Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
30 Jun 2010

Pelakon 'Winter Sonata' bunuh diri

Salam semua... aku baru je dengar kat radio sinar mengatakan pelakon yang pernah membintangi WINTER SONATA mati kerana membunuh diri. Pastu terus aku google kat internet, memang betul berita tu. Ini petikan yang aku dapat dari BERITA HARIAN ONLINE

SEOUL: Pelakon dan penyanyi popular Korea Selatan ditemui mati hari ini, dipercayai membunuh diri, menurut polis dan laporan media. Agensi berita Yonhap melaporkan Park Yong-ha, 33, menggantung diri di kediamannya di Seoul. Seorang pegawai Seoul Metropolitan Police Agency me
mberitahu The Associated Press, Park ditemui tergantung dengan wayar pengecas bateri telefon bimbitnya. Namun, polis masih menyiasat punca sebenar kematian beliau. Park mula menampilkan diri pada akhir 1990-an dan pada 2002 membintangi drama bersiri "Winter Sonata" yang diikuti ramai penonton di Jepun dan Asia Tenggara.

Kepada sesiapa yang pernah mengikuti drama bersiri Korea ni mesti kenal dengan pelakon Park Yong Ha. Aku tak berapa ke
nal sebab aku tak pernah tengok drama WINTER SONATA yang pernah popular satu masa dulu. Mula-mula aku ingatkan pelakon utamanya yang bunuh diri. Setelah aku menggunakan khidmat google images, inilah rupanya PARK YONG HA.



20 patah-patah kata:

Izan Ishak berkata...

pernah tgk cite ni, tp tak ingat muka pelakonnya. tekanan perasaan ke sampai bunuh diri?

Kie-yu berkata...

ouh
Kie-yu ada terbaca kt link FB kak
terkezut gak
nape tah nk bunuh diri plak

White Bird berkata...

oh my god!

sy peminat cerita ni dan cerita korea lain.

kenapa ek.. sayang tol,muka dh ensem
tapi pk singkat la kalu dia bunuh diri.

=(

HaiDa HiDa berkata...

tak dapat terima kekalahan korea selatan dlm world cup kot.. hehehe.. gurau jer.. :)

MissXYZ a.k.a Abaikan berkata...

bse la tu kt jepun n korea mmg statistik bunuh diri tinggi =)

fideila berkata...

oo dia ni yang dulu kawan yu jin.tung yujin before dia jumpa lelaki yg buta tu balik..(yeke?)huhu

cik helena berkata...

woooooooooooooo!terkejut!

JMR berkata...

suke bebenor bunuh diri nih..mesti utanh keliling pinggang nih..huhuhu

mirachantek berkata...

aku tak kenal mat2 jambu korea nih

Naim berkata...

rmai btl pelakon2 korea ni bunuh dri.. Lee Eun-ju (Taegukgi) & Jung Da Bin (He Was Cool) pon sama amik keputusan bunuh diri...adeiii

Amira Putri berkata...

ni yang tunang u-jinn tu.. Ala, nasib baik bukan si bae yong jun.. :D

nabilah abd rahman berkata...

harap je muka ensem tp hati lemah tol laki2 korea ni..keje bunuh diri je...

zulkbo berkata...

salam anda..
alahai kesiannya
orang tak de agama
begitulah..nak selesai masaalah
mati bunuh diri..nauzubillah buat orang islam..

Uruchimaru @ kf berkata...

x syg nyawa..!

nas berkata...

owh tidak..
betul ker muke dye cni..??
huhu..
tp iras..isk3

ManjaIxora berkata...

lor.. igtkan hero Winter Sonata.. saspen mak, nyah.. awww..

huh, nasib baik bf (hero winter sonata) ku masih hidup..
hahaha

caliph shuriken berkata...

nsib baik ingt plakon utama Winter Sonata yg mati tu...

si para para berkata...

tadi baru tgk kat paper..mmg pernah tgk cerita tu dulu..minat la jugak..

hmmm kat jepun nape ye tinggi sangat bilangan org bunuh diri..

jerung darat berkata...

ermm...da makin kurang lak org kacak mcm aku kt dunia ni. . .

Wanie berkata...

ha?die ni bunuh diri??