Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
04 November 2010

30 Lagu Berentap Di Separuh Akhir Juara Lagu 25

Salam.. ada sesiapa yang suka tengok Juara Lagu. Okay, untuk juara lagu ke 25, sebanyak 30 lagu yang akan tercalon untuk separuh akhir dan dari 30 lagu dijangka 10 hingga 14 lagu akan dipilih bertanding ke final. Kesemua lagu ini akan berentap untuk tiga episod pada saingan separuh akhir bermula 8 November ini jam 10 malam.

Pada 8 November ni akan menyaksikan 12 lagu bertanding iaitu

Gerak Hati (Azlan & The Typewriter)
Inikah Cinta (Akim)
Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir AF8)
Mencari Konklusi (Hujan)
Cinta (Mohd)
Noktah Cint (Hafiz)
Hujan Bunga Di Kuala Lumpur (Ana Raffali)
Bersamamu (Joe Flizzow)
Cinta Sempurna (Yuna)
Oh Juwita (Nubhan)
Sejujur Hatimu (Adibah Noor)
Hanyut (Faizal Tahir)

Minggu kedua pula pada 15 November menyaksikan saingan lagu

Tika Masanya (duet Hujan dan Mirwana)
Manifestasi Cinta (duet Fiq dan Mirwana)
Kau Harus Ada (Hujan)
Drama King (Meet Uncle Hussain)
Menggegar Dunia (Adam dan Stacy)
Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
Jahat (Stacy)
Susun Silang Kata (Aizat)
Cinta Kosmik (Fabulous Cats)
Ku Ada Kamu (Adira)
Sofea Jane (Black)
Adrenalin (Faizal Tahir)

Manakala baki 6 lagu akan dipertandingkan di minggu ketiga pada 22 November. 6 lagu itu ialah

Realiti Dewi (Alyah)
Pelita (API)
Berlari (Tomok)
Extravaganza (Bunkface)
Nadiku (Sabhi Sadhi)
Selamat Malam (Faizal Tahir)

Hmm... lagu-lagu yang dipertandingkan tak kurang hebatnya. Agak-agak siapa ye yang terpilih ke peringkat akhir. Kepada sesiapa peminat Juara Lagu, jangan lepaskan menontonnya pada 8 November ini.



0 patah-patah kata: