Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

28 Januari 2011

Karnival Buku Alaf 21

Pada peminat novel pasti maklum bermula 28.01.2011 hingga 30.01.2011 merupakan hari Karnival Buku Alaf 21. Hmm.. jeles aku. Aku nak sangat pergi, oleh kerana dah tinggal kat area selatan tanahair ni bagi aku rasa cam tak berbaloi je nak pergi walaupun potongan harga antara 30% hingga 50%. Ada tak sesiapa yang pergi?


Ehh..apa ni.Nak tau? Kenalah Klik ye.
27 Januari 2011

Jenis-jenis Aquarium

Jom kawan-kawan, kita layan gambar jenis-jenis aquarium. Gambar-gambar ni semua seperti biasa dicopy dari email.








Jangan Segan-Segan Klik ye.Gerenti best.
25 Januari 2011

Limau Mandarin dan Khasiatnya

*gambar dicopy dari google*

Salam... raya cina lagi seminggu lebih je nak tiba. Harini nak cerita pasal limau mandarin. Bila tiba raya cina pasti je ada buah limau mandarin ni. Antara buah kesukaan aku.. terutama kalau dapat yang rasanya manis, memang berbiji-bijilah aku makan dalam satu masa. Biasanya seperti tahun-tahun yang lepas, kitorang kat opis ni dah dapat berbiji-biji limau mandarin. Setiap hari ada je supplier yang menghantar tapi tahun ni bukan setakat buah, bau pun takde kat opis ni hu3. Tapi takpe... kat pasaraya dan kedai-kedai kan banyak so, aku akan beli je. Sambil tu baru lepas tadi aku google khasiat buah limau mandarin ni dan di sini aku berkongsi info ngan korang

''Kandungan Vitamin C yg tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran. Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis. Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan. Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru2 untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru2 dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia.''

*info khasiat dapat dari sini*


Jangan Segan-Segan Klik ye.Gerenti best.

My 1st GA ~ 1st Year Adam Firdaus


Salam.. jom ramai-ramai join guveaway ni. Manalah tau kalau bertuah boleh dapat keychain keris. Kepada sesiapa yang nak join sila klik di SINI dan tarikh tutup giveaway ni pada 22 Februari 2011.

Hadiah FM Dari Abu Dhabi


Salam.. saya baru terperasankan giveaway ni dan nasib baiklah sempat lagi untuk menjoinkan diri. Hadiah FM dari Abu Dhabi datang dari blog INI.
18 Januari 2011

Potato Spring

*gambar kredit to google*

Salam.. ahad lepas aku pegi pasar malam kat taman aku. Tujuan utama aku nak cari nasi kerabu. Jalan punya jalan nampaklah orang jual potato spring ni. Tak silap aku potato spring ni rasanya baru lagi kot kat pasaran. Sebelum ni tak nampak pun. Biasanya aku lalu lalang je tapi hari ahad tu aku pun belilah sebatang. Nak test rasa dulu. Harganya RM2 sebatang. Agaknya budak yang jual tu baru meniaga lagi. Menggigil-gigil tangan dia masa curahkan sos dan mayonis tu he3.

Rasanya?? Sedap. Rangup gitu. Macam-macam perisa yang ada. Korang yang nak rasa tu, bolehlah cari di pasar malam ke, atau mana-mana je la yang korang nampak orang jual potato spring ni. Ahad ni aku nak beli lagi he3

17 Januari 2011

Only Beauty Giveaway


Salam.. aku dah register Only Beauty minggu lepas. Website OnlyBeauty ni yang bestnya semuanya pasal barangan kecantikan diri. Pastu tadi terima email sample free yang aku apply minggu lepas dalam pemprosesan penghantaran. Bestnya dapat barang free ni.

Kalau kot-kot ada yang nak sample free, korang kena register dulu bagi yang belum register lagi. Sila register di SINI ye kwan-kawan. Sebelum tu OnlyBeauty ni ada buat giveaway. Jomlah join beramai-ramai.
15 Januari 2011

Pemenang Saya Nak Gelang Comel Itu

Salam.. undian ni telah dicabut malam tadi oleh my luvly daughter iaitu Balqis.


Dua undian yang telah berada di tangan Balqis.



Tahniah kepada pemenang.
Cute Mum ( Kelabu )
Puan Bee ( Pink )

Sila emailkan nama, alamat dan no phone ke jieda79@yahoo.com . Hadiah akan saya poskan pada hari Selasa ni.


Yang tak bertuah untuk dapatkan gelang tu jangan sedih-sedih kerana ada surprise untuk semua. Di sini saya nak hadiahkan satu keychain bunga yang comel seperti dalam gambar di bawah kepada semua 30 peserta sebagai tanda penghargaan dari saya. Maknanya semua orang akan dapat hadiah. Suka tak??? Keychain ni saya beli dari Bul Bul Craft. Walaupun keychain ni biasa je saya harap semua sudi menerimanya.



1. @}--niEra--
2. Kehelan
3. Genuine1224
4. PUTERA2PUTERI
5. Normi Ali
6. ManjaIxora
7. Fadzillah Kamarudin
8. Oya
9. Nana
10. Kak Ngah
11. Fashionista
12. Zue AnnaLeeya
13. Lelord
14. nanakimie
15. imanmom
16. eeqa
17. LyNn' Azlina
18. Tiefazatie
19. (Qiqie)
20. zuanxi
21. a.m.y ^_^
22. bamban's
23. mamalieyna
24. kakyong
25. ekinashikin
26. SyUhAdA
27. ~syazwanie~
28. aswani_comey
29. cikpuanhady
30. eB ezrin


30 Nama ni sila emailkan nama, alamat dan no phone ke jieda79@yahoo.com . Dalam email tu nyatakan sekali nickname anda supaya saya boleh notice sape yang dah emailkan alamat. Keychain tu akan saya poskan hujung bulan ni. Maknanya lagi 2 minggu dari sekarang.

:: Terima kasih kepada semua ::

14 Januari 2011

Sape Nak Gelang Yang Comel Ini Telah Ditutup

Salam.. dengan ini mengumumkan Sape Nak Gelang Yang Comel Ini telah ditutup. Seramai 32 orang telah mneyertainya dan terima kasih banyak-banyak. Pemenang akan diumumkan pada hari Isnin ni dan kepada yang tak menang tu jangan bersedih hati. Mungkin ada sesuatu yang special untuk kamu semua.

Sekian, terima kasih.
11 Januari 2011

Sinetron Kejora dan Bintang


Assalammualaikum.. ada tak yang perasan iklan citer baru indonesia dah keluar kat astro ria cuma belum lagi diberitahu cerita apa. Nampaknya fenomena Baim Wong ni memang dah melekat di hati penggemar sinetron. Jika TV3 menayangkan Sejuta Cinta Marshanda yang dilakonkan oleh Baim Wong, Astro Ria sekali lagi menampilkan Baim Wong dalam sinetron terbaru Kejora Dan Bintang selepas Bukan Diriku. Aku rasa bila sinetron yang dilakonkan oleh Baim Wong mesti ranking tinggi. Hmm.. sinetron ni rambut Baim Wong dah pendek.

Kejora dan Bintang kemungkinan akan ditayangkan pada 25 Januari ini. Sinetron Kejora dan Bintang dilakonkan oleh Baim Wong bersama Alyssa Soebandono ada sebanyak 75 episod. Jom kita tengok sinopsis sinetron ni

Kejora adalah gadis yang memiliki segalanya. Cantik, ceria, selalu optimis, dan kaya raya. Kejora belajar di Jepun. Pak Ryan ayahnya seorang pengusaha ternama di Jakarta. Ibunya sudah meninggal dan Kejora mempunyai seorang adik perempuan bernama Bintang, yang menderita autis tapi sangat mahir bermain piano. Pak Ryan berkahwin lagi dengan Hanifa seorang janda beranak satu bernama Janet.

Suatu hari, Kejora pulang ke Jakarta. Di lapangan terbang, begnya tertukar dengan beg Erlangga, cucu keluarga nenek Gautama yang sangat kaya raya namun sombong, manja, dan keras kepala. Kejora tak tahu bahawa sebenarnya Erlangga adalah kekasih Janet, saudara tirinya. Kejora harus berhadapan dengan sikap sombong dan angkuh Erlangga gara-gara beg itu. Dan sepertinya juga nasib mempermainkan mereka sehingga mereka saling membenci.

Pak Ryan sebenarnya sedang mengalami masalah besar. Syarikatnya di ambang kebangkrutan, tapi dia merahsiakan dari anak-anaknya. Kejora sebenarnya sudah mempunyai kekasih iaitu Joel yg matre, Joel punya adik bernama Fitri yang diam-diam mengagumi Kejora.

Suatu hari, ketika sedang mencari wang pinjaman, Pak Ryan telah dirompak. Di luar dugaan, sang perampok mati terbunuh dalam sebuah kebakaran dan dikira dirinya kerana membawa barang-barangnya. Pak Ryan kemudian sedar, kalau dia meninggal, keluarganya akan mendapatkan wang insurans yang cukup besar. Pak Ryan pun memutuskan untuk berpura-pura mati. Kejora tentu saja sangat terpukul dengan kematian ayahnya. Semeninggalnya Ryan, Kejora jadi sering bertegang dengan Hanifa, sampai kemuncaknya Hanifa mengusir Kejora dan Bintang dari rumah peninggalan ayahnya.

Kejora dan Bintang benar-benar menderita, ditambah lagi, begitu tahu Kejora terusir, Joel, kekasih Kejora malah meninggalkan Kejora begitu saja.

Kejora berusaha menata hidupnya bersama-sama dengan Bintang. Dia berjaya dapat kerja di sebuah café. Namun bencana tak selesai merudung Kejora. Saat Kejora sedang bekerja, Bintang malah menghilang. Kejora sangat sedih dan merasa bersalah. Dia tak tahu bahawa Bintang diculik Hanifa yang setengah mati berusaha menutup kenyataan bahawa keluarganya sudah jatuh miskin, sehingga dia menculik Bintang dan meletakkannya dikampung, supaya tidak keceplosan membocorkan rahsia kemiskinannya.

Kejora setengah mati berusaha mencari adiknya. Kegigihan dan perjuangan Kejora ini membuat Fitra jadi iba dan semakin jatuh cinta. Pencarian Kejora terhadap adiknya juga membawa perubahan dalam hubungan Kejora dan Erlangga. Dari saling benci, Erlangga malah jadi menaruh simpati pada Kejora. Bahkan kemudian jatuh cinta.

Nak tau macammana jalan ceritanya. Jangan lupa menontonnya di Astro Ria setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6.30 petang.

Para Pelakon

* Baim Wong sebagai Erlangga

* Alyssa Soebandono sebagai Kejora

* Amanda sebagai Bintang

* Lucky Perdana sebagai Fitra

* Eva Anindita sebagai Janet

* Cut Keke sebagai Hanifa

* Mieke Wijaya sebagai Nyonya Gautama

* Mathias Muchus sebagai Ryan

* Rio Reifan sebagai Joel

Sekarang ni ada lagi satu cerita terbaru Baim Wong berlakon dengan Alyssa Soebandono namanya Lagu Nirmala.

*sinopsis kredit to http://iphototv.blogspot.com*

Sape nak gelang yang comel ni

Gelang ni panjangnya lebih kurang 17 sentimeter je.


Assalammualaikum semua. Sabtu lepas sedang aku mengemas aku terjumpa dua urat gelang yang aku kirim masa member aku pergi Sabah. Opss.. bukan gelang emas tapi gelang biasa je. Asalnya aku beli 3 kerana nak suruh Balqis pakai tapi dia memang tak reti diam, habis putus gelang tu. Pastu gelang yang lagi dua ni aku simpan. Bila dah jumpa cuba pakaikan kat Balqis tapi dah tak muat. Tiba-tiba aku rasa aku nak bagi gelang ni kepada sesiapa yang sudi.

Syarat-syaratnya senang je.
1.Sekarang apa yang perlu korang buat hanyalah tinggalkan link blog korang dan warna gelang (pink/kelabu gelap) mana yang korang nak kat kotak komen ini.
2.Tak payah susah-susah buat entri.

Seorang pemenang akan memenangi gelang pink
Seorang pemenang akan memenangi gelang kelabu

So.. akan ada 2 pemenang yang akan dicabut undi secara cabutan bertuah oleh Balqis.
Tarikh akhir pada Jumaat ni 14 Januari 2011

09 Januari 2011

Facebook Bakal Berakhir 15 Mac Ini


Salam.. tadi masa aku berblogwalking, aku nampak beberapa blogger post entry berkenaan facebook ni bakal ditutup pada 15 March ni. Hmm..mungkin betul kot sebab dah disahkan sendiri oleh pengasas facebook ni. Bagi aku facebook tu ditutup atau tidak sama je sebab aku bukannya aktif berfacebook. Lagipun aku lebih sukakan aktiviti blogging ni.

Aku buka akaun facebook pun atas desakan seorang kawan dan juga kerana aku cuma nak cari kawan-kawan sekolah baik sekolah rendah ataupun sekolah menengah yang dah bertahun tak jumpa. Kini dah jumpa dan no contact masing-masing pun dah ada dalam simpanan cuma kesian gak pada peniaga yang menjual secara online ni kerana bagi aku facebook ni salah satu medan yang paling sesuai untuk berjual online.

Mungkin lepas ni ramai akan kembali ke my space atau friendster. Aku dapat info pasal penutupan facebook ni di FACEBOOK WILL END ON MARCH 15th
08 Januari 2011

BE Pertama di tahun 2011


Salam.. sebelum ni banyak baca blogger lain bergembira kerana dapat Buffered Earning manakala aku cuma baca je la. Pagi ni bila bila aku tengok iklan MAXIS di LR asyik melekat je, akupun tengok kat website nuffnang. Alhamdulillah..akhirnya Nuffnang sudi memberi aku satu BE. Thanks you Nuffnang dan Maxis.

Lawak Nazmi di Gelanggang Raja Lawak Malam Tadi


Malam tadi aku berkesempatan tengok Gelanggang Raja Lawak yang ke 5. Boleh dikatakan hampir semua berbakat membuat lawak. Maknanya aku tak boring la tengok Gelanggang Raja Lawak kali ni. Tak seperti tahun lepas aku tak berapa mengukuti sangat.

Dalam ramai-ramai peserta tu yang aku paling gelak sampai sakit perut bila tengok lawak Nazmi. Agak best lawak dia pastu bila Johan dan Zizan kuar lagi bertambah lawak. Mana yang tak berkesempatan tengok lawak Nazmi ni, korang tengoklah kat youtube di bawah ni.



Korang tengoklah lawak tak. Bagi aku lawak juga.
07 Januari 2011

Gelaggang Raja Lawak 5


Assalammualaikum.. malam ni kita akan menyaksikan Gelanggang Raja Lawak 5 di Astro Prima bermula pukul 9 malam. Pengacaranya masih lagi mengekalkan Zizan dan Johan. Aku suka tengok dorang berdua ni mengacara. Memang serasi dan kelakar. Nasib baiklah astro masih mengekalkan dorang berdua ni.

Tapi kan.. antara keempat-empat musim paling best yang aku tengok ketika Gelanggang Raja Lawak 2 di mana Nabil telah dinobatkan sebagai juara. Aku suka tengok Nabil dan kumpulan Cham beraksi. Peserta yang lain tu best juga cuma aku lebih minat sikit dengan Nabil dan Cham he3.

Peserta-peserta Raja Lawak musim ke 5 ni ialah Leman, Bobo, Pukaw, TBO, Man, Lucky, Balas, Epy, Kami, Nazmi, KopiO dan R2. Harap-harap Gelanggang Raja Lawak kali ni lebih best. Baru syok nak tengok.
06 Januari 2011

Keyword Sepanjang Minggu

Salam.. Aku ni memang suka nak tengok keyword yang biasa menjadi pilihan pada setiap minggu. Keyword di bawah ni membuatkan aku betul-betul teruja. Sepanjang minggu ini keyword Bukan Diriku menjadi pilihan. Pada sesiapa yang tak tahu Bukan Diriku tu apa dia, ia sebenarnya ialah sebuah Sinetron Indonesia yang sedang di tayangkan di Astro Ria setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6.30 petang. Dan selama ni tak pernah keyword aku mencecah ratusan. Kadang-kadang aku terpikir adakah blog aku ni dah mesra SEO hmmm.. mungkin kot he3.






Walaupun ramai yang komplen asyik-asyik citer Indon je tapi dalam masa yang sama ramai juga yang mencarinya. Nampaknya lepas ni aku kena pandai bermain dengan keyword la kalau nak dapat ratus-ratus camni.
05 Januari 2011

Sejuta Cinta Marshanda akan datang di TV3


Salam pagi kepada semua. Semalam aku bercuti kerana menguruskan persekolahan Balqis jadi sementara nak tunggu Balqis dan Irfan balik sekolah, aku tengoklah sekejap rancangan di TV3. Tiba-tiba aku ternampak iklan Sejuta Cinta Marshanda ni akan datang. Ni mesti menggantikan sinetron Alisa.

Oh.. tidak. Kalau betul memang menggantikan Alisa memang confirm tak dapat tengok sebab tayangannya yang tak sesuai sangat untuk orang yang bekerja. Ye la.. pukul 2 tu kan masih ada di opis hu3.. nampaknya terlepas la nak tengok sinetron ni. Dah la sinetron ni aku memang nantikan maklumlah ada Baim dan Marshanda. Lagipun sinetron ni cerita baru. Aku sekarang ni dah suka layan cerita bersiri. Bukan setakat Sinetron je tapi citer korea ke, cina ke semua aku layan termasuklah drama bersiri tempatan kita. Korang kalau nak tengok sinopsis sinetron ni, janganlah segan dan malu klik di SINI ye.

*perempuan sebelah Ashraf Sinclair tu kalau tak silap pelakon yang melakonkan watak Riana dalam Cinta Kirana.Betul tak?''

Keputusan Pemenang Contest Teka Amount



Alhamdulillah.. sepanjang setahun saya bersama nuffnang ni saya dah berjaya mendapat RM642.41. Banyak la tu. Hanya tampal iklan kat blog je. Berbalik kepada tujuan asal disebabkan tiada sesiapa yang menjawab dengan hampir tepat maka saya akan memilih jawapan yang hampir tepat.

Dan dengan ini pemenangnya ialah

SEPATU HIJAU ~ RM650.00

Tahniah kepada pemenang. Sila emailkan nama, alamat, no phone dan gambar yang nak diletakkan di mug ke jieda79@yahoo.com. Emailkan sebelum atau pada Jumaat (07.01.2011). Jika dalam masa tu email masih belum diterima pemenang lain akan dipilih. Terima kasih.

Kepada yang tidak berjaya terima kasih kerana sudi join contest ini. InsyaAllah jika duit nuffnang ni dah dapat saya akan buat giveaway pula. Jangan serik join ye.
03 Januari 2011

Pengumuman kepada peserta Contest Teka Amount

Salam.. sebelum pengumuman pemenang contest ni diumumkan pada 05 hb ni, jika ada peserta yang ingin menukar amount, silakan berbuat demikian sebelum 05hb jam 12 tengahari kerana tepat pukul 1 petang keputusan akan diumumkan. Terima kasih.

1. Shera Haifa ~ RM623.37
2. Honeyvsbee ~ RM500.00
3. Imanmom ~ RM535.10
4. Bulat ~ RM440.00
5. Nana ~ RM345.80
6. Dilaloveawi ~ RM780.00
7. LisaVsKhusairi ~ RM524.80
8. Syuhada ~ RM568.80
9. Ibu Ayra ~ RM830.45
10. Far_east ~ RM135.00
11. Nadratul ~ RM750.00
12. Sweety ~ RM551.25
13. Lyn Azlina ~ RM525.85
14. Cute Mum ~ RM856.50
15. Lela Farouk ~ RM??? (tak dapat nak terjah blog)
16. Aboy93 ~ RM254.00
17. Miss Nadrah ~ RM535.55
18. Teratai ~ RM358.00
19. Nur ~ RM452.66
20. Sepatu Hijau ~ RM650.00
21. Far ~ RM450.00
22. Faiq Aiman ~ RM618.80
23. Mr TN_Sky ~ RM487.80
24. Eija Zaquan ~ RM357.85
25. OdahOne ~ RM335.25
26. ManjaIxora ~ RM600.50
27. Azatie ~ RM454.80
28. Nanakimie ~ RM450.00
29. Tn. Punya ~ RM508.35
30. Elly Nazari ~ RM500.00
31. Cikanna ~ RM505.25
32. Umialya ~ RM450.00
33. Anin ~ RM489.60
34. Nadiah ~ RM600.00
35. Hafizah_ismail ~ RM562.45
36. Tiefazatie ~ RM555.75
37. Kehelan ~ RM959.30
38. Akuorgkmpng ~ RM600.99
39. Hana Kirana ~ RM350.00
40. Peche ~ RM774.13
41. Lyssa Dollixious ~ RM676.62
42. Keyna ~ RM???




01 Januari 2011

Tamat Sudah

Salam.. maka dengan ini mengumumkan tamatnya CONTEST TEKA AMOUNT. Terima kasih banyak-banyak kepada yang telah sudi menyertainya dan keputusan akan dikeluarkan pada 05 Januari 2011.