Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
29 Jun 2010

Hantu Durian

Salam semua... musim buah telah pun bermula terutamanya buah durian. Sape yang tak suka durian tu alangkah ruginya. Sedap tuuu.... paling aku suka adalah tempoyak. Ada ke yang tak tau tempoyak tu apa. Tempoyak ni dibuat dari buah durian. Isinya dikopek dan diisi dalam balang kaca. Kemudian tunggulah 2 atau tiga hari, jadilah tempoyak tu. Biasanya tempoyak ni orang akan buat masak lemak cili api ataupun makan dengan cili yang telah ditumbuk. Pergghhh..memang sedap. Confirm bertambah nasi.

Aku masih ingat lagi ada satu masa, ketika tu aku kecil lagi, abah aku beli kat kebun. Penuh satu bonet kereta abah aku bawa balik. Memang bestlah, makan pula ramai-ramai dengan adik beradik. Semuanya berebut nak makan ulas durian yang digelar kucing tidur. Aku pun tak tau apa yang bestnya kucing tidur ni. Bentuknya memang cantik tapi bila masuk je dalam mulut hilang kecantikan ulas durian tu he3.

Jumaat lepas, kitorang kat opis ni bercerita pasal buah durian. Balik dari kerja terus aku ajak en suami cari buah durian. Walaupun en suami kata kat rumah ada sebiji *amik dari rumah ibu mertuaku* aku tetap ajak cari juga. Sebiji mana cukup. Tak puas nak makan. Lepas je dapat beli durian, sampai rumah terus cari parang nak kopek buah durian tu. Puasnya dapat makan durian malam tu.



Durian dari rumah ibu mertuaku.Yang lain tu lupa nak snap

Ohh ye... mesti ada yang ingat entri ni citer hantu ye. Bukannn... hantu durian yang aku maksudkan budak pompuan kat dalam gambar bawah ni. Balqis ni memang pantang jumpa durian. Sebiji tu dia boleh habiskan seorang pada masa tu jugak manakala si abang pula tak berapa suka. Pernah sekali tahun lepas, pukul 11 malam dia mengamuk nak makan durian. Puaslah kitorang cari. Nasib baik masa tu ada orang jual lagi.


Tak reti nak duduk agaknya budak ni






41 patah-patah kata:

Salmia berkata...

setakat sebijji tu, sorang pun boleh abehkan. hehehe
*peminat durian*

eQuRlz berkata...

sedapnye durian :)

Jieda berkata...

Salmia ~ akak dulu boleh habiskan sebiji tapi skang dah takleh lagi..lepaskan dapat makan 6,7 ulas kendian stop.

Jieda berkata...

Equrlz ~ durian memang sedap he3

Yuni Aisyah berkata...

wah!!sedapnya durian..apa lg tgk dak comel tu mkn bertambah terliur nak mkn durian..lme sesangat x mkn buah tu..huhu

sweetsal berkata...

hihi..akak pun hantu durian, skrg dh musim durian..nk beli buat kuah durian, cicah dgn roti..perghhh sedap tu..

farysa berkata...

sedapnyeeeeeeeeeeeeeee
farysa bru habiskn smlm last durian
tgk gmbr ni wt terliur
nk kne mnx ayh crikn lg la
hehe

ieda berkata...

ulas kucing tidur tu mmg lebih sedap esp yg jenis biji kecik...mmmmmmm...

maCy berkata...

b4 smpi kampus abah dah bawak makan durian..huhu

shoutmix tak kelauar la kak.. huhu

Izan Ishak berkata...

hi jieda... twin izan pun hantu durian jugak. baru2 ni beli, pafi2 dah mintak nak makan durian~
lain plak naufal, langsung xpandang sebelah mata...

.::WaNiE::. berkata...

den suke durian kampung

wawawa eh segamat musim durian ke tak ha skrg

hahaha

M a W a D D a H berkata...

sedappnya...nak jugak!!

fideila berkata...

fuh dah lame giler tak ngadap durian tuh..huhu..lagi sedap kalau di buat tempoyak..hehe

Khairunnisa' berkata...

Saya boleh habiskan beberapa durian. Bagi yang sweet-sweet dan berlemak, insha'Allah saya boleh habiskan ;)

Ery Farieha berkata...

waduhhhh
kempunan~~

Nur Su'aidah berkata...

ku tak makan durian~

iqbalsyarie berkata...

wahahaaa!!nak balik kampung weeii...pergh..kat sini mahal..kat kg free~

saya pun hantu durian gak..haha
Latest post:Bagaimana Mr.Bean diislamikkan?

si para para berkata...

comelnya hantu durian tu..hehe

akuzle berkata...

salam, jieda.... durian!! 1 of 7 wonders of the world... kan3? ehehhehe

jalilah_jy berkata...

jgn luper minum air pangsanya utk elak kepanasan dalaman..

masukkan air kacau sedikit sambil selawat3 kali kendian minum

Jieda berkata...

Yuni Aishah ~ baik dapatkan cepat,nanti dah habis musim rugi tak dpt makan he3

Jieda berkata...

sweetsal ~ saya cuma suka makan buah dan tempoyak je,kalau yang lain tu takleh nak masuk la huhuhu

Jieda berkata...

farysa ~ cari..jangan tak cari he3

Jieda berkata...

ieda ~ saya ni semua bedal he3

Jieda berkata...

maCy ~ tak terkeluar camne tu ye

Jieda berkata...

Izan Ishak ~ balqis ada geng hantu durian he3

Jieda berkata...

Wanie ~ orang segamat ke? nak ikuttt....

Jieda berkata...

Mawaddah ~ meh la datang sini

Jieda berkata...

fideila ~ sama geng nampaknya.peminat tempoyak

Jieda berkata...

Khairunnisa ~ he3..tambah lagi sorang hantu durian

Jieda berkata...

Ery Fariha ~ skang ni orang tengah jual.baik dapatkan cepat.

Jieda berkata...

Nur Su'aidah ~ ruginya he3.ada orang memang tak suka kerana baunya.

Jieda berkata...

iqbalsyarie ~ ni mesti kat kampung ada dusun durian.bestnya....

Jieda berkata...

si para-para ~ comel ke? masa tu tgh comot

Jieda berkata...

akuzle ~ betul tu he3

Jieda berkata...

jalilah_jy ~ terima kasih atas peringatan tu

dayna berkata...

suka sangat ..tp my hubby tak belikan pon...anak2 demam lg.

honeyz berkata...

sedapnya durian.. kak honeyz dulu x makan durian tapi tempoyak is my faveret lah. tapi sejak kakhoneyz dapat anak dara yang bongsu ni. terus suka lak dengan durian. mana tak nya si anak dara tu antu durian... so kalau tengok dia makan kecur liur jadinya...

Shey Hemsem berkata...

wuuuaaaa.... durian ....

Anis izyan Abd Rahman berkata...

anis izyan juge si jembalang duriannn!!
hikhk

Cik Bucken berkata...

nk mkn duyan jgk!! +_+
lom dpt lg mkn..x smpi lg musim kt cni..wuwuuwwu