Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
10 November 2010

Berita Pembunuhan

Salam.. pagi ni buka je suratkhabar nampak dua cerita yang menyayat hati. Aku rasa semua dah sedia maklum. Dalam berita malam tadi pun dah keluar cerita ni. 1) Anak membunuh emak. Si anak tu dikatakan mendapat bisikan kononnya mangsa sudah lama meninggal dunia dan yang hidup sekarang adalah saka yang menyerupai ibunya. Oleh itu, si anak membunuh ibunya kerana ingin menghapuskan saka terbabit. Si anak juga mempertahankan tindakannya betul mengikut kefahamannya berdasarkan beberapa buku mengenai menentang makhluk halus yang dibacanya. Bagaimanapun si anak tu sebenarnya dipercayai telah menuntut ilmu yang salah apabila dia belajar tanpa guru di samping tidak merujuk kepada yang pakar dalam bab berkenaan.

2) Menantu menikam bapa mertua hingga maut. Ini gara-gara rm500 yang diminta oleh anak mangsa. Lagipun sebelum ni hubungan menantu dan mertua tidak berapa baik. Selalu sangat bertengkar. Hisshh.. apa nak jadi di zaman sekarang. Membunuh tu macam dah jadi perkara yang biasa pulak. Sedih bila baca kisah camni. Innalillah kepada mangsa dan takziah buat keluarga mangsa.

2 patah-patah kata:

LyNn'Azlina berkata...

berita anak tetak mak tu kat kg saya..terkejut giler tau berita tu semalam...

mahira oya berkata...

sedey sgt