Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

30 Jun 2010

Pelakon 'Winter Sonata' bunuh diri

Salam semua... aku baru je dengar kat radio sinar mengatakan pelakon yang pernah membintangi WINTER SONATA mati kerana membunuh diri. Pastu terus aku google kat internet, memang betul berita tu. Ini petikan yang aku dapat dari BERITA HARIAN ONLINE

SEOUL: Pelakon dan penyanyi popular Korea Selatan ditemui mati hari ini, dipercayai membunuh diri, menurut polis dan laporan media. Agensi berita Yonhap melaporkan Park Yong-ha, 33, menggantung diri di kediamannya di Seoul. Seorang pegawai Seoul Metropolitan Police Agency me
mberitahu The Associated Press, Park ditemui tergantung dengan wayar pengecas bateri telefon bimbitnya. Namun, polis masih menyiasat punca sebenar kematian beliau. Park mula menampilkan diri pada akhir 1990-an dan pada 2002 membintangi drama bersiri "Winter Sonata" yang diikuti ramai penonton di Jepun dan Asia Tenggara.

Kepada sesiapa yang pernah mengikuti drama bersiri Korea ni mesti kenal dengan pelakon Park Yong Ha. Aku tak berapa ke
nal sebab aku tak pernah tengok drama WINTER SONATA yang pernah popular satu masa dulu. Mula-mula aku ingatkan pelakon utamanya yang bunuh diri. Setelah aku menggunakan khidmat google images, inilah rupanya PARK YONG HA.



29 Jun 2010

Hantu Durian

Salam semua... musim buah telah pun bermula terutamanya buah durian. Sape yang tak suka durian tu alangkah ruginya. Sedap tuuu.... paling aku suka adalah tempoyak. Ada ke yang tak tau tempoyak tu apa. Tempoyak ni dibuat dari buah durian. Isinya dikopek dan diisi dalam balang kaca. Kemudian tunggulah 2 atau tiga hari, jadilah tempoyak tu. Biasanya tempoyak ni orang akan buat masak lemak cili api ataupun makan dengan cili yang telah ditumbuk. Pergghhh..memang sedap. Confirm bertambah nasi.

Aku masih ingat lagi ada satu masa, ketika tu aku kecil lagi, abah aku beli kat kebun. Penuh satu bonet kereta abah aku bawa balik. Memang bestlah, makan pula ramai-ramai dengan adik beradik. Semuanya berebut nak makan ulas durian yang digelar kucing tidur. Aku pun tak tau apa yang bestnya kucing tidur ni. Bentuknya memang cantik tapi bila masuk je dalam mulut hilang kecantikan ulas durian tu he3.

Jumaat lepas, kitorang kat opis ni bercerita pasal buah durian. Balik dari kerja terus aku ajak en suami cari buah durian. Walaupun en suami kata kat rumah ada sebiji *amik dari rumah ibu mertuaku* aku tetap ajak cari juga. Sebiji mana cukup. Tak puas nak makan. Lepas je dapat beli durian, sampai rumah terus cari parang nak kopek buah durian tu. Puasnya dapat makan durian malam tu.



Durian dari rumah ibu mertuaku.Yang lain tu lupa nak snap

Ohh ye... mesti ada yang ingat entri ni citer hantu ye. Bukannn... hantu durian yang aku maksudkan budak pompuan kat dalam gambar bawah ni. Balqis ni memang pantang jumpa durian. Sebiji tu dia boleh habiskan seorang pada masa tu jugak manakala si abang pula tak berapa suka. Pernah sekali tahun lepas, pukul 11 malam dia mengamuk nak makan durian. Puaslah kitorang cari. Nasib baik masa tu ada orang jual lagi.


Tak reti nak duduk agaknya budak ni






EQURLZ GIVEAWAY


Giveaway yang ni dari blog EQURLZ. Hadiah yang akan dimenangi merupakan sebuah bekas pensil yang dijahot sendiri oleh Cik EQURLZ ni. Tarikh tutup giveaway ni pada 19 July 2010. Kepada sesiapa yang nak join bolehlah klik di SINI

Cash Out Kali Ke 3

Salam pagi semua..harini bila aku blogwalking, aku perasan ramai yang telah cashout earning masing-masing. Maklumlah sekarang ni dah akhir bulan. Aku pun tak terkecuali juga. Ini adalah hasil setelah sebulan. Itupun setelah dicampur dengan buffered. Walaupun tak banyak mana tapi tetap nak tunjuk juga he3.


Sebelum dicashoutkan



Adoiii..jenuh nak mengumpulnya lagi


Alhamdulillah..inilah rezeki. Boleh juga ditambah untuk raya yang akan datang. Tak lupa terima kasih kepada yang sudi klik iklan kat blog ni. Tanpa klik dari korang, takde la nak dapat amount camtu


notajariruncing: tengah menanti kedatangan cheque yg kedua dari nuffnang.



28 Jun 2010

KEPUTUSAN PERADUAN BUAT PERKATAAN DARI HURUF

Salam semua.. kepada semua peserta aku minta maaf sebab terlewat mengumumkan keputusannya. Aku pun tak tau kenapa tenet aku kat rumah tak boleh nak login blogspot. Sampaikan aku nak komen kat blog orang lain pun tak boleh juga. Jom kita lihat keputusan di bawah

KIE YU - 153 patah perkataan (14 perkataan ditolak kerana double) = 139 patah perkataan yang diterima
GOMBAKMALI - 69 patah perkataan
TIEFAZATIE - 80 patah perkataan
ELLENYNA - 152 patah perkataan
WHITE BIRD - 15 patah perkataan (2 perkataan ditolak kerana tidak menepati syarat) = 13 patah perkataan yang diterima
MASHIMARO - 30 patah perkataan
CIK ERYNN - 76 patah perkataan
BUYAT - 100 patah perkataan
SI JARI TUNJUK - 100 patah perkataan
QASIH NADIRA - 107 patah perkataan
KAK NGAH - 136 patah perkataan
ASFZ LILY - 120 patah perkataan
SOP - 90 patah perkataan
SALMIA - 86 patah perkataan
DYEA IRDINA - 61 patah perkataan
ALONG25 - 107 patah perkataan
AROL DSHW - 186 patah perkataan
HUDA - 202 patah perkataan
AI NA - 100 patah perkataan
I.HAZWANI - 31 patah perkataan
IEDA - 117 patah perkataan
ZEEHO - 47 patah perkataan
WRITER NIMS - 60 patah perkataan
MUNGE - 31 patah perkataan
FARAH SYAFIQAH - 177 patah perkataan
DELOUR - 101 patah perkataan
X PO - 93 patah perkataan
KASIH SUCI - 100 patah perkataan
MAWADDAH - 189 patah perkataan
MANJAIXORA - 210 patah perkataan
SYUZANA - 135 patah perkataan
ZAI KULIM - 118 patah perkataan
MARINA - 197 patah perkataan
SUNSHINE - 18 patah perkataan
ALYNN MALYNNA - 172 patah perkataan
ZEALOT - 103 patah perkataan

PEMENANGNYA IALAH MANJAIXORA DENGAN 210 PATAH PERKATAAN.

Tahniah kepada pemenang. Sape yang tak berjaya tu jangan sedih, InsyaAllah akan ada peraduan yang akan menyusul.

P/S: Boleh refer balik perkataan kat ruangan komen di sini


24 Jun 2010

PERADUAN TELAH DITUTUP

Salam semua... aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi join peraduan yang aku buat ni. Sebenarnya tak planning pun nak buat peraduan tapi semalam idea tiba-tiba datang dan akhirnya peraduan aku berjaya disertai oleh 34 orang.

Dengan ini aku mengumumkan peraduan telah ditutup. Kepada sesiapa yang terlepas peraduan ni, boleh join pada peraduan yang akan datang.

Kepada semua peserta pula, keputusan tak dapat diumumkan harini kerana sekarang ni aku memang tengah busy. Mungkin besok atau lusa pemenang akan diumumkan. So...tungguuuuuu

23 Jun 2010

Peraduan Buat Perkataan dari Huruf

Balik kerja semalam, masa tengah syok drive tu, teringat pula masa zaman sekolah. Aku lupalah masa tu aku tingkatan berapa tapi cikgu Bahasa Melayu aku suruh buat perkataan dari huruf yang diberi. Dari huruf tu banyak perkataan yang dapat dibuat. So, sekarang ni dengan perasaan yang suka-suka je aku nak korang buat perkataan dari huruf

P E R P U S T A K A A N

Kepada sesiapa yang dapat buat perkataan paling banyak aku hadiahkan RM20. Korang nak tak? Kalau nak... peraduan bermula dari sekarang sehingga 12tghari 24/06/10.


Peraturan:

* tidak perlu buat entri, hanya tinggalkan jawapan kat ruangan komen.
* perkataan hanya diterima dalam bahasa melayu, bahasa inggeris tidak akan dikira.
* tidak boleh ada perkataan yang double, jika ada dua-dua perkataan yang sama itu tidak akan dikira.
* perkataan yang tidak ada makna juga akan ditolak.
* hanya jumlah perkataan yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang, jika ada lebih dari seorang pemenang, kemungkinan hadiah akan dikongsi.

Sekian, terima kasih.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila tinggalkan di ruangan shoutmix. Terima kasih kerana sudi join peraduan ini.

** jawapan setiap peserta akan dipaparkan selepas tarikh tutup. Ini kerana mengelakkan peniruan berlaku.

Senarai nama peserta:
1. Kie-yu
2. GombakMali
3. Tiefazatie
4. Ellenyna
5. White Bird
6. Mashimaro
7. Cik Erynn
8. Buyat
9. Si Jari Telunjuk
10.Qasih Nadira
11.Kak Ngah
12.Asfz Lily
13.Sop
14.Salmia
15.Dyea Irdina
16.Along25
17.Arol DSHW
18.Huda
19.Ai na
20.I. Hazwani
21.Farah Shafiqah
22.Delour
23.Ieda
24.Zeeho
25.Write Nims
26.Munge
27.Alynn Malynna
28.Zai Kulim
29.Kasih Suci
30.Mawaddah
31.ManjaIxora
32.Syuzana

*Kepada sesiapa yang rasanya nak tambah perkataan lagi sila tambah cepat sebelum masa tutupnya berakhir.



22 Jun 2010

NisaChoc Giveaway


Pagi tadi masa aku check kotak mesej, nampak pula mesej dari nisa ajak join giveaway di blognya. Best rasanya bila dijemput. So, sebagai memberi sokongan kepada tuan blog aku join juga la giveaway yang dianjurkan. Kalau menang hadiahnya Love Box - Praline Chocolate With Filling ( 8 cavities ) dan kepada sesiapa yang nak join boleh klik di SINI dan tarikh tutupnya pada 8th July 2010.
20 Jun 2010

Gambar-gambar kreatif

Salam semua.. apakata kali ni kita layan gambar kreatif yang diambil oleh photographer













18 Jun 2010

Jangan Salahkan Aku


Salam semua.. kali ni aku nak tayangkan gambar budak pompuan ni. Korang nak tau sape budak pompuan dalam gambar ni. Ini adalah anak pompuan kesayangan aku ler. Gambar ni diambil masa kitorang pegi klinik minggu lepas. Nampak tak pipi sebelahnya yang bengkak. Dah macam kena tumbuk..ppssss.... aku tak dera ye. Korang jangan buat report pulak hehehehe ...

Pipi tu bengkak sebab malam sebelumnya dia mengadu sakit gigi. Bila aku tengok gusinya kat bahagian atas dah bengkak. Ingatkan bengkak setakat kat mulut tu je, rupa-rupanya bila bangun keesokan hari, terus melarat ke sebelah pipi. So, bawak pegi klinik, doktor bagi ubat hilang bisa dan antibiotik. Dua hari kemudian barulah bengkak tu susut.


Perasan tak rambutnya yang terjuntai tu. Sekarang ni Balqis dah pandai ikat rambut sendiri. Dari mana dia belajar aku pun tak tahu. Satu kemajuan buat dirinya. Dah besar rupanya anak aku ni ye. Tahun depan dah masuk sekolah. Sekejapnya masa berlalu.

Buah Mempelam

Salam semua.. masa aku berblogwalking ke blog cheximm, aku ternampak buah mempelam kat dalam blog dia yang sedang berbuah lebat di rumahnya. Tak boleh nak bayangkan rasanya yang masam-masam ditambah pula dengan baunya yang wangi, aku ni memang pantang sikit pasal mempelam muda ni. Bisa buat aku kecur. Kat rumah, aku ada tanam pokok mangga tapi jenis mangga epal. Mangga tu aku kureng sikit. Tak berapa nak menggiler sangat.Pastu aku pun call la makcik aku di kampung tanyakan buah mempelam yang ditanam kat rumah kampung nenek aku tu. Bila diberitahu pokok pelam tu dah berbuah, apalagi.. aku suruh poskan buah tu ke aku. Nak gi amik sendiri jauh tu. Johor ke Terengganu. Baiklah aku gunakan khidmat kurier.



Terima kasih buat tok pak yang sudi mengait buah ni, buat pakcikku yang sponsor duit kurier dan auntie mila yang tolong poskan. Ni baru 1st round, nanti ada yang 2nd round pula ye hehehe...



Buah pelam ni hanya bertahan satu hari setengah je. Sebabnya... aku dah habiskan kesemuanya. Nasib baiklah kat rumah tu takde yang minat. Biasanya aku makan cicah garam. Hisshh..taknak citer lebih-lebih nanti aku kecur pulak. Aku pernah dengar orang kata kalau buah ni dicampurkan ke dalam sambal belacan, bila berbuah sekali lagi buahnya tak cantik. Isi buah tu akan busuk dan berulat. Betul ke?

Biarpun dah lama buah ni habis, entri ni dibuat kerana aku saja nak suruh peminat tegar buah mempelam ni kecur hehehe...jangan mare.
17 Jun 2010

Happy Family GA


Salam.. sekarang ni aku makin berminat nak join giveaway. Kali ni datangnya dari blog DJf Closet. Kepada sesiapa yang nak join tu tarikh tutupnya pada 9 Julai 2010. Jom ramai-ramai memeriahkan giveaway ni. Hanya klik pada banner tu dan korang akan terus ke blog DJFCloset.
16 Jun 2010

Cara menghapuskan lipas


Salam semua.. nak tanya ni, sape benci lipas? Eeee... samalah, aku pun tak suka + benci + geli dengan lipas ni. Kerana ketakutan aku terhadap lipas sampaikan anak-anak aku pun ikut takut juga. Mana taknya.. bila lipas tu lalu je aku akan terjerit-jerit macam orang kena histeria *hehehe..aku tipu je, takle sampai terjerit camtu* Kalau en suami ada kat rumah memang dialah yang aku suruh bunuh lipas tu.

Tadi aku baca email yang diberi oleh rakan sekerja berkenaan membunuh lipas secara profesional tanpa perlu memukul dengan penyapu lidi atau menekup lipas guna kertas suratkhabar. Cara ni simple sangat-sangat.

''Sediakan botol yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak je lipas, terus spray ke arah lipas tu. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala hingga kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas lipas. ''

Satu lagi cara dengan memerangkap lipas.

''Sediakan botol kaca seperti botol jam atau botol madu. Letakkan sedikit serbuk kopi atau serbuk koko ke dalam botol tersebut. Letakkan berhampiran dengan dinding atau tempat lalu lalang lipas. Biasanya lipas boleh memanjat botol tetapi tidak boleh keluar. Bila lipas dah terperangkap, spraylah dengan menggunakan air sabun itu''.

Satu lagi info yang nak dikongsikan ialah lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak akan pecah kerana ia kuat. Ia akan bertaburan di mana-mana tempat jika memukul lipas menggunakan penyapu atau suratkhabar. Jika buat cara begitu hendaklah dibersihkan tempat lipas tu dipukul dengan menggunakan air dan sabun sebersih-bersihnya.


notajariruncing: aku suka tengok katun oggy and the cockroaches

MRS BUBU GIVEAWAY


Giveaway kali ni datangnya dari BUKHAIRIAH sempena menyambut annivesary yang ke 4. So, kalau sesiapa yang nak join bolehlah klik ke link beliau. Tarikh tutp penyertaan pada 29hb Julai dan ada hadiah menarik yang sedang menanti.
15 Jun 2010

Wawwi Matrix Blogwalking

Salam semua.. semalam ketika aku berblogwalking, aku perasan kebanyakan blog dah pasang widget WAWWI ni. Mula-mula aku tak endahkan juga tapi lama kelamaan perasaan ingin tau tu muncul setelah aku membaca entri berkenaan WAWWI ni di blog Dahlia. So, dengan situasi yang masih agak keliru, aku daftar je la. Meh sini nak citer sikit pasal WAWWI ni.

Wawwi Matrix Blogwalking adalah widget yang akan memaparkan URL Blog anda ke senarai Networker blog yang mendaftar melalui blog anda mengikut formula Matrix n x 15 dan juga merupakan sistem Autospillover.

Dengan ini potensi untuk anda mendapat traffik dari aktiviti blogwalking adalah lebih tinggi berbanding aktiviti blogwalking cara biasa. Sebagai contoh jika anda melayari 5 laman web melalui Wawwi Matrix Blogwalking sehari, anda sudah berpeluang mendapat 19525 traffik ke blog anda dalam sehari. Hal ini adalah lebih mudah.

Ini adalah potensi traffik yang boleh dapat jika Matrik anda 5x5

LV1: 5 = 5
LV2: 5x5 = 25
LV3: 5x5x5 = 125
LV4: 5x5x5x5 = 625
LV5: 5x5x5x5x5 = 3125
Jumlah network = 3905 blogger

Bayangkan la kalau sampai ke level 15, tak ke banyak traffik yang korang dapat.

Autospiller pula apabila anda telah mencapai had lebar (width) downline network Level 1 anda, ahli terbaru akan dipindah ke network downline Level 1 anda itu dimana ahli yang belum atau mempunyai network terendah akan menerima ahli baru tersebut secara automatik.

Di samping itu Wawwi ni juga menyediakan point yang kita boleh tukar ke RM. Dengan adanya sistem ni sambil blogwalking sambil tambah duit poket juga. Fungsi mata ni adalah digunakan untuk menaiktaraf lebar atau kedalaman network anda dan juga diguna semasa sebarang pelawat yang klik melawat laman web anda di widget Wawwi Matrix Blogwalking. Semakin lebar atau semakin dalam dalam network anda, semakin tinggi pelawat yang akan datang ke blog anda dan juga semakin banyak nilai mata yang bakal anda perolehi.

Anda diberi 10000 mata permulaan di mana fungsi nilai mata ini membolehkan blogger lain untuk melawat blog anda. Setiap klik unik sehari untuk lawatan ke blog akan dipotong 20 mata (jika upline melihat blog anda) dan dari 5 mata hingga ke 15 mata (jika downline melihat blog anda).



Kepada sesiapa yang nak mendaftar tu bolehlah lihat widget ni di bawah shoutmix aku tu. Hanya masukkan nama, url blog dan email. Semudah abc je hehehe... nak tau lebih lanjut korang bolehlah klik di widget ni di bahagian [TUTOR]. Kat situ memang detail ada diberitau.


14 Jun 2010

Peraduan Teka dan Menang - Apa ada dalam beg porch beg gnesop



Salam..contest teka meneka ni datangnya dari blog RIWAYAT HATIKU. Contest ni memerlukan kita meneka apa 10 barang yang terkandung dalam beg porch GNESOP. Jom kita lihat senarai 10 barang yang aku agak-agak terkandung dalam porch itu

1.Wallet
2.Handphone
3.Sikat
4.Pen
5.Buku Nota
6.Aneka jenis kunci etc kunci rumah,kunci mangga pintu pagar,kunci motor
7.Minyak Wangi
8.Gel Rambut
9.Air Mineral 500ml
10.Minyak Angin

Sape yang nak join tu silalah klik ke banner ye.
11 Jun 2010

Sejuta Cinta Marshanda



Salam semua..seperti dalam entri yang lepas ada aku type nak tunjukkan satu sinetron baru gandingan bersama antara Baim Wong dan Marshanda. Ini adalah lakonan pertama mereka selepas berakhirnya percintaan antara mereka berdua. Antara pelakon lain dalam sinetron ini adalah Ashraf Sinclair *pelakon malaysia yang berkahwin dengan Bunga artis Indonesia* dan juga kekasih Marshanda sendiri iaitu Ben Kasyafani. Sinetron ni sedang ditayangkan di Indonesia. Kalau nak tengok sinetron ni ditayangkan kat Malaysia mungkin 2 atau 3 tahun lagi kot.

Sejak aku minat tengok citer Benci Bilang Cinta, aku selalu menggunakan khidmat google untuk mendapatkan informasi pasal Baim dan Marshanda. Dari situlah aku dapat tau pasal sinetron terbaru mereka ni dan aku nak berkongsi kepada sesiapa yang meminati lakonan mereka berdua.

Sinopsis sinetron SEJUTA CINTA MARSHANDA

MARSHANDA (Marshanda), gadis cantik yang selalu semangat, optimis, pekerja keras dan polos itu sedang dilanda perasaan bahagia. DELVIN (Baim Wong), pria yang selama 6 tahun terakhir menjadi pacarnya akhirnya ingin mengenalkannya dengan mamanya, FARAH Vicky Burki), yang selama ini tidak pernah merestui hubungan mereka.

Mereka dipertemukan saat acara wisuda Delvin, dimana Delvin menjadi lulusan terbaik, dan segera akan mewarisi hotel yang selama ini dikelola Farah. Tetapi pertemuan itu tidak seindah bayangan Marshanda, karena Farah tidak ingin anaknya menikahi wanita 'miskin'. Farah pun mengancam Marshanda.

Memang Farah selalu mencari jodoh yang tepat buat Delvin, karena ia mengharapkan Delvin bisa memimpin hotel miliknya yang berkongsi dengan keluarganya BEN (Ben Kasyafani). Tetapi sekali lagi Delvin berhasil memujuk Farah untuk lebih mengenal Marshanda dan keluarganya. Farah pun kemudian meminta Delvin untuk mengundang Marshanda dan mamanya, Asri (Lulu Kurnia), ke rumah.

Namun saat bertemu dengan calon besannya, Bu Asri sangat shock! Karena Bu Farah tak lain adalah sahabatnya dahulu, yang entah kenapa pergi menjauhinya. Farah pun semakin membenci Marshanda setelah tahu kalau Asri adalah ibunya. Farah masih menyimpan dendam masa lalu yang menyebabkan persahabat mereka retak. Farah meminta Asri untuk menjauhi Marshanda dari Delvin atau ia mengancam akan mengungkapkan fakta di masa lalu yang belum diketahui Marshanda. Asri mengalami dilema yang sangat berat, dan ia pun meminta Marshanda untuk menjauhi Delvin secepatnya.

Marshanda bingung, dan ia pun dengan berat hati menuruti keinginan mamanya, walaupun ia sangat mencintai Delvin. Delvin tidak bisa berbuat apa-apa, karena di sisi lain Farah tiba-tiba sakit karena terlalu banyak menelan obat penenang.

Ketulusan cinta Marshanda dan Delvin diuji akan banyaknya kejadian-kejadian yang seolah-olah memang harus memisahkan mereka. Delvin mulai teralihkan perhatiannya oleh gadis lain, MERRY (Alice Sofie Norin), sahabat Marshanda dan Delvin, yang diam-diam selalu berusaha merebut Delvin dari Marshanda. Sedangkan kecantikan, kebaikan dan ketegaran Marshanda juga mengundang perhatian Ben,. Lalu datang ABEL (Ashraf Sinclair), yang walaupun awalnya tidak memperdulikan Marshanda karena selalu bertemu di kesempatan yang salah, namun lambat laun ia mulai memperhatikan Marshanda.

Bagaimanakah selanjutnya kisah hidup Marshanda?..

Rahasia besar apakah yang melibatkan Asri dan Farah, sehingga berdampak kuat akan kelangsungan cinta Marshanda dengan Delvin?..


*kredit to HELLOSKYBLU

Jom layang opening sinetron ni.Aku suka sangat ngan lagu ni.


10 Jun 2010

Benci Bilang Cinta


Salam semua..aku rasa ramai yang tau pasal citer ni yang sedang ditayangkan di astro Ria setiap hari Selasa hingga Jumaat bermula 6.30ptg. Sape suka sila angkat jari hehehe...

Ini adalah sinetron indonesia yang ketiga aku tengok full episode. Jika sebelum ni aku bermula dengan sinetron Intan kemudian Air Mata Cinta dan sekarang Benci Bilang Cinta. Asal aku tertengok sinetron ni adalah kerana lepasnya habis ADAMAYA yang best tu dan disambung pula dengan SYAH JIHAN tapi malangnya drama Syah Jihan takde tarikan la seperti mana aku tengok ADAMAYA. Pastu tukar channel nampak citer indon ni. Dalam hati aku dah merungut sebab asyik-asyik citer indon je tapi dalam masa yang sama aku tengok jugak. Bila concentrate..best jugak citer ni. Sejak episode ke 3 sampailah sekarang aku follow sinetron Benci Bilang Cinta. Sekarang ni pun aku dah habis tengok citer tu. Kat mana aku tengok? Mestilah tengok kat YOUTUBE. Walaupun tak berapa jelas gambarnya dan tak berapa faham sebab takde subtittle tapi aku layan je.

Antara tarikan yang terdapat dalam citer ni sebabnya pelakon utama lelaki dan pompuannya sesuai sangat. Suka tengok lakonan Baim Wong yang hensem dan Marshanda yang cantik. Khabarnya dorang berdua ni pernah bercinta satu masa dahulu tapi sebab takde jodoh akhirnya terputus di tengah jalan.

Okay..taknak citer panjang pasal citer ni nanti tak best pulak. Apapun di akhir sinetron ni adalah happy ending. Meh layan Benci Bilang Cinta Ep1 kat YOUTUBE ni. Kalau nak tengok lagi silalah ke YOUTUBE.

notajariruncing: pada sape yang minat ngan pelakon utama ni,ada lagi satu sinetron gandingan bersama yang tak kurang hebatnya akan aku tunjukkan di entri yang akan datang.Tungguuuu....





09 Jun 2010

Buffered Lagi

Salam semua... alhamdulillah, sekarang ni buffered aku dah makin bertambah. Ini adalah buffered kedua untuk iklan baru. Jika sebelum ini iklan Coffee Mate keseorangan kini iklan Maxis Blackberry telah menemaninya. Masa hari pertama untuk kedua-dua iklan ni aku agak terkejut kenapa iklan ni asyik muncul je. Seolah-olah telah dipaku kat blog aku. Aku agak mungkin buffered tapi tak terlalu mengharap. Bila keesokan harinya, aku tengok kat earning nuffnang rupanya betul iklan tu adalah buffered. Seronok sangat sebab dalam masa 5 bulan lebih aku mendaftar dengan nuffnang aku dah dapat 17 buffered termasuk tiga yang masih running ni. Satu pencapaian yang agak baik untuk diri aku sendiri.


Iklan tengah running


Korang janganlah gelak tengok amount tu ye. Malu ai.

Satu lagi..bintang dah penuh ni. Kalau ada sesape tau apa keistimewaan kalau bintang ni dah penuh silalah kongsi dengan aku ye.

07 Jun 2010

Wanita Sihir Telah Kembali


Salam kepada semua... takut tak ngan tajuk tu hehehe..pagi tadi masa belek-belek suratkhabar nampak pula filem baru yang akan ditayangkan kat pawagam. Filem kali ni yang menarik minat aku ialah Nanny McPhee 2. Nanny Mc Phee yang pertama dulu, aku tengok berulang kali tanpa jemu. Memang best. Lagipun aku memang suka citer yang ala-ala fantasi ni. Tarikh mula tayangannya pada 10hb June ni. Wahh.. wajib tengok ni hehehe... Nanny McPhee ni dilakonkan oleh Emma Thompson. Kalau korang nak tengok muka si Emma ni, korang google je. Pasti jumpa. Meh kita baca sinopsis yang serba ringkas ni.

''Kali ni watak Nanny, wanita penuh ilmu sihir dan kelebihan ajaib, kembali untuk membantu wanita muda, Mrs Isabel Green lakonan Maggie Gyllenhaal yang ingin mengusahakan sebuah ladang. Mrs Green yang mempunyai anak terpaksa hidup sendirian selepas suaminya berjuang di medan perang. Hasrat Nanny untuk membantu ibu muda itu bagaimanapun sedikit terbantut selepas melihat anaknya yang tidak sebulu dengan dua sepupu mereka dari bandar yang berlagak dan sering mendatangkan masalah.

Versi terbaru filem yang turut dibintangi pelakon hebat seperti Ralph Fiennes dan Ewan McGregor ini bakal menyaksikan aksi Nanny mengajar Mrs Green dengan lima lagi ilmu terbaru untuk berjaya melaksanakan ladangnya. '' *sumber dari metro ahad*

Kepada sesiapa yang suka filem ala-ala fantasi ni, mehlah kita gi wayang ramai-ramai.
04 Jun 2010

Hadiah dari R4T

Salam petang, hari selasa lepas parcel hadiah yang aku aku dapat kerana menjadi follower yang ke 100 di blog R4T telahpun sampai. Hadiah yang aku dapat ialah beg kecik yang comel. Terima kasih banyak-banyak R4T ye. Lepas ni buatlah giveaway. Boleh saya join hehehe.. Tengok je la gambar di bawah ni





pssttt nisa, nasib baik pilihan beg tu dah betul cuma kertas tu je yang salah, tapi takpe la... yang penting best sangat sebab dah dapat beg kecik tu.
03 Jun 2010

Giveaway Painting Da Rainbow


Salam.. entri permulaan aku di bulan Jun ni adalah join giveaway yang dianjurkan oleh Nini dari http://sparklemaneh.blogspot.com. Sape yang nak join tu meh klik di SINI kerana semua syarat-syarat penyertaan ada di sana. Tarikh tutup giveaway ni pada 30th June 2010.