. bertuah mempunyai kawan2 spt dori,sharel & sahrul.. hnya allah yg dapat bls jasa mereka.